CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tak semestinya dia - [U]

[Copy link]
Post time 8-6-2012 10:36 AM | Show all posts
alahai TT.....bila nak sambung nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2012 12:07 PM | Show all posts
merajuk- merajuk sayang si mai ni.....
sbg lagi..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 12:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 8-6-2012 12:26

BAB 74


Zizie memandang kearah temannya dengan mata yang bulat..Dikelilinginya Umairah beberapa kali sehingga mendatangkan kerutan didahi gadis itu. Fatihah tergelak dengan tingkah laku sahabat Umairah. Meskipun dia baru mengenali Zizie, namun dia dapat merasakan ada chemistry antara mereka. Mungkin kerana sikap Zizie yang selamba orangnya.


“ kau ni apa hal... ada ekor ke kat punggung aku..” bebel Umairah tatkala terasa pening apabila Zizie mengelilinginya beberapa kali. Dia menjeling ke arah Zizie yang tersenyum bak kerang busuk..


“ Ihah...” panggil Zizie. Fatihah memandang Zizie yang baru dikenalinya itu.


“ kau dera Umairah ke sampai dia kurus melidi macam ni...” soalnya dalam nada gurauan. Fatihah tergelak dengan soalan Zizie...


“ Umairah tu kurus bukan pasal kena dera tapi dia tu makan sikit sangat... diet gamaknya..” balas Fatihah.


“ diet ke tak de selera...rindu kat someone kot...” Zizie memulakan operasi untuk menggiat Umairah...


“ kau jangan nak merepek la Zizie... apa rindu-rindu ni...geli la...” balas Umairah geram. Dia duduk di sofa didepan tv. Malas mahu melayan Zizie yang sudah mula membuat perangai gila-gilanya.


“ geli-geli pun kau memang tengah rindukan seseorangkan...” usik Zizie lagi.


“ apa yang tak rindunya kalau dah tiap-tiap malam asyik tilik purse dia...apa lah yang ada dalam purse dia tu agakya...” Fatihah pula menyambung.Turut sama menggiat Umairah.


“ ei korang ni...apa kebenda korang dok membebel tu...dalam purse aku mesti la ada duit..nak ada apa lagi...” wajah Umairah mula memerah..tidak sangka teman rumahnya ini perasan akan sikapnya yang sering membuka purse untuk melihat wajah Ifran. dia memang ada menyimpan foto jejaka itu.


“ eley...muka tu dah merah tu tak nak mengaku lagi...sudah-sudah la tu Mai..cakap je la kau rindu kat Ifran...” tempelak Zizie.


Mahu tergelak Zizie melihat wajah Umairah yang sudah memerah itu. akhirnya Umairah sedar tentang perasaannya yang sebenar. Dia yakin perkahwinan sahabatnya ini masih boleh diselamatkan. Key word yang penting adalah usaha dan tawakal kepada Allah.


“ merepek la kau ni. Masa bila la pulak aku rindu kat Ifran. Buang masa la nak rindu kat dia tu.” Tegas Umairah. Hatinya mula menggelabah. Zizie ni memang pandai meneka hatinya.


“ tak nak mengaku konon...buang-buang la perangai keras kepala kau tu Mai..pergi je mengaku kat dia..sattle problem.” Pujuk Zizie. Dia tidak nampak dimana susahnya untuk membaiki hubungan temannya itu namun Umairah suka membuat sesuatu perkara menjadi sukar. Ni semua pasal egonya. Egonya terlalu tinggi mengalahkan gunung everest.


“ masalahnya aku tak tahu dia betul-betul suka kat aku atau tidak...kalau aku sorang je suka kat dia nak buat apa..” balas Umairah secara tidak langsung mengakui isi hatinya yang sebenar. Tidak pernah dia mengakui isi hatinya yang sebenar ini.


Sesungguhnya dia tidak yakin dengan hati Ifran. dia juga takut sekiranya Ifran berpaling semula kepada Atikah. Selain itu, perasaan bersalah pada Atikah turut menjerut lehernya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 12:27 PM | Show all posts

“ mengaku pun kau sayang kat dia... kau jangan risaulah Mai...aku 100 percent sure yang Ifran sayang kat kau jugak...kalau tak dah lama dia ceraikan kau. dia tak bodoh nak terus bersama dengan kau kalau dia tiada perasaan sayang kat kau.” Zizie menyatakan pandangannya. Fatihah terangguk-angguk.


“ kalau dia betul cintakan aku pasti dah lama dia datang cari aku. ni dah 2 bulan lebih aku kat sini..sah kan bayang dia nak datang,telefon aku dia pon tak nak.. aku tak rasa dia cintakan aku. Aku tak rasa susah untuk dia cari aku. aku pon tak tukar nombor telefon. Semua atas dia. Kalau dia sayang aku mesti dia dah cari aku.” Umairah mengatakan pendapatnya pula.


“ bukan kau sendiri yang cakap datang bila dah bersedia nak bercerai... dia tak datang tu sebab dia tak nak bercerai la.. lagi pun dia tak tahu kau sukakan dia.” Balas Fatihah pula.


