CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaNya Ingin KaU tAHu...[U]-Cerpen

[Copy link]
 Author| Post time 11-6-2012 09:06 PM | Show all posts
Dato Putra membuka pintu yang tidak berkunci itu. Dilihatnya Jasmyn sedang menangis sambil memeluk bantal busuknya yang berbentuk minnie mouse itu. Dia marapatkan dirinya di tepi katil. Dato Putra menutup pintu. Hatinya sayu mendengar tangisan Jasmyn. Dia agak keterluan bercakap tadi. Dia menyesal.

Dato Putra mendapatkan Jasmyn. Disentuh bahu isterinya itu. Jasmyn menepis.

"Shhh...maafkan abg, sayang.."Dato Putra menarik kuat badan Jasmyn. Dia memeluk Jasmyn. Jasmyn cuba meronta. Dia gagal. Dia lemah.

Jasmyn berada di dalam pangkuan suaminya. Tangisan makin kuat. Dato Putra membiarkannya. Dia mencium ubun-ubun Jasmyn diikuti dengan mengusap manja belakang badan Jasmyn.

"Saya boleh terima kehilangan anak saya..tapi saya tak bole terima orang mengungkit kejahatan saya terdahulu. Saya sedih. Awak tak sepatutnya cakap macam pada saya.."

"Ya..ya..saya salah. Saya janji saya tak akan ungkit lagi"

"Awak dah sakitkan hati saya" Jasmyn teresak-esak

"Maafkan saya..saya tahu saya tak sepatutnya cakap macam tu kat awak.. Saya terlalu ikut perasaan. Saya sayangkan awak, Jasmyn..Saya sayangkan awak.."

Jasmyn terdiam. Betol ke apa yang dia dengar sekarang? Atau dia sedang bermimpi..

"Saya tak nak kehilangan awak"

"Saya benci awak!" Jasmyn menolak kasar Dato Putra. Dia hendak keluar dari bilik itu tetapi di halang Dato Putra,

"Awak tak sayangkan saya ke?"

Jasmyn hanya diam. Dia membiarkan suaminya itu bercakap sendirian.

"Hati awak masih ada pada Sam kan? Sebab tu sampai sekarang awak masih berkasar dengan saya"

"Tepi la!!" Tangan Jasmyn digenggam erat oleh Dato Putra.

"Saya akan buat sampai awak jatuh hati dengan saya.." Mereka berdua bertentangan mata. Dato Putra memegang kepala Jasmyn. Dia dengan kasar menolak kepala Jasmyn supaya bibir Jasmyn mengucup bibirnya. Jasmyn menjerit. Bibir mereka semakin dekat..dekat..dekat dan tiba-tiba..

"Tak payah la jerit kuar sangat..malu kami yang dengaq kat luaq ni.."kata mak cik Salmah dituruti gelak ketawa pak mat dan mak jah.

Jasmyn menolak Dato Putra. Dia membetulkan rambutnya yang kusut itu.Lalu dia keluar dari bilik itu. Dato Putra hanya membiarkan sahaja.

"Melepas lagi aku malam nii..adoiii" kata Dato Putra sendirian sambil mengelap peluh jantan yang menitis di dahinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2012 04:05 PM | Show all posts
Bab 6

Beberapa bulan selepas itu...

Dato Putra dan Jasmyn seperti dulu juga. Masih bergaduh dan bermasam muka. Kalau bercakap pun hal yang penting sahaja. Mak cik Salmah pula sudah pulang ke kampung halamannya.

Jasmyn sudahpun kembali ke pejabat meneruskan kerjanya sebagai Pembantu peribadi suaminya sendiri, Dato Putra. Keadaan staf-staf yang asyik membicarakan tentang tugasnya itu membuatkan dirinya rimas.

Jasmyn mengetuk pintu lalu terus masuk ke dalam bilik Dato Putra. Dato Putra mengeluh.

"Ada apa lagi ni?"

"Saya tak nak keje kat sini. Saya nak berhenti"

"kenapa pula kali ni?"

