CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

Syria dituduh lancar pengintip komputer

[Copy link]
Post time 4-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Virus ‘Trojan Horse’, ‘backdoor.breut’ mampu bersembunyi sebelum sebar maklumat\rBEIRUT: Pihak berkuasa Syria yang sedang menghadapi perang siber di dalam negara, bertindak mengeluarkan senjata baru untuk melawan aktivis pembangkang dengan melancarkan virus baru.\r\n\n\n\n\rKumpulan yang bertanggungjawab menghasilkan antivirus berpangkalan di Amerika Syarikat dalam analisisnya ke atas salah satu virus terbabit berkata ia dihasilkan untuk menjadi pengintip dan memberikan maklumat yang dicurinya dari komputer kepada pelayan di sebuah syarikat telekomunikasi kepunyaan kerajaan Syria.\r\r\n\n\n\n\nJuruteknik perisian Syria yang kini tinggal di Beirut, Dishad Othman, berkata  dalam usahanya menangani aktivis pembangkang, penyokong Presiden Bashar al-Assad terlebih dulu mencuri identiti mereka sebelum menirunya dalam perbualan online untuk mendapatkan kepercayaan pengguna lain, menyalur virus Trojan Horse dan mendorong pengguna membukanya.\r“Selepas virus wujud  di dalam komputer mangsa, malware ini akan mula mengirim maklumat kepada pihak ketiga. Ada dua malware dengan malware pertama dianggap amat sukar ditangani kerana ia boleh menyembunyikan dirinya sendiri,” katanya.\rBeliau berkata, virus kedua termasuk dalam kelompok virus sederhana yang muncul untuk mengukuhkan kekuatan virus pertama.\rPengurus kanan keselamatan firma antivirus Symantec Corporation, Vikram Thakur menggelarkan virus ini sebagai ‘backdoor.breut’.\r\n\n\n\rAktivis siber di Syria dan pengurus keselamatan teknologi maklumat IT California menyatakan kurangnya publisiti membolehkan kedua-dua  malware terbabit terus menyembunyikan diri daripada mangsanya.\r“Kebanyakan orang menganggapnya sebagai fail rosak dan melupakannya. Virus backdoor. breut sendiri mengirim maklumat yang dicurinya dari komputer ke satu alamat dan selepas diperiksa kami mendapati ia adalah milik firma Pertubuhan Telekomunikasi Syria (STE).\rBagaimanapun, Thakur menekankan penemuan itu tidak bermakna kakitangan di STE menggodam program komputer lain dan pihaknya masih melakukan siasatan.\r“Apa yang pasti kerajaan Syria mempunyai akses kepada semua kegiatan melalui pelayan yang akan memberi seluruh maklumat. Pihak yang tidak mahu kerajaan mengetahui apa yang mereka lakukan pasti tidak akan menggunakan pelayan itu,” katanya.\rOthman pula mengingatkan pengguna di Syria agar sentiasa memperbaharui antivirus komputer masing-masing kerana Backdoor.breut biasanya akan mengakibatkan langkah keselamatan melawan virus tidak mampu bertahan lama. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.247693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list