CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tak semestinya dia - [U]

[Copy link]
Post time 12-6-2012 08:13 PM | Show all posts
Best best best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2012 10:08 PM | Show all posts
Reply 236# sarizu


   tau2 je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2012 10:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 12-6-2012 22:19

BAB 79


Ifran merenung wajah pucat milik Umairah lama. Sudah beberapa kali dia melihat Umairah berulang alik dari toilet. Adakah Umairah begitu gemuruh untuk kerumah mak udanya sebentar lagi sehingga sebegitu rupa perubahan isterinya.


Malam ini mereka sekeluarga akan ke rumah puan Zainab. Selain kunjungan yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, mereka juga kesana atas permintaan Umairah yang masih ada perkara yang belum selesai dengan teman baiknya merangkap kakak kandungnya, Atikah.


“ sayang...janganlah risau sangat.. Atikah tu bukannya makan orang pon..” usik Ifran tatkala Umairah melabuhkan diri disebelahnya. Umairah memandang wajah Ifran yang tersenyum melihatnya yang kelihatan gelabah. Geram betul aku mamat ni.. aku tengah gelabah biawak macam ni boleh pulak dia ketawakan aku.. tak guna punya husband. Bebel hati Umairah..


“ siapa cakap Mai risau.. Mai tak risaulah.” Balas Umairah tidak mahu kalah. Mereka masih sama seperti dahulu. Ada sahaja pergaduhan kecil akan berlaku tatkala berdua begini. Namun mereka tahu pergaduhan itu sekadar penguat kasih sayang antara mereka.


“ ye la tu... kalau muka macam cicik tertelan paku tak payah nak tipu abang la... abang bukan sehari kenal sayang...” usik Ifran lagi. Mula operasinya menyakat Umairah.


“ eii tolong sikit..  muka Mai lagi cantik dari cicak tau..sesuka hati aje same kan kita dengan cicak.. kalau Mai cicak, abang tu katak..” marah Umairah. Ifran tersenyum sinis..


“ katak pun laki Mai jugak.. lelaki yang paling mai sayangkan...”balas Ifran lagi. Wajah Mai mula memerah. Malu kerana diusik begitu. Terasa tercabar naluri wanitanya.


“ eii tak habis-habis perasan... macam Mai sayang sangat kat dia..” Umairah membalas geram. Dia menjeling Ifran yang memandangnya penuh sinis. Menyakitkan hati betul mamat ni. Tak pernah nak romantik sikit dengan aku.


ingatkan bila dah bersayang-sayang lembut sikit perangainya tapi makin menjadi-jadi perangai nakalnya. Tapi Umairah bersyukur kerana dia tahu hanya dia seorang sahaja melihat Ifran dari sisi ini. Ifran tidak pernah bersikap begini dengan orang lain termasuk Atikah.


Dulu-dulu sewaktu suaminya bercinta dengan kakak kandungnya Atikah, suaminya itu tidak bersikap seperti sekarang. Ifran nampak lebih plastik suatu ketika dahulu dan kini apabila lelaki ini dengannya dia tahu lelaki ini menunjukkan dirinya yang sebenar.


Dia bersyukur semua itu. sekurang-kurangnya dia memang sudah tahu perangai Ifran yang merupakan pembuli yang sadis dan meskipun sudah mengetahui sikapnya begini dia masih cintakan suaminya. Dia tahu itulah cinta yang sebenar.


“ ala macam abang tak tahu Mai tu sayang sangat kat abang...abang pernah bacalah diari Mai.” Ungkit Ifran. Mata Umairah buntang mendengar pengakuan suaminya. Wajahnya sudah memerah menahan malu.. teringat segala luahan hati didalam diarinya.


Ya Allah malunya. Umairah terdiam dan menunduk seketika. Melihat Umairah terdiam mendatangkan rasa serba salah dalam diri Ifran. marahkah isterinya dengan sikapnya yang mencuri baca bahan peribadi wanita itu. Ifran memeluk bahu isterinya lembut. Dicium pipi isteri tersayang.


“ maafkan abang sayang... abang tahu abang silap sebab baca diari sayang tanpa keizinan. Sayang janganlah marah.” Minta Ifran. hatinya tak betah bila melihat Umairah tunduk dan berdiam diri begitu. Dia lebih suka melihat Umairah melayan usikannya berbanding diam begitu.


Dia menolak rambut Umairah kebelakang demi memandang wajah sang isteri. Umairah mendongak tiba-tiba dan tersenyum kearahnya.


“ tau takut... kononnya Mai sayang abang sangat padahal abang tu yang terlebih sayang kat Mai kan...macam lah Mai tak tahu.” Balas Umairah sambil ketawa. Sengaja mentertawakan Ifran supaya dapat menutup perasaan malu yang menyelubungi hatinya.


Ifran tersenyum melihat Umairah yang mentertawakannya. Sikit pun dia tidak berkecil hati kerana dia tahu kata-kata Umairah tu ada kebenarannya. Memang dia amat menyayangi Umairah mungkin lebih dari Umairah meyayanginya.


“ abang memang sayangkan Mai.. sayang sangat-sangat.”Ucap Ifran tiba-tiba. Kata-kata Ifran menghentikan segala ketawa kecil milik Umairah. Umairah merenung wajah suaminya.. beberapa mutiara jernih jatuh kepipinya..


“ aik.. takkan dah touching kot... tadi cakap tak sayang kat abang.” Usik Ifran lagi. Dia tersenyum melihat wajah Umairah yang tersipu malu. Umairah menundukkan wajahnya. Ifran memeluk isterinya erat. Umairah membalas dakapannya suaminya dengan senyuman yang memekar dibibir.


