CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: devenir

Lagenda Buraq Berkelajuan Cahaya

[Copy link]
Post time 5-6-2012 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by Emzeq at 5-6-2012 09:15

Bagaimana jika Buraq itu adalah kenderaan khas untuk keluar dari dimensi masa.

setiap manusia akan berpeluang mengalaminya apabila Nyawa dicabut dari tubuh.

Cuma keistimewaan Rasulullah - dapat mengalaminya ketika masih hidup dalam dimensi masa.

Rasanya Buraq tak perlu pada kelajuan (tentu ada mekanisma lain) - kelajuan  terikat dalam dimensi masa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2012 10:36 AM | Show all posts
sebenarnya susah kalau semuanya nak 'bukti saintifik'
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 06:35 PM | Show all posts
Bukti saintifik memang tak ada - tiada yg kembali dari kematian untuk menceritakan.

Cuba bayangkan tempat yg tiada 'masa' - tiada tempat jauh yang perlu mengambil masa.

Sekelip mata pun tak diukur dengan masa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 10:14 PM | Show all posts
kalau ni 300 mph
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 10:31 PM | Show all posts

Lagenda Buraq Berkelajuan Cahaya

apa yg susah sangat nak yakin dgn kisah buraq neh....
Langkah 1: fahami sifat cahaya
Langkah 2: fahami relativiti masa

semoga dpt pencerahan.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:44 AM | Show all posts
Adakah buraq membawa rasulullah s.a.w. melihat Hari Pengadilan yg blm tiba?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2012 01:03 PM | Show all posts
Reply 66# Dzulqarnain

ntah, kalau aku ckp mcm ni boleh diterima tak?
- apa yg rasulullah nampak semasa isra mikraj spt seksaan neraka dsb, itu adalah "gambaran & presentation" yg allah tnjuk utk pengetahuan rasulullah dan umat manusia, bagaimana situasi hari kiamat kelak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 05:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by Emzeq at 6-6-2012 17:52
Adakah buraq membawa rasulullah s.a.w. melihat Hari Pengadilan yg blm tiba?
Dzulqarnain Post at 6-6-2012 00:44


Tidak mustahil Rasulullah melihatnya... Hari pengadilan/akhirat Belum tiba mengikut 'masa' di alam ini.

Di syuga - kan penghuninya sentiasa muda- tidak dimakan usia dan masa.


Sungai anggurnya tidak mengalami proses masa penapaian menjadi alkohol - ia tetap begitu sentiasa tidak memabukkan.


Dan sifat Tuhan Maha mengetahui masa lalu didunia, masa kini didunia dan masa depan didunia - Pada Tuhan semuanya semasa (kini).


Walau belum tiba (Hari pengadilan) pada masa dunia - Yang dilihat Rasulullah adalah 'kini' diakhirat.


Menjadi Mukjizat yg dianugerahkan kepadanya s.a.w.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 01:38 AM | Show all posts
Bismillah Al-Awal Al-Akhir.

Rasulullah s.a.w. 'diperjalankn' Allah s.w.t.,
berkendera buraq merentas bumi dan langit².

Mungkin baginda s.a.w. bermimpi ketika tidur?
Mungkin baginda s.a.w. bervisi ketika celik?
Krn Roh kembali hanya dgn sangkakala,
tp jiwa/nafsu kembali setiap kali tidur dan ajalnya.

Allah Maha Mengetahui lg Maha Bijaksana.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 12:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Djin at 7-6-2012 12:11

Adakah buraq membawa Nabi ke masa hadapan? Bukankah diceritakan bahawa semasa Nabi menempuh perjalanan bertemu dengan Allah baginda melihat neraka dan syurga yang mempunyai isi@manusia? Bukankah semua itu hanya dapat dilihat semasa akhirat kelak? Mohon maaf jikalau pandangan aku ni salah... Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 05:35 PM | Show all posts
Reply  devenir

Malaikat Jibrail pernah meminta kebenaran nak tengok surga Saidina Abu Bakar, Allah izinkan, dia terbang sehingga penat dan berhenti, kemudian terbang lagi sehingga penat dan berkenti, terbang lagi sehingga penat dan berhenti, zamkumis Post at 30-5-2012 15:11



    adakah malaikat juga berasa penat? dengan segala kehebatannya

*eh macam pernah tengok quote ni and tanya soklan yg samalahhh *
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 05:38 PM | Show all posts
Adakah buraq membawa Nabi ke masa hadapan? Bukankah diceritakan bahawa semasa Nabi menempuh perjalanan bertemu dengan Allah baginda melihat neraka dan syurga yang mempunyai isi@manusia? Bukankah semua itu hanya dapat dilihat semasa akhirat kelak? Mohon maaf jikalau pandangan aku ni salah... Huhuhu
Djin Post at 7-6-2012 12:05



    atau...benarkah teori terdapat makhluk terdahulu sebelum manusia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 03:47 PM | Show all posts
adakah malaikat juga berasa penat? dengan segala kehebatannya

*eh macam pernah tengok q ...
VirginLady Post at 7-6-2012 17:35


just pendapat...

malaikat adalah ciptaan Allah..Allah Maha Agung...
jadi tidak mustahil malaikat ada kekurangan sbb malaikat tidak sesempurna Allah...
jika kita rasa Malaikat mempunyai kehebatan yang sama dengan Allah sampai tidak ada rasa penat...
rasanya takda apa bezanya Allah dan Malaikat...dua2 tuhan sbb dua2 sama sempurna....

betulkan kalu pendapat aku nih salah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 04:51 PM | Show all posts
Memandangkan para malaikat diciptakan dari cahaya, maka malaikat mampu memanipulasi cahaya sehingga dapat bergerak dengan kelajuan yang sangat luarbiasa.

