CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tak semestinya dia - [U]

[Copy link]
 Author| Post time 29-5-2012 01:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 29-5-2012 13:35

“ kenapa kau kata macam tu... perasaan kau je kot..” Zizie merenung wajah Umairah yang beransur tenang. Dia bersimpati dengan gadis itu namun dia turut bersimpati terhadap Atikah dan juga Ifran yang dirasakan mangsa yang tak bersalah dalam dendam yang tak wujud Umairah. Dia tahu Umairah mula sedar kesilapannya yang terlalu mengikut kata hati sebelum ini.



“ entah la dia tu...dah elok-elok aku nak bagi dia bercerai dengan aku dia tak nak pulak.. kononnya dia dah jatuh cinta kat aku...mengarutlah mamat tu. Dia ingat aku budak tadika nak percaya kata-kata tak logik dia tu.” Mata Zizie hampir tersembul keluar mendengar kata-kata Umairah kali ini. Perkara ini lebih dahsyat berbanding mengetahui Atikah adalah kakak kandung Umairah.


Nasib baik gelas minuman yang dipegang tidak jatuh menghempap lantai. Dia meletakkan semula gelas minuman yang berisi air sirap itu. tidak jadi meneguk minuman kesukaannya.



“ what???” sekali lagi Zizie menjerit. Terkejut beruk dia dengan kata-kata Umairah itu. Umairah mengatup telinga..heh minah ni.. saje nak memekakkan telinga aku yang sudah sedia pekak.



“ bila dia luahkan perasaan kat kau?” soal Zizie berminat. Lucu pula rasanya. Dulu bukan main lagi Ifran membenci Umairah kini jatuh cinta pula... itu lah kita manusia jangan terlalu benci mahupun sayang seseorang. Takut nanti terbalik pulak perasaan itu.



“ weh dia tak serious okey...dia nak main-mainkan aku je tu. Aku yakin benda tu... kau jangan nak lebih-lebih pulak Zizie.” Umairah kurang senang tatkala melihat wajah excited Zizie. Dia takut gadis itu salah faham.



“ ye lah..bila dia cakap macam tu...” soal Zizie lagi.


“ masa aku balik kampung masa cuti sekolah hari tu...ala sehari sebelum aku accident.” Balas Umairah malas.


“ eh dia ikut kau balik kampung sekali ke?” soal Zizie pelik... sangkaannya Ifran tidak ingin pulang ke Terengganu.


“ tak de la... entah apa masalah dia tetiba je muncul depan pintu rumah aku...” balas Umairah tenang..


“ ooo...” Zizie tersenyum nakal. Entah mengapa dia yakin yang Ifran sudah mula mencintai isterinya. Biarpun Umairah tidak percaya tapi hatinya percaya dengan kenyataan itu.


“ lepas tu kau kata apa bila dia luah perasaan kat kau.?”


“ mesti lah aku tak percaya... aku suruh dia sedar yang dia akan dapat bersama Tikah tak lama lagi. So tak payah nak menggatal dengan aku.” balas Umairah yakin.


“ pastu dia kata apa?” soal Zizie lagi...


“ hish kau ni....dah la tu tanya.. yang pasti dia sebenarnya tak ada hati pun kat aku just nak perkenakan aku je tu... dan sekarang mission aku nak satukan balik diorang. Mana tau kalau aku buat macam tu dia akan maafkan aku.” balas Umairah tenang. Dia malas bercerita tentang luahan hati Ifran. bercerita tentang itu menyebabkan hatinya tidak tenang sahaja. Gabra semacam aje.



“ kau mana tahu dia nak perkenakan kau... entah-entah dia serious...” soal Zizie tidak puas hati... Umairah suka betul mengandaikan sesuatu perkara ikut sedap hati dia. Sebab itu gadis itu mudah salah faham dan mudah berkecil hati dengan orang lain.



“ ish kau ni Zie...eh budak kecik pun tahu tau dia nak perkenakan aku tak kan lah aku tak tau... kau rasa logik ke sebelum ni dia benci gila kat aku dan dia sayang gila kat seorang perempuan yang hampir sempurna. Tapi tiba-tiba dia cakap dia dah tiada perasaan kat perempuan yang hampir sempurna tu sebab dia jatuh hati kat perempuan yang dia benci yang jauh lebih teruk berbanding dengan girlfriend dia sebelum ni... hish tak logik langsung la.” Panjang lebar Umairah berkata. Dia mahu Zizie sedar kenyataan itu.



“ hmm logik jugak kata kau tu.. tapi kalau dia dah jatuh cinta kat kau nak buat macam mana.. kuasa Allah, apa-apa boleh jadi.. lagi pun kau bukanlah teruk sangat mai.” Balas Zizie lembut. Umairah diam. Memang betul kata Zizie tu tapi dia tetap tak boleh percaya.



“ ah lantak lah...aku tetap rasa yang dia tu tipu je. Lagipun kalau dia betul sukakan aku, bukan aku suka kat dia pun. So, buat apa aku nak fikir panjang.” Balas Umairah selamba. Zizie menggeleng kepala mendengar kata-kata Umairah. Umairah ni memang degil dan ego.



“ so plan nak bercerai kau tu cam mana? Dia tak nak ceraikan kau..kau tak boleh buat apa-apa jugak Mai”. Zizie cuba kembali kepada topik asal mereka. Dia cuba mahu berfikiran rasional. Walaupun hatinya kuat mengatakan Ifran sudah mula menyukai temannya namun dia tetap tidak menolak kemungkinan Ifran juga ada agenda sendiri disebalik kata-kata cinta yang diucapkan itu.



“ tu la masalahnya.. aku pun tengah buntu sekarang.” balas Umairah lemah seolah-olah tidak yakin dengan kata-katanya sendiri. Bunyi kereta didepan rumah  menandakan Ifran sudah pulang. Umairah segera mengenakan tudung yang berada diatas ribanya.


