CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Radiasi sampai 643 kilometer

[Copy link]
Post time 23-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SALT LAKE CITY: Pencemaran radioaktif berpunca daripada kebocoran loji nuklear Fukushima dikesan sejauh 643 kilometer luar Jepun di Lautan Pasifik, dengan bacaan air menunjukkan radiasi 1,000 kali lebih tinggi berbanding tahap sebelum ini, lapor saintis, kelmarin. \rPada masa sama, kehadiran bahan cesium-137 jauh lebih rendah daripada paras yang dianggap berbahaya, sama ada terhadap hidupan laut atau mereka yang makan makanan laut, kata Ken Buesseler dari Institut Woods Hole Oceanographic.\r\n\n\n\n\r  Beliau mendedahkannya dalam mesyuarat Sains Lautan tahunan di Salt Lake City, yang disertai lebih 4,000 penyelidik minggu ini.  Bacaan itu adalah untuk contoh air yang diambil pada Jun lalu, kira-kira tiga bulan selepas malapetaka loji kuasa, kata Buesseler. \r\r\n\n\n\n\n  Selain beribu-ribu contoh air, penyelidik turut mengambil sampel ikan dan rumpai serta mendapati tahap cesium-137 masih di bawah had kesihatan dibenarkan. \r“Kami belum lagi selamat dari segi pencemaran radioaktif di lautan kerana kebocoran yang berterusan dari loji itu, kata  Buesseler dalam temuramah. – AP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.034182 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list