CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chokachoki

Selamanya Aku Cinta (U)

[Copy link]
 Author| Post time 27-7-2012 12:35 PM | Show all posts
Keesokan harinya, farah dan Amelia beriringan ke restoran favorite mereka untuk lunch. selesai mengambil makanan, mereka duduk di meja di satu sudut restoran itu.

“amy..i tengok muka u ni pucat semacam je dari tadi..u tak sihat ke?” soal farah sambil merenung wajah sahabatnya itu. Dari semalam lagi dia memerhatikan amy, seperti orang sakit saja.

“hah? Eh takdela.. I sihat je ni..Cuma malam tadi I sakit kepala laa..maybe I banyak fikir pasal kontrak kite dengan syarikat Bumi Holdings tu kot” Amelia berkata sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.

“apa yang u fikirkan sangat? Syarikat kite kan memang selalu deal dengan diaorang” farah hairan kerana perkara itu bukanlah satu masalah besar kepada Amelia. Dia hanya mengangguk mendengar jawapan Amelia.

Baru beberapa suap, tiba-tiba tekak Amelia menjadi mual. Dia menutup mulutnya dari termuntah. Farah yang berada di depannya sedikit panic apabila Amelia berkelakuan begitu.

“eh..kenapa dengan u ni? Nak muntah ke beb?” soal farah separuh panik. Dia risau jika Amelia ada penyakit kronik.

“entahlah..tekak I ni x selesa lah. Pagi tadi pun rasa macam ni jugak.” Ujar amy sambil mengurut dadanya. Malu jugak kalau orang sekeliling memandang gelagatnya.

“takpelah..u minum air cepat-cepat pastu kita pergi klinik depan sana..takut kalau u sakit ke” balas farah. Selesai menikmati minuman mereka, dia memimpin Amelia melangkah ke arah klinik yang terletak bertentangan dengan restoran itu. Amelia hanya menurut arahan rakannya itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2012 03:36 PM | Show all posts
Malam itu Amelia terus menyampaikan khabar gembira itu kepada keluarganya ketika mereka menikmati makan malam bersama.

“amy ada benda nak beritahu semua” ujar Amelia sambil tersenyum.

“anak papa nak beritahu apa tu sayang?” balas datuk jamal sambil memandang wajah anaknya.

Kelihatan hafiz, datin suraya dan juga mak jah sedang memerhatikan Amelia. Menunggu apakah yang akan diberitahu oleh Amelia.

“tak lama lagi family kita akan ada hafiz junior” ujar Amelia sambil tergelak.

Hafiz berfikir sejenak. Dia cuba menangkap maksud isterinya.

‘ junior??apa maksudnya ye?’ getus hati kecilnya. Dia masih lagi tak dapat memahami kata-kata Amelia.

Sementara itu, datin suraya dan mak jah memanjatkan syukurnya. Akhirnya doa mereka termakbul juga. Datuk jamal juga tersenyum mendengar khabar itu. Tak lama lagi dia akan dapat cucu.

“abang kenapa diam je? Tak suka ke??” soal Amelia memandang wajah hafiz. Dia hairan kerana hafiz langsung tidak memberi responnya. Adakan suaminya belum bersedia untuk menjadi ayah?

“erm..abang sebenarnya tak faham..maksud sayang?” soal hafiz pula. Soalannya itu membuatkan semua yang berada di situ termasuk isterinya tergelak.

“takpelah..abang makan dulu..kejap lagi sayang beritahu maksudnya ye” Amelia sengaja tak mahu memberitahu suaminya. Lagi surprise kalau beritahu ketika mereka berdua sahaja. Lagi romantic. Amelia tersenyum sendirian dan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

*************************************************************************************
Selesai mengemas meja makan, Amelia membancuh air milo kesukaan hafiz dengan penuh kasih sayang. Kemudian, dia menaiki tangga melangkah ke biliknya. Dia melihat hafiz sedang khusyuk membaca majalah bisnesnya.

“nah..air milo  favorite abang” Amelia menghulur mug putih kepada hafiz. Sudah menjadi kebiasaan dia akan membuatkan air milo untuk suaminya selepas mereka selesai makan malam.

‘eh dia ni tak ingat ke apa yang aku cakap tadi’ fikir Amelia sendiri apabila melihat hafiz membaca majalahnya semula. Dia bersandar di atas katil bersebelahan dengan tubuh hafiz. Dia melentokkan kepalanya dan mencapai tangan hafiz lalu diletakkan di atas perutnya.