“ tu Ifran dah balik... kau tidur sini tau. Esok kan cuti.” Pinta Umairah. Zizie sekadar mengangguk. Memang itu rancangannya. Perbualan mereka terhenti disitu sahaja. Dia yakin dia akan temui jawapan tentang perasaan Ifran terhadap Umairah dalam masa terdekat ini dan dia yakin Ifran menyukai Umairah kerana mustahil untuk Ifran menggadaikan kebahagiaannya hanya kerana ingin membalas dendam sedangkan dia tahu antara Umairah dan Atikah hanya satu sahaja yang boleh dipilih. Dia tidak boleh ambil dua-dua. Haram! Lagipun kenangan 4 tahun yang lalu masih segar diingatannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2012 01:47 PM | Show all posts
next!
apa la rancangan zizie ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 02:30 PM | Show all posts
Reply 162# sarizu


   hehe... sbnrnya rancangan kt situ refer pd rancangan dye nk stay kt umah Mai je..   x de rancangan yg menarik pon..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 02:31 PM | Show all posts
Hish Mai ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 30-5-2012 13:13

BAB 66


            Umairah menghidangkan lauk pauk sambil diibantu oleh Zizie. Sengaja dia memasak banyak-banyak hari ini. Khas untuk teman yang jarang-jarang dijumpainya. Ifran sedang membaca Quran barangkali. Terdengar sayup-sayup suara orang mengaji didalam rumah mereka. Itulah rutin Ifran. kalau tak ke surau dia akan mengaji dirumah. Selesai menghidang lauk Umairah membancuh minuman pula. Dia membancuh minuman nescafe untuk Ifran. minuman biasa lelaki itu.


“ kau nak minum apa?” soal Umairah sambil ligat tangannya membancuh minuman untuk suaminya. Zizie sekadar menggeleng.


“air kosong je la.” balas Zizie. Kalau makan malam dia lebih prefer air kosong manakala waktu tengahari barulah minuman manis.


“sejak bila kau minum nescafe.. bukan ke kau kurang suka minum nescafe?” soal Zizie pelik. Meski pun jarang bertemu tetapi dia masih ingat apa yang tidak disukai temannya itu. mungkin gadis itu sudah berubah selera.


“ bukan aku la... Ifran punya.” Balas Umairah. Dia meletakkan minuman lelaki itu diatas meja makan. Zizie tersenyum nakal kearahnya. Umairah buat-buat tidak mengerti mengapa temannya tersenyum begitu.Ada lah tu nak usik aku. desis hati Umairah.


“ wah wah wah... macam suami isteri yang romantik korang berdua ni.. siap tahu lagi dia nak minum apa. Tak payah tanya pun. Kau dah tolong sediakan. Hebat betul.” usik Zizie sambil ketawa kecil.

“hish kau ni... dah itu yang dia minum selalu.. takkanlah aku tak ingat...ingat otak aku ni lembab sangat ke?” balas Umairah geram.Zizie ketawa kecil dengan telatah Umairah.


“ye la tu...asal gelabah sangat kau ni...relek relek suda...aku tak kata kau suka kat dia pun. Aku just kata korang berdua ni romantik je..” usik Zizie lagi..


“mana ada aku gelabah... aku cakap benda yang betul je...” Umairah cuba membela diri sendiri... betul kata Zizie...kalau benda tu tak betul buat apa dia buat gelabah biawak kat sini. Buang masa je. Tapi dia akui hatinya agak terusik bila ditegur begitu.


“ muka tu dah merah tak gelabah kau kata...kalau Ifran tu kau boleh la tipu dia..ni Zizie la.. dah bertahun aku kenal kau... aku tahu lah kau macam mana...” sela Zizie... dia gembira melihat kawannya yang sudah gelabah mencari alasan setiap kata-kata usikannya.. dia masih yakin dengan  tekaannya hari tu... Umairah sudah jatuh hati pada suaminya. Antara gadis itu tidak menyedari ataupun pura-pura tidak sedar..


“ ye la tu cik Zizie...malas aku layan kau.. baik aku pergi panggil Ifran... perut aku dah naik kebulur ni.” Umairah berlalu pergi setelah menutur kata-kata itu. Dia mahu memanggil Ifran yang sedang khusyuk mengaji. Telinganya masih dapat mendengar Zizie mengusiknya selepas pemergiannya.


“pergilah panggil suami kesayangan kau tu Mai..” nak kena betul si Zizie ni.. kalau dengar dek Ifran pasti lelaki itu akan salah sangka.Tak ke naya hidupnya nanti. Umairah mengetuk pintu bilik Ifran beberapa kali sebelum menjerit dari luar menyuruh lelaki itu datang ke dapur untuk menjamu selera. Ifran keluar dengan wajah yang segar dan ceria.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 01:13 PM | Show all posts

Sudah lama dia dan Umairah tidak makan bersama-sama. Dia bersyukur dengan hadirnya Zizie ke rumah ini dapatlah dia makan bersama Umairah. Ifran menangkap tangan Umairah lalu digenggamnya kemas. Umairah memandang tajam ke arah suaminya.


“ apa pegang-pegang ni.” soal Umairah tidak senang..


“berdosa ke?” soal Ifran sepatah. Dia menarik tangan Umairah lalu menuju ke dapur bersama-sama. Selepas mereka bertekak didepan tv baru-baru ini pun Umairah masih lagi buat perangai dinginnya. Hari ini sahaja gadis itu menunjuk perangai biasanya. Mungkin kerana adanya Zizie. Fikir Ifran.


“lepaslah.. macam tak boleh nak jalan sendiri.” Sinis Umairah membalas. Dia mahu menyakitkan hati lelaki disebelahnya ini. Ifran buat muka kayu. Tidak terkesan dengan kata-kata pedas gadis itu.


“ yang pasti tak salah aku nak buat macam ni...” Ifran masih dengan sikap selambanya. Dia menarik Umairah hingga ke dapur. Zizie melihat pasangan itu berpegangan tangan dengan senyuman nakal.. dia menatap wajah Ifran. cuba mengesan perasaan sebenar lelaki itu.. lelaki yang betul-betul jatuh cinta dengan lelaki yang berpura-pura jatuh cinta dapat dibezakan melalui pandangan matanya terhadap gadis yang disukainya itu.


Zizie dapat melihat mata Ifran yang bersinar ceria. Pertama kali dilihatnya begitu berbanding mata lelaki itu sebelum ini. Tekaannya pasti tepat! Hati Zizie berbisik sendirian.


