CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Marie

Prometheus

[Copy link]
Post time 8-6-2012 08:55 PM | Show all posts
lepas tgk citer nih, ianya mberi pengajaran...
Just believe in what you are believing now! Jangan rosakkan minda anda untuk berfikir dan mencari benda2 yg kita sendiri tak terjangkau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2012 11:36 PM | Show all posts
Reply 78# bluezink

dia ni penyokong kewujudan alien kat bumi kan.. ntah apa ke nama orang ni aku lupa.. kalau tengok dokumentari kadang2 dia muncul dengan teori dia yg mengatakan long time ago alien datang ke bumi dan ajar teknologi kepada ancient people and other stuffs.. interesting guy..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 01:11 AM | Show all posts
Baru jer balik dari menonton mobie nie...

Frankly speaking... totally not up to my expectation... biler kuar dari theater, langsung tak dok rasa obsess pun toward the mobie ... kalo sekadar nak enjoy watching jer... boley ler pi tengok

Rating... 6.5/10 ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 01:18 AM | Show all posts
Reply 82# Ha_Neul


   
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 09:51 AM | Show all posts
Reply 84# bluezink


    yer... skeri
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 10:02 AM | Show all posts
sciencetology giler...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2012 09:08 PM | Show all posts
Prometheus sci-fi menyeramkan
Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my
         
BIARPUN filem sains fiksyen atau sci-fi selalu melangkaui batasan imaginasi manusia, tidak dinafikan genre filem sebeginilah yang sering mengundang rasa teruja penonton ke panggung. Ada benarnya juga filem sebegini menjadi pilihan kerana ia menjana daya imaginasi yang penuh kreativiti.

Terbaru di pawagam, sudah pun ditayangkan sejak 7 Jun lalu, sebuah filem arahan
pengarah yang tidak asing lagi, Ridley Scott menerusi Prometheus. Ia menampilkan pelakon The Girl With The Dragon Tattoo, Noomi Rapace sebagai tunjang utama.

Berlatar belakangkan kehidupan futuristik pada 2089, garapan segar disuntik dalam filem ini yang jika dilihat tiada banyak bezanya dengan filem sci-fi terdahulu yang berkisarkan makhluk asing.


Namun begitu, ia pastinya mempunyai kelainan tersendiri untuk menonjol apatah lagi barisan pelakon terbabit bukan calang-calang termasuklah Michael Fassbender, Michael Fassbender, Idris Elba, Logan Marshall-Green, Charlize Theron, Rafe Spall dan Sean Harris.


Pada zaman itu, pasangan ahli arkeologi, Elizabeth Shaw (Noomi) dan Charlie Holloway (Logan) menemui satu peta mengenai kewujudan satu kehidupan masa lampau yang tidak mampu ditafsirkan. Lalu, mereka mengandaikan penemuan itu sebagai satu jemputan untuk pergi sendiri ke lokasi berkenaan untuk mengkaji sendiri apa sebenarnya yang ada di situ.

Dengan menaiki kapal yang dinamakan Prometheus, mereka mendarat di sebuah kawasan betul-betul di atas struktur berkenaan seperti di dalam peta berkenaan. Misi mereka pun bermula dan selaku ketua, Meredith Vickers (Charlize) kemudian mengarahkan semua kru untuk masuk ke dalam struktur berkenaan bagi mencari makhluk asing tertinggal atau lebih dikenali sebagai ‘Engineers’.

Sebaik masuk ke dalam struktur itu, mereka menemui beberapa batu silinder dan mayat makhluk asing dipercayai daripada kelompok Engineers. Sewaktu berada di dalam, David secara sembunyi, mencuri satu daripada silinder yang ada dan kebetulan tiba-tiba kawasan berkenaan dilanda angin taufan, memaksa mereka untuk kembali ke Prometheus.

Bagaimanapun, dua kru iaitu Milburn dan Fifield terkandas di dalam dan bermulalah satu kejadian yang sangat dahsyat menimpa dua kru berkenaan. Tatkala mereka mundar-mandir untuk mencari jalan keluar daripada kapal terbabit, beberapa makhluk menyerupai ular menyerang mereka menyebabkan Milburn terbunuh.

Walaupun Fifield bernasib baik terlepas daripada serangan itu, lendir daripada makhluk terbabit terkena topi keledar dipakainya lalu ia lebur. Di Prometheus, David sibuk menganalisa cairan di dalam silinder yang dicurinya itu tidak sengaja menyebabkan Charlie terkena bahan terbabit.

Gara-gara itulah juga Elizabeth terkena jangkitan sewaktu dia dan Charlie mengadakan hubungan intim. Bermula saat itu, Elizabeth yang asalnya sudah menjalani proses steril disahkan mengandung janin disyaki benih makhluk asing.

Sebagai kesinambungan kepada filem Alien terbitannya pada 1979, Ridley berkata, kalau dulu teknologi imej janaan komputer (CGI) belum wujud, kini ia adalah senjata penting untuk memantapkan lagi Prometheus.