“junior kita kat dalam ni” ujar Amelia girang. dengan adanya zuriat mereka pasti rumah tangga mereka akan lebih bahagia.

Hafiz meletakkan majalahnya ke tepi. Kini dia faham apa yang dimaksudkan isterinya itu tadi.

“hah??betul ke sayang?bila tahu sayang?” suara hafiz bernada gembira. Dalam hatinya mengucapkan syukur. Dia sudah lama mahu menimang cahaya mata bersama isteri yang dicintainya itu.

“farah bawak pergi klinik tengahari tadi” balas Amelia sambil tersenyum.

“kenapa tak cakap dengan abang? Patutnya abang yang bawa sayang” ujar hafiz pula. Ada sedikit kesal kerana dia tak membawa isterinya sendiri pergi berjumpa doctor.

“takpela..kan abang ada meeting penting dengan client tadi”

“yeke..Ya Allah happy betol abang malam ni..thanks sayang..dah berapa bulan ni?” ujar hafiz sambil membelai lembut perut isterinya itu.

Amelia tersenyum lalu menunjukkan angka dua kepada hafiz. Jauh di sudut hatinya dia dapat merasakan inilah bahagia yang dicari selama ini selepas akmal meninggalkannya.

***********************************************************************************

Rasa mual dan loya di tekak memaksa Amelia terjaga dari tidurnya. Dia berlari ke bilik air dan memuntahkan segala isi perutnya. Amelia mengurut dadanya.
‘aduh loyanya tekak ni..agaknya macam ni la mama rasa bila pregnantkan aku’ bisik hatinya sendiri.

Belum sempat dia melangkah keluar, sekali lagi dia memuntahkan semuanya sekali lagi. Hafiz yang tersedar melihat kelibat Amelia tiada di sebelahnya. Dia melihat jam di dinding. Baru pukul 4 pagi. Dengan malasnya dia berjalan ke arah bilik airnya.

“sayang..kenapa tak tidur ni?sayang buat apa dalam tandas ni?muntah lagi ye” ujar hafiz sambil menggosok matanya yang ngantuk.

“penatnya..dari tadi lagi muntah..” rengek amy sambil mencapai tuala lalu mengelap mulutnya. Baru hendak melangkah keluar, hafiz mencapai tangan isterinya.

“kesiannya sayang abang ni..”kata-kata hafiz membuatkan Amelia menoleh.

“ni abang punya kerja la ni” Amelia memcemikkan mukanya.

Kata-kata Amelia membuatkan hafiz tersenyum nakal. Dia menarik lembut tangan isterinya ke katil. Dia tergelak apabila teringatkan kata-kata isterinya itu.

“terima kasih sayang sebab tanggung semuanya demi mengandungkan zuriat abang ni” ujar hafiz sambil menghadiahkan satu kucupan mesra di dahi Amelia. Amelia tersenyum lalu memeluk tubuh suaminya.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 10:27 AM | Show all posts


hahhh...mcm neh la skali update.......

next.........
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 08:33 AM | Show all posts
chokachoki posted on 27-7-2012 03:36 PM
Malam itu Amelia terus menyampaikan khabar gembira itu kepada keluarganya ketika mereka menikmati ma ...

Choki.....

Dah abes ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 01:17 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-7-2012 08:33 AM
Choki.....

Dah abes ke?

Eh.. belum lagi. banyak lagi konflk2. hehe. teruskan membaca ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 01:18 PM | Show all posts
ismaha posted on 28-7-2012 10:27 AM
hahhh...mcm neh la skali update.......

next.........

tenkiuu sudi layan cite yang x seberapa nii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2012 12:34 PM | Show all posts
tlng smbung ye... best cerita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 10:01 PM | Show all posts
bestnye...nak lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2012 12:40 PM | Show all posts
Radio dibuka sementara menunggu kelibat Amelia keluar dari pejabat. Apabila lagu kegemarannya kedengaran, Hafiz turut menyanyi sekali. Hatinya riang, maklumlah tak lama lagi akan menjadi seorang ayah.

“happynya orang tu..kita masuk dalam kereta pun tak sedar ye” ujar Amelia sebaik saja dia masuk ke dalam kereta.

Hafiz menoleh. Dia tergelak mendengar kata-kata isterinya itu.