“ macam pengantin baru korang ni..dalam rumah pun berpegangan tangan.” Usik Zizie selamba. Wajah Umairah sudah merah. Malu diusik begitu. Dia mencubit pinggang Ifran. mahu lelaki itu melepaskan genggamannya.


“ ye sayang...nak apa?” soal Ifran nakal. Umairah menjeling geram dengan telatah Ifran yang mengada-ngada. Eii...mamat ni kan saje je tau...sebelum ni tak de pulak buat perangai sewel ni.. depan Zizie yang kuat menyakat jugak dia nak tunjuk perangai gatai dia ni.


“ lepaskan tangan aku... aku nak makan ni..” marah Umairah.. geram dengan sikap Ifran yang terlalu berani. Ifran buat tidak tahu dengan kata-kata Umairah. Dia terus duduk dikerusinya dan menyuruh Umairah duduk disebelahnya.


Umairah sudah tidak tahan lagi. Lelaki ni memang cari nahas dengan aku. siap kau. memang silap orang lah kau nak main-main macam ni. hati Umairah berbisik sendiri.


Umairah memijak kaki Ifran sekuat hati. Terjerit lelaki itu sambil tertunduk menggosok kakinya yang sudah merah. ganas betul minah ni. Terus sahaja Umairah pergi meninggalkan Ifran dan duduk disebelah Zizie. Padan muka. Menggatal lagi dengan aku. hati Umairah bersorang bangga.


“alamak berdarah kaki aku..” jerit Ifran dengan wajah berkerut-kerut menahan sakit. Umairah terkejut. Dia menjadi risau tiba-tiba. Perasaan bersalah terasa terhempap ke bahunya. Dia terus mendapatkan Ifran yang duduk menggosok kakinya.


“ kau ok ke...sorry weh...” pinta Umairah. Lembik betul la mamat ni. Takkan pijak kaki pun dah luka kaki tu..manja betul la. ternyata Umairah tertipu. Ifran dengan pantas memegang kembali tangan isterinya. Genggaman kini lebih kemas dari sebelumnya.


“ weh apa ni...” marah Umairah geram.


“lain kali jangan nak main kasar dengan aku... sekarangkan dah kene... jom kita makan... kesian kat tetamu kita.” Ajak Ifran. dia terus duduk ditempatnya tadi dan memaksa Umairah duduk disebelahnya. Umairah menarik muka 14. Dia cuba mendapat kembali tangannya dari genggaman lelaki itu.Zizie tersenyum mesra melihat pasangan itu. dia yakin Ifran betul-betul menyukai Umairah. Dia yakin dengan hatinya.


“ bila kita boleh makan ni?” soal Zizie tiba-tiba. Mahu tergelak dia melihat perangai Umairah yang seperti budak-budak. entah bila la Umairah akan matang.


“ jom la kita makan...” ajak Ifran. segan pula apabila Zizie menegur begitu.


“ macam mana nak makan kalau kau pegang tangan aku macam ni. Lepas lah.” Marah Umairah lagi...


“ mai...tak elok marah-marah depan rezeki...lagipun kau makan guna tangan kanankan..bukan tangan kiri... ke kau makan guna tangan kiri?”persoalan ifran yang nakal mendatang gelak Zizie. Sekali lagi umairah menarik muka 14 tatkala Zizie dan Ifran menggelakkannya.


Siaplah kau Zizie jap lagi.Aku luku kepala kau pasal tak tolong aku. desis hati Umairah sambil memberi jelingan maut kepada Zizie.. Zizie sekadar tersengih-sengih melihat jelingan Umairah yang seperti mahu menelannya hidup-hidup. Dalam hatinya berdoa supaya rumah tangga Umairah akan terus berkekalan ke akhir hayat mereka berdua.


“ habis tu kau nak makan guna tangan kiri la...” sela Umairah tidak puas hati. Ifran tersengih melihat situasi tangannya kini. Akhirnya dia melepaskan tangan Umairah demi menghadap rezeki dari Allah S.W.T. Zizie sekadar tersenyum melihat pasangan didepannya kini. Semoga Allah melindungi tali perkahwinan mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2012 05:18 PM | Show all posts
ALA.....NAK LAGI
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 08:40 AM | Show all posts
As'Salam.
tak pernah masuk sini. suka singgah kat board misteri. Tapi, sejak 2 hari lepas,rasa terus jatuh cinta. Best2, nak lagi. Tak sabar dah tunggu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2012 12:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 31-5-2012 12:26

BAB 67


Zizie merenung jejaka didepannya yang sedang khusyuk menonton televisyen. Dia perlukan katakan hasrat dihati supaya jejaka itu tahu apa yang dia sepatutnya tahu tentang Umairah. Umairah pula didapur. Sedang mengemas tempat mereka menjamu selera seketika tadi. Dia ingin juga membantu tetapi dihalang oleh Umairah. Akhirnya dia ke ruang tamu. Dengan ketiadaan Umairah bolehlah dia berbual sikit dengan Ifran tentang gadis itu...


“ ada apa?” soal Ifran tatkala perasan renungan Zizie yang seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu kepadanya. Kalau dulu semasa dia masih membenci Umairah, Zizie turut sama dibenci. Tapi kini tidak lagi. Setelah hatinya terpaut pada Umairah, Zizie juga sudah dianggap seperti kawan sendiri.


“ hmmm... aku ada dengar yang kau luahkan perasaan kat Mai... kau serious ke?” soal Zizie selamba..dia perlu selamba jika ingin menolong sahabatnya dalam mempertahankan rumah tangga yang kian bergolak. Ifran terdiam seketika sebelum membalas pertanyaan Zizie.


“ hmm... aku tak tahu apa pandangan kau tentang luahan hati aku terhadap Mai tapi apa yang aku boleh katakan ialah aku sangat sayangkan dia. Kau nak percaya atau tak itu hak kau tapi aku sangat cintakan Mai.Tak de orang boleh ganti dia.” Balas Ifran yakin. Mungkin dengan memberitahu Zizie tentang perkara ini gadis itu dapat membantu meyakinkan Umairah tentang perasaannya terhadap si isteri.


