CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 23-10-2012 11:26 AM | Show all posts
misssakura posted on 23-10-2012 11:24 AM
ilham memg x boleh dimaafkan! nak buat ending tragik laaa

xmo...saje nk bg kami2 ni sedey...

cpt letak n3 lg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 11:28 AM | Show all posts
sian NAD...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 11:29 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 23-10-2012 11:24 AM
nape ilham ni ringan tgn ek nk lempang2 org? bahaya buat laki jantan camni, lom ape2 lg da brani ang ...

darah muda katakan.... tu la sakura pon x suke lelaki perangai cm ni tapi buat jugak watak2 panas baran nih. x pe nanti sakura buat dia cepat insap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 11:31 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 23-10-2012 11:26 AM
xmo...saje nk bg kami2 ni sedey...

cpt letak n3 lg....

petang sikit ye raff.... nk masak jap
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 11:34 AM | Show all posts
misssakura posted on 23-10-2012 11:31 AM
petang sikit ye raff.... nk masak jap

sakura nk masak ape tu?

perut pn da berbunyi ni....nk sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 11:35 AM | Show all posts
shahrinas posted on 23-10-2012 11:28 AM
sian NAD...

tu la pasal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2012 11:38 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 23-10-2012 11:34 AM
sakura nk masak ape tu?

perut pn da berbunyi ni....nk sket

gulai ayam....slurppp.. tolong kakak masak jer. 6ti sakura post sikit
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 12:21 PM | Show all posts
cm ne agaknya keadaan NAD...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 12:39 PM | Show all posts
misssakura posted on 23-10-2012 11:38 AM
gulai ayam....slurppp.. tolong kakak masak jer. 6ti sakura post sikit

terliur baby dlm perut nih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 01:08 PM | Show all posts
Adehhhh siannya nad...harap semua back to normal, tp kalo tgk puan maimon tuh...mcm x dpt kembali jekkk...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 04:05 PM | Show all posts
sambungan......

“cuba awak cakap terus terang dengan saya.......... awak bercinta dengan Ilham ke?”keras suara puan Maimun. Nadrisa seolah-olah sudah hilang pedoman. Dia menatap wajah puan Maimun sambil wajahnya basah dengan air mata. Kepalanya kini hanya penuh dengan nama Ilham. Dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada puan Maimun yang berada didepannya kini. Ilham kenapa awak tak beri saya peluang terangkan perkara sebenar. Saya sayangkan awak. Besar sangat ke kesalahan saya jadi pengintip mama awak sebelum ni.

“Nadrisa.......” jerkah puan Maimun supaya Nadrisa sedar dari alam fantasinya.

“maafkan saya puan......” minta Nadrisa tatkala sedar dia terleka seketika. Puan Maimun mengulang kembali soalan yang diutarakan tadi.

“saya memang bercinta dengan encik Ilham.” Balas Nadrisa pendek. Air mata yang mengalir diseka dan dilap dengan tisu. Suara yang serak diperbetulkan supaya kembali normal. Apa nak jadi, jadilah. Dia sudah malas berdolak dalih lagi. Hari ini, dia hanya bercakap benar sahaja. Janji hatinya.

“dah berapa lama awak bercinta dengan dia?” Tanya puan Maimun lagi.

“dah 3 bulan...... lepas dia putus dengan Maslina. Sebenarnya semua ni berlaku secara tak sengaja. Semasa saya intip dia dengan Maslina, saya terkantoi. Demi membuat alasan dan tidak mahu libatkan nama puan, saya mengaku yang saya cintakan dia. sebab tu saya selalu intip dia. puan jugak yang suruh saya rahsiakan pasal puankan...” jelas Nadrisa panjang lebar. Dia tidak mahu puan Maimun pula yang salah faham dengannya. Terima tak terima alasannya itu hal nombor dua. Yang penting puan Maimun perlu tahu perkara sebenar.

“jadi inilah perkara penting yang awak nak cakap dengan saya tu?” soal puan Maimun. Teringat kata-kata terakhir Nadrisa sebelum kehadiran Ilham. Nadrisa sekadar membalas pertanyaan puan Maimun dengan anggukan. Mengiakan kata-kata puan Maimun.