“Dengan kecanggihan seperti CGI yang wujud sekarang ini, kenapa tidak saya menggabungkan elemen itu untuk menghidupkan kembali idea asal mengenai makhluk asing. Bezanya, kita kena kreatif menggunakannya kerana saya tidak mahu filem saya kelihatan bodoh atau tidak masuk akal.

“Saya akui, kisah mengenai makhluk asing mungkin dikategorikan sebagai Gred B, namun saya tetap menyuntik penghasilan filem dengan Gred A. Ia amat membanggakan kerana bukan saja dibintangi pelakon-pelakon hebat, malah filem ini sesuatu yang unik dengan elemen lebih seram berbanding filem hantu.

“Selain itu, saya juga sangat sukakan set yang dihasilkan dan selesa bekerja dengan Arthur Max. Dialah yang bertanggungjawab untuk memikirkan idea memasukkan artis digital yang kelihatan realistik untuk Prometheus. Keseluruhannya, amat menarik apabila dapat merealisasikan semula idea makhluk asing walaupun mungkin sekarang penonton lebih mencari sesuatu yang baru,” katanya.

Sementara itu, Noomi berkata pembabitannya dalam filem ini adalah kerana tahap kekagumannya terhadap Ridley yang cukup tinggi.

“Saya berada di Los Angeles sewaktu Ridley meminta saya untuk berjumpanya. Tidak sangka dia memuji lakonan saya dalam The Girl The Dragon Tattoo, malah menontonnya sebanyak tiga kali. Namun, sepanjang penggambaran filem ini dijalankan, saya perlu menolak tepi perasaan itu demi memberikan lakonan lain yang memuaskan.

“Sewaktu saya berusia 13 tahun, saya sudah menonton filem Alien dan saya benar-benar kagum dengan idea Ridley yang sangat luar biasa. Kebetulan, saya memang sudah lama idamkan watak seperti Elizabeth Shaw yang menonjolkan seorang wanita cekal, namun pada masa sama, seksi. Memang saya sangat obses dengan watak itu,” ujarnya.


SUMBER HARIAN METRO
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 09:28 PM | Show all posts
8/10. still enjoyed the movie despite all its flaws. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 12:00 AM | Show all posts




my veiws dan komen on Dr elizabeth shaw last message broadcast , dan sepatot nya   "Stay away" broadcast punya message oleh Dr elizabethshaw..harus berbunyi begini
DO NOT TOUCH THE BLACK GOO. IT WILL KILL OR MUTATE WHATEVER TOUCHES IT INTO KILLING MONSTERS. DO NOT HAVE SEX EITHER OR YOU WILL HAVE A GIANT SQUID MONSTER BABY. LASTLY, THE ENGINEERS ARE GROUCHY black holeS WHO WILL KILL YOU ON SIGHT.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 01:05 AM | Show all posts
dah tgk mmg menarik

x puas ati dgn watak charlize theron
adehhh ...
then ape tujuan david masukkan cecair hitam tu dlm minumam doctor holloway tu?
nak test power ke?
cecair hitam tu amenda?
masa yg 1st tu .. engineer minum cecair hitam tu n merebak 1 bdn n jd hancur

mmg best part bedah tu
hahaha .... geli de, scary de, teruja de, cemas de
best2 ... stapler lg ... hahaha ...

bg rate 8.0 over 10 ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 04:08 AM | Show all posts
i wacthed this because relaxkan diri yg busy

actually i tak suka citer alien 123 and this sebab stress , u nak relax tetiba you yg jerit well hahaah nasib baik seat tepi tak ada sapa  kalau tak habis i jerit  

i cannot watch this

well

menarik persoalan atau mesej utama filem ni : siapa pencipta kalau ikut kerangka depa laa

i masih tak faham apa yg jadi kat 'engineers' dalam kapal tu actually yg sebabkan depa tidoq dan apa fungsi makhluk berbentuk cecair tu dengan makhluk dalam sleep capsule tu

itu i tak dapat tangkap

well plot menarik

kita pun tak faham profile elisabeth shaw

tapi gosh antara scene yg i  terjerit ialah scene

ohh you are so cute beautiful creature

euwww

dan 'caesarean' giler ni


dan david - fassbender - awat jahat sangat ?

what did he know ?

why did he choose holloway?

apa pasal dia impregnate elizabeth??

i mean

yg paling naya ialah  Vikers

cheh


i bagi 4.0 / 5
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 04:12 AM | Show all posts
Baru jer balik dari menonton mobie nie...

