CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 24-10-2012 10:58 AM | Show all posts

“betul ke ni Nad.........” soal Hasanah yang sedang menggoreng ikan. Anak sulungnya telah menceritakan segala-galanya tentang keinginannya untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“ye mak....... Nad dah buat keputusan. Lagi pon Nad dah dapat kerja kat sana. Belajar ni sambilan jer. Tu pon kalau dapatlah.” Jawab Nadrisa.

“dari kamu sambung belajar baiklah fikir pasal kahwin Nad... kamu tu bukan muda lagi. Dah 28 tahun. Tu, Aina dah nak masuk dua anak dia. Nad bila lagi.” Gesa Hasanah. Bukan dia tidak menyokong keinginan Nadrisa untuk menyambung pelajaran namun dia rasa lebih baik Nadrisa berfikir tentang perkahwinan. Adiknya Aina dah pon berkahwin malah adiknya Hisham pon dah bertunang. Tinggallah Nadrisa seorang lagi yang tak berteman. Anak daranya ini bukannya muda lagi.  Tak lama lagi bakal mendapat gelaran andartu.

“mak..... Nad malas la fikir pasal kawin-kawin ni. Kalau ada jodoh kawin la Nad. Tapi sebelum Nad kawin, Nad nak sambung belajar. Nad nak ubah kehidupan kita. Sampai bila kita nak hidup macam ni. Kita kena ubah taraf hidup kita mak.” Terang Nadrisa. dia tahu, kalau dia sudah ada ijazah dalam perakaunan, hidupnya dan keluarga akan lebih cerah. Lebih banyak peluang pekerjaan akan terbuka kepadanya. Dan yang pasti, tiada lagi orang akan menghina dia dan keluarga. Cukuplah Ilham dan puan Maimun menghina keluarganya hanya kerana dia tidak sekaya mereka.

“suka hati kamu la Nad....... nanti dah sampai Shah Alam, jaga diri elok-elok. Pastikan Nad pulang dengan segulung ijazah untuk mak dengan abah.” Hasanah mengalah akhirnya. Biarlah Nadrisa mahu menyambung pelajaran. Bukan perkara tak elok pon yang dia mahu lakukan. Dia sebagai ibu sepatutnya menyokong dan memberi semangat kepada anak sulungnya itu.

“insyaAllah....Nad akan jaga diri elok-elok dan tak akan malukan mak dengan abah.” Balas Nadrisa sambil memeluk mesra bahu ibunya. Semakin berkobar-kobar semangat untuk dia melanjutkan pengajian. Semoga segala urusan hidupnya dipermudahkan. Amin.

Last edited by misssakura on 24-10-2012 11:02 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2012 11:03 AM | Show all posts

Ilham merenung lama laptop yang berada didepannya kini. Namun satu habuk kerja pon tidak berjaya disiapkan. Kepalanya dipenuhi wajah Nadrisa.

“khusyuk buat kerja ke khusyuk termenung tu.” Tegur Hafiz sambil membuka tv yang berada di ruang tamu. Ilham memang suka datang melepak dirumahnya dihujung minggu.Tetapi, setakat dia kenal Ilham, lelaki ini tak pernah buat kerja pejabat dirumah. Semenjak dua menjak ini jer makin menjadi-jadi perangai gila kerjanya.

“buat kerja la.” Balas Ilham.

“kenapa kau buat macam tu kat Nadrisa. besar sangat ke kesalahan dia jadi spy mama kau?Atau kau masih belum lupakan Rania.” Soal Hafiz akhirnya. Baru hari ini dia berani untuk bertanya tentang status hubungan cinta Ilham dan Nadrisa. sudah hampir sebulan mereka berpisah.

“kau jangan sebut nama perempuan tu......” marah Ilham berapi-api. Walaupun dia sedar hatinya sakit merindu Nadrisa namun hatinya lebih parah dek kecewa dengan gadis itu. Nadrisa telah menipunya hidup-hidup. Konon cintakan dia tapi semua itu tipu. Semua itu hanya untuk coverline dia pengintip puan Maimun. Nadrisa dah buat dia jatuh cinta tetapi Nadrisa sendiri tidak pernah sayangkan padanya.

“tapi kau masih sayangkan dia kan...... kenapa kau tak beri dia peluang untuk jelaskan perkara sebenar. Mungkin ada sesuatu yang kau tak tahu.”