“habis tu macam mana awak boleh bercinta dengan dia? kalau setakat luahkan perasaan takkan boleh jadi sampai bercinta.” Puan Maimun bertanya lebih lanjut. masih kurang faham dengan situasi yang melanda Nadrisa sepanjang peninggalannya.

“dia marah sebab saya dah rosakkan hubungan dia dengan Maslina... dan sebagai ganti dia nak saya jadi girlfriendnya. puan tahukan Ilham macam mana. Saya tahu dia main-main jer. Sebab tu saya terima sahaja permintaannya sebab saya tahu hubungan ini tak akan bertahan lama.”

“kenapa awak tak bantah cakap dia Nadrisa... awak boleh je berkata tidak semasa dia ajak bercinta.” Puan Maimun mula mempersoalkan tindakan Nadrisa.

“pada asalnya saya mahu letak jawatan sebagai tanda saya malu dengan perbuatan saya yang mengintip dia........ tetapi dia tidak benarkan dan minta saya bertanggungjawab kerana memusnahkan hubungan dia dengan Maslina. Lagi pon saya takut nak menolak sebab saya tiada alasan yang kukuh. Macam mana saya nak menolak sedangkan saya sendiri yang mengaku saya cintakan dia sebelum ni. lagi pon kalau saya menolak pasti dia akan kembali mengesyaki pasal puan.”Terang Nadrisa perlahan.

“jadi awak berpura-pura bercinta dengan dia...... macam tu?”

“pada awalnya memang macam tu puan tapi ..” kata-kata Nadrisa terhenti sejenak. Perlu ke aku beritahu perasaan sebenar aku kepada puan Maimun? puan Maimun mengerutkan dahinya tatkala menyedari jawapan Nadrisa agak tergantung.

“tapi apa?” gesa puan Maimun... Nadrisa diam lagi.

“Nadrisa!” panggil puan Maimun lagi. Terus menggesa Nadrisa memberitahu kebenaran yang masih belum tersingkap.

“saya sedar saya dah sayangkan Ilham. saya serious cintakan dia. dan sebenarnya hari ni tujuan saya datang berjumpa dengan puan sebab nak minta kebenaran dari puan untuk menceritakan tentang penyamaran saya kepada encik Ilham..... tapi nampaknya dah tak perlu. Dia dah tahu pon.” terang Nadrisa lambat-lambat. Puan Maimun mengeluh kasar. Entah kenapa terbit rasa simpati buat Nadrisa. dia tahu Nadrisa perempuan yang baik. dia tahu Nadrisa tidak sama seperti perempuan-perempuan yang Ilham bersama sebelum ini. tetapi... boleh percaya ke kata-kata Nadrisa? bagaimana kalau dia mendekati Ilham hanya kerana harta.

“bukan ke awak buat semua ni sebab harta Nadrisa. awak ingat kalau awak goda dia, awak akan dapat hidup senang.” Tuduh puan Maimun. Sekadar menguji Nadrisa.

“kenapa mesti pemikiran orang kaya macam ni... ingat kami orang miskin ni hadap sangat ke harta orang. Saya memang bukan orang kaya, tapi saya tak adalah miskin sampai pantang jumpa orang kaya. Dan kalau saya memang gilerkan harta orang memang dah lama saya ambik duit puan tu, dah lama saya kikis Ilham sampai bankrap......... tak pe la puan. Saya rasa tak ada apa-apa lagi saya nak terangkan kepada puan. Semuanya dah jelas. Saya minta maaf sekiranya saya ada buat salah dan silap selama ini. tetapi sekali lagi saya nak tekankan, saya memang ikhlas membantu puan selama ini.... assalamualaikum.” Nadrisa berlalu pergi setelah meluahkan segala isi hati yang terbuku di jiwanya. Hatinya cukup terluka dengan puan Maimun dan Ilham. Salah ke jadi orang miskin. Hina ke kalau jadi orang miskin. Semiskin-miskin aku, tak pernah lagi aku meminta sedekah,meminta simpati orang, mengambil hak orang. Mungkin itulah cara orang kaya berfikir.