Frankly speaking... totally not up to my expectation... ...
HaMiZiE Post at 9-6-2012 01:11



    agreed. citer ni like ...kalau ada movie yg tak menarik dan you tengok battleship dan tak tengok ni lagi so ini sesuailah nak kata best sangat tu well...subjective - i rasa kalau saya  yg tak suka tengok citer macam ni pun ...i tak rugi lah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 04:13 AM | Show all posts
u all faham tak

yg the first scene yg makhluk tu makan jelly tu then dia tukaq rupa dan dia jatuh dalam sungai

then ntah


then isle of skye - i tak faham langsung citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 04:18 AM | Show all posts
lagi satu persoalan yg tak masuk akal ialah

the engineers nak gi ke bumi nak musnahkan makhluk bumi

tapi apa kaitan alien tu dengan 'engineers'
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 04:22 AM | Show all posts
dah tengok dah tadi.. nak komen sket mengikut pemahaman aku


#spoiler ahead - you've been warned ...
Ha_Neul Post at 7-6-2012 03:01



    good  response  ye ...

    yup betul


  loose ends

so agak looselah

sebab ntah

tak carefully wrapped the plots
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 10:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by Ha_Neul at 10-6-2012 10:47

aku rasa memang diorang sengaja tak menjawap soalan betul2 dalam filem ni.. diorang nak penonton buat teori sendiri. nanti diorang jawap le kat sequel (hopefully). Memang cabaran buat diorang sendiri la sebab byk inconsistencies.

Yang paling tak consistent dark liquid tu sendiri. Why it behaves differently ikut suka dia? It disintegrated an engineer, but bear in mind dead engineers in the chambers werent disintegrated though, that means it could also mutate into something through the engineers (presumably no other living beings on the moon) and kill those engineers . Then with Holloway dia mutate  into god knows what. Then boleh lak transfer ke Dr Shaw through sex and mutate into squid. Natural selection? Darwin, you gotta explain this.

ekceli dark liquid tu mengingatkan aku kat citer x-files. alien tu pon main2 dark liquid ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 11:10 AM | Show all posts
memang betul filem ni menyeramkan.... dengan suasana planet tu yang tak ada apa2 dengan ribut silika (kaca) memang bertambah seram...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 01:18 PM | Show all posts
mungkin peminat alien je dpt menghayati dan paham cerita ni walau cerita ni sentuh sikit je pasal alien
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 02:51 PM | Show all posts
agreed. citer ni like ...kalau ada movie yg tak menarik dan you tengok battleship dan tak  ...
mbhcsf Post at 10-6-2012 04:12


exactly ...

the main reason why i felt this mobie not up to my expectation because i watched all alien mobie sequels before... the first impression after 1st time watching those mobies was... i felt so amaze and excited and this feeling keep obsessing me even though i had stepped out from the theater. Unless if i haven't watched alien sequels, there is a possibility i will like this mobie ... but the feeling might be not the same as how i like avenger which is for me the best mobie so far (in 2012)
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 03:29 PM | Show all posts
Ni antara rumusan yang aku dapat after watching this movie...

Selepas manusia berjaya conclude painting2 purba yang mereka jumpa in different locations around the world, mereka percaya bahawa manusia2 purba menyembah those aliens yang telah melawat mereka sebagai tuhan mereka. Dah jadi lumrah, manusia akan menyembah something yang mencipta mereka and as such, these scientists  percaya bahaya those aliens ler yang mencipta manusia... or The Creator or kalo ikut terms yang digunakan oleh those scientists ialah the Engineer...

Based on peta peta yang dikutip daripada lukisan lukisan purba tu... mereka percaya bahawa mereka telah berjaya locate planet dari mana this engineer come from. Then, the story pun bermula dimana Weyland (orang yang sponsor the expedition) telah set up a team untuk pergi ke planet tersebut ngan tujuan ... untuk berjumpa dengan The Engineer...

Apa yang ada dalam balang-balang steel tu... yang mempunyai kandungan cecair kaler hitam?
~ Kerja The Engineer ialah untuk mencipta kehidupan ... dan manusia merupakan antara kehidupan yang telah dicipta oleh enginner2 tersebut... tetapi kita tak tahu bagaimana manusia pertama tercipta hasil daripada teknologi2 engineer2 tersebut... tetapi aku percaya bahawa cecair hitam yang ada dalam balang tersebut merupakan 'essence o life' untuk menghasilkan hidupan yang baru (or should I call it nyawa?) yang dicipta oleh scientist2 tersebut untuk menghasilkan spesis hidupan yang baru ...

Bagaimana essence tersebut berfungsi...?
~Bila ada the existing life comes approach, this essence akan mula self activated dan cuba untuk masuk ke dalam badan hidupan tersebut untuk melengkapkan proses menjadi spesis hidupan yang baru ... or, in some cases... kalo part of the essence dapat masuk ke dalam badan pompuan, maka automatically.. pompuan tersebut akan mengandung dan akan melahirkan spesis hidupan yang baru (seperti apa yang berlaku ke atas ellie shaw or ke atas sigourney weaver yang memberanakkan alien ... ingat tak script segourney weaver "come to mama...." time dia nak bunuh alien)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.063675 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list