CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rafiz28

ISTERI TAK FAHAM MASALAH AKU..STRESSS!!

  [Copy link]
Post time 27-8-2012 09:39 AM | Show all posts
abaikan lah lagi perasaan isteri tu yerkkk...
dah meletop baru nak kata isteri tu tak paham kat nko...
baru la mendapat...

lalalalala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2012 10:18 AM | Show all posts
dah ler tu bro
nmpk gaya mmg your bini xmo dah dgn awak
pegi la pejabat agama
rujuk la pd org tua..or mertua
ckp..sembang..luahkan
bior kena marah..kena leter xpe..mengaku je silap
mesti akan ada meja bulat gak nih..sembang..
mcm sepupu my encik suami..dia usaha sungguh nak binik dia..amik hati
anak 2 org pompuan...
tp isterinya sungguh2 xmo dh kt laki dia
siap dh berdating dgn lelaki lain lagik..pehtu warwar citer yg dia dlm proses bercerai dgn lakinya
bila dh tahap begitu..katanya xmo tanggung dosa bila isterinya buat gitu
maka dia setuju nak ceraikan isterinya
today depa pi pejabat agama..


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 10:43 AM | Show all posts
rafiz28 posted on 26-8-2012 10:18 PM
lebih kurg mcm bini aku je, hp aku belikan dia hempas ke lantai, masa tue aku tgok xpecah lagi, ta ...

aku takde la smpi nak bunuh diri tu. tp aku mengamuk2 la. baru dia rase tekanan. asyik2 cari duet. dulu aku cakap kat dia"zaman sekarang  cinta bersandarkan kasih sayang je tak mencukupi kalau duet takde". tp skrg dia kate kat aku pulak mcm ni, " dulu u jugak yang suruh abang cari duet banyak2".  huh..sekarang aku pulak cakap kat dia " kasih sayang tak boleh di beli dgn wang ringgit". lastly dia mengalah.. padan muke dia. baru dia tau bile aku mogok n mengamuk hidup dia jadi tak keruan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 11:00 AM | Show all posts
rafiz28 posted on 26-8-2012 10:18 PM
lebih kurg mcm bini aku je, hp aku belikan dia hempas ke lantai, masa tue aku tgok xpecah lagi, ta ...

Hope TT bersabar. Saya tumpang simpati dengan apa yg berlaku.

Memilih kerjaya tanpa pendapatan tetap terlalu bahaya jika tidak diseimbangkan. Since ini perkara dah lepas, tak perlu cerita ttg ini dan para fourmmer yg lain boleh ambil pengajran.

Mengenai masalah TT dengan wife, kalau boleh, since dia tak bekerja, beri dia masa untuk balik ke umah parent dia untuk tenangkan fikiran. Setelah apa yg terjadi selama 3 tahun, saya percaya wang ringgit/income bulanan TT bukan lagi penyelesaian kepada masalah TT. Jangan sogokkan dengan ayat 'Apa yg u nak,i beli' dan sebagainya since ini menunjukkan u kata dia materialistik. Tapi yg menjadi masalah sebenar-benarnya adalah perasaan dia diabaikan.

Saya nasihatkan TT bertenang. Jgn emo or buat filem dpn dia. Buat je mcm biasa tapi buat sedikit perubahan. Basuh baju sendiri dan masak sendiri. Kalau ada baju dia yg belum dibasuh, basuhkan sekali. Kalau nampak barang dapur tak berusik, masakkan sekali untuk dia. Dia tak makan? Biarkan sahaja. Membazir? Ya, ia kelihatan seperti membazir tetapi yg penting, TT dah jalankan tanggung jawab yg sepatutnya. (Dilarang keras menitiskan air mata mcm watak Bawang Putih ketika memasak dan membasuh baju sendiri ye sambil duk kenang nasib. )......Tunjukkan yg anda ni matang.

Masa terluang, gunakan untuk membuat perubahan pada rumah. Bersihkan rumah. Tukar posisi perabot yg ada (tak payah beli baru). Wujudkan suasana yg baru for a fresh start. Make sure dapur,bilik air dan bilik tidur bersih sebab semer ni membawa impak pada emosi. Tak tidur dalam bilik yg sama? Takpa, at least TT dah sediakan bilik yg bersih untuk wife TT tidur.

Isteri TT nak bekerja? Izinkan. At least wife TT boleh dapatkan apa yg dia inginkan jika TT tak mampu sediakan. Motif di sini just untuk tunjukkan yg TT percayakan dia. Saya faham, sebab sayanglah TT kongkong dia. Tapi... tak semua wanita faham akan alasan itu.

Setelah TT dah berusaha sebaik mungkin (saya ulang, SEBAIK MUNGKIN), jika wife TT masih tak berubah dan tetap dengan pendiriannya, bak kata orang , "kalau kita sayangkan dia, lepaskan dia. moga dia bertemu dengan sidia yg lebih sempurna"..

