CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: siva_nes1

Gangguan akibat amalan atau peninggalan nenek moyang mertua

  [Copy link]
Post time 11-8-2012 05:54 PM | Show all posts
siva_nes1 posted on 11-8-2012 06:44 AM
Terima kasih, arel. Boleh juga saya amalkan selain amalan-amalan yang lain. Saya melayu islam. Mun ...

hehe..

yeker.
sory yer..
baca sekali imbas jer..ingt kan non muslim..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2012 10:23 PM | Show all posts
Kesianyer lah.harap tt dpt kembali bersama
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 10:29 PM | Show all posts
Nak tanya betol ke badan ade kesan lebam2 jena gigitan hantu@pelesit.anak umo 10thun tunjuk dn bagitahu...apa pon sian kat tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2012 10:53 PM | Show all posts
makadek posted on 11-8-2012 10:23 PM
Kesianyer lah.harap tt dpt kembali bersama

Terima kasih kerana memahami, makadek. Semoga kami dapat bersama seperti dahulu satu hari nanti. Amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2012 11:42 PM | Show all posts
makadek posted on 11-8-2012 10:29 PM
Nak tanya betol ke badan ade kesan lebam2 jena gigitan antu @ pelesit. anak  umo 10thun tunjuk dn bagitahu...apa pon sian kat tt..


Memang betul saya sendiri nampak ada kesan lebam-lebam warna 'blue black' pada peha atau lengan isteri masa saya bangun dari tidor pada waktu pagi. Masa itu tak ambil kisah sangat sebab keluarga pun aman. Dalam pada itu juga isteri selalu mimpi macam2 seperti saya tinggalkan dia, kahwin dengan perempuan lain, sudah tak suka dia dll. Bila isteri bangun dari tidur dia sedihlah juga cerita kepada saya apa yang dia mimpi itu.

Tapi saya cuba lapangkan fikiran dia dengan mengatakan itu semua mainan syaitan dan jangan percaya sangat pada apa yang dia mimpi itu. Rupa-rupanya bukan saya yang tinggalkan isteri tapi dia pula buat gitu. Dah terbalik script lak ......huhuhu.

Kesan lebam-lebam pada anak makadek tu kemungkinan terkena atau terlanggar sesuatu yang  keras semasa sedang tidor atau waktu bermain pada siang hari hingga meninggalkan kesan kepada tubuhnya. Semoga anak makadek sihat hendaknya.


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)

Last edited by siva_nes1 on 12-8-2012 12:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 02:26 PM | Show all posts
ada apa2 perkembangan setakat ini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2012 10:35 PM | Show all posts
hest posted on 14-8-2012 02:26 PM
ada apa2 perkembangan setakat ini?

Setakat ini masih tidak ada apa-apa perkembangan. Keadaan isteri masih di tahap yang sama. Saperti apa yang sdr rdzaccess nyatakan dalam postingnya no. 228 dan 229 di atas, ada halangan pendinding kuat hingga pelantun sihir gagal menemui isteri kerana dilencungkan ke arah lain. Isteri tiada mengalami kelemahan atau kesakitan fisikal kerana adanya pendinding kuat ini.  Maka Sdr rdzaccess berpendapat sihir pada isteri boleh diperangi secara brutal. Saya sependapat dengannya dalam perkara ini kerana isteri memang dapat bertahan dari segi fisikal walaupun berbagai perawat telah cuba memulihnya dalam tempoh 3 tahun ini. Saya percaya benda yang melindunginya itu juga mempengaruhi perasaan isteri kerana isteri akan bersikap panas baran setiap kali ada perawat yang cuba mengobatinya.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 12:56 AM | Show all posts
try contact TOK BELAGAK http://darulsaka.blogspot.com/

dikhabarkan antara yg hebat di nusantara. ada brani?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2012 03:34 AM | Show all posts
Acong posted on 15-8-2012 12:56 AM
try contact TOK BELAGAK http://darulsaka.blogspot.com/

dikhabarkan antara yg hebat di nusantara.  ...

