CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Silva suntik semangat City

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MANCHESTER: David Silva (kiri) menyatakan hasratnya untuk kekal di Manchester City dan membantu pengurus, Roberto Mancini menjadikan kelab itu kuasa utama Liga Perdana Inggeris (EPL).\rSilva memainkan peranan penting dalam usaha City merebut kejuaraan EPL musim ini dan menjadi sebahagian daripada skuad yang menamatkan kemarau 35 tahun kelab itu memenangi trofi dengan memenangi kejuaraan Piala FA musim lalu.\r\n\n\n\n\r   Bekas pemain Valencia itu yang akan turun beraksi menentang Bolton hari ini selepas menjaring kan gol untuk Sepanyol pertengahan minggu, masih memiliki baki kontrak dua tahun daripada kontraknya bersama City sekarang. Silva menyatakan dia akan bersama City sehingga kontraknya tamat tatkala kelab itu kini semakin hampir untuk menamatkan kemarau 44 tahun kejuaraan saingan teratas itu.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya sangat gembira di England, saya masih ada dua tahun baki kontrak dan saya mahu melengkapkannya,” katanya.\r“Ketika ini, saya belum mahu kembali ke Sepanyol. Saya gembira, orang ramai melayan saya dengan hebat dan saya harap dapat menikmati lebih banyak keseronokan.\r“Tambahan, Mancini mempunyai keyakinan penuh terhadap saya. Itu penting bagi seseorang pemain dan saya gembira, rakan sepasukan dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan saya dan itu juga sangat bagus bagi saya. Di England, keseronokan bola sepak dinikmati sepenuhnya.”\rSilva kini dalam prestasi baik dan menjaringkan gol ketika menentang Porto dalam saingan Liga Europa disusuli satu lagi jaringan ketika kemenangan 5-0 dicatatkan Sepanyol dalam persahabatan menentang Venezuela. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.860048 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list