CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5626|Reply: 17

minggu 6: persembahan terbaik

[Copy link]
Post time 22-4-2012 12:28 AM | Show all posts |Read mode
Nasib baik minggu ni rata2 persembahan bgs compared to last week.

Ini membuatkn darah haid iols tak jd nk kluar.

Kecuali persembahan superstar ebi, nmpk bebeno dia nk smpi high pitch
Satu lg estranged sgt bosan. xde yg special. typical!!

So sila undi peserta kegemaran uols.

Utk persembahan aril pulak sgt kelakar kalau org first time tgk hiburan atau br knl aril
bila tgk last sekali mcm psgn gayah pulak siap ada potret gmbr

But on the other side i pun touching gak. tapi perjuangan kelab anti yetap diteruskan!!!!!
Multiple Polls: ( Max 6 choices ), Total 60 Users voted
18.68% (17)
2.20% (2)
3.30% (3)
0.00% (0)
4.40% (4)
1.10% (1)
14.29% (13)
6.59% (6)
0.00% (0)
20.88% (19)
1.10% (1)
26.37% (24)
1.10% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2012 12:30 AM | Show all posts
Nasib kau lah akim. persembahan bgs minggu ni.

Sygnya tak dpt nk rembes tgk akim lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2012 12:40 AM | Show all posts
Mmg betol tekaan iols atilia & akim.

mod, nak credits.

Atilia suara minggu ni sgt sedap. bila tgk btm 3 mmg sah sheols kluar.
Akim pulak undi sgt Rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 12:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rhyno at 22-4-2012 00:51

Jaclyn Victor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2012 01:19 AM | Show all posts
motif takde org reply kat topik bagus ni??

semua tengah ngeseks ker? ker maseh tengok konsert rakyat berpisah tiada tuh???
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 01:46 AM | Show all posts
iols vote empat jah maniam sengal motipp x letak persembahan joe + ila bru nak vote sbab ketara yg amat MIMING fefeeling KPOP lettewwww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2012 01:55 AM | Show all posts
Plg buruk x lain x bukan ebi... Baju mcm nak terkoyak jer masa nyanyi part tinggi .. X paham btol aku apa entah dlm otak peminat ebi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 02:07 AM | Show all posts
saya suka persembahan Aril, Hazama, Jac & Hafiz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2012 02:59 AM | Show all posts
ebi nie x yah jd penyanyi lagi bagus
wat sakit telinga jek dengao dia nyanyi kelaut semedang
aku pn x fhm peminat dia rmi plak tueh
ke sebab dia janji klu dia menang duit tu akan share dgn yg memerlukan
so org simpati?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 03:32 AM | Show all posts
utk minggu ni, top 5 iols:

1) jac
2) hafiz
3) shila
4) hazama
5) alyah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 10:17 AM | Show all posts
Minggu ini, hanya 13 bintang yang akan meneruskan perjuangan mereka.  Sekurang-kurangnya, seorang daripada mereka bakal meninggalkan galaksi Mania malam ini. Tetapi siapa? Teruskan bersama TekanPlay.

Hazama – Cindai
Satu persembahan yang menarik dan pembaharuan yang diberikan kepada lagu Cindai adalah satu idea yang baik. Cuma sayangnya mungkin dari sudut persembahan vokal, Hazama kedengaran flat dan tiada dinamik yang ketara yang mampu memberikan kelebihan kepada nyanyiannya. Kreativiti bagus, execution biasa sahaja.

Verdik: 4.5/10

Adira – Destinasi Cinta
Persembahan Adira amat mengecewakan kerana beliau tidak dapat melunaskan lagu tersebut dengan baik. Vokal merata, dan tidak dikawal dengan sempurna. Adira seharusnya boleh membuat lebih baik daripada itu.

Verdik: 2/10

Shila Amzah – Merisik Khabar
Persembahan Shila yang terbaik setakat ini di Mania. Improvisasi yang baik, punyai emosi dalam nyanyian cuma mungkin key lagu ini sedikit rendah untuk Shila kerana ada ketika lontarannya kedengaran senada dan tiada wow factor yang kuat untuk membuat pendengar berasa kagum dengan tarikkan suaranya. Tetapi secara keseluruhan, ia masih baik.

Verdik: 5.5/10

Atilia – Layar Impian
Pilihan lagu Atilia untuk minggu ini lebih baik daripada minggu lepas. Tetapi lagu ini terlalu ‘besar’ jiwanya untuk Atilia dan beliau tidak mencapai tahap persembahan nyanyian yang sesuai dengan lagu tersebut kerana vokal beliau tidak mempunyai kekuatan yang ketara. Tonanya memang sedap, tetapi beliau lebih menyerlah dalam genre lagu makanan beliau.

Verdik – 4/10

Ebi – Senandung Semalam
Ebi cuba untuk menebus balik kesalahan beliau minggu lepas. Usaha beliau tampak jelas dan nyanyian beliau memang lebih baik minggu ini. Sedikit cela dalam lontarannya tetapi untuk Ebi, itu sudah dikira baik.