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 12:12 PM | Show all posts
ajak dia solat berjemaah setiap kali ada kesempatan.  lepas solat, cuba bincang elok2 kt atas sejadah tu.  kalau dia menolak, mmg dia dah taknak kt TT lagi dah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 12:15 PM | Show all posts
ssh juga hidup berumah tangga ni, macam mana la orang yang kawin lebih sorg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2012 05:01 PM | Show all posts
Amalkan ayat-ayat melembutkan hati isteri.. kembali pada Allah cara terbaik.
Antaranya surah Yusuf, ayat 4.

Selain itu...

DOA PELEMBUT HATI
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah

Al Fatihah……………..

Baca Ayat di Bawah:

Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir

Baca ayat 1-5 Surah Taha

(di bawah hanya disertakan maksud – baca ayat asalnya tanpa tarjim)

1.  Thaahaa.

2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.

5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.


Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”


Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 05:36 PM | Show all posts
mamaraziq posted on 27-8-2012 05:01 PM
Amalkan ayat-ayat melembutkan hati isteri.. kembali pada Allah cara terbaik.
Antaranya surah Yusuf, ...

bermanafaat dan berguna..terima kasihhhh byk2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2012 08:28 PM | Show all posts
rafiz28 posted on 26-8-2012 10:18 PM
lebih kurg mcm bini aku je, hp aku belikan dia hempas ke lantai, masa tue aku tgok xpecah lagi, ta ...

kesian pulak bc kisah TT ni...sebab tu org kata, jgn ambik mudah perasaan pasangan kita ni.sbb bila dah jadi mcm ni....there is no turning back.kalau hati dah terguris, terluka amat lama...payah nak sembuh.
kalau TT sayang lagi dia..usahakan la pujuk dia.buktikan yg TT akan berubah...hati ppuan, lembut aje wpun nampak cam keras..

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 09:00 PM | Show all posts
rafiz28 posted on 26-8-2012 08:18 AM
lebih kurg mcm bini aku je, hp aku belikan dia hempas ke lantai, masa tue aku tgok xpecah lagi, ta ...

u sebenarnya ada ke buat benda benda lain cam curang ke apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 12:54 AM | Show all posts
faraway1 posted on 27-8-2012 09:00 PM
u sebenarnya ada ke buat benda benda lain cam curang ke apa?

huk!!! ada lah kantoi sikit, mcm pergi club, pastu terjumpa resit minum2, karaoke,tapi 2,3 kali je sepanjang kawin aku wat camtue, bkn nk menipu dia, tpi kaalu bgitau nanti dia mgamuk, org kata tipu sunatlah, bila dah kantoi ckplah sorry..tak taulah kalau benda tue jadi isu mkn hati jugak..kdg2 jumpa org dlm tue bkn niat sbnrnya nk enjoi menjoi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 12:57 AM | Show all posts
wawin posted on 27-8-2012 12:12 PM
ajak dia solat berjemaah setiap kali ada kesempatan.  lepas solat, cuba bincang elok2 kt atas sejada ...

mcmana nk ajak solat berjemaah, nk tgok muka, berckp pun susah sgt..kalau diberi peluang dan kesempatan insyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 12:59 AM | Show all posts
rafiz28 posted on 27-8-2012 10:54 AM
huk!!!  ada lah kantoi sikit, mcm pergi club, pastu terjumpa resit minum2, karaoke,tapi 2, ...

oh pegi club boleh, layan bini tak boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 01:04 AM | Show all posts
chaintea posted on 27-8-2012 10:18 AM
dah ler tu bro
nmpk gaya mmg your bini xmo dah dgn awak
pegi la pejabat agama

xkanlah aku nk bercerai, aku baru umo 28 thn, belum ada anak, masih boleh meniti bahagia lagi dan berusaha, kalau dia ada org lain bgitau aku, aku jumpa mamat tue kita win2 situation, kes sepupu ko tue lain, sbb xdapat detail masalah dia, tapi mcm aku, kan boleh sama2 memahami, jgnlah buat aku mcm nie..aku sedih..malam2 sunyi gila..dah xada kwn, family tmpt mgadu dah..hanya Allah tempatku mengadu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 01:10 AM | Show all posts
Andy47 posted on 27-8-2012 11:00 AM
Hope TT bersabar. Saya tumpang simpati dengan apa yg berlaku.

Memilih kerjaya tanpa pendapatan ...

Setelah TT dah berusaha sebaik mungkin (saya ulang, SEBAIK MUNGKIN), jika wife TT masih tak berubah dan tetap dengan pendiriannya, bak kata orang , "kalau kita sayangkan dia, lepaskan dia. moga dia bertemu dengan sidia yg lebih sempurna".. aku tgh mencuba yg terbaik, xsakitkan hati dia, even aku ada mslh kronik skrg nie aku xnak share dgn dia dah, takut dia pun bertambah bermasalh..xpayah syg aku, just balik je kerumah ni, aku akan layan baik2, xpayah rindu2 aku, aku yg akan rindu2 dia..tah knp hati dia keras mcm batu terus, sdgkan dia bkn mcm yg aku kenal dulu, aku tahu siapa yg sdg tunggu dia skrg nie dan xmungkin lah aku akan lepaskan..melainkan..aku yg xcintakan dia dah..tq alot utk nasihat membina to u..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 01:14 AM | Show all posts
rafiz28 posted on 28-8-2012 12:54 AM
huk!!!  ada lah kantoi sikit, mcm pergi club, pastu terjumpa resit minum2, karaoke,tapi 2, ...