“buat apa... supaya dia boleh tipu aku lagi. Supaya dia boleh perbodohkan aku. Kalau bab perasaan pon dia boleh tipu, aku tak pelik kalau perkara lain pon dia akan tipu aku.” Tegas Ilham geram. Panas hatinya mengingatkan penipuan yang dibuat oleh Nadrisa kepadanya. Memang pantang dalam hidupnya orang menipu. jatuh air mukanya ditipu hidup-hidup oleh Nadrisa.

“entah-entah dia pon ada perasaan kat kau sekarang Ilham...... macam kau. Mula-mula bukannya kau ada perasaan pon kat dia. kau hanya nak bermain-main dengan dia jer. Tapi tup-tup kau pulak yang jatuh cinta. Mungkin dia pon macam tu.”

“dia tak ada perasaan kat aku la Pis.... aku tahu la sebab cara dia layan aku masa kitorang couple bukan main lagi dingin. Sepatutnya masa tu aku dah syak yang dia sebenarnya tak pernah sukakan aku. Tapi  apa-apa pon aku patut bersyukur yang hubungan kitorang tak kekal lama...”

“kenapa pulak?” Tanya Hafiz kehairanan.

“dia tu rupanya sama je macam perempuan yang aku kenal sebelum ni.... mata duitan. Gilerkan harta orang. Mungkin Allah nak tunjuk kat aku perangai sebenar dia.”Cerita Ilham. Hafiz mengerutkan dahi seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengari.

“kau biar betik... si Nadrisa yang kalau keluar makan dengan kau selalu nak bayar sendiri, shopping pon tak pernah bagi kau bayar, nak pergi mana-mana tak nak naik kereta kau tu perempuan mata duitan? Biar benar kau ni... agak-agaklah kalau nak menuduh pon.” Soal Hafiz seolah-olah tidak percaya malah sememangnya dia tidak percaya. Tapi masakan Ilham buat cerita. Ilham bukan begitu perangainya.

“ dia tu kan pandai menipu........ tak pelik lah kalau dia boleh buat macam tu.” Jawab Ilham ringkas. Hafiz sekadar menjungkit bahu mendengar jawapan Ilham. Dia tahu dia tidak boleh menghukum Nadrisa sesuka hati kerana dia sendiri pon tidak pernah kenal gadis itu. Namun dia tetap yakin masih terdapat salah faham dalam hubungan Ilham dan Nadrisa yang masih belum selesai.
Last edited by misssakura on 24-10-2012 11:18 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 11:10 AM | Show all posts
ego ilham ni.....nanti pn mun gak kena inform dia yg nad memang sayang kat dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 11:20 AM | Show all posts

“Ilham yakin dengan keputusan ni?” soal Puan Maimun sambil mengadap minum petang. Langsung tiada sekelumit rasa kesalkah anak terunanya dengan keputusan yang dibuat.

“Ilham tetap dengan pendirian Ilham..... Ilham tak nak fikir lagi pasal kahwin.” Jawab Ilham tenang. Puan Maimun mengeluh perlahan. Sukar betul untuk memujuk Ilham menerima Atirah. Tapi nampak gayanya dia sendiri sudah malas memaksa. Kalau ada jodoh antara mereka tetap tak ke mana.

“Ilham bukan muda lagi.... dah 32 tahun. Sampai bila nak membujang macam ni... mama dengan papa pun nak merasa ada menantu... ada cucu. Bila lagi ni?”

“kita serahkan pada Allah je mama......... Allah lebih tahu bila Ilham akan bertemu jodoh.”

“Ilham dengan Nadrisa hari tu serious ke? Atau Ilham sekadar bermain-main. Macam perempuan yang sebelum ni?” puan Maimun mengalih topik. Sudah lama dia ingin mengorek rahsia tentang Nadrisa dari anak tunggalnya.

“hmmm mama...... Ilham naik dululah... ada kerja nak kena settlekan.” Dalih Ilham sambil bergerak meninggalkan puan Maimun sendirian di ruang makan rumah mereka. Dia tidak sanggup untuk berbicara tentang Nadrisa. marah dan rindu bergabung menjadi satu. Yang merana jiwanya. Puan Maimun mengerutkan dahi.... sejak bila Ilham pandai bawak balik kerja. Ilham sudah banyak berubah dua tiga menjak ini. Gila kerja dan sudah tidak pandai bersosial lagi. Adakah ini semua penangan dari Nadrisa.

Last edited by misssakura on 24-10-2012 11:24 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 11:26 AM | Show all posts
Ilham termenung didalam biliknya. Laptop dan fail-fail yang bertaburan di meja kerjanya langsung tidak berjaya menarik minatnya. Hampir 3 bulan  sudah dia dan Nadrisa berpisah namun sampai sekarang perasaan sayang dan cintanya terhadap gadis itu belum surut. Rindu turut bergema didalam jiwanya.

