CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

KDN panggil The Star

[Copy link]
Post time 28-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan akhbar The Star untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar bahasa Inggeris itu menyiarkan gambar penyanyi bertatu di badan termasuk kalimah Allah.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata KDN juga akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar itu berhubung isu berkenaan.\n\n\n\n The Star diberi tempoh seminggu untuk memberi penjelasan secara bertulis mengenai perbuatannya dan tindakan susulan akan dibuat berdasarkan penjelasan  diberikan, \" katanya dalam kenyataan di sini, semalam.\n\n\n\n\n Akhbar harian itu menyiarkan gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu, yang tertera kalimah Allah di dadanya pada halaman 17 sisipan Star Two, semalam.Berikutan itu, pelbagai pihak mengkritik akhbar terbabit termasuk dalam forum serta laman berita internet.Sebelum ini The Star dikritik kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging babi.Bagaimanapun, akhbar terbabit memohon maaf di atas tindakan itu menerusi laman web beritanya semalam.\n\n\nDi KAJANG, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, berkata KDN tidak boleh memandang remeh perkara itu kerana ia kali kedua akhbar berkenaan mencetuskan kontroversi yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.099228 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list