Dia pun dah buntu macam mana nak memikat hati Umairah. Dah berbuih mulutnya mengatakan cinta. Dia juga ada memberikan bunga rose beserta kad-kad cinta untuk membuktikan cintanya. Bajet romantik la kononnya. Namun sayang semua itu ke bakul sampah. Langsung segala usahanya tidak melekat dihati Umairah. Hampir empat bulan sudah hubungan dingin mereka berlangsung.


Langsung tiada interaksi diantara mereka. Bagaimana dia mahu memupuk perasaan cinta dalam diri Umairah kalau nak bercakap dengan gadis itu pun sukar. Mungkin ini balasan untuknya kerana pernah bersikap kejam terhadap Umairah diawal perkahwinan mereka.


“ Tikah pulak cam mana?” soal Zizie.. dia bukanlah nak menyibuk tapi dia ingin membantu pasangan ini. Bagaimana dia nak membantu kalau dia tidak tahu apa yang berlaku dalam hubungan Ifran dan Umairah.


“ Atikah dah jadi kisah lama... sekarang aku dah tutup buka lama dan buku baru aku sekarang ialah Mai....” Balas Ifran tenang. Dia menonton buletin utama meski pun hatinya tiada disitu. Zizie teranguguk-angguk paham. Dia yakin Ifran berkata benar. Dia yakin lelaki itu tidak merancang untuk membalas dendam seperti yang dicanangkan oleh Umairah. Dia sangat yakin tentang perkara itu.


Betul lah kata
orang
, manusia tidak pernah nampak perasaan orang padanya namun akan nampak perasaan orang itu kepada orang lain. Contohnya dah ada depan mata. Umairah tidak nampak bertapa dalamnya cinta Ifran terhadapnya begitu juga Ifran yang tidak dapat melihat yang sebenarnya Umairah ada hati padanya. Cuma dia sebagai orang yang diantara mereka berdua yang jelas dapat melihat perasaan mereka yang jelas sama. Tiada istillah bertepuk sebelah tangan diantara mereka.


“ kau tak payah risau lah Ifran... aku akan pastikan kau akan dapat Umairah kerana korang berdua sebenarnya saling suka-meyukai antara satu sama lain dari dulu lagi kan. Cuma Mai perlukan masa.. lagi-lagi dia tengah menyesal pasal pisahkan kau dan Tikah dulu.”


“wait...aku tahu aku sayang sangat kat Mai tapi aku tak rasa Mai suka kan aku... memang dia nak satukan aku dengan Tikah pasal dia rasa bersalah atas kesilapannya dulu tapi dia juga nak buat macam tu sebab nak bebas dari tali perkahwinan kami... that the problem..” balas Ifran yakin tatkala dia merasakan Zizie salah faham dengan situasinya dan Umairah.


“ that it... tengok kau sendiri tak tahu dan tak yakin Mai ada perasaan kat kau.. apatah lagi Mai nak yakin pasal perasaan kau kat dia. Mai suka kat kau..tak kan kau tak tahu..” tempelak Zizie... kata-kata Zizie mendatangkan kejutan pada wajah Ifran. Matanya bersinar tiba-tiba.


“ seriously aku tak tahu dia ada perasaan yang sama kat aku... dia bagitau kau ke?” soal Ifran. hatinya berdebar kencang menanti jawapan  si cantik manis yang duduk setentang dengannnya.


“ tak... tapi aku dah kenal dia lama... aku yakin kata hati aku yang Mai suka kan kau... aku boleh nampak semua tu... sebab tu aku harap kau berusaha bersungguh-sungguh untuk buktikan cinta kau pada Mai... dia sama macam kau jugak yang tak nampak cinta yang ada pada korang berdua...”.


Ifran melepas keluhan lemah mendengar kata-kata Zizie.. bukan dia tidak mahu percaya cuma dia tidak cukup yakin dengan kata-kata Zizie.. baginya, dia perlu mendengar luahan hati Umairah terlebih dahulu barulah dia mempercayai kata-kata Zizie... kalau setakat melihat tingkah laku gadis itu, kemungkinan besar ada salah faham di situ. Siapa tahu.


“ aku tak rasa dia cintakan aku dan aku dapat rasakan dia membenci aku... mungkin kau salah paham tentang perasannya terhadap aku..mungkin yang kau lihat hanyalah perasan bersalah dan simpati... tak lebih dari itu..” Ifran membalas lemah. Pening kepalanya memikirkan cintanya kini.Perasaannya kini rasanya lebih teruk berbanding ketika dia sedang merayu cinta kepada Atikah suatu ketika dulu.


“ itu hak kau nak percaya atau tidak tapi aku yakin dengan perasaan aku. seperti mana aku boleh lihat perasaan kau terhadap dia begitu juga aku dapat lihat perasaan dia terhadap kau. lagi pun aku rasa kau tahu Mai tu macam mana. Egonya tinggi.. dia tidak akan buat perkara yang boleh menjatuhkan air mukanya... sebab tu dia tidak pernah nak mengakui perasaannya kepada orang yang dia sayang. Baginya kalau buat begitu air mukanya akan jatuh dan mungkin agak digelakkan...”

panjang lebar Zizie berkata. Dia bukan nak memburukkan Umairah cuma mahu menyedarkan Ifran sikap Umairah yang sukar meluahkan perasaan. Lelaki itu perlu usaha lebih kalau mahu dapatkan Umairah kerana Umairah tak semudah yang disangka. Ifran menimbang semua kata-kata Zizie. Memang benar kata Zizie tapi... dia perlu memastikan sendiri perasaan isterinya terhadap dia. Dia mesti! Perbincangan mereka tamat tatkala Umairah datang ke ruang tamu bersama sepinggan buah-buahan sebagai pencuci mulut..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 01:58 PM | Show all posts
ala.....sikitnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2012 05:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 31-5-2012 17:40

BAB 68


Ifran menghirup kopi pekat yang terhidang di cafe itu. Direnungnya pasangan yang bahagia didepannya kini. Romantik la pulak temannya yang dulu pemalu. Ahmad nampaknya sudah berkahwin 3 bulan yang lalu dan dia ada pergi ke majlis temannya itu. setahunya, Ahmad tidak pernah bercinta tapi tiba-tiba sahaja dia mendapat kad wangi dari temannya itu. tapi bukan suatu perkara yang pelik padanya untuk membina masjid yang bahagia di usia 26 tahun.