“ Mai pun sayang sangat-sangat kat abang.. abang lelaki pertama yang mengajar Mai erti cinta. Mungkin melalui pembacaan abang terhadap diari Mai, memang ramai lelaki yang Mai suka sebelum abang tetapi abang merupakan lelaki yang pertama mengajar Mai erti cinta sampaikan Mai sendiri tidak sedar mai memang dah lama jatuh cinta kat abang.. betul kata Zizie, Mai ni terlalu ego. Keras kepala. Tak nak mengaku perasaan Mai terhadap abang  dan Mai nak tarik balik kata-kata Mai sebelum ni...” Umairah terhenti seketika. Ifran melonggarkan pelukan lalu memandang wajah isterinya yang manis orangnya itu.


“ kata-kata apa Mai?” soal Ifran tiba-tiba. Perasaan ingin tahu mencucuk ulu hatinya.


“ Mai pernah cakap yang kalau orang lain kekasih Atikah Mai akan kawin dengan orang lain.. tetapi perkara tu tak benar sebenarnya. Memang Mai akui Mai kawin dengan abang pasal Atikah tetapi kalau waktu itu orang lain yang merupakan kekasih Atikah mungkin Mai akan fikir banyak kali untuk kawin dengan orang itu. Salah satu faktor Mai kawin dengan abang adalah sebab abang sendiri.


Selama ni Mai tipu diri sendiri. Mai ego.. Mai tak nak mengaku yang Mai memang sayangkan abang dari dulu lagi tapi sebenarnya itulah kenyataannya. Mai kawin dengan abang sebab Mai marahkan Atikah dan kerana Mai memang sudah jatuh cinta kat abang masa tu. Cuma Mai tak nak mengaku lagi-lagi bila Mai tengok abang benci sangat-sangat kat Mai masa tu. Tak kan lah Mai nak terhegeh-hegeh tayang yang Mai suka kat abangkan.” Ifran terdiam mendengar luahan hati Umairah. Dia tersenyum kemudiannya. Dia lega mendengar pengakuan ikhlas sang isteri.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2012 10:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 12-6-2012 22:25

“ kita ni sama je Mai..” balas Ifran perlahan. Umairah mengerutkan dahi sambil memandang kearah suaminya.


“ apa yang sama... Mai perempuan abang lelaki..mana sama..” balas Umairah nakal. Ifran ketawa kecil dengan kata-kata Umairah itu. kesitu pulak Umairah.


“ sebenarnya abang tak pernah beritahu sesiapa pun perkara ni dan berniat untuk diamkan aje. Tapi dah alang-alang kita bercakap tentang hati dan perasaan, baik abang beritahu jelah perkara sebenar.” Mukadimah dari Ifran menarik hati Umairah untuk terus mendengar. Apa pula yang Ifran cuba katakan padanya. Macam rahsia besar jer..


“ sebenarnya sebelum abang jatuh cinta kat Tikah, abang memang berminat kat Mai.. sebab tu abang selalu usha Mai dulu-dulu. Tapi tengok reaksi negatif dari Mai yang mai tak bersedia untuk bercinta buat abang geram. Untuk menguji perasaan Mai terhadap abang, abang gunakan alasan untuk mengorat Atikah untuk mendekati Mai.


Namun Mai seolah-olah tidak kisah dan rela bila abang meminta maklumat Atikah dari mai dan menggunakan alasan Atikah untuk berkawan baik dengan Mai... masa tu abang dah give up. Abang teruskan juga misi mengorat Atikah demi menyakitkan hati Mai..


last-last memang abang jatuh hati kat Atikah. Sebab tu abang cukup bencikan Mai bila kita kawin lagi-lagi bila Mai cakap Mai kawin pasal Atikah. Bukan kerana Mai cintakan abang. Tapi abang tahu dan abang tak mampu tipu diri sendiri, semasa abang bencikan Mai, memang ada perasaan lain terhadap Mai yang lain dari perasaan abang terhadap Atikah.


Abang tahu tentang itu dan abang cuba nafikan. Sebab tu abang jadi makin bencikan Mai demi menutup perasaan sayang abang terhadap Mai yang semakin menebal. Salah satu faktor abang cuba mendapatkan Atikah kembali pon pasal nak balas dendam kat Mai. Abang nak Mai tahu perasaan sakit hati bila di permainkan.” Luah Ifran. dia nampak kolam mata Isterinya berair. Menangis lagi isterinya. Kalau dulu isterinya agak sukar untuk menangis sekarang cepat betul air mata wanita itu tumpah.


“ Mai minta maaf kat abang.. kerana sikap Mai yang pentingkan diri sendiri Mai dah libatkan abang dalam masalah Mai yang tak pernah wujud tu.” minta Umairah sambil menundukkan wajah. Dia malu menangis didepan suaminya tetapi dia tidak mampu menahan air mata dari gugur. Dia tahu dia terlalu banyak membuat silap terhadap suaminya itu.


“ Mai.. abangkan dah pernah cakap. Kalau Mai tak buat macam tu belum tentu kita dapat rasa kebahgiaan sekarang ni tau.. tapi memang abang akui, salah satu faktor abang terima cadangan mak untuk meminang Mai sebab abang memang ada hati pada Mai. Abang sebenarnya boleh sahaja menolak cadangan itu tapi mulut abang seolah tidak mampu berbuat begitu.  


Sebab tu abang terima cadangan mak tanpa berfikir panjang. Tapi abang jadi marah bila mengetahui Mai sebenarnya tak mencintai abang dan tipu abang dengan mengatakan Atikah curang demi merosakkan hubungan abang dengan Tikah. Oleh sebab tu abang sangat marah terhadap Mai dengan alasan kononnya Mai menjadi penyebab hubungan abang dengan Tikah terputus.


Abang nak tunjuk kat Mai yang abang tak pernah sukakan Mai dan sangat sayangkan Atikah. Tapi sebenarnya perkara itu terbalik. Abang lebih sayangkan Mai dari Atikah. Hanya kerana ego dan rasa benci dipermainkan orang abang sayang menyebabkan abang terus mengejar cinta Atikah dan cuba menidakkan perasaan abang terhadap Mai.”