Terima kasih,  Acong. TB adalah salah seorang daripada perawat-perawat yang terawal pernah saya jumpa untuk mendapat bantuan. Saya ada menulis sedikit tentang TB dalam posting no. 186 di atas dan juga di http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=659847&pid=49754799&fromuid=1837387. Saya mula berjumpa dengan TB pada bulan November 2009 di rumahnya setelah sepupu saya dan adik lelaki TB menasihati untuk saya mendapat bantuannya.

Lama juga TB cuba menyelesaikan kes isteri saya ini tapi ilmu yang ada pada emak mertua dan makhluk-makhluk halus yang mengawal isteri telah mematahkan kesemua usaha-usahanya. Bukan tidak ada kesan langsung pada isteri waktu TB melakukan rawatan tetapi kesannya hanya sekejap sahaja iaitu dalam 5-10 minit sebelum isteri kembali sedar. Memang nampak perubahan sewaktu ini kerana isteri akan berubah menjadi sedih dan kembali kepada sifat asalnya yang penyayang dalam tempoh pendek ini sebelum ia disedarkan semula oleh makhluk halus yang mendampinginya.  Isteri tidak meneruskan keinginannya untuk pulang ke rumah setelah 'dikejutkan'.

Last edited by siva_nes1 on 15-8-2012 03:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 09:42 AM | Show all posts
siva_nes1 posted on 14-8-2012 10:35 PM
Setakat ini masih tidak ada apa-apa perkembangan. Keadaan isteri masih di tahap yang sama. Saperti ...

mmg itulah perangainya kalau ada yang terkena ni.. even saya kena dulu yang ringan2 pun.. bila dapat tahu mak ayah rancang diam2 nak berubat.. hampir 3 bulan saya tak balik kampung... bila dah termasuk perangkap... meremang je bulu roma.. tahan marah dekat ayah sebab panggil perawat datang rumah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2012 12:57 PM | Show all posts
hest posted on 15-8-2012 09:42 AM
mmg itulah perangainya kalau ada yang terkena ni.. even saya kena dulu yang ringan2 pun.. bila dapat tahu mak ayah rancang diam2 nak berubat.. hampir 3 bulan saya tak balik kampung... bila dah termasuk perangkap... meremang je bulu roma.. tahan marah dekat ayah sebab panggil perwat datang rawat

Hest meremang bulu roma setiap kali mak ayah nak berubat ke? Isteri saya mula tahu apabila terjadi 2 peristiwa di mana makhluk halus hadirkan diri dalam emak mertua dalam bulan Mei pada tahun 2009. Pada masa itu isteri masih tinggal bersama serumah tapi dia sudah hampir 3 bulan tidur di bilik lain. Berkurung dalam bilik semasa saya berada di dalam rumah dan tidak mahu bertemu muka dengan saya. Kalau keluar bilik pun untuk memasak dan semasa saya sudah ke pejabat. Keluar rumah pergi kerja setiap pagi dan ke rumah adik beradik pun dia tidak meminta izin atau memberitahu saya. Memang kuat pengaruh makhluk halus yang mendekati isteri saya itu hingga dia langsung tidak ambil peduli tentang hal saya. Masa benda itu hadirkan diri dalam emak mertua memang semua adik beradik dan anak2 saudara ada bersama kerana baru selesai majlis perkahwinan di rumah kakak isteri.

