CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7591|Reply: 13

matahari MALATOP; cetus ribut dan radiasi kat bumi!!

[Copy link]
Post time 9-3-2012 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Dua letusan kuat di matahari

NYALAAN matahari terbesar dirakamkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada Selasa lalu.



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Dua letusan kuat yang berlaku pada permukaan matahari diramalkan mencetuskan ribut geomagnetik dan radiasi terbesar yang pernah dialami Bumi dalam tempoh lima tahun, kata beberapa pakar cuaca kelmarin.

Ribut berkenaan yang akan berterusan sehingga ke hari ini, dijangka mengganggu grid kuasa, sistem navigasi dan satelit selain menyebabkan beberapa syarikat penerbangan mengubah laluan di sekitar kawasan kutub.

Ekoran letusan suria tersebut, penduduk di Asia Tengah berpeluang menyaksikan fenomena cahaya berwarna-warni dikenali sebagai aurora borealis semalam.

"Cuaca angkasa lepas menjadi amat menarik dalam tempoh 24 jam lalu," kata saintis cuaca angkasa lepas Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA), Joseph Kunches.

Bencana itu bermula pada Ahad lepas di sebuah kawasan aktif yang dinamakan 1429 di permukaan matahari.

Kawasan tersebut menghambur angin api dan plasma dikenali sebagai ledakan jisim korona (CME) yang menuju ke Bumi pada kelajuan 6.4 juta kilometer sejam.

Satu lagi letusan suria dan CME menyusul kelmarin dan ia mencetuskan ribut radiasi solar dan geomagnetik yang kuat. - AFP





doniya nan fana'  di akhir jaman!!!  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2012 12:08 PM | Show all posts
tak pe...matahari sedang menjana tenaga dia semula untuk terus menyalah seribu tahun lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 11:55 PM | Show all posts
Dua letusan kuat yang berlaku pada permukaan matahari diramalkan mencetuskan ribut geomagnetik dan radiasi terbesar yang pernah dialami Bumi dalam tempoh lima tahun, kata beberapa pakar cuaca kelmarin.



Solar Maximun = more solar storms = more brilliant and larger "AURORA BOREALIS"
for info :taupan solar merupakan satu fenomena geofizik melibatkan ganguan medan magnet bumi secara besar-besaran. ada bberapa istilah lain digunakan bagi menjelaskan fenomena ni termasuklah, suar solar (solar flare), taufan geomagnet (geomagnetic storm) dan pelepasan besar-besaran korona (coronal mass ejection – CME),dan  saintis yg mngkaji fenomena ini ,menggunakan sistem Kelas Tiga ,ntok mengukur kekuatan dan keamatan suar suria. taufan yang paling paling kuat adalah dari Kelas X, ribut suria dari Kelas M dengan kekuatan sederhana ttapi masih berkwasa, sementara , suar /taufan suria yg paling lemah ialah dari ribut Kelas C.
Matahari adalh "jasad" yang berada di tengah-tengah sistem suria yang dikelilingi oleh planet, asteroid, komet dan meteroid. cahaya dan haba daripada matahari sangat penting untuk keidopan di bumi. dan sumber tenaga matahari datangnya dripada pelakuran nuklear antara hidrogen dan helium yg berlaku di terasnya di mana merangkumi 25% daripada jejarinya. Solar neutrino yg terhasil daripada tindak balas nuklear di sini dapat di kesan di bumi. Kajian struktur dan kedinamikan dalaman matahari dinamakan helioseismologi,sementara cakera matahari yang dapat dilihat dinamakan fotosfera. Kawasan aktif seperti tompok matahari, faculae dan liang-liang terdapat di fotosfera. Kawasan ini mempunyai medan magnet yang tinggi iaitu 2000 ~ 4000 gauss.

bhagian dalam atmosfera matahari terdiri daripada kromosfera. spectroheliogram atau spectrogram kromosfera mendedahkan struktur yang dikenali sebagai prominen, spicule, fibrils, plages dan flocculi. bhagian luar atmosfera matahari merupakan korona.

Keseme aktiviti akan berubah-ubah dan tempoh 11 tahun kitaran suria termasuk coronal mass ejection, flare dan kewujudan kawasan aktif yang berkait dengan tompok matahari ya. sinar radiasi X-ray yang kuat daripada matahari memberi kesan kepada ionosfera bumi, cas-cas partikel yaang dilepaskan daipada matahari mungkin memberi kesan kepada comosnaut dan satelit buatan manusia. coronal mass ejections mempengaruhi cuaca angkasa lepas dan bleh membawa kepada taufan magnetik, yang akan menghasilkan pertunjukan aurora

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 09:35 AM | Show all posts
Tiap 11 tahun matahari 'meletup'. Takde masalah sebenarnya kecuali zaman moden ni senang na benda2 elektronik kena padam oleh EMP
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 03:19 PM | Show all posts

bersyukor laa sejak ujod nye alam ini,kerna lapisan ozone yg selama ini mnyelamatkn kiter dari serang/bahya sinaran eletromagnetik yg mnghentam  bumi..lapisan ozon ni laamenyerap sinaran ultraungu. lapisan ozone ni laa menyerap dan membalekkan semula sinaran elektromagnetik yg brbahaya ke angkasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 03:51 PM | Show all posts
Teringin sangat nak jadi astronaut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2012 06:35 PM | Show all posts
Reply 5# bluezink
ozone layer deflect UV. EMP matahari dibalikkan oleh medan magnetik bumi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:33 PM | Show all posts
Teringin sangat nak jadi astronaut
adorable10 Post at 11-3-2012 15:51


nak melawat matahari ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2012 10:08 PM | Show all posts
Reply 8# cepheid

Tak lah....Nak gtau bulan..Yg pungguk rindukan dia..Matahari kan dah meletop...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 03:51 PM | Show all posts
bahaya ni..................
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 07:49 AM | Show all posts
Wei DV...cerita da dua tahun da....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 04:16 PM | Show all posts
cerita basiiii laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul bahaya ni...................
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.167858 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list