CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

PAS dikuasai 'parasit politik' PKR, DAP: Hasan

[Copy link]
Post time 5-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Bekas EXCO Selangor enggan buat rayuan pemecatan sebagai ahli parti\rMUAR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa parti itu kini dikuasai 72 peratus pemimpin berfahaman sekular yang ‘tidur sekatil’ dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagi memenuhi matlamat mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).\r\n\n\n\n\r Hasan yang juga bekas EXCO kerajaan Selangor berkata, pemimpin ‘parasit politik’ itu juga sanggup menggadaikan Islam dan mengetepikan al-Quran, hadis dan itjmak ulama untuk bersengkongkol dengan kedua-dua parti pembangkang itu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya berpendidikan sekular tetapi menyertai PAS kerana tertawan dengan cogan kata parti itu dan kepemimpinannya golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan tetapi kini kasihan golongan ulama PAS yang hanya tinggal sedikit saja.\r“Malah pemimpin ‘parasit politik’ ini dengan berani meminta saya bersabar dan saya ingat lagi apa yang dikatakannya ‘You (anda) sabarlah sikit... You ikut saja... You main mata dengan DAP dan PKR ini... waktu kita dapat takluk Putrajaya, baru kita martabatkan Islam.\r“Ini jawapan saya kepada pemimpin parasit ini ‘pergilah’. Bayangkan jika daripada awal sudah lemah dan tunduk kepada desakan dan bantahan DAP dan PKR, bagaimana golongan ulama mahu menegakkan syiar Islam, macam mana ingin martabatkan Islam jika tidak kuat,” katanya ketika berucap pada Ceramah Cabaran Umat Kini, di Dataran Bukit Naning, dekat sini.\rCeramah  anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (PEKIM) itu dihadiri lebih 5,000 masyarakat setempat.\r\n\n\n\rSementara itu, pada sidang media di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, Hasan berkata, beliau tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS pada 8 Januari lalu yang tamat pada Selasa ini.\rKatanya, pemecatan serta gesaan supaya namanya digugurkan daripada barisan EXCO Selangor dilakukan secara autokratik dan tidak demokratik, hanya berdasarkan keterangan sebelah pihak serta menggambarkan ada komplot untuk menjatuhkannya.\r“Asas terhadap keputusan muktamad ini adalah peranan parasit yang mempengaruhi pimpinan tertinggi, tidak menerima sebarang surat bagi membela diri, hala tuju dan dasar perjuangan parti terkeluar dari landasannya,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.530054 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list