Panjang lebar Ifran menerangkan duduk perkara sebenar kisah hampir 5 tahun yang lalu. Dia mahu menceritakan segalanya hari ini. cukuplah dia rasa menyesal kerana membazirkan empat tahun untuk mengikat hati Umairah yang tenyata turut mencintainya dari mula lagi.


“ kita ni sama je kan bang... ego. Kalau dari dulu kita saling mengakui perasaan masing-masing mesti kita tidak akan membazir masa empat tahun ini. entah-entah kita dah beranak pinak sekarang.” balas Umairah akhirnya. Bila dikenang kembali memang dia akui sebelum Ifran bercinta dengan Atikah memang ada lelaki itu menunjukkan minatnya terhadap dirinya.


Namun Umairah cuba menidakkan kerana terasa mustahil ada orang menyukainya setelah mengenali Atikah. Dakwaannya dirasakan tepat apabila Ifran mula mengorek rahsia Atikah melaluinya. Masa itu hatinya cukup terkilan. Rupanya dia perasan seorang diri.


“ so maksudnya tak delah istillah tunggu malaysia turun salji dulu kan sayang...” celah Ifran tiba-tiba. Kata-kata ifran yang pelik itu mengundang tanda tanya dihati Umairah. Ditenung wajah suaminya dengan wajah ingin tahu.


“ tunggu malaysia bersalji? Ape benda pulak tu bang...”


“ mai dah lupa ke kata-kata Mai kat abang...” Ifran membalas. Dia tersenyum kecil melihat wajah hilang ingatan Umairah.  Tak sangka sedalam itu cintanya buat Umairah sehingga kata-kata sebegitu pun mampu diingatinya.


“aku cinta kan kau konon... tunggu Malaysia bersalji pun benda bodoh macam tu takkan berlaku.” Ucap Ifran tiba-tiba. Dia meniru gaya muka dan percakapan Umairah diawal perkahwinan mereka dahulu. Umairah membulatkan mata. Ingatan yang  hilang telah pun muncul kini. Wajahnya kembali merah. Ya Allah malunya. Dulu confident aje cakap tak kan jatuh cinta... alih-alih terbalik pulak sekarang ni.


“ eii abang ni... ingat je apa Mai cakap. Geram betul la...” Umairah buat-buat merajuk. Ifran ketawa besar melihat wajah muncung isterinya. Comel betul isteri aku ni. Bisik hatinya. Dia bersyukur sangat-sangat kerana akhirnya dia berjaya meluahkan perasaan sayangnya yang sudah lama bertunas itu kepada Umairah. Abang sayang Mai sangat-sangat. Bisik hatinya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 11:05 PM | Show all posts
Ah...Sho Shuweet.....

Teringat cerita Qi / Siti Saleha

Bersalji Di Kuala Lumpur....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 12:25 AM | Show all posts
haha..cepatla jmpe atikah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2012 01:42 PM | Show all posts
lamanya nak tunggu TT sambung. Lambat plak rasa nak sampai ending dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 06:28 PM | Show all posts
lamanya nak tunggu TT sambung. Lambat plak rasa nak sampai ending dia
muaz04 Post at 13-6-2012 13:42



   ok sakura dah sambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2012 06:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 13-6-2012 18:40

BAB 80


Setibanya keluarga puan Zaleha dirumah milik puan Zainab,mereka disambut baik oleh puan Zainab dan anaknya kerumah kayu itu. mereka masuk ke dalam rumah tersebut setelah bersalam-salaman.


Umairah bergerak kearah Atikah perlahan. Dia memandang kearah bekas sahabat baiknya itu. dia dapat melihat mata Atikah berair dan air itu perlahan-lahan turun jatuh ke pipi licin gadis itu. matanya turut berair. Dipeluk erat Atikah yang berdiri didepannya kini.


Ahli keluarga yang lain terdiam melihat babak sedih itu seketika. Masing-masing bergerak kearah ruang tamu untuk menjauhi dua sahabat tersebut. Mungkin mereka memerlukan ruang untuk berbicara dari hati ke hati.


“ aku minta maaf Tikah..aku minta maaf sangat kat kau atas kesalahan aku selama ini. aku dah banyak buat salah kat kau padahal kau langsung tak bersalah terhadap aku. kerana sikap aku yang tak matang telah buat kau banyak menderita, tersiksa dan merana... maafkan aku Tikah.”


Umairah meminta bersungguh-sungguh. Dia tahu dengan hanya meminta maaf tidak cukup untuk menebus kesalahan yang telah dilakukan namun hanya itu yang dia mampu lakukan. Untuk menyerahkan Ifran kembali sangatlah mustahil. Dia sangat sayangkan Ifran malah Ifran bukan barang yang boleh di tolak sesuka hati.


“ aku dah lama maafkan kau Mai.. lagi pun kau buat semua tu bersebab. Mungkin salah aku yang selalu mahu nampak lebih dari kau. aku akui yang aku selalu cemburu dengan kau. kau punya keluarga yang bahagia sedangkan aku tidak padahal kita adik beradik. Sebab itu aku jadi tamak bila abah kawin dengan ibu aku. aku suka menonjol diri dengan harapan aku mendapat lebih kasih sayang dari abah.


Tapi itu semua tak bermaksud aku mahu merampas kebahagiaan dari kau. kau pun orang yang aku sayang. Mungkin usia kita terlalu muda waktu itu sehinggakan ada sahaja perkara yang kita lakukan demi kepentingan sendiri.Tapi percayalah Mai, aku sayangkan kau dan tak terniat pun merampas kasih sayang abah dari kau malah kalau aku terniat sekali pun aku tak akan mampu buat semua tu. Abah sayang kita sama sahaja.” Balas Atikah panjang lebar.