Kenapa Nadrisa sanggup menipunya. Dia masih boleh menerima kalau Nadrisa merupakan pengintip mama. Dia sudah dapat menerima kematian Rania bukan disebabkan oleh siapa-siapa. Tapi memang dah ajal nya sudah tertulis. Kalau tiada pengintip itu pon Rania tetap pergi meninggalkannya.Tapi, kenapa Nadrisa tegar menipu dirinya. Buat dia jatuh cinta, beri harapan palsu kepadanya dan buat dia merana.

Dipandang jam yang melekap pada pergelangan tangannya. Satu-satunya kenangan yang dia ada bersama Nadrisa. ya Allah kenapa aku rindu sangat pada dia.. kenapa ketika hati aku membenci dia masih ada rasa cinta buatnya ..... ya Allah, kalau dia bukan jodoh aku, hapuslah segera perasaan sayang ku ini terhadapnya. Berikan aku peluang untuk hidup tanpa bayang-bayangnya. Sesungguhnya aku tidak tahan untuk terus merasa perasaan perit begini.

Last edited by misssakura on 24-10-2012 11:30 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 11:38 AM | Show all posts
k bleh gne lagu ni untuk feeling lebih
Last edited by misssakura on 24-10-2012 11:43 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2012 11:43 AM | Show all posts
misssakura posted on 24-10-2012 10:50 AM
“kau yakin dengan keputusan kau ni Nad?” soal Dahlia sekali lagi. Dia turut membantu Nadrisa men ...

anak dara baru bgun ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 11:48 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 24-10-2012 11:43 AM
anak dara baru bgun ker?

huhu... awal lagi tu... x sampai kol 12 lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 12:07 PM | Show all posts
misssakura posted on 24-10-2012 11:48 AM
huhu... awal lagi tu... x sampai kol 12 lg..

da lama membuta kn? so tepek n3 byk2 arini yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 12:25 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 24-10-2012 12:07 PM
da lama membuta kn? so tepek n3 byk2 arini yer...

beres bos....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 12:26 PM | Show all posts
Setahun berlalu.............

Ilham masih mengadap kertas kerja yang bertaburan di mejanya. Musim cuti sekolah bakal menjelma. Dia perlu membuat sesuatu untuk melariskan motelnya. Ditilik jam pada pergelangan tangannya sekali imbas. Hampir 8 malam. Ya Allah dia baru tersedar suasana sudah begitu lewat. Patutlah sunyi pejabatnya sekarang. Ilham bergegas mengemas segala barang yang bersepah diatas mejanya. Dia mahu menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum bertolak pulang ke rumahnya. Pasti puan Maimun membebel lagi kerana kelewatannya.


*****




“i minta maaf.....” ucap Tyra yang kini cukup ayu bertudung. Hafiz sudah meninggalkan dia dan Ilham untuk ke tandas. Ilham yang sedang menjamah pizza terhenti seketika. Dipandang wajah jelita temannya.

“kenapa pula?” soal Ilham tidak mengerti.

“i yang buat you jadi macam sekarang.........” balas Atirah perlahan. Kalaulah tidak kerana perasaan marahnya terhadap Nadrisa suatu ketika dulu, pasti Ilham tidak akan jadi begini.

“apa ni Tyra.......... i tak faham la. Cakap betul-betul boleh tak?” minta Ilham yang masih kabur dengan kata-kata Atirah.

“you dah jauh berubah Ilham.... you tak tengok ke penampilan you kat cermin macam mana? Dengan rambut panjang, muka berjambang, bermisai. Badan you yang sasa dulu dah jadi kurus melidi. You nampak makin berusia. Mana Ilham yang dulu kegilaan ramai. Kalau bukan kerana I, you tak akan jadi macam ni..”Atirah masih rasa bersalah. Kalau dia tidak serahkan kamera milik puan Maimun kepada Ilham pasti Ilham tidak begini. Dia yang menjadi punca Ilham berubah. Ilham dah macam zombie sekarang.

“you tak bersalah Tyra... semua ni tak ada kena mengena dengan you... tak perlu rasa bersalah okey.” Pujuk Ilham.

“kalau i tak bagi you kamera tu dulu mesti you takkan jadi macam ni kan........mungkin you sudah berkahwin.. beranak pinak dengan Nadrisa.” luah Atirah.