Bagi adik beradik isteri kejadian ini tidak asing bagi mereka kerana sudah pernah berlaku. Tapi bagi anak2 saudara yang pertama kali menyaksikan kejadian ini memang satu perkara yang menakutkan dan asing pada mereka. Scary kata anak saya bila ia menceritakannya pada saya. Tiada berlaku kejadian ganas semasa makhluk halus in hadirkan diri dalam emak mertua tetapi lebih kepada perlakuannya yang tidak normal.  Yang hairannya makhluk halus ini hanya mahu isteri saya menghampirinya dan bukan adik beradik atau anak2 saudara yang lain bila setiap seorang berbuat demikian untuk menenangkan emak mertua. Kehadiran makhluk halus ini pada malam itu seolah untuk memberi tanda yang isteri perlu berwaspada kerana ada usaha untuk memulihnya. Beberapa hari selepas kejadian ini berlaku sekali lagi perkara yang sama.

Lepas kejadian kedua inilah isteri mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama emak mertua yang ketika itu duduk di rumah anak bongsunya. Bila isteri dapat menyewa di tempat lain emak mertua pun ikut bersama dan sampai sekarang dia tinggal bersama isteri saya. Emak mertua ini tidak ada apa-apa masalah atau pernah bersengketa pun dengan saya. Lagi pun saya ini lebih berdiam daripada banyak bercakap. Memang dulu kami selalu berjumpa dengan emak mertua kerana saya tidak pernah mengabaikan isteri untuk membawa dia berjumpa emak dan adik beradiknya. Tapi sekarang dia pula yang lebih tidak mahu isteri kembali  kepada suami.

Bagaimana keadaaan Hest sekarang? Maaf kalau menanya tetapi Hest terkena apa sebenarnya hingga perlu berubat? Kes isteri saya ini berpunca dari makhluk halus yang mendampingi emak mertua kerana mungkin sudah tiba masanya untuk ia berpindah kepada isteri. Antara anak2 perempuan, isteri saya paling rapat dengannya. Ada masanya bila perawat berjaya menembusi pendinding kuat isteri, memang ada nampak perubahan yang baik dalam sikapnya tetapi ini hanya sekejap sahaja.

(Siva_Nes .......... Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 07:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 02:02 PM | Show all posts
lagi beberapa hari nak habis ramadhan...TT selain dari ikhtiar rakan2 perawat yang mungkin ada menolong dalam diam..harp perbanyakkan ibadah nak2 penghujung ramadhan ni..manalah tau..tanpa disangka2 ada rezeki menjelma di hari raya??wallahualam.

p/s: tetap mendoakan bersama-sama yang lain supaya kebahagiaan TT akan kembali
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 02:21 PM | Show all posts
lame dah aku tak ikut cite ni..tau2 dah tuko tajuk pulak?

aku tak boleh nak tolong banyak sangat ler sebabnya tak tau hujung pangkat sgt...mengikut kata c rdzaccess, dia dah scan isteri TT yer? so dah ada percubaan "repair" la tu ye tak? rdzaccess jugak bg tau yg boleh main kaso yer?

baik ni pesanan aku pada rdzaccess, sekiranya pendindingnya terlalu kuat (aku tak tau le kuat mn), jgn dihantar apa2 pukulan @ serangan..cuba kau buat pendinding pada isteri TT tu..pelik ker?

apa juga kaedah pendinding yang kau gunakan tak jadi masalah..tapi kena pastikan pendinding ko buat tu lebih kuat dari yg ada pada dia..kaedahnya mungkin aku boleh kabokan dalam PM..

sory TT tak boleh nak cite kat TT pun bende2 ni..cuma mtk sampaikan pesanan buat rdzaccess utk PM teman yer.! dia dah mula, biarlah dia yang selesaikan..Insyaallah teman membantu dari jauh seandainya dia sudi menerima bantuan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2012 02:49 PM | Show all posts
Adiya posted on 15-8-2012 02:21 PM
lame dah aku tak ikut cite ni..tau2 dah tuko tajuk pulak?

aku tak boleh nak tolong banyak sangat ler sebabnya tak tau hujung pangkat sgt...mengikut kata c rdzaccess, dia dah scan isteri TT yer? so dah ada percubaan "repair" la tu ye tak? rdzaccess jugak bg tau yg boleh main kaso yer?

