CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

EON perkenal skim pajakan kenderaan

[Copy link]
Post time 28-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
EDARAN Otomobil Nasional Bhd (EON), sebuah anak syarikat DRB-Hicom Bhd melancarkan perkhidmatan My Lease, iaitu satu skim pemajakan kenderaan komprehensif pertama di Malaysia.\rKonsep itu yang popular di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), akan ditawarkan menerusi anak syarikat EON, DRB-Hicom Leasing Sdn Bhd.\r\n\n\n\n\r  Buat permulaan, My Lease akan ditawarkan kepada pengguna korporat sebelum diperluaskan kepada individu sebelum hujung tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n  Skim itu akan memberikan pilihan kepada pengguna dalam pemilikan kenderaan, selain daripada skim sewa yang ditawarkan institusi kewangan ketika ini.\rKetua Pegawai Operasi EON, Azman Idris berkata, tidak seperti skim sewa beli, My Lease membolehkan pelanggan menggunakan kenderaan tanpa perlu memikirkan beberapa aspek pemilikan utamanya, iaitu servis dan penyelenggaraan serta pembaharuan insurans dan cukai jalan.\rMenerusi My Lease pengguna kenderaan tidak perlu lagi bimbang memikirkan hal servis dan penyelenggaraan kereta, pembaharuan insurans, cukai jalan dan banyak lagi kerana semuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh pemajak iaitu DRB-Hicom Leasing, sekali gus memberikan ketenangan dan kesenangan dalam menggunakan kenderaan setiap hari.\rPemajakan kenderaan ini juga menyediakan pilihan menarik kepada pengguna kerana secara amnya tanggungan bulanannya adalah lebih rendah berbanding sewa beli, katanya kepada media selepas pelancaran skim itu dan perasmian cawangan EON Chan Sow Lin yang di naik taraf kepada 4S  di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\rIa disempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil; Pengerusi EON, Tan Sri Marzuki Mohd Noor; Pengerusi Institut Automotif Malaysia, Datuk Kamarudin Ismail; dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Lukman Ibrahim.\rAzman berkata, bagi pelanggan korporat yang melanggan skim pemajakan, mereka antara lain akan menikmati penjimatan dari segi perbelanjaan modal yang rendah bagi pemilikan kenderaan kerana tidak perlu membuat bayaran pendahuluan yang tinggi berbanding sewa beli serta bebas dari menanggung kos penyelenggaraan.\rMereka juga tidak perlu bimbang mengenai nilai jualan semula kerana bila tamat tempoh pajakan atau bila mereka ingin menggantikan kenderaan dengan yang baru, kenderaan lama akan dikembalikan kepada DRB-HICOM Leasing, jelasnya.\rKatanya, DRB-HICOM Leasing turut menyediakan pakej tambahan seperti, khidmat selepas pajakan, pusat khidmat pelanggan 24 jam, perkhidmatan tunda kenderaan di seluruh Malaysia, kemudahan pengambilan dan penghantaran kenderaan dan program penggantian kenderaan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.054826 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list