“ tapi aku dah hancurkan kebahagiaan kau dan Ifran. maafkan aku kerana betul-betul merampas Ifran dari kau. aku dah tuduh kau macam-macam malah melayan kau dengan teruk. Aku dah banyak buat silap terhadap kau. aku minta maaf sangat-sangat Tikah. Tapi sebenarnya tingkah laku aku itu hanya tingkah laku yang sia-sia. Aku tak pernah bencikan kau.


Aku tak mampu buat semua itu. aku jadi macam tu kerana aku rasa kalah dengan kau sedangkan jauh dari sudut hati aku, aku masih mahu bersama-sama dengan kau sebagai teman baik. Kerana ego aku jadi bodoh. Sanggup mementingkan harga diri berbanding perasaan sebenar. Maafkan aku Tikah”. Rayu Umairah lagi. Dia tahu selama dia berdendam dengan Atikah, tidak sekali pun perasaan bencinya terhadap Atikah hadir. Dia sengaja mendera diri sendiri tanda protes terhadap abah dan Atikah. Dia betul-betul bodoh!


“ dah la Mai... kita lupakan je la kenangan lalu. Mulai hari ini kita akan jadi teman baik semula. Aku harap kau menghargai Ifran sebab lelaki itu betul-betul cintakan kau. dan aku tahu Ifran sebenarnya sudah lama sayangkan kau tapi dia dan kau sama sahaja. Sama-sama tak nak mengaku perasaan masing-masing.


Aku  dah lama perasan yang kau dan Ifran saling menyukai antara satu sama lain selama ini. Sebab itu aku tak mahu menerima Ifran kembali apabila dia mahu bersama aku kembali kerana aku nak dia berhenti menipu diri sendiri. Sekarang aku bersyukur kerana korang berdua dah sedar perasaan masing-masing. Aku harap korang jagalah betul-betul tali perkahwinan ini setelah pelbagai dugaan yang korang berdua tempohi untuk dapat hidup bersama.”Balas Atikah perlahan.


“ maafkan aku Tikah... aku tak mampu nak tepati janji aku untuk mengembalikan Ifran kepada kau. tapi aku janji, kita akan menjadi sahabat baik seperti empat tahun yang lalu. Malah akan menjadi lebih rapat daripada itu.” janji Umairah.


Atikah mengangguk-angguk tanda setuju. Ahli keluarga yang lain sekadar memandang dengan perasaan terharu. Akhirnya dua sahabat baik ini berbaik semula setelah lebih empat tahun dalam mood yang dingin.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 06:41 PM | Show all posts


“ alhamdullilah syukur la kerana kita sekeluarga dah bersatu... lepas ni kalau ada masalah, ada yang tak puas hati berterus terang sahaja. Janganlah simpan lama-lama. Abah tak nak perkara macam ni berlaku lagi dalam keluarga kita.” Ucap encik Ismail bersama nasihat buat anak-anak dan isteri-isterinya.


Yang lain sekadar mengangguk mendengar kata-kata dari encik Ismail. Umairah dan Atikah mara kearah ruang tamu yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.


“ lupa pulak nak hidang air...” puan Zainab tiba-tiba mencelah. Yang lain hanya ketawa riang dengan celahan wanita itu.


“ Mai kenapa ni?” soal Atikah tiba-tiba tatkala melihat Umairah menutup mulutnya.


“ rasa nak muntah.. bilik air kat mana?” soal Umairah..Atikah segera membawa Umairah ke bilik air. yang lain melihat adegan itu terdiam lalu melihat wajah Ifran.


“ Umairah dari tadi lagi asyik ke toilet...” Ifran mengeluarkan kata-kata tatkala semua mata memandangnya. Kata-kata Ifran mengundang senyum di bibir puan Zaleha dan puan Zainab.


“ tak lama lagi riuh la rumah kita dengan suara budak-budak yer kak Leha...” puan Zainab berkata sambil berlalu ke dapur. Mahu menyediakan minuman buat keluarganya.


“ nanti If bawaklah Mai pergi klinik... Ibu rasa Mai dah ada isi tu..” pesan puan Zaleha lembut. Kata-kata puan Zaleha mendatangkan kejutan pada wajah kacak milik Ifran.


“ betul ke bu?” soal Ifran tak percaya. Dia cukup teruja mendengar kata-kata ibu mertuanya itu. Ya Allah terima kasih atas rezeki mu. Ucap Ifran didalam hati.


“ ibu syak aje... tapi nak pasti lagi pergi bawak Mai jumpa doktor la...” nasihat puan Zaleha perlahan.


“ tak payah la ibu... Mai rasa ni angin gastrik je..”tiba-tiba Umairah mencelah tanpa mengetahui hujung pangkal perbualan keluarganya. Yang dia dengar hanyalah ibunya meminta suaminya membawa dia ke klinik..


“ Mai...jom kita pergi klinik sekarang.. check apa yang patut.” Balas Ifran lebih berbentuk arahan. Umairah menjeling suaminya. Hish mamat ni.. setakat gastrik buat apa nak pergi klinik. Aku still ada la ubatnya.


“ tak payah lah abang If... gastrik je ni. Lagi pun ubat gastrik ada lagi.” Balas Umairah menolak cadangan suaminya.


“ Mai ni selalu tak nak dengar orang cakap.. kita pergi klinik sekarang kot-kot Mai pregnant.” Bebel Ifran. yang lain sekadar tersenyum melihat pasangan suami isteri itu mula bertekak. Tahu sangat mereka Umairah dan Ifran kerap bergaduh meskipun perkara kecil.


“ Mai tak pregnant la...” belum habis lagi Mai membalas Ifran sudah memotong kata-katanya.


“ mana Mai tahu Mai tak pregnant.. bahaya tau makan ubat masa mengandung ni. Jadi Mai jangan makan ubat gastrik tu. Kita check dulu.Kalau betul gastrik je baru makan ubat tu.”