“dah tak ada jodoh... nak buat macam mana.”

“apa yang tak ada jodoh ni?” sapa Hafiz tiba-tiba. Mungkin sudah selesai urusannya di tandas.

“tak ada apa-apa....... borak kosong je.” Balas Ilham bagi menutup kisah dia dan Nadrisa. Tak perlu diungkit lagi kisah dia dan Nadrisa. kisah itu sudah basi.

“kau nak tak kenal dengan sorang awek ni? Dia kerja kat office aku. Muda lagi. Dalam 25 tahun. Dia tengah cari calon suami.........” Hafiz mula aktiviti mempromote. Semenjak dia dan Atirah berkahwin, dia tidak berhenti-henti mencari pasangan untuk temannya itu. Ilham perlukan teman. Sampai bila dia mahu membujang macam tu. Atirah mencubit lembut peha suaminya. Suaminya tak sudah-sudah mencari calon isteri kepada Ilham padahal Ilham sedikit pon tidak berminat untuk kearah itu. Atirah kalau boleh tidak mahu Hafiz terlalu menggesa Ilham dalam mencari calon isteri. Biar lelaki itu membuka sendiri hatinya. Seperti mana dia membuka hatinya untuk menerima Nadrisa setelah kehilangan Rania dulu.

“kenapa sayang ni........” marah Hafiz geram. Apa dia ingat tak sakit main cubit-cubit.

“jom kita balik...... i penat la. You tahu la kan i ni kan tengah mengandung.” Dalih Atirah agak manja. Dia mahu topik mencari jodoh dihentikan.

“la nak balik dah ke....... kesian Ilham tak habis makan lagi ni. Tunggu la kejap.” balas Hafiz.

“korang pergi la balik... kesian kat Tyra tu. Aku pon dah nak selesai ni.. pergilah.”Suruh Ilham. Dia tidak berkisah pon. Dia faham situasi orang yang dah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata.

“kau sure tak apa ni....... kalau macam tu aku balik dululah.” Minta Hafiz sambil bingkas bangun. Dipimpin tangan isterinya lembut. Beredar meninggalkan Ilham yang tersenyum mesra kearah mereka.


selamat pengantin baru kt Tyra dan Hafiz...


Last edited by misssakura on 24-10-2012 12:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 12:59 PM | Show all posts
bile mase plak si tyra ngan hafiz ni kawin
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 01:23 PM | Show all posts
Alah miss si tyra ngan hafiz da pon kawin da nak branak pon si tyra tu, ilham punya turn ngan nadrisa bila lg... Sian pulak ioollss  kat ilham ngan berjambang kusut masainya rindu kan kat nad... Pdan ngan muka ko ilham....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 01:26 PM | Show all posts
Miss blh smbung lg tak... Bglah ilham terserempak ngan nad masa nad tgh jln ngan lelaki lain, sedaramara lelaki ke kat pntai biar si ilham tu jelessss....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 02:49 PM | Show all posts
opss miss mana sambungan ni.....boring ni ekekekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 03:03 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 24-10-2012 12:59 PM
bile mase plak si tyra ngan hafiz ni kawin

sakura cut kisah diorang... so bleh byg sendiri cam mne hafiz n tyra nikah lepas setahun... kalo sakura rajin sakura wat la citer diorang pulak... tp diorang nih bercinta pas kawin la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2012 03:05 PM | Show all posts
redsentra posted on 24-10-2012 02:49 PM
opss miss mana sambungan ni.....boring ni ekekekekeke

sat naaa.... nak copi pes ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 03:06 PM | Show all posts
Sherasi posted on 24-10-2012 01:23 PM
Alah miss si tyra ngan hafiz da pon kawin da nak branak pon si tyra tu, ilham punya turn ngan nadris ...

padanlah muka si Ilham tu... jht lagi kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 03:08 PM | Show all posts
“saya risaulah tengok keadaan Ilham tu bang....” ungkit puan Maimun tiba-tiba. Encik Johari yang sedang membaca surat khabar pagi itu menjeling isterinya.

“dah kenapa pulak? Sihat aje abang tengok dia tu.” Balas encik Johari selamba.

“sihat tu memang la sihat.... tapi tu luaran bang... dalaman tu kita tak tahu macam mana.”

“apa maksud Mun ni? Dalaman macam mana pulak?” soal encik Johari. Bukan dia tidak nampak perubahan anaknya yang semakin tidak terurus namun dia sendiri tidak mengetahui faktor perubahan yang berlaku.

