CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

Chavez akui penyakit barah berulang

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez, semalam mengaku secara terbuka untuk kali pertama bahawa penyakit barah yang dihidapinya kembali menyerang dan berkata beliau berdepan pusingan baru rawatan radioterapi selepas ketumbuhan berpenyakit kedua dibuang di Cuba.\rBerita itu bukan saja meletakkan Venezuela dalam keadaan tidak menentu tetapi memberi implikasi di seluruh rantau berkenaan dan jangkaan lelaki yang yang digambarkan sebagai tokoh berkuasa di Amerika Latin mungkin terpaksa berundur dari pentas umum walaupun untuk sementara. \r\n\n\n\n\rPemimpin berusia 57 tahun itu menjalani pembedahan di Havana minggu lalu untuk membuang apa yang digelar sebagai ‘perubahan  berbahaya pada tubuh’, di bahagian pinggul, bahagian sama ketumbuhan pertama dibuang pada Jun 2011.\r\r\n\n\n\n\nSelepas pembedahan awal dan kemoterapi, Chavez, musuh utama Amerika Syarikat, mengisytiharkan dirinya bebas daripada penyakit itu.\rChavez, yang berada di Cuba untuk rawatan sejak 24 Februari lalu, kelmarin berkata ketumbuhan baru itu sepanjang dua sentimeter, lebih kecil berbanding tumor pertama, yang digambarkan sebesar bola besbol. \rPegawai di Caracas tidak memberitahu jenis barah yang dihidapi Presiden itu tetapi menafikan ia merebak ke organ lain, seperti yang disyaki ramai pemerhati.\rPemimpin Venezuela itu meluahkan kelegaan berhubung ketiadaan perubahan tambahan di bahagian terjejas dan organ berhampiran, yang disifatkan sebagai petanda barah tidak menyerang seluruh tubuhnya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.082750 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list