“ eeii abang If ni... apa yang Mai cakap selalu salah.. asyik dia je yang betul. tapi Mai nak pesan sikit, jangan nak berharap sangat. Takut nanti frust pulak. Jom la.”balas Umairah geram lalu bangun dari tempat duduknya. Dia menyalami ibu bapanya lalu mengikut suaminya yang sudah bergerak ke pintu utama rumah Atikah. Tak sabar-sabar nak pergi klinik!  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 11:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 14-6-2012 12:03

BAB 81


Ifran menggenggam erat tangan Umairah sambil berjalan-jalan di tepi pantai. Sengaja mereka keluar berdua di tepi pantai yang begitu nyaman udaranya pada waktu petang begini. Esok pagi mereka akan bertolak pulang ke Seremban. Cuti yang diambil selama tiga hari untuk pulang ke kampung begitu cepat habisnya. Terasa belum puas berada di negeri Terengganu yang aman damai.


“ sayang penat tak?” soal Ifran risau. Takut juga isterinya penat lebih-lebih lagi isterinya sedang berbadan dua kini.


“ tak la abang... kitakan baru berjalan. Nanti kalau Mai penat Mai bagitau.” Balas Umairah lembut. Hatinya cukup gembira kini. Masalahnya dengan Atikah dan abah sudah selesai manakala hubungannya dengan Ifran semakin hari semakin erat. Malah, insyaallah tak lama lagi dia bakal memiliki cahaya hati. Sungguh bahagia.


Dia seolah-olah sudah terlupa sejarah perkahwinan mereka malah sememangnya dia mahu melupainya. Ifran turut menyarankan perkara yang sama kepadanya. Apa gunanya mengingatkan perkara yang hanya meresahkan hati sedangkan perkara itu sudah berlalu.  


“ bila fikir balik kan sayang, kita tak pergi honeymoon pon lagi kan...” Ifran mengeluarkan topik yang sudah lama ingin dikatakan kepada Umairah. Umairah menjeling suaminya yang tersenyum mesra kearahnya. Manis betul senyuman suaminya ini. buat hatinya makin berdebar-debar memandangnya.


“ a’ah.. tapi tak pe la bang... keadaan kita sekarang pun dah cukup okey. Abang kan banyak kerja kat office. Lagi pun tak lama lagi abah dah nak bersara.. makin la sibuk kerja abang kan.” Balas Umairah. Siapa yang tak ingin pergi honeymoon. Tapi dia tidak mahu terlalu mementingkan diri. Dia perlu faham keadaan Ifran yang semakin sibuk semenjak dua menjak ini.


“ Mai.. Mai isteri abang. Mai lebih penting dari kerja-kerja yang melambak kat office tu.. kerja-kerja tu tak akan habis Mai...jadi abang rasa ada eloknya kita pergi honeymoon... kiranya rezeki buat baby kita ni kan.. boleh ikut umi dan abi dia pergi jalan-jalan.” Ifran membalas tenang. Di gosok-gosok lembut perut isterinya yang masih belum menunjukkan bentuk. Mereka duduk seketika di atas pasir pantai itu. mahu mengambil udara nyaman sambil melihat ombak yang cukup menenangkan hati.


“ Mai okey je... Mai ikut je ke mana abang nak pergi asalkan ada abang... tapikan bang Mai ingat nak buat majlis kesyukuran lah sikit kat rumah kita nanti..” Umairah menyatakan persetujuannya. Dia melentokkan kepala diatas bahu milik suaminya.


“ tak sangka ada orang tak boleh berpisah dengan abang...padahal dulu-dulu dia cakap mustahil nak suka kat abang..” usik Ifran dengan ketawa kecil. Umairah tersenyum kecil mendengar usikan suaminya. Tahu sangat sikap Ifran yang kuat menyakat. dia mencubit pinggang suaminya. Terdengar jeritan kecil muncul dari mulut Ifran. puas hatinya.


“ ala abang pun apa kurangnya.. konon benci giler kat Mai..alih-alih dia pulak yang tergila-gilakan kita..” balas Umairah tidak mahu kalah. Namun sekiranya dia diminta berkata benar sesungguhnya dia sangat mencintai Ifran. Ifran tersenyum mendengar kata-kata sang isteri. Dia meramas-ramas lembut tangan isterinya sebelum membawanya kebibirnya.


“ abang sayangkan Mai dan abang berdoa Mai lah isteri abang di dunia dan akhirat...” ucap Ifran ikhlas. Dia melihat Umairah tersenyum bahagia mendengar ucapan cintanya. Yer dia tidak puas dan tidak akan puas menyatakan cintanya buat Umairah kerana dia tahu sudah terlalu banyak masa dibazirkan mereka selama ini. jadi masa kini dia mahu menghargai setiap detik mereka bersama.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 12:04 PM | Show all posts

“ Mai pun sayang sangat kat abang.. insyaallah.. abanglah suami Mai dunia dan akhirat..” balas Umairah lembut.


“ so kita pergi honeymoon luar negara la sayang... balas dendam pasal dah 4 tahun kawin baru nak berhoneymoon.” Cadang Ifran. dia memeluk lembut bahu sang isteri tercinta. Umairah ketawa kecil dengan kata-kata Ifran. lucu di pendengarannya.


“ kita pergi jepun la bang... mesti best.. Mai teringin nak tengok bunga sakura.” Balas Umairah. Matanya sudah terbayang-bayang kecantikan bunga sakura yang menjadi kebanggaan orang jepun. Mesti romantik honeymoon mereka sekiranya dikelilingi bunga yang berwarna merah jambu itu.


“ okey sayang... sayang nak pergi mana cakap je..insyaallah kalau mampu abang akan tunaikan. Tapi kalau luar dari bumi tu tak mampulah.” Umairah menepuk lembut peha suaminya dengan lawak yang dirasakan kelakar itu. Ada-ada je suaminya ni.


