CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5144|Reply: 7

[Edisi Teknologi] Aikkkk...camne kereta boleh jadi halimunan?? Takutnya...

[Copy link]
Post time 23-3-2012 04:48 PM | Show all posts |Read mode


Kereta halimunan pertama dunia Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN





SEBELUM ini kita didedahkan dengan pelbagai kisah halimunan seperti filem The Invisible Man yang ditayangkan seawal tahun 1933.

  Kemudian filem James Bond: Die Another Day yang ditayangkan pada 2002 menunjukkan kereta  James Bond yang  terus ‘hilang’ atau halimunan selepas memasuki terowong.


Malah dalam filem Harry Porter juga terdapat selimut yang menjadikan Harry manusia halimunan.
Sememangnya semua orang mahu menjadi manusia halimunan kerana kita boleh melakukan apa saja dan orang lain tidak dapat melihatnya. Tentu hebat kan!


Mungkin inilah sebabnya, sebuah syarikat pengeluar kereta mengambil keputusan membina kereta halimunan sebagai satu cara mempromosikan kenderaan dengan bahan api baru yang tidak membebaskan gas rumah hijau.


Dalam publisitinya, Mercedes menekankan kenderaan dengan bahan bakar F-Cell tidak membebaskan gas rumah hijau menjadikannya halimunan kepada alam sekitar.


Kereta halimunan Mercedes adalah buah tangan pakar teknologi penyamaran optikal (camouflage) untuk mewujudkan ilusi ke atas kereta berkuasa hidrogen.


Teknologi yang asalnya dirintis oleh sekumpulan saintis dari Universiti Tokyo, Jepun telah digunakan oleh syarikat Mercedes.
Mereka menutup bahagian kiri kenderaan tersebut dengan kepingan LED, manakala di bahagian kanannya pula diletakkan kamera Refleks Lensa Tunggal Digital (DSLR).

Kaedah


Kamera itu berperanan untuk merakamkan imej di bahagian sebelah kanan kereta itu dan videonya disiarkan di kepingan LED yang menutupi bahagian kiri kenderaan itu.

Kaedah itu menyebabkan orang ramai yang melihat kenderaan itu dari sebelah kiri akan nampak pemandangan di sebelah kanan kenderaan itu yang dipancarkan pada kepingan LED tersebut.

Sebenarnya teknik berkenaan pernah digunakan pada pakaian beragam semasa perayaan Halloween sebelum ini.


Caranya mudah, hanya letakkan satu iPad di bahagian perut dan bungkus sehingga kelihatan seperti lubang, kemudian letakkan kamera video di belakang dan kemudian sambung ke iPad.


Ketika itu nampak seperti ada lubang di bahagian perut dan tembus hingga ke belakang. Sungguh menakjubkan!  
Syarikat Mercedes juga menggunakan teknik yang sama.


Semasa berada di atas jalan, orang ramai kagum dengan kereta halimunan apabila melihat kereta berkenaan melintasinya.


Mercedes dalam satu kenyataan berkata, sistem pemanduan penjanaan hidrogen sudah sedia untuk pengeluaran walaupun ada yang mengatakan kereta berkenaan akan hanya dikomersialkan pada tahun 2014.


Bagaimanapun teknologi sel bahan api F-Cell masih lagi amat mahal kerana hidrogen merupakan bahan api yang sukar untuk disimpan dan diangkut.


Hidrogen yang diperlukan untuk menghasilkan sel bahan api harganya amat tinggi.


Bagaimanapun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak Mercedes atas usaha menghasilkan kenderaan yang tidak membebaskan gas rumah hijau sekali gus mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.

CREDIT TO UTUSAN ONLINE Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:26 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2012 04:50 PM | Show all posts
cuba kalau kereta ni berada dalam lebuh raya...
i guess kemalangan pasti akan berlaku...orang belakang tak nampak kereta di depan lalu berlanggar ngan bontot kereta halimunan ni...unless kalau kereta ni automatik tanpa pemandu manusia
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 05:17 PM | Show all posts
nmpak tayar aje jalanraye nnti..
lain pulak jdnye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2012 05:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 23-3-2012 17:49

Reply 3# midory

karang muncul plak kt bod MPS...

"Kereta berhantu memeranjatkan pengguna lebuhraya PLUS"

"Makcik histeria kerana nampak tayar sahaja berguling bila memandu di tengah malam"

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 05:37 PM | Show all posts
Reply  midory

karang muncul plak kt bod MPS...

"Kereta berhantu memeranjatkan pengguna lebuhr ...
dauswq Post at 23-3-2012 17:28



   nak berguling aku bace post ni...
kereta tanpa body hanya bertayar berkeliaran di lebuhraya..


tp kerete halimunan ni boleh jd mcm kereta normal kalau die off camera tu kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2012 05:39 PM | Show all posts
Reply 5# midory

yup...



tak tau apa benefit nya bile diperkenalkan teknologi ini kepada kereta..
lagi mengundang bencana adalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2012 05:42 PM | Show all posts
Reply  midory

yup...



tak tau apa benefit nya bile diperkenalkan teknologi ini kepada ...
dauswq Post at 23-3-2012 17:39



   lagi haru nnti kat MPS...
kereta muncul dan hilang dalam sekelip mata...


nak merasa jd halimunan agaknye..
takpon terpengaruh dgn movie kot..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 10:34 PM | Show all posts
Mercedes menekankan kenderaan dengan bahan bakar F-Cell tidak membebaskan gas rumah hijau menjadikannya halimunan kepada alam sekitar.

Kereta halimunan Mercedes adalah buah tangan pakar teknologi penyamaran optikal (camouflage) untuk mewujudkan ilusi ke atas kereta berkuasa hidrogen.
dauswq Post at 23-3-2012 16:48


F-Cell
Hydrogen as fuel.

Awat artikel tu tak cakap FUEL CELL powered vehicle? F-Cell dan Fuel Cell tu tak sama kah dalam teknologi ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.158709 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list