Verdik: 4/10

Akim – Sedetik Lebih
Akim, ini Mania, bukan Akademi Fantasia. Lagu ini diubah jiwa muziknya menjurus ke arah muzik Indonesia, lebih tepat lagi Ahmad Dhani. Tetapi lagu ini sebenarnya terlalu besar untuk dinyanyikan oleh Akim, dan ia jelas kelihatan apabila beliau tidak memberikan persembahan vokal yang segar. Tiada dinamik yang baik, hanya ‘paksaan’ vokal yang sedikit melampau. Mungkin jika Akim lebih relaks dan nyanyian beliau, ia akan menjadi lebih baik.

Verdik: 3/10

Aril – Kembali Senyum
Ini baru dikatakan saingan! Idea bijak menarik perhatian penonton dengan persembahannya, dan kreativiti yang ditonjolkan menerusi lagu ini menjadi. Alangkah baik kalau mood big band itu disesuaikan dengan pemakaian Aril. Pasti lebih melekat dan tampak kelas. Vokal beliau juga mungkin yang terbaik setakat malam ini.

Verdik: 7.5/10

Stacy – Goyang Inul
Stacy memberikan suntikan ‘Stacy’ ke dalam lagu ini. Biar orang kata Stacy terlalu selasa dengan identitinya, tetapi itulah yang terbaik buat beliau. Aura bintang itu kelihatan kalau Stacy berada dalam zon selesa. Malam ini, Stacy berjaya.

Verdik: 6.5/10

Kristal – Yank
Sukar sebenarnya untuk memberi penilaian kepada Kristal kerana jika mahu diukur, tidak dapat dilihat dari sudut mana mereka boleh berubah. Tetapi mungkin minggu ini, Kristal sedikit menyerlah dari sudut persembahan muzik mereka menerusi lagu ini. Lan juga kedengaran lebih bertenaga daripada biasa.

Verdik: 4.5/10

Jaclyn Victor – Grenade
Nampak perbezaan ketara dari sudut penyampaian emosi kalau nak dibandingkan dengan persembahan Jac dalam lagu melayu. Keberanian beliau untuk ‘bermain’ dengan vokalnya adalah kelebihan yang sangat besar untuk penyanyi ini. Jaclyn is definitey the one to beat in this competition. Beliau mengangkat pertandingan ini ke satu aras berbeza yang sukar untuk dipenuhi kriterianya oleh ramai penyanyi lain.

Verdik: 9/10

Alyah – Khatimah Cinta
Alyah adalah penghibur yang bijak tetapi beliau HARUS meningkatkan mutu teknikal vokal dan pendengaran beliau. ‘Visual’ sahaja tidak cukup untuk menjadikan sesebuah persembahan itu menarik dan kualiti. Alyah mesti bertindak, kalau mahu ramai menghormati beliau sebagai penyanyi yang bagus.

Verdik: 2/10

Hafiz – Karma
Hafiz mempunyai kualiti vokal yang bagus. Kalau nak diikutkan, beliau layak berada setara dengan Jac. Tetapi Hafiz harus menjadi lebih bijak seperti Aril dari sudut kreatif. Karma ditangan Hafiz tidak terlalu jauh bedanya dengan Faizal Tahir dan itu bukan sesuatu yang baik mungkin?

Verdik: 7/10

Estranged – Itu Kamu
Kumpulan ini lebih menyerlah dengan lagu asal mereka sendiri, tetapi tiada apa yang menghiburkan. Hanya dapat melihat satu persembahan yang baik tetapi obviously forgettable.

Verdik: 3.5.10

Pilihan TP:
1. Jaclyn Victor
2. Aril
3. Hafiz
4. Stacy
5. Shila Amzah
6. Hazama
7. Kristal
8. Atilia
9. Ebi
10. Estranged
11. Akim
12. Adira
14. Alyah

Akim dan Atilia meninggalkan Mania.

credit: tekanplay
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 11:51 AM | Show all posts
wah..ramai fanatik hafiz dalam ni meskipun jac ternyata mendahului minggu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 05:39 PM | Show all posts
hafiz..dah 2 minggu hafiz meleleh...so minggu ni rase ganas sikit ..so diffrent..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 11:54 PM | Show all posts
semestinya JAC........................
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 12:57 PM | Show all posts
Jac... 2 srikandi biru laen hampeh plak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 03:02 PM | Show all posts
Reply 15# tebuanharimau

betul3... aubrey suwito ole harapkan jac je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 08:25 AM | Show all posts
my choice...
1. shila amzah
2. jac
3. alyah
4. adira
5. stacy
6. atilia

yerp..eh we are talking on boobs size arent we? hihihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 02:09 AM | Show all posts
jackeling paling bessssssssssssss... nomot dua apis suhip
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.128510 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list