CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Mark Zuckerberg layak terima bonus dua kali setahun

[Copy link]
Post time 10-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BEBERAPA Eksekutif utama Facebook, termasuk Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg (atas) layak untuk menerima bonus dua kali setahun sehingga 45 peratus berbanding gaji pokok dan pendapatan mereka yang lain, mengikut maklumat laporan syarikat itu kepada penguat kuasa, semalam.\rFacebook Inc  dalam laporannya kepada Securities and Exchange Commission berkata, ia akan membayar Zuckerberg, 27, gaji kasar AS$500,000 (RM1.5 juta) setahun manakala sasaran bonus 45 peratusnya dibayar berdasarkan prestasi.\r\n\n\n\n\r  Ketua Pegawai Operasinya, Sheryl Sandberg akan menerima gaji pokok AS$300,000 (RM902,550) dan sasaran bonusnya juga adalah 45 peratus.\r\r\n\n\n\n\n  David Ebersman akan terus berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan menerima gaji pokok AS$300,000 (RM902,550).\rTimbalan Presiden Kejuruteraannya, Mike Schroepfer pula akan menerima gaji pokok AS$275,000 (RM827,337). \rKedua-duanya juga mempunyai sasaran bonus 45 peratus.\rSelain itu, durian runtuh yang bakal diterima Zuckerberg dan eksekutifnya yang lain adalah daripada saham Facebook yang dimiliki. \r\n\n\n\rSyarikat itu berkata, minggu lalu, ia merancang untuk mendapatkan AS$5 bilion (RM15 bilion) dalam IPOnya. \rJika   berjalan lancar, Facebook akan mencecah nilai AS$100 bilion (RM300 bilion).\rEksekutif lain, Timbalan Presiden dan Peguam Umumnya, Theodore Ullyot akan menerima gaji pokok AS$275,000 (RM824,777), menurut laporan itu. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051631 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list