|
Wangi minta maaf isu gambarnya berpakaian keterlaluan sebelum bergelar artis tersebar internet SEKALIPUN The Fabulous Cats (TFC) sering berdepan krisis pertukaran mahupun pengunduran anggotanya, Wangi Julianda Indra Meida atau Wangi, 22, pantas menjenamakan semula namanya apabila dia muncul solo, terbaru beliau sedang rancak mempromosikan single Lara ciptaan Sahid Nitrus.\n\n\n\n Single berkenaan turut dijadikan lagu dalam album runut bunyi filem Mantera lakonan Tomok. Dia juga menjelaskan masih mempunyai baki kontrak bersama Alibi Music, sekali gus mengakui tidak pernah meninggalkan TFC biarpun kumpulan yang diasaskan Cat Farish itu dianggap sudah ‘berkubur’ oleh sesetengah pihak apabila ia tidak lagi aktif seperti dulu.\n\n\n\n\n “Alibi Music yang membawa saya masuk ke Malaysia dan tidak pernah menganggap TFC sudah bubar kerana Abang Cat (Farish) tidak pernah kata begitu. Ketika ini saya sedang menyiapkan tesis, lalu pulang ke Bandung, namun tidak pernah melupakan jasa TFC yang menjadi batu loncatan saya membina nama di Malaysia.“Apabila ada show bersama TFC, Abang Cat tidak pernah melupakan saya dan jika ada kelapangan, tidak terbabit dengan sebarang kuliah, saya akan berkunjung ke Malaysia. Saya juga bertuah kerana saya adalah satu-satunya anggota wanita TFC yang masih bertahan hingga kini,” katanya yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini, ketika mempromosikan single Lara.Jelasnya lagi, membina nama di Malaysia lebih mudah berbanding Indonesia kerana ketika menganggotai TFC, kumpulan berkenaan sudah popular, sekali gus dia tidak menolak dakwaan beliau menumpang populariti TFC kerana memang tujuan kumpulan itu menaikkan namanya di sini.Tambah Wangi, persaingan menjadi artis di Indonesia amat sengit kerana bilangan yang ingin bergelar selebriti di negara itu terlalu ramai. \n\n\nKatanya lagi, sekalipun ramai berpeluang bergelar penyanyi dan pelakon kerana memiliki bentuk fizikal dan ketrampilan menarik, mereka tidak mampu bertahan lama gara-gara persaingan itu.Justeru, Wangi mengakui ramai artis wanita di negaranya tampil dengan gambar seksi keterlaluan sehingga menjadi perhatian media massa, sekali gus mencipta populariti mendadak untuk merapatkan jurang persaingan sesama mereka.Pun begitu, Wangi juga mengakui dia turut memiliki beberapa keping gambar seksi sedang berhibur bersama beberapa teman di pusat hiburan dan juga foto lama yang tersebar di internet sebelum beliau bergelar artis.“Saya minta maaf, saya tidak prihatin atau sensitif dengan budaya sendiri sebelum ini. Kini, apabila menjadi artis, saya terus menjadi perhatian. Lalu, saya perlu hati-hati dalam setiap langkah agar tidak melakukan kesilapan sama,” katanya lagi.Artis muda Indonesia juga dilihat tidak segan silu berbicara soal seks secara terbuka dan pastinya membuka mata wartawan di sana, lantas melonjakkan nama selebriti berkenaan yang gemar menjaja kisah dalam kain asal saja mereka popular.“Saya akui perkara itu, mereka gemar show off dengan cara begitu untuk cepat dikenali. Bagi saya, kehidupan seks seseorang itu adalah sesuatu yang amat peribadi dan tidak wajar dikongsi kepada umum. Saya tidak mahu show off begitu, masih ada perasaan malu,” kata Wangi yang mengakui dia sudah mempunyai teman istimewa atau pacar.Tanpa berselindung, Wangi memberitahu pacarnya masih belajar di universiti sama, namun menuntut di Fakulti Kedoktoran. Sekalipun keberatan memberitahu nama teman lelakinya itu, Wangi menjelaskan dia sudah berpacaran hampir dua tahun dengan pemuda berusia 25 tahun itu.“Memang saya serius pacaran dengannya, kalau ada jodoh Alhamdulillah, tapi buat masa ini saya tidak mahu hilang fokus terhadap pelajaran dan karier. Bagi saya, jika mahu pacaran, segala-galanya harus seiring, barulah seseorang itu dikira sukses dalam hidupnya!,” kata Wangi sambil ketawa. INFO: WangiNAMA PENUH: Wangi Julianda Indra MeidaTARIKH LAHIR: 22 Disember 1989ASAL: Bandung, IndonesiaKELUARGA: Sulung daripada dua beradikBANGSA: SundaDARAH CAMPURAN: Bapa (Kalimantan) dan ibu (Bandung)PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Pemasaran & Perniagaan dari Universiti Pdjajaran, BandungALBUM: Cinta Kosmik (2010) bersama The Fabulous CatsFILEM: Cuti-Cuti Cinta, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (cameo) dan Gerimis Mengundang (cameo)TEATER: Impak Maksima The Musical.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|