“Lambatnya sayang balik..penat abang tunggu. Anyway anak papa sihat tak harini” balas hafiz pula sambil tangannya mengusap lembut perut isterinya.

Amelia mencebikkan muka tanda merajuk.

“Anak je? Mama dia pulak? Tak nak tanya ke?” Amelia bersuara.

“Eh mama merajuk lah. Mestilah mama sihat sekali kan” ujar Hafiz sambil mencuit lembut hidung isterinya. Dia tersenyum sendirian. Sejak berbadan dua, perangai isterinya itu semakin manja.

Tanpa membuang masa, hafiz mula menghidupkan enjin. Kereta Honda city itu mula meluncur laju di jalan raya.

“Abang..kita singgah jusco kejap boleh..sayang teringin nak makan kek blueberry cheese secret recipe tu.” Amelia meluahkan keinginannya sejak dari pejabat tadi.

“boleh..tapi bukan sayang tak suka cheese kan? Kenapa tiba-tiba nak makan ni?” ujar hafiz hairan. Selama dia mengenali Amy, rasa-rasanya isterinya itu tak suka makan cheese.

“tiba-tiba je teringin nak makan..budak kecik dalam perut ni kot yang nak makan” Amelia tersenyum sambil memandang wajah hafiz.

Seketika kemudian hafiz membalas senyuman manis isterinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 03:16 PM | Show all posts
Usai solat berjemaah di surau, datuk jamal dan hafiz pulang ke rumah untuk menikmati makan malam. Aroma kari daging yang menusuk ke hidung membuatkan masing-masing berasa lapar. datuk jamal melangkah masuk ke biliknya manakala hafiz melangkah ke dapur.

Kelihatan amy sedang sibuk menyiapkan air minuman untuk mereka sekeluarga. Datin suraya dan mak jah pula sibuk menyusun makanan mereka di meja makan. Hafiz terus melangkah dan merangkul tubuh isterinya itu dari belakang.

“Eh..abang ni..terperanjat sayang taw” ujar Amelia sambil berpaling ke belakang. Apabila dia melihat sekeliling, mertua dan mamanya sudah tersengih melihat gelagat mereka berdua.

“Malulah..tu mama dengan mak tengah tengok kita tu” ujar Amelia lagi sambil meleraikan tubuhnya dari hafiz. Dia tersipu malu dengan perbuatan suaminya dihadapan orang tua mereka.

“Apa nak malunya..sayang kan isteri abang..betol tak mak?” balas hafiz selamba. Dia menjeling dan mengenyitkan mata kepada orang tua mereka.

“kau tengok jah diaorang ni..mengalahkan orang yang baru kahwin padahal dah setahun lebih kahwin” datin suraya bersuara sambil tergelak.

“itulah kak..nak puas hidup berdua agaknya sebab nanti tak lama lagi dah bertiga” seloroh mak jah pula.

Muka amy tiba-tiba berubah menjadi merah. Malu dengan usikan mereka. Hafiz pula menghamburkan gelaknya apabila melihat keadaan isterinya.

“Apa kecoh-kecoh kat dapur ni? dari atas lagi papa dengar bising semacam je” tegur datuk jamal ketika baru memasuki dapur.

Amelia kembali menyambung kerjanya yang terbantut tadi. Mak jah dan datin suraya pula hanya tersenyum. Datuk jamal menggeleng namun dia bersyukur kerana pernikahan anaknya membawa sinar kembali ke dalam keluarga itu.

***************************************************************

Amelia menghirup lagi susu yang berada di tangannya. Seketika kemudian dia tergelak lagi melihat drama Vanilla coklat yang ditayangkan di tv3. Dia teringat kembali sewaktu dia baru berkahwin. Acuh tak acuh saje dia melayan suaminya.

Hafiz menuruni tangga sambil mencari isterinya. Dia terlihat Amelia sedang leka menonton tv. Dia tersenyum dan segera melangkah menghampiri isterinya.

“kat sini rupanya sayang..tengok cerita apa tu?” hafiz melabuhkan punggungnya di sebelah amy.

“tengok vanilla coklat ni..kelakar” respon amy.

“macam kisah kita sikit-sikit kan” balas hafiz

“mana ada. Ada-ada jelah abang ni” ujar amy pula. Sengaja dia bicara begitu. Malas hendak mengungkit kisah lama.