Setelah Muhammad saw isra ke masjid al Aqsa, baginda telah bermikraj ke langit dunia dalam jarak perjalanan yang sangat jauh dibawa oleh al Buraq pada kelajuan yang sangat mengerikan!

Cahaya bergerak selaju 300,000 km/saat. Kelajuan al Buraq adalah 1,000 kali ganda dari kelajuan cahaya sesaat maka:

300,000 km/saat X 1,000= 300,000,000 km/saat kelajuan al-Buraq sesaat

Untuk kira kelajuan dalam km/h maka:

300,000,000 X 3,600 saat= 1.08e+12km/h!

Oleh demikian al Buraq menjadi satu lagenda yang benar sebagai makhluk yang gagah dan bergerak dengan laju.
devenir Post at 24-5-2012 11:12



Kelajuan yang sangat laju, yer. Tapi tidak ada dalil sahih yang menyokong / menunjukkan Al Buraq adalah 1,000 kali ganda lebih laju dari cahaya.

Yang pertama, kita tidak tahu di mana Sidratul Muntaha berada. Hanya ALlah yang tahu. Adakah jauhnya 1 juta tahun cahaya? 10 juta tahun cahaya? Atau 1 billion tahun cahaya? Lagi jauh tahunnya, lebih pantaslah Al Buraq. Contoh, kalau 1 billion tahun cahaya, tentulah kelajuan Al Buraq lebih dari 1 billion kali ganda dari kelajuan cahaya. Dan tidak menjadi kesusahan kepada ALlah untuk menjadikannya. Big Bang sudah berlaku dianggarkan 13.75 billion tahun yang lalu. Dan masih ada tempat yang cahayanya belum sampai.

Apa yang dimkasudkan langit pertama? Kedua? Hingga ke tujuh? Adakah ini merujuk kepada gugusan Galaksi Bima Sakti (Milky Way) atau Alam Semesta? Walahualam. Tak tercapai akalku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 04:59 PM | Show all posts
adakah malaikat juga berasa penat? dengan segala kehebatannya
VirginLady Post at 7-6-2012 17:35



Dari sudut inilah kita belajar (bagi yang ingin belajar) tentang kekuasaan ALlah yang satu. Jika Dia menghendaki sesuatu, maka jadilah. Frasa 'Kun Fayakun' sekadar untuk menggambarkan keagungan kekuasaan itu, bahkan hakikatnya, lebih pantas dari itu.

Jika ALlah menghendaki dia berasa penat, untuk menzahirkan sesuatu, maka dia akan penat. Dan jika ALlah menghendaki dia tidak penat, dia tidak penat. Ini diguna-pakai untuk semua yang bernama mahkluk (creation).
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 07:27 PM | Show all posts
adakah malaikat juga berasa penat? dengan segala kehebatannya

*eh macam pernah tengok q ...
VirginLady Post at 7-6-2012 17:35


Malaikat dicipta tanpa nafsu tetapi mempunyai rasa,seperti suka,benci dan marah.Mungkin juga penat bila melampaui sesuatu kudrat yg dikurniakan Allah kepadanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2012 08:19 PM | Show all posts
nafsu maksudnya, berkehendak.
Malaikat tidak berkehendak, tp ada perasaan juga. kalu tak, takkan ada hadis tulis ' malaikat mengutuk, mendoakan, meminta keselamatan etc'...
Malaikat just do the order.

Dan buraq bukanlah malaikat. Tapi haiwan berwajah si penunggangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 09:03 AM | Show all posts
Dan buraq bukanlah malaikat. Tapi haiwan berwajah si penunggangnya.
hasell Post at 9-6-2012 20:19


Ada apa-apa keterangan ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 05:19 PM | Show all posts
kelajuan buraq?


lagi laju dari kepantasan asif burkiya yang alihkan istana balqis ke depan su ...
hasell Post at 1/6/2012 14:01



    time travel or time warp...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2012 01:58 PM | Show all posts
Buraq adalah binatang yg dibawakan khas dari Syurga untuk tunggangan Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Isra' dari Masjidil Haram ke Masjid AL Aqsa.Buraq tidak membawa baginda ke langit kerana perjalanan baginda  kelangit menggunakan tangga tangga(Mi'raj).Apabila baginda turun semula kebumi di Baitul Muqaddis,baginda menunggang Buraq tersebut kembali ke Makkah dengan diiringi oleh Jibrail AS.Buraq telah diangkat semula kelangit selepas itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067583 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list