CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6810|Reply: 70

Elly Mazlein Teruja Nak Kahwin Disember Ini..

[Copy link]
Post time 1-3-2012 12:27 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengakui, sejak bergelar tunangan orang pada Mac tahun lalu, dia mula berasa teruja untuk bergelar isteri yang dirancang pada Disember ini.

Elly yang bertunang dengan pengarah Azmi Hata berkata, dia sudah bersedia bergelar isteri sejak memutuskan untuk sehidup semati dengan duda beranak dua itu, malah ingin merasai susah senang bekerluarga.



"Setakat ini persiapan perkahwinan kami sudah pun 50 peratus siap. Diakui, saya dah tak sabar dan teruja untuk bergelar isteri kepada Azmi.

"Alhamdulillah, melalui kehidupan sebagai tunangan orang tidaklah sesukar mana. Setakat merajuk sikit-sikit kerana sibuk dengan kerja masing-masing itu biasalah," katanya.



Memilih Eila Faizshah dan Linda Rahim sebagai pereka busana perkahwinannya, dia bersyukur, pihak keluarganya turut terlibat membantu dalam urusan persiapan majlis berkenaan.

"Kalau boleh saya mahu berkahwin sekali dalam seumur hidup dan pastinya saya mahukan sesuatu yang indah di majlis perkahwinan saya nanti. Cuma biarlah ia diadakan sederhana dan ala kadar sahaja," tuturnya yang bakal menerima wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Sementara itu, Elly juga akan membuat kemunculan semula di bidang nyanyian menerusi single lagu terbarunya Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You. Lebih menarik lagi, ia akan menjadi lagu soundtrack bagi filem 'Awan Dania The Movie'.

"Walaupun sibuk dengan kerja lakonan, tak mungkin saya dapat melupakan bidang nyanyian. Justeru itu saya ubati kerinduan peminat-peminat menerusi lagu Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You, ciptaan Julfekar.

"Insya-Allah jika kedua-dua lagu ini mendapat respons yang baik, saya akan muncul pula dengan sebuah album dan setakat ini ia masih lagi di tahap perbincangan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 12:30 AM | Show all posts
Lama lagi tu December baru nk kawen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2012 12:30 AM | Show all posts

Lama lagi tu December baru nk kawen
miracle_forever Post at 1-3-2012 00:30


kaaaan?
   



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 12:31 AM | Show all posts
Lapa yg kat dahi belah kiri Elly tu??? Mcm ada scar je.
Kenapa nmpk muka dia mcm pelik jer?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 12:33 AM | Show all posts
asal tangguh lama kemain..???klu dah galok sgt nikah je la ujung bulan 3 ni ha...ujung tahun wat pe......
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 12:40 AM | Show all posts
ingatkan dulu kawin awal taun...dulu suka jugak dia ni..tapi rupanya sama je hipokrit..terus iols tak suka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2012 12:52 AM | Show all posts
ingatkan dulu kawin awal taun...dulu suka jugak dia ni..tapi rupanya sama je hipokrit..terus iols ta ...
bluecrystal Post at 1-3-2012 00:40



    tuela..ingtkan kahwin bulan 3 ni..hipokrit ke?xbrape dgr gosip pasal dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 12:56 AM | Show all posts
Cantik hidung baru.. Hidungnya lama kemana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 12:57 AM | Show all posts
ko nak kawin bile2 pon kawin la..tp xyah nak kluar statement kat media byk2 sgt..wat org muak jah...

tambahan plak kat forum ni stiap statement kene bukak satu thread..menambahkan lg muak {:4_192:}
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 01:17 AM | Show all posts
nak kawen bulan 12 kan..yang lorat pegi bagitau sekarang ni kenapa?publisiti murahan betul..dah takde cerita gigih jugak nak adakan cerita...aduhai artis Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 01:29 AM | Show all posts
saje khot hilite...
la ni tgh in cerita lisa-yusry...ambil aura sket..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2012 01:35 AM | Show all posts

ko nak kawin bile2 pon kawin la..tp xyah nak kluar statement kat media byk2 sgt..wat org muak jah... ...
maxim Post at 1-3-2012 00:57

"Sementara itu, Elly juga akan membuat kemunculan semula di bidang nyanyian menerusi single lagu terbarunya Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You. Lebih menarik lagi, ia akan menjadi lagu soundtrack bagi filem 'Awan Dania The Movie'."

   



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 02:55 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 03:39 AM | Show all posts
Tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 05:46 AM | Show all posts
ingat dah kawin.......................
baju biru tu teringat baju tidur masa budak-budak.............. maybe sebab lacenya...............
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 06:43 AM | Show all posts
Cuma biarlah ia diadakan sederhana dan ala kadar sahaja


x sabar nak tengok sesederhana  & ala kadar mana la majelisnye nanti!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 07:12 AM | Show all posts
masa bertunang naik kuda

majlis kawen ntn naik apa ler agak

keta lembu kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:51 AM | Show all posts
Elly ni apaknye ex-boss aku dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:58 AM | Show all posts
marah betul korang ngan minah ni yek?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 08:19 AM | Show all posts
cantik ellyy...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.082065 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list