CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Bisnes Dunia: Harga saham masih murah

[Copy link]
Post time 29-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JUTAWAN Warren Buffett berkata, saham secara relatifnya masih murah berbanding instrumen pelaburan lain ketika ekonomi Amerika Syarikat (AS) terus menjadi semakin baik. Beliau juga berkata, syarikat yang diterajuinya juga bersedia untuk menggantikan beliau apabila diperlukan. \rPengerusi dan Ketua Eksekutif Berkshire Hathaway Inc. itu berkata demikian pada Isnin ketika menjawab pelbagai topik soalan yang diajukan kepadanya dalam satu wawancara dengan CNBC, dua hari selepas laporan tahunan konglomerat itu dikeluarkan. \r\n\n\n\n\rBuffett berkata, walaupun pasaran saham kini tidak murah seperti waktu kemelesetan pada 2008, namun ia kekal menjadi pilihan yang menarik untuk tempoh jangka panjang berbanding pelaburan dalam bon, emas, wang tunai atau manamana instrumen pelaburan lain. \r\r\n\n\n\n\n“Pasaran ekuiti kekal murah berbanding kelas aset (pelaburan) lain,” katanya. Dalam laporan tahunannya itu, Buffett memperuntukkan dua muka surat bagi menjelaskan sebab mengapa beliau lebih suka memiliki perniagaan yang produktif dan bukannya bon atau emas. \rBuffett berkata, hartanah kediaman juga instrumen pelaburan yang menarik pada harga semasa ini. Katanya, beliau mungkin membeli beberapa ratus ribu unit kediaman jika boleh memikirkan cara untuk menguruskannya secara berkesan. “Unit kediaman keluarga benarbenar murah ketika ini,” katanya. \rDalam laporan tahunannya yang diterbitkan Sabtu lalu, Buffett turut mengakui jangkaannya mengenai pemulihan harga kediaman di negara itu pada masa ini adalah tidak tepat. Bagaimanapun beliau percaya, pasaran kediaman akan bertambah baik tahun ini. \rLaporan Buffett itu yang dibuat bersandarkan kepada 80 anak syarikat Berkshire, merangkumi bahagian utiliti, insurans, runcit dan firma kereta api, memperlihatkan pertumbuhan keseluruhan ekonomi AS dalam setiap sektor industri makin bertambah baik secara berterusan sejak musim panas 2009, kecuali perniagaan yang berkaitan dengan pembinaan unit kediaman. \r\n\n\n\rPada hujung minggu lalu, Buffett mencetuskan sedikit kekecohan dengan menulis bahawa lembaga pengarah Berkshire telah memilih seseorang untuk menggantikan beliau sebagai ketua eksekutif suatu hari nanti dan ia membabitkan dua calon sandaran. \rSebelum ini, Buffett pernah menyatakan lembaga pengarah syarikat itu sudah mempunyai tiga calon dalaman untuk menggantikan beliau. Namun, tiada seorang pun calon ketua eksekutif dikenal pasti, dan Buffett pada Isnin lalu berkata, pengganti beliau mungkin tidak tahu mengenai pemilihan yang dibuat lembaga pengarah syarikat. \rBuffett berkata, bahasa baru yang digunakan bagi menerangkan rancangan penggantian beliau dalam laporan tahunan syarikatnya kepada pemegang saham Berkshire bukan menggambarkan isyarat perubahan tetapi hanya untuk memperjelaskan rancangan syarikat berkenaan. Buffett, 81, berkata beliau tidak fikir pelabur perlu bimbang mengenai calon yang akan menggantikan beliau. \rBeliau menegaskan, Berkshire memiliki saham agak besar, iaitu lebih daripada lima peratus dalam Coca-Cola Co., International Business Machines Corp., American Express Co. dan Wells Fargo & Co. Namun beliau masih tidak mempunyai idea mengenai calon yang akan menggantikan jawatan ketua eksekutif syarikat berkenaan. \r“Saya tahu mereka mempunyai perniagaan yang kukuh, dan mereka juga sedang membentuk bakat besar,” katanya. Buffett juga berkata, peletakan jawatan eksekutif tertinggi Berkshire, David Sokol, tahun lalu tidak menjejaskan keputusan lembaga pengarah mencari penggantinya. \rKebanyakan pelabur sebelum ini membuat spekulasi bahawa Sokol adalah calon terbaik bagi menggantikan Buffett, sebelum beliau meletak jawatan di tengah-tengah persoalan mengenai saham yang dibelinya dalam syarikat kimia Lubrizol, yang kemudian dikuasai Berkshire. \rBuffett turut ditanya mengenai perniagaan akhbar kerana Berkshire baru mengambil alih sebuah akhbar yang kini menjadi akhbar kedua dalam kumpulan berkenaan, selepas turut memiliki kepentingan strategik dalam Washington Post Co.\rBuffett berkata, akhbar kini berdepan dengan pelbagai cabaran berikutan persaingan daripada laporan sumber berita daripada Internet, selain peningkatan kos percetakan.\rBagaimanapun, beliau berkata, akhbar mempunyai masa depan yang baik jika terusmenyampaikan maklumat yang tidak boleh dijumpai di tempat lain dan akhbar juga perlu berhenti daripada menawarkan laporan berita menerusi dalam talian secara percuma. \r“Anda tidak harus memberikan produk yang anda cuba menjualnya secara percuma,” katanya. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.054440 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list