baik ni pesanan aku pada rdzaccess, sekiranya pendindingnya terlalu kuat (aku tak tau le kuat mn), jgn dihantar apa2 pukulan @ serangan..cuba kau buat pendinding pada isteri TT tu..pelik ker?

apa juga kaedah pendinding yang kau gunakan tak jadi masalah..tapi kena pastikan pendinding ko buat tu lebih kuat dari yg ada pada dia..kaedahnya mungkin aku boleh kabokan dalam PM..

sory TT tak boleh nak cite kat TT pun bende2 ni..cuma mtk sampaikan pesanan buat rdzaccess utk PM teman yer.! dia dah mula, biarlah dia yang selesaikan..Insyaallah teman membantu dari jauh seandainya dia sudi menerima bantuan..

Terima kasih sdr Adiya. Amat menghargai nasihat Adiya itu. Akan saya sampaikan kepada rdzaccess.


Last edited by siva_nes1 on 15-8-2012 03:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2012 02:57 PM | Show all posts
033589 posted on 15-8-2012 02:02 PM
lagi beberapa hari nak habis ramadhan...TT selain dari ikhtiar rakan2 perawat yang mungkin ada menolong dalam diam..harp perbanyakkan ibadah nak2 penghujung ramadhan ni..manalah tau..tanpa disangka2 ada rezeki menjelma di hari raya??wallahualam.

p/s: tetap mendoakan bersama-sama yang lain supaya kebahagiaan TT akan kembali

Amin. Terima kasih atas doanya. Buat masa ini memang ada rakan perawat yang menolong sebagaimana yang dinyatakan dalam posting no. 227, 228 dan 229 (http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=657722&pid=49860159&fromuid=1837387) di atas. Usaha-usaha masih berterusan sejak beberapa minggu yang lalu. Terdapat halangan pendinding kuat yang melindungi isteri. Rakan-rakan forumer lain juga ada memberi pandangan dan nasihat. Dalam pada masa yang sama akan terus memperbanyakkan ibadah, insyaAllah.

Tinggal 3 hari sahaja bulan Ramadan sebelum tibanya Shawal. Tapi tidak dapat merasai suasana hari raya sebagaimana umat Islam lain yang akan menyambutnya tidak berapa lama lagi.  Terasa sedih apabila lagu-lagu raya mula berkumandang di radio sejak beberapa hari ini. Seperti 3 kali hari raya yang lalu akan bersendirian di rumah tanpa keluarga pada perayaan yang akan datang. Bila dengar lagu-lagu hari raya terkenang pula masa-masa yang lalu bersama ibu bapa, adik, isteri dan anak-anak ketika menyambut hari raya bersama. Sekarang ibu bapa dan adik sudah tidak ada lagi manakala isteri sudah tidak bersama sejak 3 tahun yang lalu.

(Siva_Nes .......... Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)

Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 07:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 03:34 PM | Show all posts
smpai tukar tajuk TT kita ni..saya tumpang simpati..moga TT dpt beraya bsama isteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2012 03:52 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 15-8-2012 03:34 PM
smpai tukar tajuk TT kita ni..saya tumpang simpati..moga TT dpt beraya bsama isteri

Amin. Terima kasih, ainiz81.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 04:16 PM | Show all posts
semoga TT tabah dengan dugaan yg melanda...saya doakan semoga kelaurga TT kembali bahagia seperti dahulu
Salam lebaran dari saya....Good Luck!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2012 04:28 PM | Show all posts
h4ni3 posted on 15-8-2012 04:16 PM
semoga TT tabah dengan dugaan yg melanda...saya doakan semoga kelaurga TT kembali bahagia seperti da ...