"Mana ada isteri menjadi pembantu peribadi suaminya sendiri di pejabat? Bukan ke sudah melanggar etika pejabat?"

"Itu hak saya la..sayakan presiden"

"Saya tak nak! Saya nak berhenti"

"Ok, fine. Carikan saya pengganti seperti awak."

"Mana saya nak cari?"

Dato Putra hanya mengangkat bahu. Dia sudah malas hendak melayan karenah isterinya itu. Dato Putra meneruskan kerjaya.

"Awak dengar tak saya cakap ape tadi?" Jasmyn menghentak meja yang sedang digunakan suaminya untuk menyiapkan kertas kerja.

"Awak nampak tak saya tengah buat kerja ni?? Kalau awak nak berambus, pergi berambus! Saya dah malas nak layan karenah awak yang merugikan masa saya!" jerit Dato Putra seolah-olah dirasuk hantu itu.

Jasmyn terkedu. Inilah pertama kali dirinya dimarah Dato Putra begitu teruk sekali. Dia cuba menahan air mata jatuh membasahi pipi.

"Saya dah penat la, awak.. Saya dah tak tahu macam mana lagi nak jaga hati awak..itu nak kene buat, ini nak kene buat. Letih saya! Masalah pejabat lagi.. Boleh tak awak jadi isteri yang menyenangkan hati suami? Awak kena sedar awak tu ada tanggungjawab pada saya.."

"Saya benci awak!" Jasmyn mula mengalirkan air matanya.

"Awak nak saya buat keputusan sekarang ke?" Dato Putra bernada serius.

Jasmyn hanya mendiamkan diri. Disapu sendiri pipi yang sudah basah itu.

"Malam ni kita bincang. Awak fikir habis-habis sama ada awak masih perlukan saya atau tak.. Sekarang saya nak buat kerja. Esok saya ada presentation penting dengan ahli korporat dari Jepun. Saya harap awak paham. Sekarang awak boleh keluar" Dato Putra berkata tanpa memandang langsung isterinya itu.

Jasmyn masih mendiamkan diri. Dia keluar dari bilik itu dengan hati yang remuk. Adakah sudah sampai pengakhiran kisah hidup mereka? Dato Putra tertunduk. Kesabarannya sudah sampai di tahap kemuncak. Berapa lama lagi dia perlu bersabar dengan sikap isterinya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 04:17 PM | Show all posts
Dato Putra membuka pintu yang tidak berkunci itu. Dilihatnya Jasmyn sedang menangis sambil memeluk b ...
momey Post at 11-6-2012 21:06



   teruskan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 04:40 PM | Show all posts
lagilah n3nya...tgh konflik nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 08:06 AM | Show all posts
Reply 84# shahrinas


    jap2.. tgh nak sambung la ni..hihihi ..trima kasih kerana mnjadi pengikut setia
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 08:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 13-6-2012 08:35

Momey...

Rasanyakan, kalau Momey susun cerita ni elok-elok, then kembangkan jadi novel, mesti lagi best.

Sekarang ni macam semua 'benda' nak di masukkan dalam satu bab. Mood 'berterabur' bila baca...

My dua posen....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2012 08:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by momey at 13-6-2012 10:35

Selepas menunaikan solay Isyak, Dato Putra terus turun ke bawah. Dilihatnya Jasmyn sedang berehat di halaman taman rumah di tepi kolam mandi itu. Dato Putra mendekati isterinya itu. Jasmyn sedar kehadiran suaminya itu. Dia hanya membiarkan sahaja. Masih degil!

"Awak dah makan?" tanya Dato Putra. Jasmyn hanya mendiamkan diri.

"Sori la saya balik lewat sikit. Banyak sangat keje..nasib baik Lukman bantu sikit.."

Jasmyn masih mendiamkan diri. Langsung tidak dipandangnya Dato Putra. Dato Putra melepaskan nafasnya perlahan-lahan.

"Saya tak tahu apa yang awak cari.. Tapi yang saya tahu, saya memerlukan awak dalam hidup saya.."

"Lupakan saya!" Jasmyn bersuara tegas.