Last edited by misssakura on 23-10-2012 04:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 04:16 PM | Show all posts
Sedihnya sian nad.... Ilham kena mtk maap ngan nad sbb dgn sengaja menampar nad...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 04:16 PM | Show all posts
Miss tlglah smbung lg ya, mkin best citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 04:17 PM | Show all posts
sian NADRISA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 04:17 PM | Show all posts
Atirah bersandar pada kerusi yang mengadap pantai Cherating dengan fikiran yang berserabut. Pelbagai perasaan yang sukar ditafsirkan merasuk ke mindanya. Mahu sahaja dia menjerit untuk melepaskan segala rasa yang tidak enak dihati. Tangannya menggenggam kemas botol air mineral yang dipegang. Cuba membuang segala aura negatif yang bertapak didalam jiwanya.

“kenapa ni? Tak sihat ke?” sapa Hafiz yang berada disebelah Atirah. Sengaja Atirah menelefon jejaka itu. Dia perlukan seseorang untuk diceritakan tentang perasaannya yang kacau bilau.

“tak la..... Cuma i rasa macam nak gila jer sekarang ni....” jawab Atirah yang memandang tepat wajah Hafiz yang turut merenungnya. Atirah jarang berahsia dengan Hafiz. Mungkin kerana sikap Hafiz yang menyenangkan buat dia selesa.

“dah kenapa pulak? You ada masalah ke?” Tanya Hafiz lagi. Risau juga bila dilihat wajah Atirah yang agak pucat. Gadis ini seperti menanggung bebanan yang maha berat.

“i dah buat sesuatu yang tak boleh dimaafkan... i ni betul-betul dah gila...pasal cinta i jadi macam tak ada pertimbangan. Buat perkara tak guna otak!”marah Atirah pada dirinya sendiri. Hafiz mengerut dahi tanda tidak mengerti. Namun, dia yakin pasti segalanya ada kena mengena dengan Ilham.

“cerita kat I... apa yang you dah buat sebenarnya?” pujuk Hafiz lembut. sekaligus cuba menenangkan perasaan Atirah yang tak terkawal. Gadis ini jarang sekali bersikap begini. Atirah seorang yang manja dan mudah ketawa... bukan seorang yang mudah tertekan dengan masalah yang melandanya.

“ i cuba rosakkan hubungan Ilham dengan girlfriend dia sekarang... mula-mula I ingat Ilham tak serius dengan girl tu.. you tahu je la kan Ilham still tak boleh lupakan Rania... tapi bila i tengok respond dia tadi, i rasa macam i dah buat sesuatu yang salah. I rasa dia betul-betul serius dengan awek dia sekarang ni.” Luah Atirah.

“sebenarnya...Ilham memang ada rancangan nak kahwin dengan girlfriend dia tu.” Sepotong ayat dari Hafiz membuatkan hati Atirah bagaikan disambar petir. Ya Allah apa aku dah buat kat kawan aku sendiri ni... hanya kerana cemburu, aku biarkan otak aku dikawal syaitan!

“betul ke Fiz?? Ya Allah... apa i dah buat ni.” Mahu saja Atirah menangis pada waktu ini bila memikirkan sikapnya yang terlalu mementingkan diri sendiri. Sejahat-jahatnya selama ini, ini kali pertama dia buat perangai sampai merosakkan kebahagiaan orang lain. Sangkanya dia akan gembira setelah berjaya merosakkan hubungan Nadrisa dan Ilham... tapi rupa-rupanya perasaan bersalah sahaja yang muncul didalam hatinya.


“yer... Ilham sendiri cakap dia nak masuk minang Nadrisa kalau tak ada aral melintang... you dah buat apa ni Tyra? Apa yang you dah buat sampai hubungan diorang boleh putus?” soal Hafiz tenang. Namun, jauh dihatinya cukup terkejut dengan perkhabaran yang dibawa oleh Atirah. Tak sangka hubungan Ilham dan Nadrisa kini mula bermasalah hanya kerana Atirah. Tapi betul ke bermasalah? Atau cuma Atirah sahaja yang membesar-besarkan cerita!

“i tuduh Nadrisa spy mama Ilham...” jawab Atirah lambat-lambat. Confirm dia kena marah dengan Hafiz kejap lagi. Kepalanya ditunduk tanpa memandang kearah Hafiz.Takut pulak kalau kena marah dengan temannya itu.

