View: 14098|Reply: 82
|
Fizz Fairuz jelaskan kontroversi dituduh curang
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by teky at 4-7-2012 08:05
Pelakon Fizz Fairuz menjelaskan kontroversi kononnya dia curangAlmy Nadia, membuatkan keluarganya turut terkena tempias apabila mempercayai khabar angin tersebut.
Fizz yang turut dikaitkan denganLiyana Jasmay dan Izreen Azminda itu berkata, keluarganya mula bertanya kesahihan berita itu apabila ia semakin hangat dibicarakan dalam media-media tempatan.
"Ibu saya dah mula tanya adakah gosip yang dikatakan itu benar? Alhamdulillah, saya sudah menjelaskan hal sebenar di mana Liyana hanyalah rakan kerja saya di set penggambaran filem “Papadom 2” dan Izreen pula, kami pernah berlakon untuk sebuah drama pada tahun 2004.
"Saya pun pelik mengapa hubungan percintaan kami sering dikontroversikansedangkan saya dan Almy masih lagi baik dan kami masih lagi berhubung dan berjumpa jikaada kelapangan,” kata Fizz yang ditemui pada majlis memperkenalkan Koleksi Rantaian Kasih 2011 Habib Jewels, di sini, Rabu.
Tambah Fizz, hal tersebut sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon dan perhubungannya dengan peminat.
"Saya faham, mungkin bila orang industri hiburan membaca artikel mengenai keretakan hubungan saya dan Almy, mereka menganggap ia hanyalah sebuah gosip tetapi lain pula pandangan daripada pihak keluarga dan masyarakat luar di mana mereka yang tidak tahu apa-apa akan percaya dengan khabar angin itu," ujarnya yang bakal memulakan penggambaran filem “Nirajim”, di bawah produksi Grand Brilliance.
Sebelum ini, Fizz pernah dikaitkan dengan Liyana kerana mereka saling berbalas mesej berbau sayang menerusi akaun Twitter masing-masing.
Selain Liyana Jasmay, Fizz dikatakan turut menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Izreen Azminda yang didakwa menjadi penyebab hubungan Almy dan lelaki itu renggang.
Bagaimanapun, Fizz mengakui, kontroversi perhubungan mereka mungkin sering menjadi bualan ramai kerana dia dan Almy belum membuat sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan.
Kata pelakon “Nur Kasih” itu, dia bukannya belum bersedia untuk berkahwin, tetapi ingin memberi peluang kepada Almy membina dan mengukuhkan kerjaya lakonan sebelum bergelar suami isteri.
"Saya faham, hubungan kami sudah mencecah enam tahun, tambah pula dia perempuan, pastinya terasa bila kami belum mengikat sebarang pertalian. Tetapi dia faham dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan berkahwin dengannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fizz Faizal tu pelakon baru ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku masuk sini semata2 nak tau sape fizz faizal |
|
|
|
|
|
|
|
Fizz Faizal ni pelakon baru mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahahahahaaha!! pis pezal sape weh? Tungkik punya TT |
|
|
|
|
|
|
|
Almy..... lembutkanlah hatimu... terima Fizz seadanya semula |
|
|
|
|
|
|
|
Motip iols yang lelebih |
|
|
|
|
|
|
|
Fizz Faizal jelaskan kontroversi dituduh curang
belum jodoh... mcm mana nak kawin..
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
aku masuk sini semata2 nak tau sape fizz faizal
tabasco Post at 3-7-2012 22:51
tuhlah...sebab utama aku nak msuk bebenang nih |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan retis baru |
|
|
|
|
|
|
|
Muahahahhaha! Fizz faizal wadehek? |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya faham, hubungan kami sudah mencecah enam tahun, tambah pula dia perempuan, pastinya terasa bila kami belum mengikat sebarang pertalian. Tetapi dia faham dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan berkahwin dengannya.
kalau ada REZEKI pun tapi takde JODOH... tah sampai bila... |
|
|
|
|
|
|
|
fizz faizal tengkorak kamu |
|
|
|
|
|
|
|
fizz faizallll pon bolehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Fizz Faizal?? artis ke?? xpernah tahu lak iolsss artis nama Fizz Faizal |
|
|
|
|
|
|
|
adehhh... sapo fizz faizal ni? pic please! |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahah... Gigih akak pikir Fizz Faizal ni saper la kekdahnya sbb tak koser nak click bukak thread..tapi tak tahan punya pasal sbb tak leh figure out who the heck Fizz Faizal is, akak gigihkan jugak bukak benang nih..fizz faizal la sgttttt! Sanehhhhhhhhhhhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
mana gambo pelakon baru fizz faizal!!!!!! iolss nak tengok..adik fizz fairuz kah weh |
|
|
|
|
|
|
| |
|