Post Last Edit by misssakura at 10-5-2012 16:33
BAB 8
Umairah mengeringkan rambutnya yang basah. Dia baru selesai mandi. Penat menghadiri kelas sepanjang hari ini masih terasa meski pun dia sudah menyegarkan diri. Di ambil handphone yang diletak diatas meja. Kot-kot ada mesej atau panggilan penting ketika dia berada dibilik air tadi. Diamembuka inboxnya. Melihat nombor yang cukup sinonim dengan hidupnya. Dia membuka mesej itu lalu dibaca satu-satu.
“abah dah masukkan duit. Nanti pergilah check ade ketak”.
Itu lah mesej yang diterima dari ibunya. Umairah pelik. Masa bila pulak aku mintak duit ni. Sejujurnya dia memang tiada duit buat masa ni kerana ptptn belum lagi masuk tetapi ifran ada transfer duit kepadanya. Katanya itu tanggungjawab. Kalo tak bagi nanti lama-lama hubungan mereka boleh terputus dan dia takkan benarkan selagi Umairah tidak menderita kerana mengahwininya. Dia tahu Ifran dapat duit itu pun dari familinya. Sebab itu dia jadi tidak kisah.Lagi pun kata-kata Ifran itu ada betulnya.
Mengigat lelaki itu menyebabkan Umairah rasa geram sendiri. Menyampah. Itulah kata hatinya. Hari tu dia nampak Atikah dan Ifran bersembang. Apalah yang mereka berbincang tu. Nak kata mereka satu group untuk buat assignment tak jugak rasanya. Memang Atikah tu perempuan yang tak tahu malu. Dengan suami orang masih nak menggatal. Ahh.....lupakan. adabaiknya aku berehat dari fikir tentang mereka. Buat penat otak je. Desis hati Umairah.Umairah menekan nombor yang sinonim dengan hidupnya itu tadi. Selepas beberapa minit, panggilan telefon yang dibuat bersambut.
“assalamualaikum bu. Apa khabar?” soal Umairah sebagai pembuka bicara.
“waalaikummusalam. Khabar baik. Mai macam mana.” Jawab puan zaleha. Terkenang anaknya yang jauh di negeri orang. Dia di negeriTerengganu.. anaknya di Kuala Lumpur.
“mai sihat je bu. Ni Mai nak tanya kenapa abah susah-susah je masukkan duit. Mai ada duit lagi la”. Umairah terus ke topik utama. Kreditnya tidak cukup banyak untuk bersembang lama.
“apa salahnya. Mai kan anak abah. Lagi pun duit ptptn tak masuk lagi kan.” Balas puan Zaleha. Dia sempat menjeling suaminya yang sedang memandang kearahnya. Bertanya siapa yang telefon dan adakah anaknya itu mahu bercakap dengannya.
“mana ibu tahu duit ptptn tak masuk lagi. Sarah bagitau ea. Tapi Mai ada duit lagi lah. Kalau Mai tak de duit baru mai mintak ehh...”. Umairah membalas lembut. Tahu ibu bapanya sangat menyayanginya.
“macam la ibu tak tahu, kalau Mai dan Sarah tak de duit bukannya nak mintak dengan ibu. Malu sangat. Ni nasib baik Nur yang cakap.Tunggu Sarah yang bagitau ptptn tak masuk lagi...hmmm..sama lah macam tunggu Mai yang bagitau.” panjang lebar puan zaleha berkata. Kata-kata puan Zaleha menimbulkan kejutan pada Umairah. Nur yang beritahu... eee mengada betul kakak tirinya tu. Dia selama ni tak pernah nak menyusahkan orang tuanya, masuk aje dia dalam familinya terus macam-macam pulak dimintanya.
“ooo patutlah abah baik sangat masukkan duit. Rupanya nak transfer sekali kat anak kesayangannya tu.” Tuduh Umairah. Puan Zaleha terkesima.Tau sangat dia yang Umairah begitu anti dengan Nur. Dia pun tidak paham mengapa.
“ Mai.. apa cakap macam tu. Nur tu kan anak abah jugak.”