Dia dapat melihat wajah kusut Umairah.Wajah orang tengah frust bercinta.. Dulu semasa mengenali Umairah di tempat kerja dia bayangkan Umairah mempunyai keluarga yang bahagia. Tidak sangka pula Umairah mempunyai masalah sebegini. Tak terjangkau dek akal fikirannya.


“ Ifran bukan jenis yang mendengar kata macam tu...kalau betul dia suka kat aku dia akan datang pujuk aku..bukan dengan membiarkan aje aku tertunggu-tunggu macam ni. Nampak sangat dia tak cintakan aku.”


“ aku tak rasa macam tu Mai... aku tahu Ifran suka kat kau sebab dia pernah bagitau aku kenyataan itu. mungkin dia tak datang pujuk kau sebab dia rasa kau dah terlalu banyak terluka dengannya. Dia mahu kau berbahagia dan sekiranya dengan melepaskan kau pergi kau akan lebih berbahagia dia sanggup. Dia tidak tahu kau cintakan dia. Mungkin selepas satu tempoh dia akan datang semula kepada kau. tapi aku tak pasti masa itu perkahwianan korang boleh di selamatkan atau tidak. Takut masa tu dia dah berkeputusan untuk bercerai.” Balas Zizie dengan nada yang gusar.


Umairah perlu tahu setiap kemungkinan yang berlaku dalam hubungannya supaya dia mampu berfikir tindakan yang seterusnya. Umairah diam mendengar kemungkinan yang dinyatakan Zizie.Benarkah itu yang difikir Ifran. mungkin juga Ifran tidak datang kerana memang lelaki itu tidak ingin datang.. ahh.. sakit betul kepalanya. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Perlukah dia meneruskan misi untuk menyatukan Ifran dan Atikah meskipun hatinya terluka.


“ Atikah pulak cam mana...takkan aku nak pentingkan perasaan sendiri tanpa fikir perasaan Atikah.. aku rasa diorang masih sayang menyayangi.” Umairah masih gusar.. dia sempat melihat Fatihah dan Zizie menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak paham maksud gelengan itu.


“ kau ni Mai... dah-dah la tu... tu kisah lama diorang. Kisah 5 tahun yang lalu. Kalau korang bercerai sekali pun aku tak rasa Tikah akan terima Ifran. maybe famili korang tak kisah, famili Ifran tak kisah tapi apa kata orang sekeliling. Kalau aku jadi Tikah pun aku takkan terima Ifran. dah la bekas adik ipar. Sangat mengarut okey...” panjang lebar Zizie membalas. Dia menggenggam erat tangan sahabatnya itu.


“ betul tu Mai.. kalau aku pun aku tak nak... macam takde lelaki sangat atas dunia ni. Kalau kau betul nak menebus kesalahan kau tu apa kata kau mintak maaf dengan dia betul-betul. kembali menjadi sahabat baik seperti mana korang bersahabat baik 4 tahun yang lepas. Baru betul. Atikah pasti tak nak tengok kau dengan Ifran bercerai berai kerana dia. Macam kau nak satukan Atikah dengan Ifran.” Fatihah pula memberi pendapat.


Umairah diam. Mengakui kebenaran kata-kata sahabatnya. Namun hatinya masih lagi tidak senang.dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia mahu masa menentukan segalanya.


“ ahh malaslah nak fikir. Jom kita keluar makan.. malas lah nak masak malam ni.” Umairah berkata sejurus mahu menutup topik perbualan mereka. Dia akui kata-kata Zizie dan Fatihah itu ada benarnya. Dia mahu memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Dia tidak mahu menyesal dengan keputusan yang diambil seperti mana keputusan yang pernah dilakukan 4 tahun lepas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 12:28 PM | Show all posts
Reply 201# zameyla


   okey da smbg...selamat membaca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 12:29 PM | Show all posts
merajuk- merajuk sayang si mai ni.....
sbg lagi..........
qimi08 Post at 8-6-2012 12:07



   penat dh... asyik gaduh je... mse untuk berkasih sayang pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2012 12:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 8-6-2012 12:33

BAB 75


Umairah menekan-nekan telefonnya. Tidak pasti apa yang dilakukan betul atau sebaliknya. Namun dia sudah nekad. Ini sahaja usaha yang dia mampu lakukan. Selebihnya biarlah Ifran yang tentukan.


Dia sudah penat hidup begini. Dia nekad, kalaulah dia dan Ifran ditakdirkan bercerai dia mahu redha. Ini sahaja usaha yang dia mahu lakukan. Ini adalah yang terakhir antaranya dan Ifran. betul kata Zizie... dia perlu luahkan segala-galanya.


Mungkin jawapan yang dia perolehi berbeza berbanding dia sekadar menanti.Kata-kata Fatihah mengenai Atikah turut mendapat tempat dihatinya. Ada benarnya kata Fatihah..kalau dia menjadi Atikah pun belum tentu dia akan menerima kembali Ifran.


mengapa dia tidak pernah terfikir semua ini. Kalaulah aku sedar dari awal mesti tak perlu aku keluar dari rumah itu, tak perlu aku mogok suara dengan Ifran. semua itu membazir masa sahaja. Dan sekiranya Ifran tidak mampu menerima aku, aku pasrah.. aku sanggup bercerai sekiranya perkara itu lebih membahagiakannya. Umairah mula menyediakan skrip untuk digunakan pada esok hari. Dia berdoa kepada Allah supaya hari esoknya dan akan datang berjalan dengan lancar.

