CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6230|Reply: 12

penat ngn penyakit was-was dlm diri ini...

[Copy link]
Post time 30-8-2012 03:23 PM | Show all posts |Read mode
mcm mane kita nk elakkan penyakit was2?kadang2 smpai 3,4 kali solat tp was2 adakah batal sbb kentut ke tidak..penat sgt sbb amek masa yg lama utk siap bersolat.sedangkan kite bekerja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2012 03:33 PM | Show all posts
salam

rakaat pertama baca surah Al Falaq
rakaat kedua baca surah An Nas

dan juga selesai solat selepas istighfar ..
baca kedua ayat yang d'atas itu ..
dan juga waktu hendak tidor pun boleh d'amalkan ..
insyAllah ..

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 01:35 AM | Show all posts
Was was bukan penyakit tapi gangguan syaitan ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 04:24 AM | Show all posts
Assalammualaikum,

Saya ingin buat sedikit sharing. Was-was berpunca dari perkataan LALAI. Mari kita sama-sama renung firman ALLAH:

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
(Al-Baqarah 2:149) -> Perintah Allah untuk dilaksanakan. Tidaklah menjadi kesalahan jika kita ingin meyakinkan diri kita dari LALAI dengan berniat didalam hati sebegini "Ya Allah, hambamu ini menghadapkan diriku untuk melaksanakan perintahmu,Allah, Tuhan sekalian Alam. Sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMU daripada gangguan Syaitan". Ucapkanlah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) dan Ar-Rahim (Yang Maha Mengasihi) x 1 kali atau seberapa banyak kali pun tak pe (angka ganjil kerana Allah suka ganjil) sehingga hati benar-benar bersedia untuk mengerjakan solat.

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
(An-Nuur 24:37)

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
(Al-Maa'uun 107:5) Surah ini menjelaskan banyak hal. Mari lihat apa benda yang kita belum pernah buat :
1) Berhadas besar-> Jika anda berhadas besar, sebaik-baiknya mandi bersuci dalam erti kata sebenar. Berniatlah "Sahaja aku bersuci akan diriku kerana Allah" didalam hati. Kerana didalam hadas besar kadang-kadang terdapat sejumlah kecil air mani (lelaki/wanita) akan keluar pada ketika itu. Selalunya rembesan mani secara tidak sengaja keluar kerana TEKANAN sewaktu membuang air besar.
2) Mengelakkan mata dari melihat perkara yang menaikkan syawat -> Elakkan dari melihat kerana kadang-kadang akal akan memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan keluarnya air mani (lelaki/wanita) tanpa disedari pada bahagian sulit.
3) Memastikan kebersihan dubur -> Gunakan kain/tisu untuk memastikan kebersihan dubur selepas membersihkan dengan air. Berniatlah "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah" sewaktu ingin membersihkan najis.
4) Pastikan berniat masuk dalam bilik air. Niatnya "Ya Allah, aku memohon perlindungan daripada syaitan dari kalangan jin jatan dan betina"
5) Ambil wuduk dalam keadaan yang TERBAIK.
6) Amalkan diet pemakanan yang sihat. Ikutlah cara Rasullullah makan jika mampu.
7) Berpuasa cara Rasullullah boleh menghindar perasaan was-was
8) Melaksanakan rukun solat dengan sempurna.
9) Jika berasa macam aingin dibahagian luar dubur, walaupun telah melaksanakan apa yang saya katakan, sesungguhnya itu cumalah mainan syaitan. Percayalah kepada apa yang telah anda usahakan kerana ALLAH.
10) Dalam bersolat, pastikan jika ingin membaca surah (jika dibaca di dalam hati), udara dikeluarkan sejajar dengan bacaan seperti bacaan (lisan) yang kita lakukan.

Insya'allah. Percayalah kepadaNYA dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Sesungguhnya yang saya beri hanya ILMU yang saya pelajari dan hanya ALLAH jua Yang Lebih Mengetahui perihal ilmu yang saya sampaikan. Jangan percaya kepada saya. Percayalah kepada ALLAH. Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:33 AM | Show all posts
cantikkkk
cam tu lah baru cantik
memang hang benar2 mengharapkan keredhoaannya
sampai cuba jaga tatasusila/adabnya kan

leh teruskan...lagi cantik
cuma bimbang....nanti penat
kurangkan sikit yaaa
INSYAALLAH DIA SENTIASA  BERSAMA2MU


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 11:25 AM | Show all posts
semoga link ini dapat membantu saudari dalam menghadapi penyakit was2.

http://soaljawab.wordpress.com/2 ... as-kentut-camne-ni/

"Jangan berganjak dari tempat kamu kecuali kamu dengar atau bau sesuatu(keluar kentut)"
(Sahîh al-Bukharî dan Sahîh Muslim)

Apabila berlaku was2, kita ambil yang yakin dan yang asal.

Mengenai permasalahan was2 dalam wudhuk, jika was2 mengenai:

1. Sudah ambil wudhuk atau belum, diambil yg asal iaitu tidak berwudhuk. Jadi perlu ambil wudhuk.
2. Terbatal wudhuk atau tidak, diambil yang asal iaitu masih berwudhuk. Jadi tak perlu ambil wudhuk.
3. Apabila mengambil wudhuk ketika membasuh kaki, berlaku was2 dah menyapu muka atau belum. Dikira belum. Jadi terus sambung dari membasuh muka. Tak perlu dimulai dari awal.