“ weh mana kau jumpa isteri kau ni...tetiba je bagi kad kawin kat aku hari tu.” Soal Ifran. masa temannya kawin baru-baru ini dia tidak sempat untuk bersembang. Sebab itu mereka bertemu hari ini. Lagi pun mereka memang sudah lama tidak bertemu begini. Kali terakhir pun setahun sebelum pensyarah muda ini berkahwin. Cemburu juga dia melihat kemesraan pasangan didepannya kini.


Huh kalau lah dia dengan Umairah, mahu makan penampar agaknya kalau dia duk cuit-cuit pipi gadis itu. Ahmad tersenyum bahagia mendengar soalan temannya. Dia melirik manja kearah isterinya.


“ kitorang tak bercinta pun..mak aku kenen kan. Dah mak aku suka kat Aisyah ni, aku terima je la..” balas Ahmad selamba.


“ dah Aisyah memang suka ke kat Ahmad ni masa tu?” soal Ifran terhadap isteri temannya pula. Memang padan pasangan didepannya kini.


“ tak kenal pon...sama la macam abang Mad ni.. dah mak dah berkenan..terima je la.. takkan lah mak nak padankan orang yang entah apa-apa kat anak dia.” Balas Aisyah lembut. Dia membalas genggaman tangan suami tercinta. Hatinya sangat bersyukur dikurniakan lelaki sebaik Ahmad.


Suaminya bukan sahaja baik dari segi agamanya, malah ada pekerjaan yang tetap disamping wajah yang cukup menarik. Pendek kata dia telah mendapat lelaki yang cukup sempurna meskipun dia tidak sesempurna suaminya. Dia dulu wanita yang agak sosial malah dulu tudung pun tak pernah dipakai.


Tapi, alhamdullilah selepas berkahwin dia mula berjinak-jinak dengan tudung. Bukan kerana suami mahu pun statusnya yang sudah berkahwin namun kerana hatinya betul-betul sudah terbuka untuk bertudung. Syukur sangat rasanya.


“ Aisyah kerja apa? Bukan ke nurse kat Kelantan?” soal Ifran.setahunya temannya ini pernah memberitahu isterinya seorang jururawat dihospital Kelantan. Dan temannya ini pula seorang pensyarah kat uitm shah alam.


“ a’ah”. Balas Aisyah ringkas.


“ kitorang sekarang tak tinggal sekali lagi.. Aisyah baru mohon tukar, insyaallah tak lama lagi barulah kami duduk sekali.” Jawab Ahmad yang dapat mengagak soalan seterusnya dari Ifran. Ifran sekadar terangguk-angguk.


“ hei korang dua orang tak kisah ke duduk jauh-jauh..”  soal Ifran pelik. Kalau lah dia dan Umairah sekarang ni duduk jauh-jauh tak tahulah macam mana agaknya. Mahu tiap-tiap hujung minggu dia pergi mencari isterinya itu.


“adatlah...kena tahan lah sikit. Lagipun, kalau duduk jauh macam ni lagi kuat perasaan cinta tu kan sayang.” Balas Ahmad manja sambil tersenyum mesra kearah isteri tercinta. Aisyah membalas senyum suaminya dengan senyuman bahagia.


“ eii...dulu bukan main kau ni pemalu.. sekarang bukan main eh bersayang-sayang depan aku.” usik Ifran.. dia gembira melihat temannya kini bahagia. Dia juga mahu berbahagia seperti ini namun masalahnya kini pada Umairah. Gadis itu tidak pernah ingin percaya pada luahan hatinya dan dia sendiri tidak tahu apakah perasaan Umairah terhadapnya. Harap-harap betullah kata Zizie tu.


“ ala... bersayang-sayang dengan yang halal apa salahnya...kan sayang.” Balas Ahmad selamba. Aisyah tersenyum dengan kata-kata suaminya.Bertapa bertuahnya dia dapat memiliki lelaki sebaik Ahmad. Terima kasih Allah kerana berikan dia kepada ku.


“ kau ni bila lagi dengan Tikah tu? Kau dengan Mai dah bercerai ke?” soal Ahmad pula. Kini giliran Ifran pula di temuramah. Aisyah turut mendengar. Ingin tahu. Suaminya ada juga bercerita tentang perkahwinan yang tidak bahagia antara temannya dengan rakan kuliah mereka.


Namun, dia dan suaminya sangat berharap Ifran dan Umairah terus bersama. Tidak elok rasanya bercerai-berai. Tapi kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Ifran melepaskan keluhan mendengar soalan Ahmad.


“ aku dengan Mai tak bercerai lagi dan insyaallah aku takkan ceraikannya.” Balas Ifran tenang. Dia sudah tidak tahu bagaimana cuba menambat hati sang isteri. Ahmad terkejut. Matanya bulat memandang temannya yang sebelum ini cukup benci terhadap isterinya. Apa dah jadi.


“ aik...bukan ke kau tak suka kat Mai dan nak kahwin dengan Tikah. Kau biar betul... kau ada rancang apa-apa ke?” soal Ahmad berbaul perkara negatif. Manalah tahu Ifran buat begitu kerana mahu menyeksa Umairah sampai ke mati.


“ hish kau ni...sama je pemikiran dengan si Umairah tu...tak boleh ke kalau aku nak teruskan perkahwinan aku dengan dia. Tak nak bercerai berai.. dulu kau jugak suruh aku teruskan perkahwinan aku.” balas Ifran geram. Kenapalah semua orang fikir aku tak serius nak meneruskan perkahwinan ini. Muka aku ada muka suka tipu orang ke..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2012 05:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 31-5-2012 17:47

“ ye la... tapi bila aku suruh kau buat macam tu dulu bukan main lagi kau kata tak nak... si Atikah macam mana pulak?” bidas Ahmad. Dipandang wajah temannya yang sudah semakin kurus.


“ tu dulu Mad... sekarang aku dah lupa pasal Tikah. Aku nak serius dengan perkahwinan aku.. aku dah..dah..” Ifran tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.. malu menyengat hatinya... ah Ahmad tak perlu tahu perasaannya terhadap Umairah. Tak penting pun.