“hah, lupa nak beritahu abang.  Lusa sayang kena pergi perak. Ada close deal dengan client kat sana” baru dia teringat tentang urusannya di perak itu.

“yeke? Nanti pergi dengan siapa sayang?” soal hafiz pula.

“sorang sebab farah sekarang busy buat preparation wedding dia bulan depan” jelas amy lagi. Memang farah sedang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinannya.

“sorang? Abang ikut sekali nanti” hafiz bersuara. Dia tak mahu isterinya pergi ke sana seorang diri. Risau tentang keadaan isterinya yang sedang hamil.

“tak payahlah..sayang pergi balik hari so don’t worry k. abang kena pergi kerja kan” bantah Amelia. Dia tak mahu menyusahkan suaminya dengan urusan pejabatnya.

“biar abang ikut ye..abang..” belum sempat hafiz menghabiskan ayatnya Amelia menyampuk.

“sayang pandai jaga diri. Don’t worry k”

Hafiz mendiamkan diri. Malas hendak berbalas kata. Dia faham benar dengan perangai Amelia dari kecil lagi. Apa yang dikatakan itulah yang muktamad pada Amelia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 03:42 PM | Show all posts
Pagi itu, jam loceng bordering bila sudah tepat pukul 6 pagi. Tanpa berlengah, Amelia bangkit dari tidurnya. Segera dia mencapai tualanya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Selesai siap membersihkan diri dia terus menunaikan solat subuh. Dia berpaling ke arah katil apabila selesai membaca doa. Selepas melepat telekung dia melangkah ke katil dan mengejutkan suaminya.

“Abang bangun. Dah subuh ni” ujar Amelia.

Beberapa minit kemudian, hafiz tersedar dan mengangguk lalu bangun untuk mandi.

Tanpa melengahkan masa, Amelia segera bersiap untuk bertolak ke perak. Blaus pink segera dicapai lalu dipakai dan dipadankan dengan seluar slack hitam. Selesai bersiap menghias wajahnya, dia memandang cermin untuk memastikan semuanya sudah lengkap. Ada satu yang menarik perhatiannya apabila melihat imejnya itu. Perutnya kini sudah kelihatan buncit sedikit kerana sudah memasuki 3 bulan usia kandungannya.

‘patutlah baju ni rasa ketat sikit’ ujar Amelia sendirian sambil tersenyum.

‘buncitnya tapi takpe sebab ada isi kat dalam’ ujar Amelia lagi sambil membelai lembut perutnya itu.

Tanpa disedari, hafiz hanya memerhati gelagat isterinya itu. Dia melangkah ke arah isterinya.

“cantiknya isteri abang pagi ni” hafiz bersuara. Memang tak dapat dinafikan sejak kebelakangan ini wajah Amelia semakin berseri-seri.

“Abang tengok ni..perut sayang dah nampak sikit” ujar Amelia sambil menuding jari ke perutnya.

“Comel la sayang” balas hafiz pula.

“yeke ni ke saja nak ambil hati sayang ni..sayang dah gemuk” ujar Amelia lagi sambil menunjukkan mimic muka yang sedih. Hafiz tergelak mendengar kata-kata Amelia.

“abang ikhlas lah..mana ada gemuk..buncit sikit je”

“yela tu. Dah lambat ni sayang bertolak dulu. Nanti kirim salam semua” balas Amelia sambil mencapai beg tangannya dan kunci keretanya. Sebelum Amelia melangkah keluar, hafiz sempat mencapai tangannya.

“take care ye sayang. Jangan drive laju sangat. ingat awak tu bawak baby sekali” pesan hafiz sambil berseloroh.

Amelia hanya tersenyum dan bersalaman dengan hafiz sebelum dia keluar dari ruma
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 12:39 PM | Show all posts
memintak x de pape yg berlaku kat AMELIA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 01:46 PM | Show all posts
Usai berurusan dengan clientnya di perak, tanpa membuang masa Amy terus betolak ke kuala lumpur. Dia tak mahu berlengah lagi kerana hari sudah petang. Malas hendak drive waktu malam. Lagipun hatinya terasa mahu pulang cepat untuk bersama suaminya. Yela, sebelum ini mereka belum pernah berjauhan lagi. Sekarang dia sudah semakin faham dengan perasaannya, dia memang sudah jatuh cinta dengan sikap suaminya yang penyabar dan juga penyayang. Sebelum memulakan perjalanan dia mengeluarkan Samsung galaxy iii miliknya untuk menelefon hafiz.

