CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

Chong Wei perlu kejar hatrik Seluruh England

[Copy link]
Post time 6-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN sasaran utama adalah Sukan Olimpik Julai depan, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei diingatkan tidak melepaskan peluang keemasan melakar hatrik menjuarai kejohanan tertua badminton dunia Seluruh England di Birmingham yang disingkap tirainya esok.\rAhli Panel Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj berkata, peluang melakar hatrik dalam kejohanan berprestij itu tidak harus dilepaskan oleh pemain 30 tahun itu kerana ia akan menobatkan namanya dalam catatan sejarah selaku pemain kedua negara memenanginya tiga kali berturut-turut selepas legenda Wong Peng Soon.\r\n\n\n\n\r  “Seluruh England adalah kejohanan berprestij dan sudah tentu menjadi kepuasan dan kebanggaan kepada mana-mana pemain memenanginya, apalagi mencipta hatrik. Lagipun, saya yakin andai dia berjaya, ia akan menguatkan keyakinannya untuk menghadapi London 2012,” katanya semalam.\r\r\n\n\n\n\n  James berkata, pemain kelahiran Pulau Pinang itu bagaimanapun tetap perlu berhati-hati dengan peningkatan prestasi seteru utama Lin Dan seperti yang dipamerkan juara empat kali Seluruh England itu ketika membenam Simon Santoso 21-11, 21-11 ketika mengungguli Terbuka Jerman, kelmarin.\r“Namun, saya yakin kelebihan masih milik Chong Wei kerana undian menyaksikan dia tidak perlu berdepan dua pemain utama China, Chen Long dan Chen Jin dalam saingan peringkat awal kerana kedua-duanya diundi dalam undian sebelah bawah bersama Lin Dan,” katanya.\rWalaupun tanpa kelibat Cheng Long atau Chen Jin, Chong Wei tidak dapat lari daripada bayangan pemain China kerana menantinya dalam pusingan pertama esok ialah pemain muda China, Wang Zhengming.\rBegitupun pemain nombor satu dunia itu tidak harus berdepan masalah kerana rekod pertemuan jelas memihak Chong Wei yang memenangi semua empat pertemuan dengan pemain muda yang berada di ranking ke-16 dunia itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056015 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list