View: 186|Reply: 0
|
Intifada baru bakal meledak
[Copy link]
|
|
Agensi perisikan Israel beri amaran kepada pemimpin rejim ZionisRAMALLAH: Satu laporan tahunan agensi perisikan Israel memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya kebangkitan (intifada) rakyat Palestin buat kali ketiga berikutan kebuntuan dalam proses damai, pergolakan berterusan di beberapa negara Arab dan perpaduan pihak berkuasa Palestin dengan pergerakan Hamas.\n\n\n\nLaporan setebal 100 halaman itu bagaimanapun meramalkan, intifada ketiga berkemungkinan tidak berlaku tahun ini, sebaliknya Palestin dijangka meningkatkan usaha diplomatik untuk terus memencilkan rejim Yahudi itu.\n\n\n\n\nSemuanya berpunca daripada sikap pihak berkuasa Israel tidak mengambil kira perasaan kecewa mendalam yang dirasai rakyat Palestin berikutan kurangnya perkembangan diplomatik dalam masalah yang mereka hadapi, kata penganalisis dan koresponden bagi konflik Palestin Israel akhbar Haaretz, Avi Issacharoff.“Israel beranggapan kerjasama keselamatan berterusan dengan pihak berkuasa Palestin, beberapa faedah ekonomi dan peningkatan taraf hidup di Tebing Barat akan dapat meredakan keadaan untuk beberapa tahun lagi. Bagaimanapun hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. “Rejim Israel memandang mudah rasa kecewa rakyat Palestin sedangkan perasaan kecewa itu boleh mencetuskan ketegangan dalam setiap isu seperti mogok lapar seorang tahanan Palestin yang mampu mendorong kepada lebih banyak bantahan,” katanya.Beliau berkata, isyarat yang boleh membawa kepada kebangkitan itu dilihat sejak beberapa minggu lalu yang mendorong kepada intifada ketiga pada bila-bila masa.\n\n\nTindakan seorang tahanan, Khadar Adan melancarkan mogok lapar selama 67 hari, mencetuskan perdebatan di seluruh dunia yang mempersoalkan tindakan menahan pesalah tanpa bicara yang dilakukan pihak berkuasa Israel.Kejayaannya mendapatkan tarikh pembebasan, mendorong seorang tahanan wanita melakukan tindakan sama dan sudah berlarutan selama dua minggu.Tindakan melempar batu dan tunjuk perasaan di kawasan Haram al-Sharif juga semakin meningkat, dicetuskan oleh risalah palsu yang menyatakan bahawa Israel mahu mengambil alih kawasan itu.Walaupun khabar angin itu berjaya dihapuskan Jumaat lalu, tunjuk perasaan tercetus di al-Aqsa, apabila sekumpulan penganut Yahudi cuba memasuki kawasan masjid itu.Kehadiran penganut Yahudi dan pelancong asing bukan suatu perkara baru khabar angin dicetuskan segera menyemarakkan ketegangan dan tindakan melempar batu sehingga polis terpaksa masuk campur.Tarikh 25 Februari adalah ulang tahun ke-18, kejadian pembunuhan 29 rakyat Palestin yang sedang bersolat di Masjid Nabi Ibrahim di Hebron oleh seorang pelampau Yahudi, Baruch Goldstein.Ketika tunjuk perasaan untuk membuka semula masjid berkenaan, seorang rakyat Amerika keturunan Palestin, Fadi Quaran yang mengetuai pergerakan bantahan tanpa keganasan ditahan Israel. Kes beliau, sama seperti Adan kini menjadi perhatian dunia.Pengunjung Tebing Barat juga melihat isyarat ketegangan di wilayah itu. Tunjuk perasaan berlaku hampir setiap minggu, manakala kejadian melempar batu semakin meningkat.“Israel mengetahui perkara ini, tetapi itu tidak menghalang rejim Zionis daripada meneruskan aktiviti yang menimbulkan kemarahan penduduk Palestin termasuk pembinaan penempatan Yahudi dan rangkaian jalan kereta api di Tebing Barat. Isyarat intifada sudah kelihatan, hanya menunggu masa,” katanya. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|