CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

PERODUA pertimbang skim pajakan individu

[Copy link]
Post time 5-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan mempertimbangkan cadangan  skim pajakan kereta keluarannya kepada pengguna individu, jika  kemerosotan jualan susulan penilaian lebih ketat oleh bank terhadap bakal pembelinya terus berlarutan.\rPengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata  skim itu  diputuskan sebaik pengeluar kereta nasional terbesar dari segi jualan itu, mendapati ia berdaya maju dan  menjadi kaedah terbaik menangani krisis.\r\n\n\n\n\r  “Skim pajakan kenderaan  sesuatu yang kami akan pertimbangkan jika ia berdaya maju.\r\r\n\n\n\n\n  “PERODUA  mengalu-alukan perbincangan dengan syarikat automotif lain jika mereka ada cadangan  mengatasi masalah semasa yang menghimpit industri automotif tempatan,” katanya, baru-baru ini  mengulas strategi    kumpulan jika bank terus memperketatkan syarat pinjaman.\rPengguna kini hanya terbuka kepada satu cara untuk memiliki kenderaan iaitu menerusi  sewa beli dengan  bank. Namun  dengan  pajakan, pengguna tidak lagi perlu memohon pembiayaan bank.     Mereka  hanya  membayar ansuran  kepada syarikat  yang memajakkan kenderaannya.\rIa  juga membolehkan pengguna menukar kenderaan baru setiap beberapa tahun tanpa perlu risau kos penjagaan, pembaharuan cukai jalan dan  susut nilai.\rKini, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON), anak syarikat DRB-Hicom Bhd  satu-satunya syarikat automotif yang memperkenalkan  skim pemajakan kenderaan  dalam negara.\r\n\n\n\rDi bawah  panduan baru Bank Negara  1 Januari lalu, bank  perlu mengambil kira pendapatan bersih iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang  ketika menilai kemampuan pemohon membayar  pinjaman.  Sebelum ini bank hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar.\rBerikutan itu, jualan kenderaan PERODUA khususnya ViVa  terjejas teruk berikutan model itu  di bawah kategori mampu milik selain  menepati kemahuan   golongan pembeli kereta pertama.\rJualan  juga    menurun dengan drastik terutama di    utara Semenanjung dan di pantai timur, termasuk Sabah dan Sarawak.\rAminar berkata, meskipun kumpulan   menanggung bebanan  teruk, khususnya  peningkatan stok   yang tidak terjual berikutan  pembeli gagal menepati piawaian    bank, PERODUA masih berharap dapat mengadakan perbincangan susulan dengan Bank Negara bersama  wakil bank bagi menyelaras semula langkah baru itu.\r“Syarat tambahan pinjaman berhemah berdasarkan  panduan baru Bank Negara mungkin ditafsir secara berlainan oleh  bank.\r“Begitu juga dokumen bagi menyokong pinjaman yang  berbeza antara bank. Ini melambatkan proses kelulusan pinjaman,” katanya sambil mendedahkan  paras pembiayaan tidak berbayarnya (NPL) masih  rendah iaitu sekitar satu peratus. \rBeliau berkata, PERODUA  juga pada peringkat perbincangan dalaman bagi melaksana strategi  lain jika masalah penurunan penjualan  berpanjangan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.301261 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list