CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

Debaran bakal pengantin

[Copy link]
Post time 1-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Elly Mazlein enggan tiru majlis kahwin gah orang lainDALAM kesibukannya di lokasi penggambaran, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein tidak melupakan soal persiapan majlis pernikahan dan resepsinya yang akan berlangsung pada Disember ini.\rMemilih untuk mengadakan dua majlis serentak dalam sehari, Elly bagaimanapun masih memikirkan konsep untuk hari bahagianya. Tidak mustahil, konsep sampada majlis pertunangan dulu diserlahkan kembali pada majlis resepsi nanti. \r\n\n\n\n\rMajlis kahwin nanti sederhana saja kerana Elly pentingkan yang wajib. Ada juga tajaan diterima, tetapi tidaklah meliputi semua benda. Majlis pula berlangsung sama ada sebelum atau selepas hari lahir Elly, iaitu 17 Disember.\r\r\n\n\n\n\nElly juga tidak perlu mengikut atau meniru majlis orang lain yang gah dan mewah.\rBiarlah ia berlangsung sederhana tetapi meriah, itu sudah memadai. Persiapan hingga kini sudah 50 peratus dilakukan dan kini Elly tidak sabar menantikan hari untuk bergelar seorang isteri, katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon Amukan Pocong di Sri Pentas, kelmarin.\rMemilih Eila Faizshah dan Datin Lynda Rahim sebagai pereka busana untuk majlis nikah dan bersanding, Elly dan pasangannya yang juga pengarah, Azmi Hatta, memilih lokasi sama untuk majlis resepsi mereka. \rPasangan yang bertunang pada 29 Mei tahun lalu itu turut memilih warna lembut dan berkonsepkan moden untuk dua majlis terbabit. \r\n\n\n\rWalaupun sudah bergelar isteri kepada Azmi, Elly tetap akan meneruskan kerjaya seni. Azmi sendiri tidak pernah menghalang, katanya yang memilih angka 1 untuk wang hantaran, yang masih dirahsiakan.\rSementara itu, Elly yang memegang watak Long Jamilah, isteri kepada Long Hussin lakonan Azhan Rani dalam drama seram bersiri 13 episod itu, mengaku berdepan cabaran besar ketika menjayakan karakter penuh emosi terbabit.\rAda babak memerlukan Elly berlari dengan penuh perasaan sehingga menyebabkan Elly tergelincir dan kepala pula luka akibat terseret. Begitupun Alhamdulillah, sepanjang penggambaran, Elly tidak mengalami sebarang gangguan, katanya yang akan terbabit dalam penggambaran drama bersiri Nek Tom terbitan A Aida Production selepas ini.\rSelain dunia lakonan, Elly juga masih aktif menyanyi, malah akan muncul bersama dua single terbaru berjudul Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You dalam masa terdekat. Keduaduanya hasil ciptaan Julfekar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050737 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list