"Walaupun Becca kini mempunyai kehidupan yang selesa tetapi minatnya terhadap dunia lakonan terus membara. Dia sedang sibuk di lokasi drama 26 episod berjudul Dejavu arahan Erma Fatima dan Pali. Drama itu akan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.
Cerita Becca Dejavu mengisahkan dia yang memegang watak sebagai Uzma iaitu kakak Nadira (Tiz Zaqyah). Uzma ada teman lelaki lakonan Aqasha dan mereka belajar bersama di Australia. Sekembalinya ke Malaysia, mereka bekerja di tempat yang sama. Uzma bercinta dengan Aqasha selepas teman wanita meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Nadira pula sudah bertunang tetapi menghidapi penyakit jantung. Untuk menyelamatkan nyawanya, dia perlu menjalani pemindaan jantung dan tanpa diketahui sesiapa, jantung yang dipindahkan kepada Nadira adalah jantung milik teman wanita Aqasha.
Selepas Nadira sihat dia tiba-tiba berubah hati dan mula menggoda Aqasha sehingga Aqasha jatuh hati kepadanya."
citer nie, adaptasi novel juga kew?
misecretary Post at 17-5-2012 09:26
X kot. Tapi from the unofficial sinopsis, ada sikit mcm citer korea summer scent. Apa2 pun kita tunggu je le.. hehhe.. Btw, team Dejavu next week akan ke Kundasang for shooting menurut tweet erma fatima..
baca dri sinopsis mcm serupa jer dgn drama korea Summer Scent, adakah jantung dia juga akan berdegup2 setiap kali trnampak aqasha?
summer scent best aper..