CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Kes bunuh pelajar kita selesai

[Copy link]
Post time 4-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Polis Indonesia tahan lelaki tempatan berusia 52 tahun di Kota Malang\rKUALA LUMPUR: Polis Indonesia percaya dapat menyelesaikan kes pembunuhan pelajar perubatan Malaysia di Malang, Adrian Jay Prereira, kira-kira tiga bulan lalu, selepas menahan seorang lelaki tempatan, Selasa lalu.\r\n\n\n\n\r  Difahamkan, ketika soal siasat, suspek berusia 52 tahun berasal dari Kota Malang mengaku melakukan pembunuhan itu selepas polis menunjukkan beberapa barang bukti miliknya di tempat kejadian.\r\r\n\n\n\n\n  Siasatan Polis Kota Malang turut mendapati motif pembunuhan disebabkan suspek berasa terancam apabila melihat mangsa mengejarnya selain cuba melawan ketika menghalang motosikalnya daripada dilarikan.\rDalam kejadian jam 7 malam, 7 November lalu, suspek bersama seorang rakannya yang masih bebas mencuri motosikal mangsa yang diletakkan di depan rumah sewanya di Jalan Kembang Kertas H-21 Kota Malang, namun disedari pelajar terbabit yang nekad mengejar suspek sebelum dibunuh.\rPelajar di Universiti Brawijaya, Malang, dibunuh berhampiran rumah sewanya.\rAtase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun, yang mengesahkannya penahanan suspek, berkata beliau dihubungi Ketua Polis Kota Malang, Asisten Komisioner Teddy Minahasa Putra, pagi semalam, bagi memaklumkan penahanan itu.\r\n\n\n\rLudinata berkata, Teddy Minahasa turut memaklumkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia akibat terkena dua libasan parang milik suspek di bahagian punggung dan leher.\r“Dengan penangkapan suspek, Polis Kota Malang menganggap kes itu selesai. Teddy Minahasa juga mengesahkan pembunuhan bermotifkan jenayah dan tiada kaitan dengan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di Jakarta, semalam.\rBeliau berkata, pihak Education Malaysia di Jakarta akan sentiasa berhubung dengan Polis Kota Malang dari semasa ke semasa bagi mendapatkan perkembangan terbaru kes berkenaan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.173621 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list