Last edited by misssakura on 23-10-2012 04:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 04:23 PM | Show all posts

“you tuduh Nadrisa spy auntie Mun? Apa ni Tyra?” tinggi suara Hafiz. Tuduhan yang tak berasas pada pendapatnya namun logik ke? Takkan Ilham bodoh sangat untuk mempercayai tuduhan Atirah.

“sebab i cemburu sangat dengan Nadrisa la i buat macam tu... apa lebihnya perempuan tu dan apa kurangnya i sampai dia sanggup reject i mentah-mentah?”

“so hanya kerana you cemburu you boleh la buat macam ni sesuka hati? Macam tu?”marah Hafiz. Kecewa betul hatinya melihat sikap Atirah yang sanggup memfitnah Nadrisa hanya kerana perasaan cemburu. Atirah yang dikenali bukan begini. Atirah yang dikenali ialah gadis yang lembut hati. Yang tak sanggup nak musnahkan kebahagiaan orang. Yang sentiasa ingin melihat kegembiraan pada orang disekelilingnya.

“i bukannya main tuduh jer... i ada bukti kukuh...”

“bukti apa?” Tanya Hafiz masih dengan nada yang keras. Dia tidak yakin dengan jawapan dari Atirah. Terasa gadis ini cuba menipunya. Logik ke Nadrisa tu pengintip puan Maimun?

“i jumpa kamera auntie Mun atas meja Nadrisa dan dalam tu penuh dengan gambar-gambar Ilham dengan skandalnya termasuk la i! Tak cukup kukuh lagi ke bukti tu? Kamera tu pon i dah berikan kepada Ilham.” jelas Atirah berharap temannya mempercayai kata-katanya. Hafiz terdiam seketika mendengar jawapan dari Atirah. Masakan Atirah berbohong sedangkan dia ada bukti yang kukuh macam tu. Dikerling wajah Atirah yang muram disebelahnya. Terasa bersalah pula kerana memarahi temannya itu.

“i minta maaf... i tak sengaja nak marah you. I ingatkan you fitnah Nadrisa. you tahu je la kan dosa fitnah tu macam mana? Berat! I tak nak orang i sayang buat macam tu. Kalau you dipihak yang betul you tak perlu rasa bersalah macam ni...kalau betul Nadrisa pengintip auntie Mun, Ilham memang patut tahu pasal tu. Sampai bila kita nak biarkan kawan kita ditipu oleh kekasih sendirikan? You dah buat benda yang betul Tyra. Tak payah rasa bersalah sebab ia untuk Ilham jugakan.” Pujuk Hafiz setelah berfikir sejenak. Ada betulnya juga Atirah membuat semua ini. sampai bila Nadrisa perlu dibiarkan untuk menipu Ilham.

“tapi Fiz.... yang i rasa bersalah sekarang ni sebab i dah rosakkan kebahagiaan Ilham atas dasar cemburu gila i nih... dia betul-betul sukakan Nadrisa dan i dah rosakkan hubungan mereka... apa jenis kawan la i ni...”

“Ilham perlu tahu Tyra.... kalau betul Nadrisa tipu dia, dia perlu tahu. Takkan kita nak biarkan je kawan kita diperbodohkan kerana cinta.. tindakan you tu betul!”

“tapi kalau Nadrisa betul-betul cintakan Ilham macam mana? You tahukan bertapa Ilham benci pengintip mamanya selepas kes Rania dulu.” Soal Atirah ragu-ragu. Itulah yang dia rasa kini. Dia kenal Nadrisa walaupun tak rapat. Walaupun dia hanya pernah melihat gadis itu beberapa kali sahaja, jauh disudut hatinya yakin Nadrisa baik orangnya. Gadis bertudung litup itu pasti ada sebab sendiri kenapa dia menjadi spy puan Maimun. Bisik hati Atirah.

“kalau Ilham betul-betul cintakan Nadrisa begitu juga sebaliknya, takkan hanya kerana bab intip mengintip ni boleh jadi faktor pepisahan mereka. Rasanya, Ilham tak adalah nak buang Nadrisa dari hidupnya hanya kerana perempuan itu pengintip mamanya. Melainkan masih ada rahsia lain yang disimpan Nadrisa.” Hafiz berkata mudah. Lebih kepada mahu memujuk temannya yang masih dihurung rasa bersalah dengan tindakannya. Atirah merenung Hafiz dengan senyuman kecil terjungkit dibibirnya. Menambahkan lagi seri kejelitaan wajahnya.

