CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tudung_bawal

**Kuiz ATW V10** kerja rumah di muka surat 97>.<

   Close [Copy link]
Post time 4-3-2012 01:32 PM | Show all posts
minyak wangi minyak zaitun.  byknya idea cik surie create pantun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2012 02:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by chit_ana at 4-3-2012 20:27
[5] chit-ana

laksamana hang tuah bukan bodoh

berlajar bersilat sehingga senja kala

dakwat dan kertas sudah berjodoh

simanis kurma disini bagaimana pula?]moyas Post at 4/3/2012 03:23


jawapan:

bukan budak sebarang budak
asyik bermain hingga kaki terluka
Bukannya tak ada orang yang hendak
masalahnya hati dah tak terbuka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 03:06 PM | Show all posts
tak dapat nak kutip tacang
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 03:12 PM | Show all posts
lama x join sini...nama pon x berdaftar.leh ke jawab
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 08:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 4-3-2012 20:10
Kuiz Berbalas Pantun di Hujung Minggu


Arahan:


1. Sila sediakan pantun 4 kerat untuk di jual kepada rakan sekelas anda ( sekurang2nya 10 orang rakan)


2. Maksima pantun untuk di jual kepada rakan anda ialah 2 buah sahaja.


3. Tema : BEBAS


4. Tarikh akhir untuk menjual pantun ialah: Ahad, 4hb Mac 2012 Jam 11.59 malam


5. Tarikh akhir untuk membeli/menjawab pantun ialah: Isnin, 5hb Mac 2012 Jam 12.00 tengahari


6. Setiap pantun mestilah di jawab/dibeli dengan menggunakan pantun 4 kerat juga.


7. Markah untuk jualan & belian pantun, bergantung sepenuhnya kepada cegu-cegu yang bertugas.






mulanya duka  menjadi lara
teman tiada serasakan payah
bila keputusan sudah ke udara
mengapa hati terasa bersalah



Anak Merbah mati di lapah
Tertelan selasih di atas para
Bertemu sudah bicara sudah
Kenapa masih gundah gulana?




Anak Cina di Kampung Lembah
Meraut selasih ditepi paya
Tidur lena makan bertambah
Mengapa masih tidak bermaya?




Pelita diletak di atas pangkin,
Coraknya indah berbunga-bunga;
Kukuhkan kasih, ikatan dijalin,
Mungkinkah kekal hingga ke syurga?




rancak gagah silat pahlawan
bertahan di kanan menyerang di kiri
tatkala bulan dilindung awan
mengapa sidia berdiam diri




anak ayam turun ke kali
bermain air riang gembira
mengapa menjadi kurus melidi
adakah kerana si pujaan dara.




Pindah rumah di lot tepi,
sibuk seharian itu dan ini,
mengapa di rumah terdiam sepi,
tiadakah aktiviti di malam ini?



Menaiki bas pergi ke kota,
jalan di sana mestilah berhati-hati,
ada jenayah, hiburan dan berita,
program macammana pilihan hati?




duduk berehat di bawah pohon,
pohon merendang kehijauan,
selain menonton,
apakah aktiviti kesukaan?




sedap sungguh makan tauhu
ia dibeli dari kedai suraya
kecewa hatiku tuhan saja yg tahu,
bagaimanakah dapat melupakannya





pisang tanduk didalam bakul
pisang awak didalam kereta
berkawin bukan sekadar ijab dan kabul
mengapa pentingnya keluarga turut serta





Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Mengapa belacan dibedal juga




Usah dikenang kenangan duka,
kelak parah asyik teringat dia,
mengapa pula hati terluka,
ke mana pulak pergi si dia?




Sayang-sayang buah kepayang,
ditelan pahit dibuang sayang,
dimulut kata cinta di hati ada sayang
perlukah kekerasan dalam percintaan dan kasih sayang.




Mencari penukul dengan pemahat,
untuk dibuat persembahan Puteri Seroja,
memanglah kita pandai menasihat,
cukupkah dengan redhonya saja?






Anak dara di tebing sungai,
Duduk menjerat ketam batu;
Manis rupa elok perangai,
Tolong pilih yang mana satu.



Anak nyonya menanam peria
Peria di tanam jauh ke hulu
seloka pantun menambah ceria
Boleh mengubat hati yang rindu




jika cinta kerana Yang Maha Esa,
mengapa terjadi cinta nafsu,
jika benar cintakan Yang Maha Esa,
mengapa terjadi cinta nafsu?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 08:36 PM | Show all posts




rancak gagah silat pahlawan
bertahan di kanan menyerang di kiri
tatkala bulan dilindung awan
mengapa sidia berdiam diri
zadzamusa Post at 4-3-2012 20:01




tiada khabar berita terus lenyap
terbawa-bawa kamu dalam mimpi
bukan berdiam sebarang senyap   
sedang memikir duit belum mencukupi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2012 08:53 PM | Show all posts
Reply 161# jazaa


   
9.  Cleef

     Pergi Australia memetik apple
     Tak dapat visa lalu di tahan
     Antara unggu_merah dan bulan-purple
     Yang mana satu nama pilihan


Cuba menyogok bila ditahan
Tapi diberi amaran keras
Bingung hamba membuat pilihan
Kedua-duanya nampak seiras

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 09:22 PM | Show all posts
Reply 177# ciksurie


   

1. cleef

          Duduk berhimpun bergurau senda

          Dihidang air didalam kendi

          Sudah tersurat jodohnya tiada

          Mengapa ditagih pada tak sudi?


