CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

Qi nak kahwin dua tahun lagi

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PUNYA perancangan membawa hubungan ke fasa perkahwinan, namun Qi atau nama sebenar, Qushairi Mohammed Razali, 35, enggan terburu-buru memandangkan buah hatinya, Yuna, baru melebarkan langkah ke negara luar yang tentu saja menuntut komitmen tinggi.\rBukan melengah-lengahkan, cuma kata pemuzik, pengacara dan pelakon ini, hasrat sudah lama disimpan dan sebagai kekasih, dia menyokong usaha gadis pujaannya yang berani mempertaruhkan bakat serta hasil seninya walau terpaksa berjauhan dengan insan tersayang.\r\n\n\n\n\r“Saya sendiri kagum dengan semangat serta kecekalannya. Calang-calang orang mampu melakukan misi seperti ini. Peluang keemasan seperti ini seharusnya dimanfaatkan untuk mencapai apa yang dihajati.\r\r\n\n\n\n\n“Saya tidak mahu segala yang diusahakan selama ini untuk membawa muziknya ke arena global terhenti disebabkan perkahwinan. Apabila berkahwin, kita mempunyai tanggungjawab dan saya tidak mahu nanti tumpuannya terganggu kerana memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami di sini.\r“Tidak dinafikan ramai berjaya walau berstatus isteri, tetapi senario kami tidak sama kerana dia menetap di Los Angeles. Walau pulang ke tanah air lebih lima kali setahun, saya mahu tumpuan tidak terbahagi dua,” katanya yang memberi sasaran dua tahun lagi untuk berkahwin.\rJika sebelum ini si pencuri hati Yunalis Zarai, 26, lebih senang berbicara soal kerjaya seperti kekasihnya, pertemuan di lokasi Friday I’m In Love bagai membongkar sisi halus Qi yang sememangnya tidak mampu menyembunyikan rasa rindu.\rBiar dalam drama siaran TV9 itu dia memegang watak pemuda yang kerap jatuh cinta, hakikatnya Qi seorang pencinta yang setia kerana dalam kelincahan jejaka kota ini, tersimpan kesetiaan menggunung walau si dara pujaan jauh beribu batu.\r\n\n\n\r“Ya, saya pasti Yuna adalah gadis yang saya cari selama ini - bijak, pandai membawa diri, menghormati orang lain, lembut tetapi tegas dan paling penting kami serasi bersama. Kami boleh berbual apa saja, dari muzik hingga ke filem. Usia kami agak berbeza tetapi dia cukup matang.\r“Sebagai kekasih, tentu saya risaukan keselamatannya di sana dan saya tahu, dia juga bimbangkan saya di sini. Apa pun kami sudah berjanji. Selain Skype serta telefon sebagai pengubat rindu, sepanjang perhubungan kejujuran menjadi terasnya,” ulasnya lagi mengenai percintaan yang genap dua tahun pada Julai ini.\rBukan mahu memuji, kata Qi, sebenarnya sejak sebelum mengenali Yuna lagi dia begitu mengagumi gadis terbabit kerana mampu ‘menghidangkan’ sesuatu yang cukup lain daripada yang lain.\r“Sebenarnya saya sendiri tidak pernah membuat pengakuan sudah lama meminatinya. Apabila kami sudah berteman, saya semakin yakin Yuna mampu membawa muziknya ke peringkat antarabangsa,” katanya sambil tertawa kecil.\rTidakkah Qi cemburu melihat langkah Yuna yang semakin jauh? Akui bekas anggota OAG itu, ia perlu dilihat dalam konteks positif kerana semangat yang ditunjukkan kekasih secara tidak langsung turut merangsang dirinya untuk lebih serius dalam kerjaya seni.\r“Saya bangga dengan apa yang diusahakan Yuna. Dia berhak mengecap kejayaan melihatkan cara kerjanya. Pada masa sama, dia juga tidak lekang memberi galakan walau tidak kira bidang yang saya ceburi.\r“Sebagai lelaki sudah pasti saya mahu menjadi lebih bagus. Bukan untuk bertanding kerana dia lebih berpengetahuan dalam muzik, cuma lebih kepada mencabar diri sendiri. Macam tahun ini, tumpuan saya adalah kepada lakonan,” katanya yang berduet dengan Yuna membawakan lagu KL Kita dalam album Terukir Di Bintang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037735 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list