“ tapi sebelum kita berangkat kita buat majlis kesyukuran yer bang.. sebagai tanda kita bersyukur yang kita dah berbaik, kita dah nak dapat anak dan kita nak pergi honeymoon. Dan sebagai tanda kesyukuran yang Mai dah berbaik dengan abah dan Atikah.” Minta Umairah. Dia dapat melihat Ifran mengangguk-angguk menyatakan persetujuannya.


“ betul tu sayang.. semoga Allah melindungi hubungan suci kita dari sebarang masalah..” balas Ifran pula.


“ Mai ingat tak kenangan tempat ni...” soal Ifran tiba-tiba. Umairah memandang sekeliling. Cuba mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku di tempat ini sebelum ini. namun satu pun tidak menjengah otaknya. Otaknya semakin mudah melupakan sesuatu perkara semenjak usianya semakin meningkat.


“ tempat ni adalah tempat pertama kali abang luahkan perasaan kat Mai..masa tu hati abang hanya Allah je yang tahu. Bertapa sukarnya abang nak mengatakan cinta abang terhadap Mai. Malu, ego dan tak berkeyakinan semua ada masa tu.. tapi abang nekad nak luahkan perasaan abang kat Mai bila abang rasa Mai seolah-olah sudah nekad mahu bercerai dengan abang. Abang mahu menyelamatkan perkahwinan kita yang semakin lama semakin teruk masa tu.”


Ifran menjawab sendiri tatkala melihat wajah hilang ingatan isterinya. Dia tidak salahkan Umairah yang tidak ingat tentang perkara itu kerana mungkin bagi Umairah masa itu dia sekadar bergurau.


“ Mai dah ingat.. masa tu Mai rasa abang pelik sangat.. Mai ingat abang dah meroyan lepas berpisah dengan Atikah. Ye la sebelum Mai balik kampung abang demam. Bukan ke abang kene reject dengan Tikah sebelum tu...”.kata-kata Umairah mendatangkan kejutan pada Ifran. tertanya-tanya dia bagaimana Umairah tahu dia di reject oleh Atikah sehingga demam selepas kejadian itu.


“ mana Mai tahu abang kena reject dengan Tikah.. dia bagitau ke?” soal Ifran sekadar mahu mengetahui.


“ sorry la abang... Mai terdengar pergaduhan abang dengan Tikah masa Mai nak pergi hantar fail yang abang mintak dulu.. masa tu baru Mai sedar bertapa Mai dah  buat banyak silap kat Tikah..kat abang.. Mai dah rosakkan kebahagiaan abang dan dia.” Balas Umairah.


Dia masih ingat lagi tragedi itu. pulang sahaja dia dari office Ifran terus dia duduk kat bilik. Menangis semahunya. Sehinggakan dia terlupa semua perkara temasuk memasak untuk suaminya. Ifran pula masa itu tiada selera untuk menyentuh sebarang makanan setelah dirinya di tolak oleh Atikah.


“ patutlah Mai tak masak hari tu.. duduk dalam bilik tak nak kuar-kuar... abang ingatkan Mai tak sihat. Jadi abang biar je la... kot-kot Mai nak rehat. Abang minta maaf kat Mai kalau apa yang Mai dengar masa tu menyakitkan hati Mai... demi ALLAH perasaan abang kini hanya untuk Mai.” Pujuk ifran lembut. Dia menggosok lembut belakang Umairah. Umairah kelihatan tersengih kearahnya.


“ Mai dah lupa bang... lagi pun apa abang kata masa tu betul... dah la bang.. kita lupa je la kan semua perkara yang tak best dulu-dulu dan yang penting masa kita kini... masa untuk kita dan anak kita.”Umairah berkata tenang demi menghilangkan rasa bersalah yang bersarang dihati suaminya. Sesungguhnya suaminya ini tidak pernah bersalah sepanjang perkenalan mereka. Hanya dia yang sengaja mencari bala.


“ abang sayangkan Mai..” bisik Ifran lembut.


“ Mai pun sayangkan abang”. Balas Umairah ikhlas.


“ jom la sayang kita balik rumah... dah lewat ni.” Ajak Ifran. jam sudah 6.45 petang. Rasanya tak elok berjalan senja-senja begini lagi-lagi kini isterinya sedang mengandung. Umairah hanya mengangguk dan menurut kata-kata suaminya. Mereka meninggalkan tempat yang penuh kenangan itu dengan perasaan bahagia dihati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 12:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 14-6-2012 12:13

BAB 83


Umairah membantu ibunya dan Atikah yang sedang sibuk mengemas dapur yang penuh dengan alatan memasak dan pinggan mangkuk yang digunakan semasa majlis kesyukuran sebentar tadi. Zizie, Fatihah,Sarah dan puanZainab pula sibuk mengemas dalam rumahnya yang boleh tahan juga berseleraknya gara-gara majlis sebentar tadi. Ifran, encik Ismail dan Haikal pula mengemas di luar rumah yang dipenuhi sampah-sampah.


Ahli keluarga Ifran pula sudah beredar kerana ada majlis pertunangan yang bakal berlaku dari keluarga emak saudara Ifran pada esok hari. Namun begitu, puan Zaharah yang merupakan emak Ifran sempat menasihat Ifran dan Umairah supaya sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi ujian di alam perkahwinan. Jangan terlalu cepat melatah.


Sebagai ibu, memang puan Zaharah sudah lama perasan ke tidak serasian antara Umairah dan Ifran sebelum ini namun dia yakin anak menantunya itu saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Dia sangat bersyukur apabila dikhabarkan Umairah sudah mengandung 2 bulan. Ternyata hubungan Umairah dan Ifran sudah pulih dari gelombang bahaya.


“ Mai pergi lah rehat... Mai kan mengandung...” suruh Atikah lembut. Risau dia melihat Umairah yang terlalu lincah membantu sejak pagi tadi lagi.