“ dah apa?” soal Ahmad mendengar ayat tergantung dari temannya. Apalah yang dah sangat tu.


“ahh...tak de apa-apa lah..” balas Ifran malas.


“ mana boleh tak ada apa-apa... apa yang dahnya... kang kalau aku fikir mende lain baru kau tau..” usik Ahmad. Ifran membulatkan matanya mendengar kata-kata Ahmad.


“ amboi gatalnya kau ni... mentang-mentanglah dah kahwin. Bukan main lagi sekarang ni yer.” Ifran membalas geram.


“ tu la kau... apa yang dahnya.. kau kalau buat macam tu pasal nak balas dendam kat dia aku harap kau lupakan je.. tak baik mempermainkan hubungan suci antara korang berdua... kalau betul korang berdua memang tak boleh nak ngam walaupun dah hampir 4 tahun korang kawin, berpisah lah dengan cara yang baik..” nasihat Ahmad. Aisyah diam sahaja. Terasa belum layak untuk menyampuk perbualan dua orang teman itu. lagipun, dia tidak tahu sangat tentang perkembangan Ifran dan isterinya itu.


“ aku nak teruskan perkahwinan aku sebab aku dah sayang dia Mad... kalau aku tak sayang dia memang aku tak nak teruskan semua ni.. aku tahu, Allah memang dah tetapkan dia untuk aku. mungkin cara perkahwinan kami pelik dari orang lain tapi semua tu ade hikmahnya.” Ifran mula mengaku perasaannnya. Ahh..buat apa malu dengan Ahmad yang sudah menjadi sahabat karibnya dari dulu lagi. Ahmad tersenyum kecil. Mengaku juga akhirnya Ifran. dia saja je provok sikit temannya tadi.


“ aik..sejak bila pulak kau suka kat Mai..dulu bukan main lagi kata mustahil nak jatuh cinta kat isteri sendiri..” usik Ahmad. geli hati bila teringat keyakinan Ifran suatu ketika dahulu yang dirinya tidak akan jatuh hati pada Umairah namun sekarang dah terbukti. Tiada sesiapa yang mampu melawan kuasa Allah.


“ kau ni kan..saje nak perkena aku..masa tu aku memang benci gila kat dia.. ni pun aku sendiri tak faham macam mana boleh tersuka pulak kat dia. Tapi aku memang betul-betul sayangkan dia. Malah perasaan aku kini lebih kuat berbanding terhadap Atikah.”


“If dah bagitau ke kat Mai perasaan If ni?” soal Aisyah. Terasa bosan la pulak apabila sekadar menjadi pemerhati sahaja.


“ dah.... tapi Mai tak nak percaya. Tak tahu kenapa susah sangat dia nak percaya kata-kata aku ni..” balas Ifran lemah. Hatinya terkenang wajah Umairah. Pasti Umairah sedang sibuk mengajar pada waktu ini.


“ pelan-pelan lah If... kau bagi lah dia masa.. kau dulu pun perlukan 3 tahun lebih untuk jatuh cinta pada dia... takkan kau harapkan dia balas cinta kau dengan segera... dia perlukan masa tu.” Pujuk Ahmad. Aisyah sekadar mengangguk mendengar kata-kata suaminya. Menyokong pendapat suaminya itu.


“ aku tak kisah nak bagi dia seberapa lama masa yang dia nak. Tapi aku harap sangat dia faham perasaan aku ni.” Terang Ifran. dia menghirup kopi. Lega rasanya tekak dapat minum minuman panas begini.


“ sebab tu lah aku mintak kau sabar. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau kena belajar faham hati dan perasaannya. Setahu aku kau pandai bab-bab mengorat ni.. asal Mai tak terjatuh hati kat kau ek?” selamba sahaja Ahmad menyoal. Aisyah menepuk peha suaminya. Kelakar rasanya soalan yang diutarakan suaminya itu.


“ kau ni kan... memang la. suka perli aku.”


“ hish kau ni... aku tanya betul ni... mana ada aku perli kau.” Ahmad berkata serius meskipun pada masa yang sama dia sebenarnya sengaja mahu mengusik temannya. Tidak mahu temannya terlalu bersedih.


“err tapikan If... kalau tak silap aku lah kan... bukan ke before kau bercinta dengan Atikah dulu sebenarnya kau pernah try ngorat Umairah? Sebab Umairah tak layan kau baru kau sangkut dengan Atikah kan... ke aku salah ingat...” Ahmad akhirnya menyatakan persoalan yang sudah lama bermain dimindanya.


Seingatnya begitulah. Dia masih ingat lagi dulu-dulu. Ifran suka sangat sakat Umairah diawal pengenalan mereka. Nampak sangat lelaki itu ada hati dengan Umairah tetapi Umairah buat tak layan. Dalam sebulan lepas tu tiba-tiba sahaja Ifran mula tunjuk reaksi nak tackle Atikah pula.. tak paham pula dia dengan perangai Ifran sewaktu dulu.


Ifran diam sahaja mendengar persoalan dari temannya. Memang benar kenyataan itu. Dan itu lah silapnya sebenarnya. Kalaulah dulu lagi dia luahkan perasaan kepada Umairah pasti hubungan mereka tak sesukar sekarang.


“ kau perasaan ek.. memang pon. Tapi tak pe la kan benda dah lepas. Tak payahlah nak sebut-sebut. Tak berubah mana pon... baiklah aku fokus kepada masalah aku sekarang ni.”


“betul tu If... benda dah lepas tak payah nak kenang la kan... sekarang ni kau usaha betul-betul dapatkan cinta Umairah tu.. aku yakin dia akan balas cinta kau yang dah lama tersimpan untuk dia.”


“ ha ye lah tu...” Ifran memandang jam pada tangannya seketika. Huh masa begitu cepat berlalu. Sudah pukul 2 petang. Dia perlu pulang ke pejabat sekarang. ada hal penting yang perlu diselesaikan.


“ eh aku dah lambat ni. Aku pergi dulu lah. Nanti kita jumpa lagi. Kalau ada masa marilah datang rumah aku.” pinta Ifran sambil berdiri dan menghulurkan tangan pada sahabatnya itu. Ahmad menyambut huluran tangan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.


