CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

‘Uncle Sam’ kejut Itali

[Copy link]
Post time 2-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GENOA: Amerika Syarikat mengejutkan Itali 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa, awal pagi semalam dengan jaringan tunggal Clint Dempsey memberikan kemenangan pertama skuad kendalian Jurgen Klinsmann itu ke atas Azzurri selepas 11 pertemuan.\rDempsey muncul pemain keempat Amerika Syarikat berjaya menembusi gawang Itali selepas dia merembat menewaskan Gianluigi Buffon pada minit ke-55, sekali gus memberikan kemenangan yang pasti tidak dapat dilupakan Amerika Syarikat.\r\n\n\n\n\r Ia juga kemenangan kelima buat Klinsmann selepas 10 perlawanan bergelar jurulatih Amerika Syarikat, selain membalas dendam peribadinya apabila bekas jurulatih Jerman itu tewas kepada Itali pada separuh akhir Piala Dunia 2006.\r\r\n\n\n\n\n “Ini satu sejarah buat kami dapat menewaskan pasukan tahap tertinggi seperti Itali dan ia satu kemenangan yang cukup baik. Tapi apa yang lebih penting ialah belajar, melihat apa yang mampu kami lakukan ketika berdepan pasukan seperti Itali.\r“Saya rasa pemain melakukan dengan cukup baik sepanjang 90 minit. Lagipun kami dibarisi ramai pemain muda dan mereka mampu meningkat dengan adanya perlawanan seperti ini,” kata Klinsmann.\rItali hampir menyamakan kedudukan pada masa kecederaan namun percubaan Riccardo Montolivo sedikit sipi. Ia adalah kekalahan sulung Itali di Genoa sejak 1924.\rJurulatih Itali, Cesare Prandelli bagaimanapun berkata: “Dengan semangat ini, kami mampu bersaing hebat pada Euro 2012. Saya tidak langsung risau dengan kekalahan ini.” – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.072029 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list