“ ehh tak pelah tikah... aku larat lagi... nanti kalau aku tak  larat aku pergi lah rehat.” Balas Umairah. Dia meneruskan kerjanya membilas semua pinggan yang sedang dibasuh oleh ibunya. Atikah pula bertugas sebagai pengelap pinggan-pinggan yang sudah siap dicuci. Terdengar suara-suara geng-geng lelaki mula menaiki rumah Umairah..


“ haa... dah siap agaknya mereka mengemas luar rumah tu..” puan Zaleha bersuara tatkala terdengar suara suaminya dan menantunya bercakap-cakap sesama mereka... terdengar juga suara Haikal yang turut datang membantu mereka.


“ mak...kita makan dululah.. abah dengan yang lain tak makan lagi kan..” cadang Atikah sambil meneruskan kerjanya yang tinggal sikit aje lagi.. bila buat kerja ramai-ramai macam ni kerja banyak pun terasa sikit.


“ betul tu Nur... jom la Mai.. kesian anak Mai tu..”pelawa puan Zaleha sambil membasuh tangannya. Dia sudah selesai membasuh semua pinggan yang ada. Dia mahu menghidangkan makanan untuk ahli keluarganya pula.


“ kejap bu.. Mai nak bilas sikit je lagi ni... ibu letaklah dulu nasi dengan lauk pauk.” Pinta Umairah. Masih ada beberapa buah pinggan lagi yang belum berbasuh. Dia mahu menyudahnya dahulu. Setelah 20 minit berlalu, mereka semua sudah berkumpul dimeja makan.


“ err sebelum kita start makan saya ada nak buat pengunguman sedikit...” Zizie tiba-tiba mencelah tatkala encik Ismail mahu membaca doa makan. Semua mata terarah kearah Zizie yang tersenyum malu. Pelik. Sejak bila kawan baik Umairah ini pandai tersenyum malu.


“ ada apa Zizie?” soal puan Zaleha. Dia melihat Zizie dan Haikal saling pandang memandang. Yang lain sekadar menanti Zizie menuturkan kata-kata.


“ insyaAllah, 4 minggu lagi saya akan kahwin makcik...pak cik..” balas Zizie malu-malu. Matanya mengerling kearah Haikal yang tersenyum kecil.


“ kau nak kawin...dengan sapa Zizie...” soal Umairah tidak sabar. Zizie tidak pernah pula menceritakan kepadanya yang dia bercinta ke apa ke... tup-tup dah nak kawin. Siap kau Zizie kejap lagi.. Atikah turut memandang tajam kearah Zizie yang masih tersenyum-senyum. Bahagia betul. Zizie mengedarkan kad kahwinnya kepada semua yang ada dimeja makan. Senyuman manis tidak lekang dibibirnya.


“ Azilah binti Mamat dan Muhammad Haikal bin Zahari.”Baca Umairah kuat.


“ ya Allah... kau dengan Haikal, Zizie”. Jerit Umairah. Gembira. Terus dia meluru kearah Zizie dan dipeluk mesra. Atikah dan Fatihah turut serta memeluk gadis bertubuh kecil itu..


“ tahniah Zizie... aku dah agak dah korang ni macam ada chemistry je...” Umairah berkata gembira. Yang lain sekadar memandang sambil tersenyum.


“ semoga kau bahagia Zizie...” Atikah pula berkata sambil tersenyum mesra. Nampaknya semua teman-temannya sudah berkahwin.. kini tinggal dia seorang sahaja yang belum mendirikan rumah tangga. Namun dia tidak kisah. Dia tahu Allah sudah tetapkan jodoh buatnya.


“ tak sangka kau kawin lagi awal dari aku..” Fatihah pula menyambung... ternyata mereka bertiga sangat gembira mendengar khabar yang Zizie yang sangat periang orangnya itu bakal mendirikan rumah tangga.


“ sengaja aku wat surprise kat korang... “ balas Zizie gembira. Terasa pipinya dicium lembut oleh tiga orang sahabatnya. Hatinya begitu berbahagia. Haikal sudah menghantar rombongan merisik kepadanya dalam dua bulan yang lepas.


Asalnya dia pun terkejut apatah lagi lelaki itu pernah tergila-gilakan Umairah sahabat baiknya suatu ketika dahulu. Namun, Haikal mengatakan dia mula jatuh hati padanya setelah mereka kerap meluangkan masa bersama semenjak dia berputus asa terhadap Umairah.


Akhirnya dia menerima lamaran Haikal setelah dia yakin Haikal jodohnya. Dia pernah membuat istikarah sebelum menerima lamaran ini. setelah melakukan solat sunat istikarah, hatinya makin yakin Haikal adalah jodohnya. Akhirnya dia menerima lamaran Haikal yang ternyata bersungguh-sungguh mahu menjadikannya suri hatinya.


“ jom kita makan... kesian kat pak cik dan mak cik tunggu kita tu..” pinta Zizie. Umairah, Atikah dan Fatihah mengangguk laju. Tak sabar mereka mahu mengorek rahsia dari Zizie tentang keputusannya yang tiba-tiba mahu berkahwin dengan Haikal yang merupakan sahabat baiknya sendiri.


Umairah tersenyum bahagia sambil memandang Ifran yang sedang bercakap-cakap dengan Haikal. Barangkali sedang mengucapkan tahniah. Dia terasa sangat bahagia kini.Dia berharap Atikah turut merasai kebahagiaan yang dirasainya kini. Dia memohon kepada Allah supaya menemukan Atikah jodoh yang baik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 12:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 14-6-2012 12:22

BAB 84


Umairah menyikat rambut ikal mayangnya lembut dihadapan cermin biliknya. Meskipun cukup penat tapi perasaan gembira mengatasi segalanya. Insyaallah, dia dan Ifran akan bertolak ke jepun lagi dua hari. Puan Zaleha,encik Ismail, puan Zainab akan tidur dirumahnya malam ini manakala Zizie,Atikah dan Sarah akan tidur dirumah Fatihah memandangkan malam sudah terlalu larut.


