CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

BAM kini mula pasang impian tinggi di Wuhan

[Copy link]
Post time 20-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Letak sasaran   mara ke saingan  separuh akhir\rTIDAK syak lagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus menjadi orang yang paling lega atas kejayaan skuad Piala Thomas negara menterbalikkan ramalan awal dengan mara ke pusingan akhir di Wuhan, Mei depan.\r\n\n\n\n\r  Selepas skuad diterajui Lee Chong Wei berdepan kemungkinan mencatat sejarah hitam tersingkir daripada pusingan akhir, tetapi mereka ‘menyelamatkan’ BAM apabila mara secara automatik selepas layak ke separuh akhir.\r\r\n\n\n\n\n  Kunci utama di sebalik kejayaan itu selepas skuad negara mengejutkan pasukan pilihan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan terakhir kumpulan sekali gus muncul juara Kumpulan D.\rKejayaan itu mencerahkan laluan yang pada mulanya gelap kerana tidak perlu berdepan Indonesia di suku akhir, sebaliknya India. Seperti diduga skuad negara tiada masalah membenam mudah lawan 3-0 untuk menempah tiket ke Wuhan. \rAnehnya, selepas mengambil mudah dan menganggap Piala Thomas bukan keutamaan, BAM kini mula memasang impian tinggi di Wuhan dengan menetapkan sasaran skuad negara mampu mara ke separuh akhir.\r\"Secara peribadi, saya rasa kita mempunyai peluang mara ke separuh akhir. Namun, dalam tempoh kira-kira tiga bulan sebelum pusingan akhir itu, kita harus memantapkan perseorangan kedua dan ketiga.\r\n\n\n\r\"Jika kita mampu memperbaiki kelemahan itu, saya yakin kita mampu menyinar dan memberi cabaran bermakna di Wuhan nanti,\" kata Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai semalam.\rChin Chai yang juga Pengerusi Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) BAM berkata, pada dasarnya pihaknya berpendapat majoriti pemain skuad ini akan kekal beraksi di Wuhan kecuali jika berlaku perkara di luar dugaan seperti kecederaan.\rSementara itu, ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek turut senada dengan Chin Chai apabila mengakui skuad negara mempunyai peluang mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir di Wuhan.\rINFO\r KEPUTUSAN FINAL \rPiala Thomas China 3 Jepun 0\r  Perseorangan pertama \rChen Long mn Sho Sasaki (21-19 21-16) \r Beregu pertama \rChai Biao-Guo Zhendong mn Shoji Sato-Naoki Kawamae \r(21-17 22-20)\r  Perseorangan kedua \rDu Pengyu mn Kazushi Yamada (21-12, 21-11)\rSenarai pasukan Asia mara ke Wuhan \rPIALA THOMAS \r1. China (Juara bertahan, tuan rumah dan juara pusingan kelayakan) \r2. Jepun \r3. Indonesia \r4. MALAYSIA \r5. Korea Selatan \rPIALA UBER \r1. Korea Selatan (Juara bertahan) \r2. China (Tuan rumah) \r3. Jepun (Juara pusingan kelayakan) \r4. Taiwan \r5. Thailand\r Keputusan Play Off \rPiala Uber \rMalaysia 2 Singapura 3\r  Perseorangan pertama \rTee Jing Yi mn Gu Juan (21-13, 10-21, 21-15) \r  Beregu pertama \rGoh Liu Ying-Lim Yin Loo kk Yao Lei-Shinta Mulia Sari (13-21, 16-21)\rPerseorangan kedua Sannatasah Saniru kk Fu Mingtian (12-21, 15-21) \r  Beregu kedua \rVivian Hoo-Wong Pei Tty mn Chen Jiayuan-Thng Ting Ting (21-14, 21-14)\r  Perseorangan ketiga \rYang Li Lian kk Liang Xiaoyu (14-21, 17-21)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047384 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list