CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23296|Reply: 0

Faedah-faedah Membaca Surat Khabar

[Copy link]
Post time 19-7-2012 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Membaca surat khabar merupakan satu akitivi yang amat berfaedah kepada semua orang. Terdapat beberapa jenis surat khabar yang terkenal di negara kita. Anataranya ialah Berita Harian, The Star, Sin Chew Daily, Tamin Nesan, dan sebagainya.

Melalui surat khabar, kita dapat mengetahui isu-isu semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara. Kejadian seperti kebuluran di Afrika, tsunami di Lautan Hindi, kemelesetan ekonomi di Europa, dan sebagainya dapat kita ketahui melalui surat khabar.

Selain daripada isu-isu terkini yang dipaparkan di surat khabar, surat khabar juga memaparkan artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang sains, sastera, sejarah, ekonomi, agama dan sebagainya. Apabila kita sering membaca surat khabar, pengetahuan kita dalma bidang-badang itu juga akan bertambah.

Apabila kita membaca surat khabar dalam bahasa tertentu, katakan Bahasa Melayu. Pengetahuan kita dalam bahasa tersebut juga akan bertambah. Ini secara tidak langsung dapat membantu kita dalam pelajaran kita seperti teknik penulisan kita dalam peperiksaan akan meningkat.

Akhirnya, kita juga boleh mendapat hiburan dari surat khabar. Kartun, cerita-cerita, dan sebagainya yang dipaparkan di surat khabar dapat menghiburkan kita dan juga mengurangkan tekanan kita.

Kesimpulannya, membaca surat khabar memang mempunyai banyak faedah yang tidak dapat dinafikan. Kita harus menanam minat suka membaca surat khabar dari sekarang.

ekarangan.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.036605 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list