Mereka berdua bertentangan mata. Pak mat dan Mak Jah hanya memerhatikan dari jauh. Namun jauh disudut hati mereka mengharapkan ada sinar bahagia yang menanti.

"Saya kahwin dengan awak sebab baby Sam je pun. Tapi ikut-ikutkan saya tak nak pun awak bertanggungjawab. Awak je yang lebih-lebih. Baby pun dah tak ade, so.. Saya rasa, lebih balik kita berpisah" Jasmyn menahan sebak. Dia cuba mengawal perasaan. Dia tak nak suaminya itu nampak dirinya begitu lemah buat masa sekarang.

"Saya sayangkan awak, Jasmyn.."

"Tapi saya tak sayangkan awak! Awak nak ke saya layan awak macam ni setiap hari sampai mati?? Saya dah tak larat nak tanggung dosa lagi, awak.."

Dato Putra terdiam. Menitis juga air mata jantannya. Jasmyn masih menahan airmatanya dari jatuh. Sungguh keras hati!

"Betul awak nak saya lepaskan awak?" tanya Dato Putra lemah.

"Ya. Awak bole cari yang lebih baik dari saya. Saya bukan yang terbaik. Saya bukan perempuan yang baik. Saya tak nak merosakkan keturunan keluarga awak."

"Semua manusia tak sempurna, sayang.. Abang juga pernah buat dosa. Dosa abang lagi besar sampai ibu abang meninggal sebab perangai setan abang dahulu. Abang tak tahu sama ada Allah dah ampunkan dosa abang atau tak.. Abang berjanji dengan diri abang yang abang tak akan ulangi perbuatan tu lagi. Abang malu dengan diri sendiri. Tapi bila Allah temukan abang dengan sayang, abang rasa selesa sangat-sangat. Walaupun ketika itu sayang begitu liar dan kasar."ucap Dato Putra sambil memegang kedua tangan isterinya itu. Jasmyn akhirnya tewas. Airmatanya mula mengalir. Sungguh sayu ketika dirinya dipanggil dengan perkataan 'sayang'.

"Abang pernah ditinggalkan Halida.. Dialah cinta abadi buat abang. Namun Allah lebih sayangkan dia.. Sunyi hidup abang, sayang.. Sunyi sangat-sangat.. Mak Jah dan Pak Mat la yang banyak bantu abang untuk teruskan hidup. Sehingga la sayang abang ni muncul dalam hidup abang. Abang rasa seperti mati hidup semula. Ikhlas abang cakap, jauh dari sudut hati abg, abang terlalu sayang dan cintakan sayang..Sampai abang mati.."

Jasmyn menangis teresak-esak. Dipeluknya suaminya itu erat-erat. Dato Putra membalas pelukkan itu.

"Terima la cinta abang, sayang.. Jangan tinggalkan abang lagi.." ucap Dato Putra di telinga Jasmyn.

Jasmyn mengangguk laju. "Maafkan saya, awak.. maafkan saya.."

"Panggil saya abang.. Saya akan panggil awak sayang.." Dato Putra memegang dagu isterinya.

Mereka bertentang mata sekali lagi. Mak Jah dan Pak Mat berlalu pergi dengan ucapan syukur. Doa mereka dimakbulkan.

Dato Putra mendekatkan mukanya dengan muka Jasmyn. Kehangatan nafas Jasmyn menusuk kalbu Dato Putra. Dengan hati yang penuh cinta dan kasih sayang, Dato Putra mengucup lembut bibir isterinya itu. Jasmyn terpaku. Dia membalas kucupan itu. Dirinya seperti berada di awangan. Mereka kembali bertentangan mata.

"Abang tak akan sia-siakan hidup sayang. Pegang janji abang ni.."

Jasmyn hanya mengangguk dengan kata-kata suaminya itu.

"Sedap tak?" tanya Dato Putra tiba-tiba. Jasmyn terkejut.

"Sedap ape?"

"Nak saya kiss lagi tak? hihihi"

"Ha? Nakalnya awak ni..dalam serius bole buat lawak lagi erk" Jasmyn mencubit manja lengan suaminya itu.