“Assalamualaikum abang..dah keluar pejabat ke?” Amelia bersuara setelah panggilanya disambut sambil mengerling jam tangannya yang menunjukkan jam 5 tepat.

“Waalaikumsalam sayang..abang baru je nak masuk kereta ni..sayang bila nak bertolak balik ni?” soal Hafiz pula. Memandangkan hari mahu gelap, dia sangat risaukan keadaan isterinya yang akan memandu balik seorang diri.

“sayang baru nak gerak balik ni.. tu yang call abang dulu nak beritahu..abang tunggu sayang balik ye” balas Amelia pula. Sengaja memberitahu agar suaminya tak risau tentang dirinya. Panggilan dimatikan setelah mendapat respon dari hafiz. Senyuman terukir manis di bibirnya. Apalah aku ni, tak sampai sehari berenggang dengan dia pun aku dah rindu semacam. Inilah yang orang kata the power of love. Die tersenyum lagi dan tangannya terus menghidupkan enjin kereta lantas kakinya memijak pedal minyak. Kereta Hyundai sonata itu terus meluncur laju di lebuh raya utara selatan.

Amelia memasang radio dan terus menukar channelnya ke suria fm. Lagu butterfly ost drama dejavu di kinabalu sedang dimainkan. Volume radio dikuatkan dan dia menanyi mengikut rentak lagu itu sekali. Kelajuan kereta itu ditambahkan lagi kerana mahu segera sampai ke rumahnya.

Sementara itu, hafiz terus bergegas ke agensi percutian untuk menyelesaikan beberapa urusan untuk percutian bulan madu dia dan isterinya. Hafiz sengaja merahsiakannya dari pengetahuan Amelia. Dia merasakan inilah masa yang sesuai untuk mereka berbulan madu. Dia merancang untuk berbulan madu di kota paris pada awal bulan depan kerana paris terkenal dengan gelaran kota romantic untuk bersama yang tersayang.

Hafiz melangkah masuk ke agensi itu dan menunggu pegawai mereka di sofa. Dia mencapai beberapa pamphlet yang menarik hatinya. Pelbagai pakej percutian ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Dia membayangkan betapa bahagianya mereka berdua di kota paris nanti.

“En Hafiz, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” ujar seorang pegawai di situ.

Hafiz tersedar dari lamunan apabila ditegur seseorang. dia merasakan dia mengenali suara yang menegurnya itu. Dia segera mengangkat mukanya.

“Eh Rizal kan?” soal hafiz pula. Rasa-rasanya ini kawan dekat sekolah menengah kat kampong dulu.

“hafiz anak pak Hassan tu ke? Lamanya tak jumpa kau” balas Rizal sambil berjabat tangan dan berpelukan sesame sendiri untuk seketika. Sudah bertahun-tahun mereka tak berjumpa.

“tulah kau. Lepas habis spm kau terus pindah. Lepas tu kita terus loss contact kan?” ujar Hafiz. Hatinya gembira setelah dapat berjumpa kembali rakan yang sudah lama terpisah.

“Sorry lah fiz. Aku pun tak tau macamana nak contact korang semua. Nasib baik kita dapat jumpa balik kan. So whats up man? Ni nak pakej honeymoon dah nak kahwin ke bro?” rizal bertanya. Dia sudah diberitahu oleh penyambut tetamu tadi tentang pakej yang dikehendaki oleh hafiz.

Pertanyaan rakannya itu membuatkan hafiz tergelak. Seperti biasa soalan itu pasti diajukan oleh semua orang bila saje sebut pasal honeymoon.

“Aku dah kahwinlah..tahun lepas and dah nak dapat sorang anak pun..saje nak bawak isteri aku jalan-jalan. Eh kau pulak dah berapa orang anak?” balas hafiz pula. Kebiasaannya umur seperti mereka sudah mempunyai 2 3 orang anak.

“Wah..congratulations,  means aku nak dapat anak buah la ni kan? Aku anak takde lagi..kitaorang baru nak kahwin bulan depan. Nanti kau datang taw. Kad nanti aku bagi” jelas rizal pula.

Selepas berborak panjang sambil menyelesaikan urusan untuk pakej bulan madu hafiz, rizal mengajak rakannya itu minum di luar. Bila dua orang rakan baik yang dah lama terpisah berjumpa kembali, mereka mahu menghabiskan masa yang ada untuk lepak bersama dan bercerita tentang perkembangan diri masing-masing.