Tegur puan Zaleha tegas namun perlahan. Tidak mahu suaminya mendengar perbualan mereka disaat itu. Pasti suaminya akan berkecil hati sekiranya tahu tentang itu.Puan Zaleha tidak suka anak-anaknya bersikap negatif macam tu. Baginya Nur dan Zainab sudah seperti keluarga sendiri. Mereka anak beranak itu sangat baik orangnya. Nur pun dah dianggap anak sendiri.
“ anak tiri je kot......” balas Umairah selamba.
“anak tiri pun tanggujawab abah jugak. Kalo tak bagi berdosa. Mai nak abah tanggung dosa ke.”
bebel puan Zaleha. Anaknya yang sorangni memang seorang yang kuat cemburu dan berfikiran negatif. Umairah yang mendengar kata-kata ibunya terasa perit dihati. Ibunya sanggup memarahinya hanya kerana perempuan tu. Betul-betul menyesakkan jiwa.
“ tak pe la bu...lain kali la mai telefon lagi. Mai nak rehat jap. Baru abis kelas ni.” Umairah memberi alasan.dia mahu memutuskan talian. Dia malas mahu berbual dengan ibunya pada waktu ini.
“haa...merajuk la tu. Dah jadi bini orang pun masih pandai merajuk.” Puan Zaleha terus terusan membebel. Tahu sangat dia dengan perangai Umairah. Pantang kena marah sikit nak merajuk. Mungkin itu salah dia juga kerana terlalu memanjakan Umairah. Anak sulunglah katakan. Umairah diam sahaja di talian. Hatinya malas untuk menjawab.
“mai.....ibu cakap ni benda betul. Mai kan dah besar cuba fikir betul ke tak ape yang Mai cakap tu. Ibu marah bukan sebab ibu pilih kasih ke ape. Ibu marah sebab Mai memang salah.” Nasihat puan Zaleha lembut. Umairah diam. Kata-kata ibunya ditelan tanpa kata. Cuba ditimbang-timbang. Memang betul tapi hatinya tetap perit.
“abah pun macam tu Mai. Abah sayang kat Mai sama macam abah sayang kat Sarah dan sama jugak kat Nur. Mai tak boleh pertikaikan.” Pesan ibunya lagi. Umairah masih diam. Dia sekadar mendengar. Baginya bebelan begini tidak boleh dijawab.
“Mai ade tak lagi tu.....” soal puan zaleha. Manalah tahu anaknya dah meletakkan telefon dan dia hanya cakap sorang-sorang sepenjang tadi.
“ada...........” balas Umairah sepatah.
“nak cakap dengan abah tak. Abah ada kat sini. Tengah baca surat khabar.”soal puan Zaleha lagi.
“tak pe la bu... lain kali. Tak de kredit ni nak cakap lama-lama. Kirim salam je lah kat abah.” Balas Umairah malas. Dia mahu berehat.Mahu menganalis kata-kata ibunya tadi dan mahu menghilangkan rasa sakit dihati.
“hmmm ye la tu. Jangan lupa telefon abah. Abah selalu mengadu yang Mai jarang telefon dia.” Pesan puan zaleha. Mendengar kata-kata itu hati Umairah terdetik.
‘ala anak kesayangan kau kan ada. Suruh je la anak kesayangan kau tu telefon hari-hari. Ape susah.’ Tapi kata-kata itu hanya dihati. Karang kalau diluah kan pasti dia akan dibebel lagi. Tak kuasa dia mendengar leteran ibunya.
“ye la-ye la bu. Bu tak pe la. Mai nak rehat jap. Malam ni pulak ade discussion.. assalamualaikum”. Balas Umairah. Setelah mendengar salamnya dijawab barulah dia mematikan telefon. Dia meletakkan handphonenya diatas meja study kembali. Dia kemudiannya berbaring malas diatas tilam untuk menenangkan fikiran. Tutup sahaja mata...wajah–wajah yang dibenci mula muncul.Satu-satu orang yang dibenci muncul diingatannya dengan senyuman yang sangat mengguris hati. |