CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

Shahidan ‘membisu’ isu doping

[Copy link]
Post time 2-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DATUK Seri Shahidan Kassim enggan mengulas isu terbaru pengakuan tiga atlit yang lari daripada ujian doping ke Bulgaria tahun lalu menggunakan sampel air kencing individu lain ketika menjalani ujian di Institut Sukan Negara (ISN), 24 Mei lalu. \rShahidan yang mempengerusikan mesyuarat kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) buat kali pertama semalam begitupun berkata, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada Jawatankuasa Doping untuk membuat penilaian. \r\n\n\n\n\r   “KOM mempunyai Jawatankuasa Doping dan mereka akan membuat keputusan mengenai itu,” katanya yang bergegas pulang ke Perlis sebaik selesai mesyuarat kira-kira dua jam di Bukit Jalil, petang semalam.\r\r\n\n\n\n\n   Kelmarin, KOM mencetuskan kontroversi apabila tiga atlit, Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamed dan Yee Yi Ling mengaku menggunakan sampel air kencing individu lain ketika diminta hadir ke ISN bagi ujian perubatan dalam satu laporan setebal 10 muka surat bertajuk ‘Laporan terhadap enam atlit yang menghilangkan diri apabila diminta menjalani ujian anti-doping di ISN, 24 Mei 2011’.\rSementara itu, naib presiden KOM, Datuk R Annamalai ketika ditemui media berkata, mesyuarat itu lebih berkisar kepada pembangunan dan tidak membincangkan apa-apa berkaitan isu yang melanda sebelum ini termasuk petisyen dihantar 42 atlit dan 16 jurulatih yang mahu timbalan presiden, Datuk Karim Ibrahim berundur.\r“KOM akan umumkan enam nama ketua jurulatih untuk enam disiplin olahraga minggu depan pada Bengkel Kejurulatihan yang diadakan di Majlis Sukan Negara (MSN). Mereka ini dipilih berdasarkan prestasi rekod sebelum ini. \r“Kami juga sedang mencari Pengarah Teknikal dan mereka perlu menghadiri temu duga bersama MSN dan KOM. Buat masa ini, ada empat calon daripada luar negara tetapi ia mungkin mengambil masa.”

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.187726 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list