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 12:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 8-6-2012 12:41

Reply 204# misssakura


Cik Mai.... biasa "ganti tikar" untuk abang ipar ambil adik ipar jadi isteri setelah kematian isteri (akak or adik)
dlm kes cik mai & tikah ni kita panggil apa ek sbb bekas isteri masih hidup lagi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2012 12:46 PM | Show all posts
Reply  misssakura


Cik Mai.... biasa "ganti tikar" untuk abang ipar ambil adik ipar jadi isteri ...
qimi08 Post at 8-6-2012 12:38



   sbnrnya sakura x wat research sngt psl 'ganti tikar' ni... tp rsenye boleh je kan ganti tikar walaupun ex wife idup lagi kan...   kalo x boleh...waaa malunya sakura..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 12:52 PM | Show all posts
Reply 209# misssakura


Blh aje .... sbb mereka tidak bermadu, kalau adik beradik kongsi suami/bermadu itu yg tak blh,

cuma dlm situasi ni jarang2 kita npk sbb melibatkan keluarga...klu buat pun
mungkin terpaksa pergi jauh2 dari family...sbb bila berkumpul pasti akan timbul
perkara ungkit mengungkit bak kata pakar motivasi Dr. Rubiah smlm dlm rancangan semanis kurma
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 12:55 PM | Show all posts
Reply 210# qimi08


   tu la... rse cm x pe je... tq qimi 4 the info
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 01:40 PM | Show all posts
tu la kne pkir dlu baru bertindak.bukan sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 01:41 PM | Show all posts
tu la kne pkir dlu baru bertindak.bukan sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 03:39 PM | Show all posts
nak lagi..cepat2..lamanya tunggu citer ni nak habis.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 03:58 PM | Show all posts
nak lagi..cepat2..lamanya tunggu citer ni nak habis.
muaz04 Post at 8-6-2012 15:39



Muaz...pakai x jd keja la kita....dok ngadap forum nie ja...lepas umah nie...umah nu...melilau rata...haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 04:41 PM | Show all posts
cepatla....cepatla....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2012 10:30 PM | Show all posts
mai call ifran ke?
cept la jwb...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 10:39 PM | Show all posts
nak lagi..cepat2..lamanya tunggu citer ni nak habis.
muaz04 Post at 8-6-2012 15:39



   sabar ye muaz...dh nak abis dh citer ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 10:40 PM | Show all posts
cepatla....cepatla....
yaya4075 Post at 8-6-2012 16:41



   ok2 sakura smbg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 10:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 9-6-2012 22:45

BAB 76


Mata Ifran membulat tatkala membaca luahan hati pada catatan diari milik Umairah. Jadi inilah sebenarnya perasaan Umairah kepadanya.Ya Allah mengapa bodoh sangat aku kerana tidak pernah mahu menyedari perasaan gadis itu terhadapku.


Aku tidak pernah mahu mencarinya. Sanggup aku biarkan dia tertunggu-tunggu aku sendirian di tempat yang aku tidak ketahui. Nasib baik dia menjumpai diari ini. Sedang dia bersendirian di bilik Umairah, hatinya tiba-tiba terdetik untuk membuka laci milik isterinya.


Mungkin ada bahan yang mampu mengurangkan beban rindu buat Umairah. Dia ternampak diari yang pernah dibaca suatu ketika dahulu. Diambilnya diari itu. mungkin Umairah ada mengupdate diari tersebut. Tak sangka tekaannya tepat malah dia mendapat tahu berita yang lebih hebat dari itu.


Ifran mundar mandir didalam bilik Umairah. Dia perlu buat sesuatu. Dia perlu menemui Umairah dengan kadar segera. Mereka perlu berbincang! Sedang asyik memikirkan cara untuk menemui Umairah, Ifran dikejutkan dengan bunyi handset yang terletak diatas katil milik Umairah.


Dia membebel seketika. Macam tak de masa lain penghantar mesej ni nak hantar mesej. Ifran mengambil handsetnya dengan perasaan geram. Tiba-tiba matanya membulat lagi. Tidak sangka gadis yang cukup sukar untuk didapati itu menghantar mesej kepadanya. Apa dah berlaku ni. Malaysia dah turun salji ke!



“ assalamualaikum.. esok kau free tak. Boleh kita jumpa?”itulah mesej yang diterima dari Umairah. Ifran masih terkejut.


Kalau tadi dia dikejutkan dengan isi diari kini hatinya pula terkejut dengan mesej gadis itu.Ifran membalas segera mesej tersebut dengan menyatakan persetujuannya. Hatinya tersenyum girang. Dia akan pastikan Umairah akan menjadi miliknya buat selama-lamanya. Dia mengucap syukur tak terhingga kepada Ilahi yang akhirnya menunjuk jalan keluar dalam perhubungan mereka berdua.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.079770 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list