CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6747|Reply: 4

Ziana Zain bakal membuat persembahan pada Konsert Mengenang Sudirman 3 Jun 2012

[Copy link]
Post time 29-5-2012 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by zeonite at 29-5-2012 23:11

Kepada semua peminat ziana zain, beliau akan terlibat dalam konsert mengenang Sudirman pada 3 Jun 2012 bertempat di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur pada 9 Malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2012 11:03 AM | Show all posts
aku pergi esok tp takut ramai sgt org... ye la zz, ct, hafiz, jac... hope xde la sesak n senang parking...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2012 06:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by zeonite at 5-6-2012 18:33

Konsert Kenangan Aku Sudirman Syahdu, Gamat!


Teks oleh Syafiqah jalal

Foto oleh Cipot Redz

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2012: Konsert Kenangan Aku Sudirman telah berlangsung dengan syahdu dan gamatnya selepas berjaya menampilkan lebih 15 orang selebriti untuk menghiburkan penonton yang membanjiri Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam semalam.

Konsert sempena memperingati 20 tahun pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad terbitan Astro itu telah menampilkan selebriti popular seperti Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Misha Omar, Adira, Hafiz, Alyah, Hazama dan Azlan and Typewriter.

Walaubagaimanapun, acara pembukaan yang didahulukan oleh Datuk AC Mizal dengan menyanyikan lagu Chow Kit Road, nyata sedikit sumbang serta kurang sesuai untuk sebuah konsert yang gah pada malam tersebut.

Namun, konsert Kenangan Aku Sudirman kembali dihayati dan semakin gamat dengan sebuah persembahan syahdu daripada penyanyi kecil molek, Adira yang menyanyikan lagu popular daripada penghibur tanah air itu iaitu Merisik Khabar.

Lebih syahdu dan membawa penonton mengimbau kenangan Sudirman apabila penyanyi Misha Omar telah membawakan lagu Hujan dengan sangat sempurna biarpun dengan gaya dan cara persembahannya tersendiri.

Namun persembahan yang perlu diingati pada malam tersebut adalah nyanyian daripada penyanyi Ziana Zain yang membawakan lagu Terasing dengan sangat bertenaga dan gaya tersendirinya yang semestinya bersuara lantang sehingga meremangkan bulu roma.

Sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Ziana Zain suduh cukup memberi kepuasan kepada penonton yang hadir kerana daripada mula kemunculannya di atas pentas sehingga akhir beliau mendapat tepukkan yang sangat gemuruh tanpa henti.

Tidak cukup dengan itu, konsert terus digamatkan lagi dengan persembahan daripada penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang bukan sahaja menyanyikan dua genre lagu berbeza yang dipopularkan oleh Sudirman iaitu Jauh Sudut Hati dan medley Aku Pengganggur dan Baru Dapat Kerja.

Meskipun, persembahan daripada Siti Nurhaliza adalah yang sangat dinanti-nantikan, namun cara dan lenggok persembahannya seperti sudah dapat diteka.

Namun penonton dan tidak pernah jemu menghayati persembahan daripada penyanyi berasal dari Pahang itu kerana ramai yang tidak mahu melepaskan peluang melihatnya menyanyi secara langsung di stadium tersebut.

Bukan sahaja penyanyi wanita yang menyerlah pada malam tersebut, tidak kurang pula dengan penyanyi lelaki apabila Hafiz muncul dengan menyampaikan persembahan Pelangi Petang.

Persembahan Pelangi Petang daripada Hafiz telah menggamit kenangan penonton, lebih-lebih lagi beliau telah memakai pakaian gaya Sudirman pada malam tersebut.

Konsert tersebut bukan sahaja dihidangkan dengan persembahan nyanyian, malah turut disertakan dengan sebuah persembahan komedi daripada Osbon yang dianggotai oleh Abon dan Os.

Osbon telah berjaya menghiburkan penonton yang hadir sehingga kebanyakkan dairpada mereka tidak kering gusi sepanjang menyaksiikan persembahan mereka berdua.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu telah berisaran secara langsung di Astro Prima (saluran 105) bermula jam 9 malam semalam.

Sumber: Murai.com (http://www.murai.com.my/article/ ... le_id=12124&c=5&s=17)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2012 06:35 PM | Show all posts
Konsert Kenangan Aku Sudirman Syahdu, Gamat!


Teks oleh Syafiqah jalal

Foto oleh Cipot Redz
...
zeonite Post at 5-6-2012 18:30



Kepada yg tak puas menonton..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 11:06 PM | Show all posts
tak sedap ziana zain nyanyi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.261064 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list