“thank Hafiz... kalau you tak ada i tak tahu macam mana...” ucap Atirah lembut. Semangatnya yang hilang kini mula kembali selepas membuat sesi luahan perasaan dengan Hafiz. Benarlah kata orang, bebanan masalah akan jadi lebih ringan bila diluahkan kepada seseorang.

“kitakan kawan... tak perlu berterima kasih sangatlah.” Jawab Hafiz senang. Atirah tersenyum mesra dengan jawapan temannya itu.
Last edited by misssakura on 23-10-2012 04:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2012 04:30 PM | Show all posts
“sampai hati dia buat aku macam ni...... kenapa dia langsung tak nak dengar penjelasan aku.” Luah Nadrisa sambil tersedu sedan didalam selimutnya. Dahlia risau melihat keadaan Nadrisa yang tidak stabil. Balik sahaja dari kerja petang tadi,gadis itu terus berkurung didalam bilik. Menangis tak henti-henti. Bila diajak makan katanya tak nak. Rasa marah terhadap Ilham memuncak. Jantan tu memang tak guna.

“tapi kau tak boleh salahkan dia seratus peratus dalam hal ni......... mungkin dia masih terkejut. Cuba beri dia masa.”

“yer memang dia terkejut...sebab tu aku mintak dia dengar penjelasan aku tapi dia tak nak dengar. Macam mana dia nak faham kalau dia tak nak dengar. Lepas tu senang-senang jer dia hina aku. Yer aku tahu aku salah sebab dah tipu dia pasal intip mengintip tu tapi perlu ke dia tuduh aku perempuan gilakan harta orang. Dia macam tak kenal pulak aku macam mana selama ni.” Marah Nadrisa dalam suara serak-serak basah.

“dia tengah hot Nad..... tunggu dia sejuk.”

“tak Lia....... sebenarnya dia jadi macam tu pasal dia tak cintakan aku. Dia masih sayangkan ex dia. kalau tak silap aku bila aku sebut pasal pengintip dia ada sebut nama ex dia yang dia paling sayang. Aku tahu, dia mengamuk pasal semua benda ni ada kaitan dengan ex dia tu.” Adu Nadrisa lagi. Walaupun dia sendiri tidak faham perkaitan perkara ini dengan kekasih pertama Ilham namun jauh disudut hatinya sedar Ilham masih belum dapat menerimanya sepenuhnya. Ilham masih menyayangi Rania lebih darinya.

“aku cuma nak dia dengar penjelasan aku jer........ susah sangat ke dia nak percayakan aku. Jahat sangat ke sampai dia sanggup hina aku hanya kerana aku miskin. Serendah itu ke maruah aku dimatanya selama ini.” beritahu Nadrisa lagi. Mana janji-janji Ilham untuk mempercayainya.

“kalau kau menangis sampai air dalam badan kau kering pon tak ada gunanya Nad. Move on. Lupakan Ilham. Dia memang tak sesuai dengan kau. Korang dari dunia yang berbeza. Mungkin korang tak ada jodoh sebab tu macam-macam masalah kau kena hadapi untuk bersama dia.” pujuk Dahlia. Dia tahu bercakap lebih mudah dari melakukan tetapi Nadrisa perlu kuat. Menangis macam ni tak sesuai dengan gaya Nadrisa.

“tapi aku sayangkan dia Lia........ dia cinta pertama aku.”

“dah la tu Nad........ lupakan ajer jantan macam tu.” Suruh Dahlia akhirnya. Nadrisa diam mendengar saranan temannya. Mungkin dia patut bergerak ke hadapan. Lupakan segala kenangan pahit disini.

Last edited by misssakura on 23-10-2012 04:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 04:35 PM | Show all posts
semoga NAD bertambah tabah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 04:35 PM | Show all posts
Sherasi posted on 23-10-2012 04:16 PM
Miss tlglah smbung lg ya, mkin best citer ni...

dh sambung bnyk tu.... silakan bce
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 04:53 PM | Show all posts
nak lagiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.069239 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list