Setelah hampir sejam berbual di starbuck, hafiz meminta diri untuk pulang. Dia mahu berada di rumah ketika Amelia balik nanti.

“zal, aku balik dulu..patutnya wife aku dah nak dekat sampai dah..dia ke perak ada urusan” ujar Hafiz meminta diri.

“Aku pun sama..malam ni aku ada dinner dengan tunang aku..lepas ni kita jumpa lagi bro” balas rizal. Dia juga mahu pulang untuk bersiap makan malam bersama tunangnya.

Belum sempat mereka bersalaman, telefon milik hafiz berdering. Hafiz mengambil handphonenya dari poket lalu mengangkat panggilan itu. Beberapa minit kemudian, dia tergamam mendengar khabar berita dari pemanggil itu.

“kenapa? Siapa call?” soal rizal apabila melihat riak wajah hafiz selepas mendapat panggilan tersebut.

“isteri aku..dia accident..” ujar hafiz. Dalam hatinya sekarang hanya mengharapkan tiada yang teruk berlaku. Dia cuma mengharapkan isterinya selamat.

“Ya Allah..jom kita pergi hospital sekarang” mereka berdua lekas bergerak ke hospital berdekatan. Dalam perjalanan ke sana, hafiz memaklumkan perkara itu kepada orang tua mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 09:27 PM | Show all posts
xcident ke....huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 12:03 PM | Show all posts
Selepas mendapat panggilan dari tunangnya Rizal, Farah terus bergegas ke hospital. Rizal menyuruh berjumpanya di hospital terlebih dahulu dan farah hanya menurut.

“Sorry lah I terpaksa suruh you datang sini dulu..wife kawan I accident pulak” ujar Rizal panjang lebar setelah bertemu dengan Farah.

“Its okey..sekarang ni how’s her condition? Mana kawan you tu?” balas Farah sambil menoleh sekeliling.

Rizal hanya menuding jari telunjukknya ke arah bangku di tempat kecemasan itu dimana Hafiz sedang duduk menenangkan diri. Farah menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Rizal. Eh, itu Hafiz. Jangan-jangan yang ada kat dalam tu Amy. Ya Allah..

“Err..Hafiz?” soal Farah melangkah ke arah Hafiz.

“Korang ni dah kenal ke?” soal Rizal pula apabila mendengar soalan Farah.

“Farah? Ni bestfriend wife aku zal..tunang kau?” balas hafiz. Kecil sungguh dunia ni rupanya.

“Amy accident ke? Macamana boleh jadi macamni?” farah bertanyakan khabar Amelia.

Hafiz menceritakan keadaan sebenarnya kepada rakan isterinya itu. Seketika kemudian, orang tua mereka pun sampai diunit kecemasan itu.

“sabar ye nak..insyaAllah takde apa-apa” mak jah menenangkan anaknya. Datuk jamal dan datin suraya juga mengatakan perkara yang sama.

Tak lama kemudian, seorang lelaki berpakaian lengkap dengan uniform doctor keluar. Masing-masing tertumpu ke arah doctor itu.

“Encik suami Pn Amelia?” soal doctor itu kepada Hafiz. Hafiz hanya mengangguk dan mendengar apa yang mahu diperkatakan lagi oleh doctor itu.

“Alhamdulillah..nothing serius. Hentakan yang agak kuat menyebabkan dia cedera di kepala tapi tak terkena pada otaknya. Oh ya..one more thing, kandungannya selamat dan tak terjejas.” Ujar doctor itu panjang lebar sebelum beredar.

Semua mengucapkan syukur apabila mengetahui keadaan Amelia. Semua bergilir-gilir masuk ke bilik dimana Amelia ditempatkan.

“Papa, mama dengan mak baliklah..biar saya tunggu Amy sedar” ujar hafiz kepada orang tuanya.

“zal terima kasih teman aku tadi”ujar Hafiz lagi sambil menoleh ke arah rizal dan farah.

