CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Apple kuasai pasaran telefon pintar dunia

[Copy link]
Post time 17-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
JUALAN telefon pintar di seluruh dunia melonjak kepada 472 juta unit tahun lalu dengan telefon pintar Apple menduduki tempat pertama, ekoran kegilaan terhadap peranti sedemikian pada peringkat global.\rJumlah jualan telefon pintar menguasai 31 peratus daripada keseluruhan jualan peranti mudah alih, meningkat 58 peratus daripada 2010, demikian menurut syarikat penyelidikan dan penasihat teknologi maklumat, Gartner Inc.\r\n\n\n\n\r  Dalam satu kenyataan semalam, Gartner berkata, jualan telefon pintar bagi seluruh dunia melonjak kepada 149 juta unit dalam suku keempat 2011 dan ia adalah peningkatan sebanyak 47.3 peratus daripada suku keempat 2010.\r \r\n\n\n\n\n  Ia berkata peningkatan jumlah jualan telefon pintar dalam suku berkenaan disebabkan oleh jualan iPhone Apple yang mencatatkan rekod.\r“Ekoran itu, Apple menjadi vendor telefon mudah alih ketiga terbesar di dunia, sekali gus memintas LG. \r“Sebagai vendor telefon pintar terunggul, Apple menguasai 23.8 peratus agihan pasaran dalam suku keempat 2011, dan vendor telefon pintar terunggul bagi 2011 secara keseluruhannya, dengan agihan pasaran sebanyak 19 peratus,” katanya. \rPenganalisis Kanan Gartner, Roberta Cozza, berkata Eropah Barat dan Amerika Utara menerajui sebahagian besar pertumbuhan telefon pintar bagi Apple dalam suku keempat 2011. \r\n\n\n\r“Di Eropah Barat kenaikan jualan iPhone dalam suku keempat menyelamatkan keseluruhan pasaran telefon pintar selepas mengalami jualan lembap dalam dua suku  berturut-turut,” katanya. \rCozza berkata LG, Sony Ericsson, Motorola dan Research In Motion (RIM) sekali lagi mencatatkan keputusan yang mengecewakan dan terpaksa berusaha keras untuk meningkatkan jumlah jualan dan keuntungan. \r“Vendor ini juga terdedah kepada ancaman yang lebih hebat daripada pasaran telefon pintar berharga sederhana dan rendah apabila ZTE dan Huawei terus menambah penguasaan masing-masing dalam suku berkenaan,” katanya. \rNokia membuktikan keupayaannya untuk melaksanakan dan menawarkan produknya mengikut jadual dengan model barunya, Lumia 710 danLumia 800 telefon bimbit.\rDalam suku keempat 2011, jualan telefon mudah alih Nokia berjumlah 111.7 juta unit, susut 8.7 peratus daripada tahun sebelumnya. –  BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.037632 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list