CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

Minyak di Indonesia berkurang

[Copy link]
Post time 6-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kontraktor dilantik gagal capai sasaran pengeluaran 950,000 tong sehari\rINDONESIA dijangka tidak dapat mencapai sasaran pengeluaran minyak tahun ini iaitu sehingga 950,000 tong sehari berikutan kekurangan pengeluaran beberapa syarikat minyak di republik itu pada Januari. \r\n\n\n\n\rBadan kawal selia minyak dan gas huluan Indonesia, BPMigas melaporkan, pengeluaran minyak negara ini hanyalah 886,508 tong sehari pada 31 Januari.\r\r\n\n\n\n\nPada akhir 2011, kadar pengeluaran purata negara ini adalah 905,000 tong, demikian menurut laporan The Jakarta Post, semalam.\rKetua BPMigas, Raden Priyono, berkata ada 36 kontraktor minyak yang gagal mencapai sasaran pengeluaran ditetapkan menjelang belanjawan negara 2012.\rIa termasuk syarikat terkemuka seperti Total E&P Indonesie, Chevron Pacific Indonesia (CPI), ConocoPhillips dan China National Offshore Oil Corporation (CNOOC).\r“Kita sudah menghantar surat amaran kepada semua 36 syarikat minyak ini,” katanya kepada Suruhanjaya VII Dewan Perwakilan Rakyat, yang mengawal selia tenaga, ketika sesi penerangan di Jakarta baru-baru ini. \r\n\n\n\rMenurut statistik BPMigas, Total yang berpangkalan di Perancis hanya mengeluarkan 72,200 tong, justeru, gagal mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 85,800 tong, manakala pengeluaran CPI yang berpangkalan di AS berjumlah 352,727 tong, lebih rendah daripada sasarannya berjumlah 357,200 tong.\rCNOOC South East Sumatra (SES) juga gagal mencapai sasaran sebanyak 38,000 tong dan hanya menghasilkan 32,411 tong manakala pengeluaran ConocoPhillips (Grissik) hanya 10,068 tong, kurang 2,132 tong berbanding sasaran 12,200 tong.\rMedia melaporkan, negara itu juga kehilangan hasil minyak disebabkan kegagalan Pertamina EP, anak syarikat firma minyak dan gas dikendalikan kerajaan, PT Pertamina, mencapai sasaran pengeluarannya sebanyak 135,000 tong. \rPengeluaran minyak syarikat itu hanya 123,879 tong.\rPertamina Hulu Energi-West Madura Offshore (PHE-WMO), sebuah lagi anak syarikat Pertamina, juga gagal mencapai sasaran 23,000 tong sehari tahun ini dengan menghasilkan hanya 11,175 tong. \rPada Mei, Pertamina mengambil alih operasi blok WMO daripada syarikat Korea, Kodeco Energy.\rKesemua 36 syarikat itu hanya menyumbangkan sejumlah 739,491 tong minyak pada Januari, lebih rendah daripada sasaran 817,423 tong yang ditetapkan.   \rDeputi Pengendali Operasi BPMigas, Rudi Rubiandini, menjelaskan bahawa Total gagal mencapai sasarannya kerana rizab yang terbukti di kawasan yang diusahakannya lebih rendah daripada dianggarkan.  \rBagi WMO pula, kegagalannya adalah disebabkan oleh kelewatan penyerahan projek daripada pengusaha sebelumnya. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.395916 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list