Permasalahan was2 bilangan rakaat:
Cth solat isyak. 3 rakaat atau empat rakaat. Ambil yang asal, 3 rakaat. jadi tambah lagi 1 rakaat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2012 11:40 AM | Show all posts
was2 jgn dlayan

try tanya dlm diri

lebih berat yg mana..

kentut ke tak kalau tak kentut abaikan je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 07:17 PM | Show all posts
Salam...sekadar nak berkongsi sedikit ilmu yg ada....tp harap membantu.

Sebenarnya dlm masalah was2 ni ade cara yg bg sy mudah utk atasinya iaitu ILMU. Hakikatnya Nabi telah memberi jawapannya & semua telah dihuraikan secara lengkap & komprehensif oleh 'ulamak2 dlm bab QAWAA'ID FIQHIYYAH atau KAEDAH2 FEQAH....atau ISLAMIC LEGAL MAXIMS. Dlm bab ni, kaedah yg paling sesuai & selamat digunakan ialah kaedah "AL-YAQIIN LAA YAZUULU BISSYAK" - bermakna "(perihal) yakin tidak akan terhapus oleh syak".

Huraiannya begini...sekiranya anda yakin 100% telah amik wudhu' manakala hanya syak dlm 70% atau berapa persen sekalipun yg tak mencapai peringkat 100% konfem, maka mengikut kaedah ni anda perlu amik yg yakin & ketepikan yg syak sbb kaedah menjelaskan bahawa keraguan / syak tak dpt melawan keyakinan... Kalau terasa mcm dah kentut, yakni syak mcm td ade kentut, tp mmg yakin dah amik wudhu', maka just abaikan yg syak & truskan solat tanpa perlu ulang amik wudhu' semula...mengikut kaedah td.

AKAN TETAPI, kalau mmg yakin kentut siap ade bau & yakin ade keluar angin dari situ (jgn sekali dgn cirit sudahhh), maka kaedah telah menyebut "AL-YAQIIN LAA YAZUULU ILLAA BILYAQIIN MISTLIH" - maknanya keyakinan hanya akan terhapus dgn keyakinan yg setara.. Kalau 100% konfem amik wudhu', & kendian 100% konfem terkentut, maka kaedah ni dah jelaskan bahawa dgn keyakinan kentut telah membatalkan keyakinan wudhu' sebelumnya... MUDAH kan?

Byk lg kaedah2 fiqh yg bg sy amat2 wajar dipelajari oleh umat Islam masakini utk kehidupan seharian....sgt2 penting & membantu. Cuba cari buku nih utk atau cari guru utk huraian lanjut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2012 07:22 PM | Show all posts
Kalau syak amik wudhu' atau tak, maka syak amik wudhu' itu tak memadai utk kita trus bersolat kerana ianya di tahap syak...tak ckup ke tahap yakin. Maka dlm ISLAM, kaedah menyatakan "AL-ASLU AL-'ADAM" - bermakna asalnya (satu perkara) ialah TIADA. Maka by default kita takde wudhu', so itu asalnya...maka kaedah ini trus menjawab bahawa pd ASALNYA MANUSIA TIADA BERWUDHU', maka wajib berwudhu' utk solat walaupun pd asalnya wudhu' itu sunnat. Wudhu' menjadi wajib ketika nak bersolat kerana adanya kaedah yg berbunyi "MAA LAA YATIMMUL WAAJIB ILLAA BIHI FAHUWA WAAJIB". Inilah menariknya ilmu2 dlm QAWAA'ID FIQHIYYAH.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:39 PM | Show all posts
Gangguan syaitan ni biasanya ade time2 faveret dia...cuma dlm bab rase kentut atau tak, kekadang & selalunya berpunca dari diri sndiri bila berada dlm keadaan wudhu' yg agak lama.. Permasalahan ni jarang timbul bg yg baru amik wudhu', tp kalau time amik wudhu' tu mmg ade syaitan yg sering ganggu...namanya Wilhan. Manakala time solat plak syaitan Hinzab yg sering cuba pesongkan kita dari khusyuk walaupun mmg kita susah nak khusyuk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:57 PM | Show all posts
Saya setuju dgn pendapat di atas. Kategori was2 yg kerap terjadi sebelum ini (pengalaman saya)
1) seperti kentut tapi bukan kentut
2) lalai dalam berniat (lupa niat sedangkan sudah berniat wudhu atau niat solat.
3) gangguan dalam solat - ikut step kentut tapi bukan kentut, lupa bacaan, lupa rukun solat, gangguan pada anggota tubuh (geli)

Kaedah : amalkan membaca Al-Quran. Sentiasa keadaan diri dalam keadaan suci. Memakai pakaian yg tidak kotor. Elakkan merokok sebelum solat. Dqn byk lagi boleh rujuk PitMie nyer post. Insya'allah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
PitMie replied at 3-9-2012 07:17 PM
Salam...sekadar nak berkongsi sedikit ilmu yg ada....tp harap membantu.

Sebenarnya dlm masalah was2 ...

hai. boleh ke nk dptkan contact atau email. sbb saya ada masalah waswas teruk hampir 3 tahun. dah penat utk overthinking. hrp dpt membantu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:33 AM | Show all posts
Asnys replied at 26-1-2023 01:48 PM
hai. boleh ke nk dptkan contact atau email. sbb saya ada masalah waswas teruk hampir 3 tahun. dah  ...

saya juga begitu malahan sy sudah kena berpuluh tahun.

berdoa pada Allah dan kena buat satu cara yg mana semua ustaz cakap benda yg sama.

kena belajar utk tidak peduli....sangat berat perasaann6ya tpi kena sabar walaupun tak tenang...

insyaAllah sembuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.495809 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list