CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

Tahanan wanita Palestin lancar mogok lapar

[Copy link]
Post time 29-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RAMALLAH: Seorang wanita Palestin, Hanaa Yahya Shalabi, 28, yang pernah dikenakan tahanan tanpa bicara paling lama oleh pihak berkuasa Israel,  melancarkan mogok lapar sejak dua minggu lalu bagi menuntut pengadilan dan pembebasannya.Tindakan Hanaa, menyusul langkah yang diambil seorang lagi tahanan Khadar Adnan yang bertindak mogol lapar selama 66 hari sehingga pihak rejim bersetuju untuk membebaskannya April depan.\n\n\n\nPeguam Persatuan Tahanan Palestin, Hanaa Fawwaz Shalloud  memberitahu akhbar Gulf News, sepanjang tempoh tahanan, Hanaa dipukul, diseksa dengan teruk dan dihina oleh pegawai Israel yang menyoal siasat beliau.\n\n\n\n\nTindakan mogok lapar adalah satu-satunya cara yang boleh dilakukan oleh tahanan Palestin bagi membantah layanan tidak berperikemanusiaan oleh Israel, katanya.Hanaa dilahirkan di perkampungan Burqeen di bandar Jenin pada 1982. Beliau berkahwin sebaik tamat persekolahan, tetapi bercerai tiga bulan selepas itu.Pada 2005, abang Hanaa berusia 24 tahun, Samer, terbunuh dalam satu serangan rejim Zionis dan tragedi itu memberi kesan besar kepada kesihatannya.Beliau mula aktif dengan sayap wanita kumpulan Jihad Islam, selepas keluarganya enggan membenarkan beliau melanjutkan pelajaran ke universiti.\n\n\nBeliau ditangkap tentera Israel pada 2010 dan dikenakan tahanan tanpa bicara selama enam bulan.Tahun lalu, Hanaa dibebaskan bersama beratus-ratus lagi warga Palestin, sebagai pertukaran bagi   pembebasan seorang askar Israel, Gilad Shalit. Bagaimanapun, pada 16 Februari Hanaa ditahan semula dan keluarganya terputus hubungan dengan beliau sejak itu.Pakar hal ehwal tahanan Palestin, Abdul Nasser Ferwaneh, berkata kes Adnan memberi peluang kepada tahanan Palestin lain untuk menentang tindakan ke atas mereka.Tindakan mogok  lapar seseorang tahanan memberi masalah besar kepada Israel dan ia adalah cara berkesan untuk tahanan Palestin mendesak  rejim Zionis mengkaji semula amalan kejam mereka, katanya.Beliau berkata, ketika  ini  310 warga Palestin, empat daripadanya anggota parlimen, dikenakan tahanan tanpa bicara di Israel. Ferwaneh berkata, beliau berharap semua tahanan terbabit akan melancarkan mogok lapar beramai-ramai bagi memaksa Israel menghentikan kekejaman mereka.Tindakan mogok lapar yang dilancarkan Adnan berjaya menyemarakkan bantahan di seluruh Tebing Barat dan Gaza, dan menarik simpati tahanan Palestin lain, katanya. - Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054940 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list