CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

PBB mesti lihat derita Palestin

[Copy link]
Post time 1-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Pemimpin Palestin menjemput ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur dengan segera bagi menyaksikan sendiri ‘realiti’ penduduk Palestin di bawah penjajahan Israel.\rPemerhati Palestin di PBB, Riyad Mansour, memberitahu wartawan selepas sesi mesyuarat majlis,  beliau mengutus surat berkenaan kepada 15 anggota badan dunia itu supaya  melihat sendiri aktiviti haram Israel yang terus membina penempatan pendatang Yahudi di kawasan Palestin.\r\n\n\n\n\rIsrael menyambut langkah Palestin itu dengan mengarahkan askarnya menyerbu dua stesen televisyen Palestin, merampas beberapa alat transmisi komunikasi dan peralatan lain, salah daripadanya adalah al-Watan TV.\r\r\n\n\n\n\nMansour membuat jemputan itu ketika Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Politik,  B. Lynne Pascoe, memberitahu Majlis Keselamatan bahawa perkembangan di Gaza dan Tebing Barat adalah ‘bahaya dan sukar dikawal.’\rAnggota Majlis Keselamatan ketika ini membincangkan lawatan mereka ke lokasi tertentu pada masa depan dan diplomat menganggap langkah pemimpin Palestin bertujuan menarik perhatian antarabangsa kembali ke Asia Barat.\rMansour sudah berunding dengan dua beberapa anggota Majlis Keselamatan bagi membincangkan keadaan  tegang di wilayah ditakluki selepas Israel memperhebat pembinaan penempatan Yahudi.’\r“Sudah tiba masanya Majlis Keselamatan datang dan melawat Palestin supaya anggotanya dapat melihat dengan mata sendiri keadaan sebenar dan penderitaan dialami penduduk Palestin di wilayah ditakluki,” kata Mansour.\r\n\n\n\rPBB menyuarakan kebimbangan mengenai penempatan baru dan pemusnahan rumah Palestin di wilayah ditakluki termasuk Baitulmaqdis Timur.\rPascoe juga menyuarakan kebimbangan mengenai keganasan antara pendatang dan warga Palestin selepas bedilan roket dilancarkan terhadap wilayah Israel dari Gaza. Rundingan pemimpin Israel dan Palestin buntu sejak September 2010. \rPemimpin Palestin enggan mengadakan rundingan sehingga Israel membekukan kegiatan pembinaan rumah untuk pendatang yang turut dikutuk PBB dan negara kuasa besar.\rDuta Israel ke PBB,  Ron Prosor mengaku terkejut dengan permintaan pemimpin Palestin itu yang disifatkannya cubaan mengelak daripada mencari penyelesaian sebenar.\rTahun lalu, Amerika menolak cadangan pemimpin Palestin supaya negara lain mengunjungi wilayah ditakluki. –  Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.362492 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list