Amin. Terima kasih kerana mendoakan untuk keluarga kami. Selamat menyambut hari lebaran, h4ni3.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 04:40 PM | Show all posts
siva_nes1 posted on 15-8-2012 12:57 PM
Hest meremang bulu roma setiap kali mak ayah nak berubat ke? Isteri saya mula tahu apabila terjadi ...

saya.. wallahualam.. ada yang kata datang menumpang.. suka sebab masa ni saya ada masalah period berpanjangan 1 tahun tak berhenti... mungkin jugalah agaknya... dah diri pun sentiasa kotor.. dia pun jadi sukalah agaknya.. saya jadi pemalas.. rumah, bilik dapur.. jujur. macam tongkang pecah.. bersawang.. sampah..habuk baju2 semua saya biarkan.. saya memang jadi pemalas sangat.. solat pun jadi endah tak endah.. saya sentiasa lesu.. tak bermaya.. jalan dan bercakap pun macam orang tak de tenaga.. saya jadi sangat penakut.. tidur tak pernah tutup lampu..saya tak bukak langsir..tak keluar malam..mimpi.. tak usah cerita lah.. semua pelik2 belaka.. kotor2 belaka.. yang saya notis sangat.. saya ni dalam kereta suka bukak lagu2 yang berdentam dentum... ada sekali tu saya terdengar bacaan alquran dalam kereta.. kepala saya terus rasa pening.. sakiiiit sangat..

walau pun saya kena keuzuran hampir setahun tapi doktor pun pelik.. sebab saya tak kena penyakit kurang darah pun.. dah habes usaha doktor nak kesan penyakit.. last2 bila saya terbaca 1 potong hadis.. masa nak cari penyelesaian.. macam mana saya nak solat.. macam mana saya nak tahu 15 hr bersih saya bermula bila dan 15 hari kotor tu bermula bila.. masa ni saya terbaca rasulallah ada berkata bila seorang perempuan tanya.. kalau selepas seminggu tidak berhenti bagai mana rasulallah..  bila rasulallah menjawab, dia sambung.. sekira  selepas 15 hari tak berhenti lagi rasulallah? rasulallah beri jawapan.. sekiranya sebulan pun tidak berhenti ya rasulallah? masa ni rasulallah berkata.. sedarlah wahai kaum wanita.. sekiranya ia berterusan tanpa henti.. itu bermakna syaitan sedang menghentak dinding-dinding rahim mu untuk menggugurkan darah supaya kamu sentiasa was-was dan lengah serta tidak yakin untuk bersolat..." (sikit ebih kuranglah ayatnya macam ni..)

selepas tu baru hest sedar.. perangai pelik dan mimpi2 pelik hest... masa ni memang berlawan dengan diri sendiri la... paling hest kesian dengan mak.. sebab mak orangnya rajin baca quran dan berzikir.. balik kampung pun tak bercakapp dengan mak.. bila cakap rasa nak marah je sentiasa dengan dia.. kadang2 saya tekan2 kan suara tanda tak suka nak cakap dengan dia.. sedih sangat.. sebab bila otw balik ke kll mesti menangis.. sebab hest sebenarnya rinduu sangat dengan mak... tapi benda ni yang buat hest benci mak.. sebab mak panas... waktu ni.. family tak tahu lagi hest ada benda ni.. tapi hest dah tahu.. yang tahu pun along hest kat kl.. hest suruh dia diam supaya family kat kampung tak risau...

rupanya dalam hest cuba lawan diri sendiri.. kakak risik2 dengan kawan baik hest.. dia pun tak tahu sebenarnya,, tapi dia perasan semua perubahan.. dan dia dengan akk berbincang.. tukar2 pendapat pasal hest.. dan akhirnya sampai ke pengetahuan mak ayah.. sebab kawan baik hest tekad minta seorang ustaz di kedah scan dan dia bagi tahu apa keputusan scan tu.. masa nilah diorang mula risau dan cuba nak bawak hest berubat.. tapi hest sinis sangat... dan ambik keputusan untuk tak nak balik kampung.
Last edited by hest on 15-8-2012 04:44 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.338339 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list