“ insyaallah.. kau pun. Bawak lah Mai sekali datang rumah aku.” balas Ahmad senang. Ifran sekadar mengangguk. Dia segera beredar setelah mengucapkan salam.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:25 AM | Show all posts
Adoiii...x baik2 lg...

Next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2012 12:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 1-6-2012 12:58

BAB 69


Ifran menjeling tingkah laku Umairah yang dari tadi sibuk mengemas rumah milik mereka. Selepas bersarapan tadi terus gadis itu memulakan kerjanya. Dia yang melihat pun penat apatah lagi si pelakunya. Dia mahu membantu tetapi gadis itu menolak mentah-mentah. kalau menolak sahaja tak pe, ade ke patut gadis itu menjelingnya penuh benci. Huh..kasi naik darah betul minah ni. Dah elok-elok orang nak membantu buat keras kepala pulak. kalau dah suka sangat mengemas rumah tu, kemas lah sorang-sorang. Tak nak berebut pun!


“ tengahari nanti kita kuar makan sama-sama nak.” Ajak Ifran sambil matanya tekun melihat Umairah yang sedang mengelap rak televisyen. Tiada reaksi yang di terima dari gadis itu. suasana sunyi sepi.


“ kau pun mesti penat. Jadi tak payah la kau susah-susah nak masak hari ni. Kita makan kat luar je.” Sambung Ifran lagi. Reaksi Umairah tetap sama. Diam dan terus diam. Reaksi yang sama ditunjukkan gadis itu hampir 5 bulan kebelakangan ini.


“ lepas tu kita jalan-jalan kejap... shopping apa yang patut...”tambah Ifran lagi. Matanya tidak kalih dari memandang dari wajah isterinya yang tiada riak. Kadang-kadang dia seolah-olah dapat melihat gadis itu mencebik tatkala dia mula berbicara. Seolah-olah jelik benar bila mendengar sahaja suaranya.


Umairah bergerak kearah tingkap dan mengelap tingkap pula.  Ifran geram. Tak de mulut ke apa minah ni.Saja buat aku angin pagi-pagi buta ni. Ifran mara kearah Umairah. Di tarik kasar tangan gadis itu. Terdengar suara gadis itu menjerit kesakitan.


“ hei ape ni. Sakit lah.” Tinggi suara Umairah. Di jelingnya wajah Ifran tajam. Sakit dihati lebih parah berbanding sakit pada tangannya.


“ tahu pon cakap...asal ada seketul emas ke dalam mulut kau tu sampai berat sangat mulut tu nak bercakap”.


Kuat suara Ifran menengking. Mahu bergegar rumah dibuatnya. Kesabarannya betul-betul tipis hari ini. Sudah hampir 5 bulan gadis ini mogok suara dengannya. Dan dia bagaikan orang bodoh memancing gadis itu supaya berbicara semula dengannya setiap hari.


Apa yang Umairah nak sebenarnya dan apa yang gadis ini dapat dengan bersikap begini padanya. Kenapa Umairah tegar melayan dia bagaikan orang yang tak bermaruah. Dia suami Umairah. Dia pun ada ego yang perlu dijaga.


Sebenci itukah Umairah terhadapnya. Tak kan tiada sekelumit perasaan sayang pun tiada dalam hati gadis itu buatnya. Sekurang-kurangnya hormatlah dia sebagai suami. Umairah tersentak.Kali pertama melihat Ifran semarah ini. Selama ini lelaki ini hanya tahu memerli dan menyindirnya. Jarang menengking. Badannya bergetar kerana perasaan takut dan sedih. Umairah terdiam.


“ asal senyap pulak ni. Peti suara kau rosak ke? nak pergi jumpa doktor?” soal ifran lagi. Dia memandang wajah Umairah yang kelihatan terkejut melihat kearahnya. Tak berkelip mata gadis itu memandangnya.


“ sampai bila kau nak dera aku macam ni...sampai bila?”soal Ifran. Kini nadanya lebih rendah. Dia merenung kedalam mata Umairah yang tajam memandangnya. Dia dapat melihat mata gadis itu berkaca-kaca. Menangiskah gadis itu.


“ sampai kau ceraikan aku.” terbit suara emas milik Umairah dengan nada yang tertahan-tahan. Cuba menahan tangis. Namun beberapa titik air mata gadis itu tumpah jua.


“ aku benci kau..aku penat hidup dengan kau... aku tertekan hidup dengan kau.. dan selagi kau tak ceraikan aku selagi itulah aku akan begini.” Sambung Umairah. Ifran tidak berkelip melihat wajah Umairah yang sudah lencun dengan air mata. Di tariknya Umairah ke pelukan. Terasa bersalah kerana menengking gadis itu mencucuk ulu hatinya.


“ tolong jangan macam ni sayang...aku tak sanggup nak dengar... kenapa kita tak teruskan perkahwinan kita macam orang lain...belum terlambat untuk kita menyedari kenyataan ini. Aku sayangkan kau... percayalah sayang..”


Lembut suara Ifran sambil membelai lembut belakang isterinya. Umairah meronta-ronta dalam pelukan suaminya. Dia tidak suka diperlakukan begitu. Dia benci mendengar suara Ifran. Lelaki itu buat dia percaya kepada perkara yang mustahil dalam hidup ini.


“ stop it Ifran. behave yourself.” Jerit Umairah. Air matanya makin rancak keluar dari kelopak matanya. Ifran tidak melayan kata-kata Umairah. Dia mahu gadis itu tahu yang dia terlalu mencintai gadis itu.


“ tolong ceraikan aku.. aku tak cintakan kau... aku dah ada orang yang aku cinta.” Tangan Ifran terlepas dari memeluk Umairah tatkala terdengar pengakuan yang tak semena-mena dari Umairah. Dia merenggangkan pelukan demi memandang wajah sang isteri. Mahu mencari kebenaran dari wajah yang sudah basah itu.