Mereka semua beredar dan meninggalkan hafiz keseorangan. Dia kembali masuk ke bilik isterinya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 03:44 PM | Show all posts
TUAN RUMAH..TK DE SAMBUNGAN KE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2012 04:39 PM | Show all posts
nak sambungan lg...cepat la...heee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 09:35 PM | Show all posts
yuri_katrina posted on 10-8-2012 03:44 PM
TUAN RUMAH..TK DE SAMBUNGAN KE

ade..otw..sabar ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 09:35 PM | Show all posts
nhid_tam posted on 10-8-2012 04:39 PM
nak sambungan lg...cepat la...heee

thanks bace..sambungannye otw... sabarrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 02:51 AM | Show all posts
Amelia tersedar. Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya. Hospital, ya aku ada kat hospital. Dia melihat ke arah sudut kiri bilik itu.  Kelihatan hafiz baru saja selesai menunaikan solat. Bibirnya mengukir satu senyuman pendek. Dia terfikir mengapa dia berada di situ. Tiba-tiba dia terbayangkan apa yang terjadi pada dirinya sebelum ini. Aku accident haritu..Ya Allah kandungan aku macamana? Amelia segera melayangkan tangan ke perutnya.

Hafiz bangkit selepas selesai berdoa. Dia melihat Amelia sudah sedar. Dia segera merapati katil itu apabila melihat keadaan isterinya yang panic semacam. Terngiang-ngiang kata-kata doctor semalam tentang keadaan isterinya itu.

“Alhamdulillah sayang dah sedar..sayang nak air?” soal hafiz sambil melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan katil isterinya.

“aba..abang..baby kita macam mana?” soal Amelia kembali. Kali ini suaranya bergetar. Dia takut apa-apa terjadi terhadap kandungannya memandangkan hentakan yang kuat semasa kemalangan itu.

Hafiz terus mengenggam tangan Amelia. Dia mahu menenangkan isterinya.

“Alhamdulillah sayang..baby kita sihat..mama dia je yang tak sihat” ujar hafiz sambil tersenyum. Wajah amelia berubah menjadi ceria. Dia memanjatkan syukur kepada Allah.

“abang..sayang mintak maaf..sayang tak jaga diri betul-betul..sayang bawak laju aritu sebab tak sabar nak jumpa abang..i’m sorry” ujar Amelia sambil mencium tangan suaminya. Air matanya menitis. Menyesal dengan apa yang berlaku.

“sayang..semua ni dah takdir tuhan untuk kita..yang penting isteri abang ni selamat..tapi please don’t do it again ye sayang..abang taknak apa-apa jadi kat sayang” balas hafiz sambil membelai lembut rambut isterinya.

****************************************************************************************

Hampir seminggu berlalu, cedera di kepala Amelia semakin beransur pulih. Hampir seminggu itu jugalah dia hanya duduk di rumah. Sengaja mahu merehatkan mindanya sementara dari bekerja. Dia mencapai buku ‘nama-nama pilihan dalam Islam’ dan melangkah ke taman bunga di rumahnya sambil menunggu kepulangan suaminya. Dia menyelak helaian demi helaian. Pelbagai nama yang terbaik menjadi pilihan hatinya.

Adam haikal? Ataupun adam haris? Hurmm..ni untuk baby boy. If baby girl pula Alia marlisa. Sedapnya dua-dua nama tu. Amelia tersenyum sambil membayangkan nama anaknya itu.

“Amy..buat apa tu sampai tersenyum-senyum ni? nah..mama ada buatkan air teh..minumlah” tegur datin suraya. Dari tadi dia memerhatikan gelagat anaknya itu.

“Eh mama..takde ma..amy tengok nama-nama untuk baby..comel-comel semuanya”balas Amelia girang sambil menunjukkan nama yang dipilih tadi.

“yeke patutlah mama tengok tersengih-sengih dari tadi. Dah tau ke laki atau perempuan? Tapi rasa mama kamu ni baru nak masuk 4 bulan kan?” bertalu-talu soalan dari datin suraya. Amelia tergelak melihat keprihatinan mamanya itu.

“betul lah tu mama..belum tau lagi tapi amy ingat nak surprise je nanti..barulah best..sekarang ni barulah amy faham perasaan mama waktu pregnantkan amy..amy sayang mama” Amelia berkata seikhlasnya sambil bangun dan memeluk datin suraya dari belakang. kini dia lebih memahami bagaimana penatnya apabila bakal bergelar seorang ibu.

Datin suraya lekas mencium pipi anaknya itu. Dah besar dah anak aku, dah nak jadi mak orang tak lama lagi. Matanya berkaca apabila mengingati bagaimana dia membesarkan anaknya sehingga menjadi seorang yang berjaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.531724 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list