CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5477|Reply: 3

[Edisi FloraFauna] Mutiara dalam belantara

[Copy link]
Post time 23-3-2012 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Mutiara dalam belantaraOleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Antara lokasi yang sesuai untuk beriadah dan menikmati keindahan sungai.



JIKA kebanyakan fakulti perubatan mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) memiliki makmal luar bagi memudahkan proses pembelajaran, pendidikan dan penyelidikan dilakukan tidak kurang juga bagi Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Bagi fakulti ini yang sinonim dengan perhutanan, pastinya tidak lengkap tanpa kemudahan sebuah makmal khas di luar kawasan kampus dan pastinya kedudukannya adalah di dalam hutan.

Ideanya adalah bagi menerapkan suasana pembelajaran yang kondusif dan hands on selain berbentuk lebih nyata.
Apalah maknanya jika bergelar mahasiswa sains perhutanan jika hanya berada di dalam kampus dan sekitar bandar dari awal belajar sehingga tamat pengajian?

Sudah pasti mereka tidak dapat menyesuaikan diri ketika berada di alam pekerjaan yang memerlukan sebahagian masa mereka di hutan untuk melaksanakan kajian mahupun penguatkuasaan.

Menurut dekan Fakulti Perhutanan, Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim, bagi memastikan kecemerlangan fakulti perhutanan dalam menghasilkan tenaga kerja profesional dalam bidang perhutanan sebuah kompleks khas perlu diwujudkan.

"Di sinilah bermulanya usaha menwujudkan sebuah makmal luar bagi kegunaan pengkaji serta pelajar yang lebih 'hands on' dan 'real world'.

"Di tambah pula dengan kedudukan yang dipilih amat bertepatan, ia mampu menjadi sebuah pusat pendidikan dan penyelidikan perhutanan yang unggul bukan sahaja di Malaysia malah sehingga ke peringkat global," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah atau Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC) di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor baru-baru ini.

Pembinaan SISFEC yang melibatkan usaha meminimumkan penebangan hutan serta penolakan tanah juga bakal menjadi contoh kepada kaedah pembinaan bangunan yang lebih mesra alam serta berkonsepkan teknologi hijau.

Jelas Dr. Faridah Hanum, hanya pokok yang benar-benar terletak di atas tapak bangunan sahaja yang dipotong malah, keadaan muka bumi juga tidak diubah semata-mata bagi mengurangkan impak negatif ke atas hutan di sekitar SISFEC.

"Jika diperhatikan, bangunan dibina di celah-celah pokok balak yang besar dan rapat, malah kami juga tidak membenarkan proses pemotongan lereng secara berlebihan dan struktur bangunan juga dibina mengikut permukaan tanah hutan sedia ada.

"Selain menjamin kehijauan serta keadaan hutan yang terpelihara, ia juga memberikan suasana yang kondusif kepada para pengkaji dan pelajar Fakulti Perhutanan," katanya.

SISFEC mula beroperasi sepenuhnya pada 20 Februari 2012 turut diraikan bersama program baru yang dikenali sebagai Bachelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR).

Sesungguhnya, penubuhan pusat tersebut bakal memberikan impak yang besar dalam dunia pendidikan dan penyelidikan perhutanan di negara ini.

Malah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris turut Shah berkenan merasmikan SISFEC pada 21 Mac ini di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH).

Baginda yang juga Canselor UPM akan melawat kemudahan yang ada di SISFEC yang merupakan pusat rujukan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan amalan terbaik pengurusan hutan tropika di peringkat nasional dan global.

Antara kajian saintifik yang akan dikembangkan di SISFEC adalah menjejak sumber genetik terbaru, mengumpul rekod stok tumbuhan dan hidupan liar hutan itu secara berterusan yang meliputi kajian untuk abiotik, biotik, sosial, ekonomi serta pengurusan taman rekreasi serta eko pelancongan.

Perjanjian persefahaman di antara kerajaan negeri dan UPM pada 1996 telah memberi kebenaran kepada institusi tersebut untuk mengurus dan membangunkan HSAH seluas 1,176.1 hektar sebagai hutan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan perhutanan untuk tempoh 80 tahun sehingga 2076.

SISFEC turut memiliki pelbagai fasiliti termasuk penginapan, liputan internet dan makmal sekali gus membuka peluang kepada penyelidik dari dalam dan luar negara untuk menjalankan penyelidikan di HSAH.

Selain itu, lebih 100 program pengembangan untuk penyebaran maklumat dan aktiviti perhutanan seperti kursus dan bengkel motivasi telah diadakan oleh agensi kerajaan, komuniti dan institusi pendidikan di SISFEC.

Kemudahan rekreasi luar turut disediakan dalam HSAH termasuk tapak perkhemahan, laluan rempuh halangan, padang 'paintball' dan denai hutan untuk pembelajaran.

Keunikan HSAH terletak pada campuran flora yang mempunyai elemen hutan dari kawasan utara dan selatan Semenanjung Malaysia selain terdapat tumbuhan yang sukar dijumpai di Malaysia dan Selangor khasnya.
Tiga ekspedisi saintifik telah diadakan salah satu daripada ekspedisi tersebut telah berjaya menemui beberapa spesies baru paku pakis dan lumut di Selangor.

Suasana pembelajaran yang hijau dan tidak tercemar tersebut dilihat dapat membentuk sikap dan cara hidup staf dan pelajar ke arah gaya hidup yang cenderung kepada pemuliharaan bumi dan alam sekitar.

HSAH telah dijadikan makmal luar pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam amalan pengurusan hutan.

Sebagai makmal luar, hutan itu telah memberi peluang kepada pelajar mendalami pengetahuan dan kemahiran mengecam pokok dan daun, sains tanah, inventori pokok, silvikultur, ekologi, hidupan liar, rekreasi luar dan eko pelancongan.

Pada tahun lepas sahaja direkodkan hampir 3153 penggunaan HSAH dan SISFEC amnya di kalangan agensi-agensi kerajaan, penyelidik dan juga para pelajar.

Tambah Dr. Faridah Hanum lagi, apa yang diharapkan melalui penubuhan SISFEC tersebut adalah ia dapat dijadikan sebagai sebuah pusat pendidikan dan penyelidikan yang terkemuka bukan sahaja di Malaysia malah sehingga ke peringkat global.


Malah, pihaknya juga akan mewujudkan jaringan serta kerjasama dengan agensi-agensi penyelidikan dari dalam serta luar negara. Last edited by midory on 31-3-2013 12:08 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2012 05:36 PM | Show all posts
dekat satu uni lain pun dah ada hutan reserve dalam uni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2012 01:29 AM | Show all posts


wow... color air die..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 02:14 PM | Show all posts
wow... color air die..
midory Post at 1-4-2012 01:29



    dekat kelantan...lata apa ntah nama dia..air dia kaler macam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.394268 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list