“ siapa?” soal Ifran sepatah. Hatinya bagaikan tak percaya tatkala mendengar kata-kata itu dari mulut Umairah. Dia tidak sangka Umairah akan berkata begitu. Sangkanya Umairah mahu bercerai kerana mahu menyatukan dirinya dan Atikah tapi rupanya kerana gadis itu sudah menemui pilihan hatinya.Patutlah gadis ini bermati-matian mahu dirinya diceraikan.


“ Haikal”. Balas Umairah pendek. Dia tidak memandang wajah kacak di hadapannya. Dia tidak cukup berani untuk melakukan semua itu.dia takut lelaki itu tahu dia berbohong sekiranya lelaki itu memandang kedalam matanya.


Ifran terduduk tatkala mendengar ayat itu dari mulut Umairah. Lemah segala urat sendinya mendengar perkataan yang paling tidak ingin didengar dari mulut orang yang paling dia sayangi. Setitik demi setitik air mata lelakinya tumpah. Dia sudah tidak malu lagi. Hatinya hancur berkecai mendengar kata-kata Umairah.


Jadi benar lah tanggapannya selama ini yang Umairah dan Haikal ada hubungan yang istimewa. Dan dia kecundang untuk kali kedua untuk mendapatkan hati Umairah.


Umairah tersentak tatkala melihat ifran menangis didepannya. Dia dapat melihat lelaki itu seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulutnya. Ifran bangun dari tempatnya jatuhnya seketika tadi. Dia membawa diri ke bilik tanpa berkata apa-apa. Hatinya remuk dengan pengakuan jujur dari Umairah.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 02:57 PM | Show all posts
Pulakkk...gigih la mai nk memujuk plk...

Next
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 02:48 AM | Show all posts
TQVM Sakura best sgt citer neh menyesal lak lambat sekodeng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2012 04:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 3-6-2012 17:03

BAB 70


Kenapa baru sekarang aku sedar ya Allah. Kenapa baru aku tahu kenyataan bahawa aku sudah jatuh cinta padanya. Aku hanya tentang perasaan cinta ini tatkala aku melihat dia menumpahkan air mata. Adakah dia benar-benar mencintai aku. adakah semua luahan hatinya kepadaku sebelum ini benar. Bukan kerana niatnya mahu membalas dendam.


Aku tak pernah melihat dia menangis sebelum ini. Selama ini meski pun dia patah hati atas perpisahan dia dan atikah, dia tidak pernah menangis. Mustahil air mata yang ditumpahkan dihadapanku sebentar tadi hanyalah lakonan semata-mata. Lelaki itu tidak sehebat itu. apa yang aku patut buat sekiranya benar dia dan aku saling mencintai.


Aku mahu satukan dia dengan atikah meskipun hatiku tidak sanggup membuat semua itu. aku sayangkan dia. Aku mahu dia bahagia sebab itu aku mahu satukan dia dan atikah. Aku juga terasa bersalah yang teramat kepada atikah. Aku tak patut merampas lelaki ini dari atikah...tetapi hati aku sakit tatkala aku bayangkan mereka bakal bersama kembali.


Ifran....aku sayang sangat pada kau. maaf kerana terpaksa berbohong tentang perasaan ini pada kau tetapi aku tak layak buat kau.Kau insan yang cukup baik dan insan sebaik kau cukup padan dengan atikah. Maafkan aku ifran kerana tidak dapat menghalang hati ini dari mencintai kau.


Insyaallah...kalau kita ada jodoh pasti kita tetap bersama. Namun sekiranya kau bukan jodohku, aku redha kerana aku tahu pasti Allah sudah tetapkan yang terbaik untuk hambaNya. Aku harap kau berbahagia dengan atikah kerana dia adalah gadis yang kau cukup cintai sebelum ini.


Umairah menghentikan coretan hatinya pada kertas yang sudah usang itu. buku itu dimasukkan kedalam laci semula. Dia mula mengemas baju yang tinggal beberapa helai lagi. Satu persatu bajunya dimasukkan kedalam beg yang agak besar saiznya itu. dia nekad. Dia mahu mengakhiri segala-galanya kali ini. Dia sudah penat hidup bersandiwara begini. Dia perlu berani menanganisegala-galanya.


.............................


Ifran... aku minta maaf banyak-banyak atas kesilapan aku selama ini. Harap kau halalkan makan minum aku selama ini. Aku sudah buat keputusan untuk pergi dari rumah ini. Tak perlulah kau mencari aku. carilah aku sekiranya kau benar-benar sudah bersedia menceraikan aku. aku anggap kau sudah bersedia menceraikan aku sekiranya kau datang menjumpai aku...


maaf sekali lagi atas segala kesilapan yang aku lakukan sepanjang 4 tahun perkahwinan kita..hari ini ulang tahun ke 4 perkahwinan kita... semoga kita dapat mengakhiri perkahwinan ini dengan baik.. aku harap tiada istilah dendam diantara kita sekiranya kita ditakdirkan tidak bersama lagi selepas ini.. Aku doakan kau berbahagia selalu..

                                                              Isterimu umairah


            Ifran terpana tatkala membaca nota yang ditinggalkan diatas meja makan rumahnya bersama-sama sebentuk cincin perkahwinan milik Umairah. Nampaknya gadis itu betul-betul tekad untuk meninggalkannya. Setitik demi setitik air matanya jatuh... dia tahu dia sangat mencintai Umairah.

Dia juga tahu Umairah sudah semakin jauh darinya. Apa gunanya cinta yang ada pada hatinya sekiranya gadis manis itu tiada hati padanya. Dia tidak boleh memaksa hati orang untuk menyukainya. Dia tidak patut mendera perasaan Umairah terlalu lama. Dia mahu Umairah berbahagia dan gembira kerana dia akan turut sengsara sekiranya gadis itu bersedih... perkara ini perlu diakhiri segera supaya tiada diantara mereka menjadi gila kerana bebanan perasaan yang melampau. Umairah...aku sayangkan kau...bisik hatinya bersama air mata yang gugur membasahi pipi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 07:08 PM | Show all posts
sedih la pulokkk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 07:19 PM | Show all posts
knp?umairah benci gt kat tikah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 07:20 PM | Show all posts
sedih la pulokkk...
sarizu Post at 3-6-2012 19:08


Janganlah sambung sedih kat sini.....









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.254913 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list