|
Pemergian Whitney Houston menyentap sedikit kemeriahan malam anugerahUMPAMA patah tumbuh hilang berganti, kehadiran dan populariti penyanyi soul British, Adele, yang kian melonjak, ibarat hadiah yang menjadi galang ganti kepada pemergian diva pop tersohor, mendiang Whitney Houston, 48, Ahad lalu.\n\n\n\n Biarpun kematian Houston masih diratapi, namun keunggulan Adele sedikit sebanyak mengubat kesedihan peminat. Genre lagu dibawakan mereka berbeza, namun dua ikon ini memiliki banyak persamaan. Masing-masing memiliki lontaran vokal yang baik dan kedua-duanya berkebolehan mencipta lagu. Malah, karya nukilan mereka berjaya muncul sebagai lagu popular.\n\n\n\n\n Walaupun berita kematian mengejut Houston umpama mencantas kisah kegemilangan yang bakal dikecapi penyanyi bertubuh montel pada malam berprestij itu, namun kemenangan besar yang diraih penyanyi berusia 24 tahun itu, mengembalikan semula tumpuan kepadanya.Pernah diminta menguruskan badan untuk berjaya dalam industri seni, tetapi nyata kata-kata sindiran seakan langsung tidak mendatangkan kudis kepada penyanyi ini untuk menghasilkan lagu berkualiti sekali gus menjadi kegilaan seluruh dunia.Buktinya, enam pencalonan disapu bersih Adele pada malam penuh emosi itu. Kemenangan pertama diraih penyanyi yang cukup popular dengan lagu rangkaian lagu hit seperti Rolling In The Deep, Someone Like You dan banyak lagi beberapa minit setelah tirai Grammy disingkap.Dia merangkul anugerah Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi Rolling In The Deep serta membolot trofi Persembahan Vokal Solo Pop Terbaik, Album Pop Terbaik dan Video Muzik Terbaik.\n\n\nKemenangan yang sememangnya sudah dijangka ramai itu membuatkan penyanyi ini sedikit emosi tatkala menerima trofi.“Ini sesuatu yang sangat mustahil. Walau apa pun, terima kasih kepada semua pengatur cara radio, dan pihak penyiaran kerana tidak jemu-jemu memutarkan Rolling In The Deep, walaupun lagu itu bukanlah dalam kategori pop,” katanya tatkala menerima anugerah Rekod Terbaik.Sementara itu, pencabar terdekat penyanyi ini, kumpulan Foo Fighters yang turut dicalonkan dalam enam kategori, tidak mengecewakan apabila menang lima daripadanya termasuk Persembahan Rock Terbaik untuk lagu Walk.Vokalisnya, Dave Grohl, berkata mereka sangat terharu kerana biarpun tidak menggunakan studio yang hebat untuk rakaman, sebaliknya merakam lagu itu di garaj, namun lagu mereka tetap berjaya menarik perhatian juri.“Ini menunjukkan elemen kemanusiaan dalam menghasilkan lagu menjadi kunci utama kepada muzik berkualiti,” katanya.Sementara itu senarai pencalonan paling banyak bukanlah jaminan untuk mengungguli anugerah. Penyanyi rap, Kanye West, yang dicalonkan dalam tujuh kategori, hanya membawa pulang empat trofi. Namun, penyanyi itu tidak hadir pada malam anugerah.Turut menerima trofi pada malam itu ialah Tony Bennett dan Amy Winehouse untuk Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik (Body & Soul) dan Lady Antebellum untuk Album Country Terbaik (Own The Night).Anugerah yang sepatutnya berlangsung penuh gemilang bagaimanapun berubah suasana berikutan pemergian mengejut Houston. Hos majlis, LL Cool J memulakan malam berkenaan dengan meminta khalayak berdoa untuk mendiang. Sementara, Jennifer Hudson muncul mendendangkan lagu I Will Always Love You, sebagai memperingati penyanyi wanita itu.Buat kali pertama, Rihanna dan bekas teman lelakinya, Chris Brown, muncul pada acara sama. Bagaimanapun, mereka tampil menyanyi secara berasingan. Turut mengadakan persembahan ialah Coldplay, Alicia Keys, Taylor Swift dan ramai lagi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|