Dia masih tidak sangka Zizie dan Haikal bakal disatukan tidak lama lagi. Hatinya bersyukur melihat kawan baiknya itu bakal bersatu. Mereka berdua memang cukup sepadan.


“ apa yang duk termenung tu sayang...” sapa Ifran yang baru sahaja selesai mandi. Dia mencari-cari baju untuk dipakai didalam almari. Setelah siap berpakaian dia menghampiri Umairah yang masih termenung dibirai katil mereka. Bahu sang isteri dipeluk lembut.


“ sayang fikir ape...dari tadi lagi abang tengok tersengih-sengih...” usik Ifran. dia melihat Umairah tersenyum mesra kearahnya. Umairah menggenggam erat tangan milik suaminya.


“ Mai bahagia sangat hari ni bang... Mai tak sangka jodoh Zizie dengan Haikal rupanya..” balas Umairah gembira.


“ jodoh di tangan tuhan Mai... kita berdoalah supaya jodoh mereka panjang..begitu juga dengan kita.”


“ abang... Mai gembira sangat sekarang ni... sejak Mai buka hati Mai untuk menerima Atikah, abah, dan abang, hati Mai sering rasa bahagia. Tak sama seperti dulu. Hanya ada perasaan benci dan dendam aja dalam hati Mai.. Mai syukur sangat-sangat sekarang.” Ucap Umairah perlahan. Dia tersenyum gembira. Rasa bahagia mencucuk ulu hatinya.


“ tu la Mai... kita sama-samalah ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku selama ini. semoga selepas ini kita tidak lagi berdendam dan dengki dengan orang lain.. yakinlah bahawa Allah sering ada bersama kita disaat kita senang dan susah. Abang pun sungguh bahagia sekarang Mai.. dulu abang terlalu ego. abang suka buat perkara tanpa berfikir. Abang mahu ubah perangai abang yang teruk selama ini kepada yang lebih baik. abang tak mahu perkara yang lepas berulang lagi.” Balas Ifran. dia membelai lembut rambut panjang menggurai milik isterinya.


“ abang...” panggil Umairah tiba-tiba. Mahu bertanya perkara yang sudah lama mencengkam dalam jiwanya.


“ ye sayang...”


“ Mai nak tanya sikit... abang jawab dengan ikhlas tau.” Pinta Umairah. Dia memandang lama kedalam mata Ifran yang memandang wajahnya penuh ingin tahu. Umairah melihat Ifran terangguk-angguk. Wajahnya suaminya penuh serius memandang kearahnya.


“ kenapa abang suka kat Mai.. padahal Tikah tu sangat perfect bagi seorang wanita. Dah la cantik, baik, pandai, berdikari, sopan...pendek kata perfect la... tak macam Mai.” Soal Umairah ingin tahu. Dia bukan mahu mendengar Ifran mengatakan kekurangan Atikah mahupun memujinya tapi dia sekadar mahu tahu. Mengapa masih ada lagi lelaki memilih orang yang kurang sempurna sedangkan dia cukup layak untuk memiliki orang yang hampir sempurna itu. Umairah dapat melihat senyuman pada wajah Ifran. hatinya dipagut rasa tertanya-tanya.


“ sayang... memang kalau nak dibandingkan Mai dengan Atikah, Atikah lebih baik. tapi tak semestinya kerana dia mempunyai package yang baik untuk dijadikan wanita pilihan, abang akan jatuh cinta padanya. Cinta ni semua anugerah Allah sayang... Allah dah tentukan jodoh hamba-hambanya. Buruk macam mana pun orang itu kalau Allah dah titipkan perasaan cinta seseorang padanya dia perlu akur semua itu..


kalau tidak nanti semua orang atas dunia ni berebut orang yang sama sahaja. Makin hancur lah dunia gamaknya... tapi sayang. Sayang tak seteruk yang sayang fikirkan. Bagi abang, sayang adalah wanita terbaik dalam hati abang. Abang sayang Mai bukan kerana rupa, pandai atau apa sahajalah.Abang sayang Mai kerana memang abang sayangkan Mai. Abang tak ada sebab untuk itu dan itulah kekuasaan Allah..


kalau abang tanya sayang pun belum tentu sayang ada sebab mengapa sayang cinta abang bukan lelaki lain yang lebih baik dari abang.” Panjang lebar Ifran menerangkan rasa hatinya kepada Umairah. Umairah gembira mendengar luahan hati suaminya.


Betul kata suaminya, tak semestinya jika seorang wanita yang memiliki segalanya semua lelaki akan jatuh hati padanya. Tapi cinta itu satu perasaan yang suci yang mana kurniaan yang sangat bermakna dari Allah buat hambanya. Apa yang perlu dibuat sekarang adalah berdoa kepada Allah supaya perasaan suci ini akan sentiasa subur dihati.


“ terima kasih bang...” ucap Umairah lembut. Dia memeluk suaminya erat. Sesungguhnya dia sangat berbahagia kini. Semoga ALLAH S.W.T melindungi hubungan suci antara dia dan Ifran. hatinya yang dahulu penuh hasad dengki kini mula dicambahi cahaya cinta. Terima kasih Allah kerana memakbulkan doa hamba mu yang hina selama ini. Ifran tersenyum kearah Umairah yang turut tersenyum bahagia. Didalam hati mereka saling berdoa supaya kehidupan mereka terus bahagia dijalanNya.


TAMAT

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 12:22 PM | Show all posts
huh setel... thank yg sudi membaca
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 02:32 PM | Show all posts
hahaha...tamat sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2012 03:13 PM | Show all posts
Dah tamat
Terima kasih cik penulis nanti buat kisah Atikah pulak ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 03:57 PM | Show all posts
thanks cik sakura...best citer nie..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 06:43 PM | Show all posts
maraton

tamat sudah...thanks for lovely story
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 03:16 PM | Show all posts
ala dah habis.......

post la cite lain lak eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.074619 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list