Makan bersama di tengah beranda
Senyuman terukir penuh bererti
Walaupun jodoh sudah tiada
Namanya tetap terpahat di hati


jenuh cari modal nk beli pantun ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2012 10:10 PM | Show all posts
Reply 99# fatehana


  
Anak dara termengah-mengah
Menumbuk lada bergulai lemak
Apa cara untuk mencegah
Para pemuda berambut semak?




Jawabnya....
Bandar Hilir di Kota Melaka
Tempat nak dara membuat bahulu
Memang mudah nak mengajar mereka,
Carikan sahaja ibu kutu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:28 PM | Show all posts
Reply 106# tudung_bawal


10.zadzamusa
Hati resah rasa berdebar,
Ibu memandang semakin hairan,
Kerjaya guru semakin mencabar,
Apa tekad teruskan cabaran?



Jawapannya...
Sayang menyayang sesama insan
Agar mudah rasa serasi.,
Ikhlaskan diri dalam segala urusan
Insya Allah segala cabaran dapat diatasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:38 PM | Show all posts
Reply 174# moyas


[8] zadzamusa
buah kedondong buah betik
buah nona pula banyak disana
asyik saja pandang yang cantik
yang gemuk pula bagaimana?
  

Jawabnya...
Pokok pauh di Tanah Rata
di tepi gua daun delima
walau gemuk dek pandangan mata
ketulusan hati tetap di utama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:45 PM | Show all posts
Reply 174# moyas


   

[3] cmf_anisss84

pulau pandan menyimpang kekiri

gunung daik tempat untuk bertapa

bila berkasih-kasih memilih sendiri

bila berduka mahu mencari siapa?



Baling batu terkena dahi
Kepada ibu tempat diadu
Qada dan Qadar Ketentuan Illahi
Hanya padaNya tempat mengadu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:52 PM | Show all posts
Reply 178# ciksurie


   
Untuk cegu hang, cegu cinta& cegu nini

         Suara azan sayu bergema

         Solat dulu lepas tue p makan


         Duityuran cegu dah terima

         Bila cegu nak wat jamuan makan

Pergi ke kedai membeli kuini
Terjumpa pula akak penjual bahulu
Cegu anisss baru disini
biarlah cegu hang dan cinta ungu belanja dahulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:57 PM | Show all posts
Reply 178# ciksurie

9. zadzamusa
          Dulu motor sekarang kereta
          Duluberdua sekarang bertiga
          Selesaikahmasalah bahagiakah cinta
          Kahwinlari tanpa restu keluarga  


Jawabnya...
Pergi mengail di Sungai Kedah,
Mendapat seekor  si ikan kelah,
Ikutkan nafsu sesal tak sudah,
Bahagia sementara menyesal tak sudah,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:57 PM | Show all posts
Reply 185# zadzamusa


jika cinta kerana Yang Maha Esa,
mengapa terjadi cinta nafsu,
jika benar cintakan Yang Maha Esa,
mengapa terjadi cinta nafsu?



Jalan-jalan mencari Dada
Terjumpa dada di medan selera
Jika iman tebal didada
Tepuklah dada tanya selera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:58 PM | Show all posts
aniss tk pandai berpantun...hentam saja lah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2012 11:01 PM | Show all posts


5) pergi kerja penuh bergaya
di tempat kerja baju terkoyak pula
tolong carly, sila bg idea
sebab carly x tahu nak tanya apa

6) bunga kebangsaan ialah bunga raya
buat jus pun boleh tahan sedapnya
wahai surie carly nak bertanya
hari ni pakai baju warna apa?

Reply 83# carly_lah


anak itik pulang petang
jalan sekawan berbelas-belas
mintak idea tak datang-datang
takperlah..pantun pun sudah ku balas {:4_190:}

berlari-lari ditepi pantai
lelah berlari berehat dibawah dahan
hari ini berbusana santai
warna cokelat jadi pilihan  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 11:07 PM | Show all posts
7. Pantun untuk Cik Surie

Pergi ke kedai membeli lada
Tidak dilupa akan kacang tanah sekati
Antara handbag coach dan prada
Yang mana satu akan menjadi pilihan hati
Reply 99# fatehana




pencak silat warisan pusaka
harus dijaga minat dipupukkan
coach dan prada dedua surie suka
tak kisah yang mana ana nak hadiahkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 11:10 PM | Show all posts
12.ciksurie
Sudah lama menjadi pendidik,
Bermacam ragam setiap hari,
Hati terdetik ingin selidik,
Siapakah si dia di hati suri?
Reply 106# tudung_bawal

sakit sungguh telinga bertindik
mahu pejam mata berjaga
usah ditanya usah diselidik
tiba ketika diketahui juga{:4_192:}

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 11:17 PM | Show all posts

Riri @ Ciksurie

Molek gunung nama Ararat
Bongkah sedia sifir keramat
Ditelek ditenung dalam firasat
Benarkah dunia hampir kiamat?



Reply 142# cmf_anisss84




berenang riang si anak ikan

asyik diperhati anak pak lan

hampir belum usah kisahkan

persiapkan diri dengan amalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.074471 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list