CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

MOM yakin skuad hoki mampu ke Olimpik

[Copy link]
Post time 8-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SKUAD hoki negara dilihat mampu meraih slot tunggal mara ke Sukan Olimpik 2012 di pusingan kelayakan Olimpik di Dublin, Ireland yang menyingkap tirainya, Sabtu ini.\rKeyakinan itu dilontarkan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berdasarkan momentum ditunjukkan selepas pasukan di bawah kendalian Tai Beng Hai itu meraih pingat perak di Sukan Asia 2010.\r\n\n\n\n\r  “Peluang melepasi pusingan kelayakan itu baik apa lagi dengan peningkatan ditonjolkan pemain selain lonjakan satu anak tangga dalam ranking dunia kepada 13 terbaik, tahun lalu. \r\r\n\n\n\n\n  “Itu petanda baik bagi menamatkan kemarau selepas 12 tahun gagal mara ke Olimpik,” katanya ketika dihubungi semalam mengenai pasukan yang masih dihuni dua pemain senior yang pernah beraksi di Sukan Olimpik iaitu Roslan Jamaluddin dan Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor itu. \rSkuad hoki negara yang diletakkan bersama Chile, Ireland, Russia, Korea Selatan, Ukraine membuka saingan bertemu Chile, Sabtu ini dan Kok Chi mengharapkan tuah bakal mengiringi pasukan negara. \r“Kita mempunyai pemain berpengalaman dan diharap pemain ini dapat membantu pemain lebih muda dalam mengharungi setiap perlawanan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.045583 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list