CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Gabungan animasi, realiti taruhan KRU

[Copy link]
Post time 15-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GABUNGAN karakter animasi dan realiti menjadi taruhan KRU Studios terhadap filem terbaru terbitan mereka, Cinta Kura-Kura, yang bakal menemui penonton mulai 1 Mac ini.\rSelain itu, kekuatan jalan cerita dan gandingan pelakon berbakat, baru dan lama, turut memberikan keyakinan kepada penerbitnya, Norman Abdul Halim, filem berkenaan bakal menambat hati segenap lapisan penonton.\r\n\n\n\n\r“Kuatnya filem ini apabila ia boleh dikatakan filem pertama menggunakan animasi karakter kura-kura yang disuntik elemen realiti.\r\r\n\n\n\n\n“Selain itu, soundtrack oleh Sofazr dan lawak Zizan, Usop Wilcha dan Fara Fauzana pasti mampu menggeletek hati penonton. Jadi, insya-Allah saya yakin filem ini mampu menarik perhatian penonton walaupun sambutan bagi filem Melayu pada awal tahun ini kurang memberangsangkan,” katanya sambil memberitahu, filem itu turut menawarkan jalan cerita berbeza apabila mengangkat fantasi dalam ruang realiti dunia.\rMengenai pemilihan Tiz Zaqyah sebagai teraju utama, Norman berkata, aktres itu memberikan persembahan berbeza ketika melakonkan watak Nani.\r“Watak dan perwatakan Tiz cukup berbeza dalam filem ini. Penonton akan menyaksikan Nani, pemilik kura-kura bernama Nico dari sudut pandang berlainan. Nani ialah gadis periang dan bukan Nur Amina dalam Nur Kasih. Tiz membuktikan dia pelakon serba boleh,” katanya.\rNormah juga menegaskan, KRU selalu tampil bersama judul dalam genre berbeza.\r\n\n\n\r\"Jika sebelum ini kita muncul bersama genre aksi seperti Merong Mahawangsa dan Cicak-Man, filem yang diarah Nizam Zakaria ini pula produk yang boleh dibanggakan industri filem tempatan apabila ia membawa ke arah dimensi baru.\rSebelum ini, tiada karakter animasi yang diadun dengan realiti diangkat sebagai watak utama dalam filem,” katanya yang mahu terus melahirkan filem animasi seperti Alvin & The Chipmunks, malah mereka sudah pun mempunyai skrip animasi yang mungkin difilemkan tidak lama lagi.\rMenurut Norman, filem KRU Studios menjadi penanda aras kepada lebaran baru untuk tahun ini apabila melihat industri filem tempatan semakin berkembang.\rCinta Kura-Kura turut dilakonkan Aeril Zafrel, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak dan Daus.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047279 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list