lorr patut la bisnes ko tak mnjadi sgt.. sbb tak berkat. Allah bg rezki lebih.. ko gi minum2 kt disco.
skrg allah uji rezki "rumahtangga" skjp..   
bnyk2 lah dekatkn diri dgn msjid..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2012 01:59 AM | Show all posts
bro kau kena carik satu waktu yang betul2 sesuai untuk kau luahkan perasaan kau dengan dia, luahkan segala2nya. kalau boleh kau cuti seminggu ke untuk cari moment tu. face to face dengan bini, kau rayu dia betul2.kau cakap bahawa kau sangat tertekan dengan treatment yang bini kau kasi kat kau. pastu dalam waktu yang sama kau cakap lah kau mintak maaf jugak dengan dia sebab selama ni dia punya level of stress pun mungkin sama dengan apa yang kau alami sekarang ni. kau cakap la kau sayang giler kat dia dan tak sanggup nak hidup dengan treatment camni.

bini kau tu bukan tak sayangkan kau, tapi dia cuma tgh marah je tu.mungkin boiling point dia tinggi tu yang lambat sejuk tu.pastu plak kau pun cam nak tak nak je pujuk dia. kena betul2 bro. ambik cuti beberapa hari, buat benda yang boleh buat dia cool down balik. kemas rumah, cuci baju ke, masak untuk dia ke, beli bunga, beli beg tangan, senang citer kau kena tumpukan 100% masa kau untuk ambik hati dia.bagi dia cool down. itu benda yang paling penting skarang bro.

insyaALLAH takkan selamanya dia marah kat ko.3 taun bersama dah tentu2lah dia pun sayangkan kau.cuma biasalah oang pompuan kalau dah emosi, meledak plak tu, memang la kau dilayan sebegitu. dan bila wife kau dah sejuk, dah boleh bawak bincang, kau ambik waktu itu dengan bincang betul2 dengan dia.jangan cuma nak ikut cakap kau je, dengarkan dia jugak.

ni aku punya suggestion la, aku rasa bini kau tu lonely.hari2 buat rutin yang sama je bosan gak.kau plak asik sibuk je. mane talk stress.kahwin bukan untuk jadi maid bro.kahwen untuk jadi isteri. aku rasa kalau dia nak kerja ape kata kau bagi dia kerja.aku yakin dia tahu tanggungjawab dia sebagai isteri walaupun dia kerja. mak aku kerja gak.takde maid pun. tapi tak pernah aku terabai.orang pompuan kalau bab2 mengurus diri dan rumah tangga memang expert bro.lagipun kau kata bini kau lebih berumur dan mature kan.kalau tak pun hire la maid yang boleh tolong bini kau nanti.

ataupun kalau memang kau taknak dia bekerja, aku rasa kena bagi dia anak cepat2 supaya bini kau ade penghibur hati.giatkan usaha untuk dapat anak. barulah bini kau akan rasa terhibur dengan kehadiran zuriat. aku ade je member yang cam ko ni bro.memang selalu takde kat rumah. tapi sebab dia dah ade anak so aku rasa bini dia takde la tertekan sangat cam ape yang bini kau rasa skang ni.

ok bro semoga kau dapat keluar dari masalah ni dengan hati yang tenang. sori bro kalau terkasar bahasa dan jika aku tersalah faham dengan problem kau.aku bagi suggestion berdasarkan pemahaman aku dengan thread ni je.mungkin aku salah ke ape mintak maaf la yerk.good luck bro
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 08:45 AM | Show all posts
simpati dengan TT... hope dpt ikut lah apa2 cadangan dari kwn2 kt cni.. semoga kembali bahagia.. aminn
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 12:33 PM | Show all posts
jawapan pertanyaan ko dik..cari kes wakil pendamai
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 12:39 PM | Show all posts
heeheh...gigih aku baca masalah ko.
tp klu aku ditempat isteri ko pun..aku stress...
aku nak masa ngan suami...penat bukan alasan..sbb ko kena balancekan kije dan layanan utk isteri
memang ko kije utk cari rezeki utk isteri dan anak2..tp klu isteri ashik terkebil2 sendiri
tiada keseronokan dalam perhubungan..it"s so boring
mula2 semuanya pk indah dan sabar...tp lama2...sama jer kot..aku pun meletoppp...

Ko kena balancekan kije...ko kena cuba ubah gaya hidup ko
kije dan wang bukan jaminan kebahagian..ianya hanyalah pelengkap kepada keperluan.
Jadi elok ko pk masak2...bukan isteri ko tak faham...tp dia dh penat cuba faham..hidup dia lg tertekan dan kebosanan.
itu yang aku dpt rasala dengan citer2 ko...
tak der perempuan zaman skrg ni macam mak kita dulu2..redha jeeeeee....
kini perempuan dh pandai tuk menikmati hidup..cari kebahagian..dan bukan memendam rasa je.
sekian..huhuhu...maaf klu rasa tersinggung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.353329 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list