"Saya suka. Awak suka tak?"

Jasmyn hanya tersenyum malu. Dia terus memalingkan pandangan ke atas langit.

"Aku betol-betol sayangkan ko, Jasmyn.. sampai mati.." bisik hati Dato Putra sambil tersenyum memandang isterinya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:18 AM | Show all posts
erk da abis ke???nak lagi sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2012 10:22 AM | Show all posts
Reply 88# epullipan


    ade lagi..jap2..byk plak keje semenjak 2 menjak ni hihihi   trima kasih krn setia membaca
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:28 AM | Show all posts
wow saya menanti dengan penuh kesabaran ....TT nyer storyline terbaik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 10:32 AM | Show all posts
Reply 90# epullipan


    yeke? hehehe malu plak   tq.. nah amik munga ni   hihihi.. momey pun baru blajar.. banyak yg perlu belajar lg ni..byk yg berterabur ekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 10:37 AM | Show all posts
Reply 86# Nicki_Meow


    alamak..dua posen plak dah..huhuhu   claim bila abih crita ni erk.. hihihi   itu la kelemahan momey sbnarnya.. masih berterabur.. hhmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 10:54 AM | Show all posts
Dato Putra membawa turun beg yang berisi pakaian. Diikuti Jasmyn yang mengikutnya dari belakang. Mereka kelihatan cukup gembira sekali. Pak Mat memunculkan diri. Dia menghulurkan tangan untuk mengangkat beg itu dari Dato Putra.

"Pak Mat.. Mak Jah.. saya nak cakap sekejap.."panggil Dato Putra dengan penuh lemah lembut.

Jasmyn memegang erat tangan suaminya itu. Pak Mat dan Mak Jah tumpang gembira melihat kebahagiaan Dato Putra yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu.

"Saya dan isteri saya akan pergi ke Langkawi dalam dua atau tiga hari. Saya nak minta tolong Pak Mat dan Mak Jah tengok-tengok kan rumah ni yaa"

"Ooo..honeymoon la ni Dato yeee..hihihi..boleh.. kami akan jaga rumah ni seperti Dato berada di dalam rumah ni juga" jawab Mak Jah yang matanya mula berkaca itu.

Dato Putra terus mencium tangan Mak Jah.

"Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ya.."sambung Jasmyn lalu mencium tangan Mak Jah.

"Insyaallah..jaga diri baik-baik tau.. Mana la tahu, lepas ni boleh bagi cucu kat Mak Jah ni kee" usik Pak Mat.

Mereka berempat ketawa. Dato Putra dan Jasmyn saling berpandangan. Dengan selamba Dato Putra mencium manja dahi isterinya itu. Jasmyn tersenyum malu.

"Pak Mat.. Mak Jah..kalau ada apa-apa boleh call saya ye.. Bila-bila masa.."kata Dato Putra sambil memakai kasut.

"Baiklah..hati-hati yaa"pesanan Mak Jah buat kali terakhir sebelum Dato Putra dan Jasmyn hilang dari pandangan matanya.

"Putra dah banyak berubah.. syukur alhamdulillah.." Mak Jah mengucapkan syukur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 11:18 AM | Show all posts
Dato Putra dan Jasmyn mengambil tempat duduk di dalam kapal terbang MAS itu.

"Sayang..kejap..kejap.." Dato Putra cuba mengambil daun kering yang melekat di rambut Jasmyn.

"Daun kering?" Jasmyn hairan.

"Main semak erk.." Dato Putra ketawa lalu dicubit Jasmyn. Aksi mereka diperhatikan.

Dato Putra mengusap manja rambut isterinya itu. Mereka membalas senyuman. Tiba-tiba kehadiran orang ketiga datang untuk duduk di sebelah Dato Putra. Lelaki itu berbalas senyuman dengan Dato Putra. Lelaki itu membuat hal sendiri.

"Lepas ni nak kene beli kapal terbang sendiri laa..baru leh ehem-ehem lebih sikit dengan dak bucuk ni.." kata Dato Putra perlahan lalu mencubit hidung Jasmyn.