“tu lah yang Mun tengah fikir ni.... dia makin lama makin pelik... selalu balikl ewat malam sebab buat kerja kat Motel. Kalau dulu kita selalu risau sebab dia asyik bertukar girlfriend, sekarang nak bersosial pon dia tak nak. Apa dah jadi pon saya tak tahu. Abang tengoklah penampilan dia sekarang macam mana. Dengan misainya, jambangnya. Rambut pulak panjang tak terurus. Macam mana saya tak risau bang.” Luah puan Maimun sambil merenung wajah suaminya.

“dia masih tak dapat lupakan Rania ke?” Tanya encik Johari akhirnya.

“rasanya tak bang... sebenarnya tahun lepas dia ada bercinta dengan pekerja dia... tapi dah putus. Saya ingatkan diorang main-main je macam ex-ex dia sebelum ni. Tapi nampaknya dia betul-betul serious tu bang.” Terang puan Maimun. dia sudah mula mengesyaki sesuatu semenjak Ilham sering mengelak untuk bercakap tentang Nadrisa dengannya. Dia yakin Ilham betul-betul sayangkan Nadrisa. kalau tak masakan Ilham jadi begini.

“mana Mun tahu ni? Dia ada cerita ke?”

“hmmmm nantilah saya cerita kat abang. saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk Ilham. Mungkin sebab saya dia jadi macam tu sekarang.” Beritahu puan Maimun. setelah selesai bersembang itu dan ini dia akhirnya meninggalkan suaminya yang khusyuk dengan surat khabarnya. Dia mahu menyiram pokok bunga diluar.

Last edited by misssakura on 24-10-2012 03:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 03:12 PM | Show all posts

“boleh mama masuk?” soal Puan Maimun setelah mengetuk pintu bilik anak terunanya. Ilham yang sedang mengadap laptop mengerutkan dahinya.

“masuklah mama... tak payah nak mintak kebenaran.” Ilham memberikan kebenaran. Puan Maimun masuk dan melabuhkan diri berhampiran anaknya. Dipandang wajah anaknya yang selekeh.

“busy ke?” Tanya puan Maimun lagi. Dia tidak berniat untuk mengganggu Ilham sekiranya anaknya itu mempunyai banyak kerja.

“eh tak ada la mama... buat-buat busy je ni. Kenapa? Ada benda nak bincang dengan Ilham ke?”

“mama ada benda nak cakap sikit....... tapi mama nak Ilham jujur dan tak akan sembunyi apa-apa dari mama dan mama juga tak akan rahsiakan apa-apa dari Ilham. Setuju?” Puan Maimun memulakan mukadimah. Mungkin dengan usahanya yang tak seberapa ini mampu mengembalikan anaknya kepada yang asal.

“suspen je bunyinya  ni mama? Kenapa?” Ilham membalas sambil ketawa kecil.

“setuju tak?” gesa puan Maimun. Ilham mengeluh kecil. Macam-macam la mamanya ni. Macam budak kecil pulak rasanya.

“okey Ilham setuju... haa apa yang mama nak tahu dari Ilham.”

“jawab dengan jujur...... Ilham betul-betul cintakan Nadrisa ke?” soal puan Maimun serious. Dia mahu anaknya turut serious dengan topic ini. Ilham terdiam seketika. Kenapa masih mahu mengungkit kisah lama antaranya dan Nadrisa.

“mama.............” Ilham tidak mahu memberi kerjasama. Kurang senang dengan pertanyaan mamanya.

“jawab dengan ikhlas soalan mama Ilham. Mama nak tahu sangat sebab mama rasa Ilham ada salah faham dengan Nadrisa.” arah puan Maimun. Ilham mengeluh lagi.

“yer...Ilham serious sayang kan dia malah Ilham memang ada planning nak kawin dengan dia.” jawab Ilham akhirnya. Jawapan dari Ilham buat jantung puan Maimun hampir gugur. Adakah dia sekali lagi menghancurkan kebahagiaan anaknya? Dia menarik nafas perlahan bagi menstabilkan degupan jantung. perasaan bersalah mula bergayut pada hatinya.

“Ilham nak tahu macam mana mama kenal Nadrisa? macam mana dia boleh jadi pengintip mama?” soal Puan Maimun kemudiannya. matanya merenung kearah Ilham.

“ceritalah.......”jawab Ilham acuh tak acuh. Namun, jauh disudut hatinya sangat berminat untuk mengetahui kisah permulaan antara dia, Nadrisa dan mama.

Last edited by misssakura on 24-10-2012 03:18 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.079749 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list