"Sakit laaa.."Hidung Jasmyn merah.

"Sayang nak ape?"

"Nak ape..ape?? Tak paham.." Jasmyn musykil.

"Macam ni la. Abang ingat nak sayang kerja di anak syarikat abang dekat KL tu..sebagai eksekutif. Nak?"

"Maksud abang? Sayang dah tak keje dengan abang la lepas ni?"

"Dah sampai masanya sayang kerja sendiri. Lagipun memang tak manis kita kerja di tempat yang sama kan? Ini bukan bermakna abang nak jauh dari sayang tau. Abang nak sayang berdikari."

"Tapi.."

"Jangan risau..kalau sayang tak nak driver, abang akan belikan sayang kereta. Nanti kita pegi tengok dekat showroom member abang tu. Pilih aje sayang nak kereta ape..untuk orang yang abang sayang, apa sahaja abang sanggup bagi" Dato Putra mengucup tangan Jasmyn.

"Yeke..waaaa.. bestnyee!" Jasmyn jerit gembira.

"Shhh..dalam flight kot..dalam bilik nanti awak nak jerit lebih dari ni pun x pe..saya sanggup dengar dengan hati yang rela..hihihi" Dato Putra seloroh.

Jasmyn malu. Dia menjeling.

"Alalalala...majuk plak dia..tak pe..tak pe..malam ni abang kasi pujuk lebih sikit erk. Dalam flight tak boleh. Bahaya..hihi"

"Malas nak layan abang.."Jasmyn beralih pandangan memandang ke luar tingkap.

Dato Putra hanya ketawa kecil melihat gelagat isterinya yang masih kuat merajuk itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 11:23 AM | Show all posts
mesti ada duggan lagi kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 11:27 AM | Show all posts
Reply 95# shahrinas


    jeng jeng jeng..hihihi   dah nak smpai pghujung dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2012 11:42 AM | Show all posts
Setibanya di Langkawi..

Dato Putra dan Jasmyn yang seperti pasangan yang baru kahwin itu cukup mesra sekali. Makan bersuap, jalan seiringan, cubit mencubit. Cukup bahagia. Namun, Jasmyn merasakan dirinya diperhatikan. Kadang-kadang dia agak kurang selesa. Dato Putra perasan raut wajah isterinya itu kadang-kadang berubah.

"Sayang ada masalah ke?" tanya Dato Putra sambil memegang bahu isterinya.

"Ntah la, abang.. rasa macam ade orang pandang. Dari dalam flight lagi.."

"Perasaan sayang je kot. Nak kata tak mandi hadas, awak ngan saya tak 'ehem-ehem' lagi kan? hihihi"

Jasmyn terus mencubit kedua-dua pipi suaminya itu menandakan protes geram.

"Awak nak sangat ke? Kang kat jalan tar ni jugak saya kerjakan awak tau!!" kata Jasmyn yang mula menyinsing lengan bajunya.

"Wooww..wooww..ganasnyeee..best siottt!! hahaha"

Jasmyn ketawa. Dia terus naik belakang suaminya.

"Awak kene bawak saya sepanjang jalan ke hotel ni.." Jasmyn paksa

"Mak aiii..penat tuu..beg ni lagi. Tak nak..tak nak.. Jom nek teksi"

"Kaya aje..nak sewa kereta pun kedekut!!!"

"Bukan kedekut.. cuba sayang tengok mat saleh semua tu..mana ada yang sewa kereta. Semua main bedal jalan kaki je. Abang rasa nak 'feel' macam tu laa.."

"Eleeehh..perasan mat saleh la tu!"

"Lebih kurang la..hahaha"

Jasmyn terus memeluk suaminya. Pelukan itu dibalas. Dato Putra mengucup manja ubun-ubun isterinya. Jasmyn hanya tersenyum.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 12:18 PM | Show all posts
owh teruja nak tau seterusnya...tidak!!!!...sungguh romantik mereka
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 12:30 PM | Show all posts
sapa yg peratikah diorg nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 03:00 PM | Show all posts
jap nak sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.386931 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list