CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 8-10-2012 08:49 PM | Show all posts
Ilham menghempas kasar telefon bimbitnya di atas sofa. Bukan main lagi Nadrisa menjawab kata-katanya sekarang. Sangkanya Nadrisa perempuan hanya pandai mengikut arahan dan tidak pandai melawan. Rupa-rupanya tak. Betul ke minah ni ada hati kat aku. Lain macam je perangai dia aku tengok. Entah-entah luahan perasaan tu hanya nak coverline.

“kau ni dah kenapa? Mengamuk tiba-tiba?” soal Hafiz yang sedang mengadap laptop. Berfacebook la tu kot. Ataupun menyiapkan kerja-kerja pejabat. Hafiz tu memang gila kerja.

“si Risa ni la... keras kepala.” Bebel Ilham.

“Risa mana pulak? Girlfriend baru kau ke?”

“ye la... girlfriend yang aku cerita hari tu...” jawab Ilham sambil menghempaskan badannya disofa rumah Hafiz. Hujung minggu macam ni lagi best melepak di rumah Hafiz berbanding rumah sendiri. Malas dia mahu mengadap mamanya.

“first time aku dengar kau membebel pasal awek... apa yang dia dah buat kat kau.Dia kikis duit kau ke?”

“bukan macam tu...” balas Ilham pendek.

“habis tu macam mana?”

“aku pelik lah dengan minah ni... hari tu bukan main lagi dia mengaku sukakan aku...tapi bila aku start bercinta dengan dia.........”

“kenapa? Dia curang kat kau?” pintas Hafiz.

“eh cuba kau sabar sikit... biarlah aku cerita dulu.” Tinggi suara Ilham. Tak sabar-sabar betul kawan dia ni. Hafiz sekadar tersengih dengan kesilapannya yang agak gelojoh.

“tahu pon diam... Risa tu la. Dia layan aku macam tak ada perasaan je. Aku ni bukan first time bercinta jadi aku tahulah asam garam orang bercinta ni. Tapi dengan Risa ni lain sikit. Dia macam nak tak nak je bercinta dengan aku. Macam aku pulak terhegeh-hegeh nak kat dia.”

“habis tu apa masalah kau?” Tanya Hafiz semula.

“ni la masalah aku... Risa ni....”

“sejak bila perempuan jadi masalah kau ni Ilham... apa susah. Kalau leceh sangat putus je la. Bukan ke ni memang bidang kau?” tempelak Hafiz.

“kau ni kan... aku baru couple dengan dia tak sampai lagi seminggu... tak kan nak putus dah. Nanti malu lah dia.”

“baiknya hati kau fikir air muka awek kau... asal kau tak fikir macam tu kat awek-awek kau sebelum ni...” tambah Hafiz lagi.

“kau ni kenapa macam tak puas hati jer...”

“memang aku tak puas hati pon... aku kesian kat mangsa-mangsa kau tu... diorang pon ada perasaan. Kenapa kau main-mainkan perasaan diorang.” Bebel Hafiz. Entah kali ke berapa topik ini mereka bincangkan.

“ala kau ni... aku ambik stok yang play girl je la.. bukan aku je yang mainkan diorang. Diorang pon mainkan aku jugak. Bukan aku tak tahu yang diorang pon ada lelaki lain belakang aku. So, kenapa aku nak fikir pasal diorang. Kiranya fair and square la. Kitorang keluar untuk suka-suka. Not serious.” Jelas Ilham. Dia sengaja memilih perempuan-perempuan begitu sebagai scandalnya. Semuanya tak lain tak bukan untuk mendera perasaan puan Maimun yang terlalu memilih pasangan hidupnya. Dulu aku ada pilihan yang baik tak nak... sekarang padan muka orang tua tu.

“habis tu yang sekarang ni kenapa jadi masalah pulak? Putus je la. Dia pon kan stok playgirl jugak. Tak payah lah nak fikir pasal air muka perempuan ni.” Ajar Hafiz. Apa lah yang menjadi masalah sangat kepada Ilham. Selama ni okey je. Tak pernah pon nak bercerita pasal awek dia. Hari ni tiba-tiba emo. Pelik betul.

“yang ni lain sikit...” balas Ilham pendek. Hafiz memandang pelik kearah Ilham. Apa pulak yang lain? Ke tuan empunya hati dah ada perasaan lain. Satu senyuman simpul terbit dibibir Hafiz. Mungkin ini permulaan yang baik kepada Ilham untuk melupakan Rania.

Last edited by misssakura on 8-10-2012 08:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2012 08:58 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 8-10-2012 03:24 PM
Iu bukan gangster... itu mempertahankan hak wanita kekdahnyee...

ni bukan para2 sakura la..
sakura dah sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 08:26 AM | Show all posts
misssakura posted on 8-10-2012 08:49 PM
Ilham menghempas kasar telefon bimbitnya di atas sofa. Bukan main lagi Nadrisa menjawab kata-katanya ...

Huhu...suka part ilham mengamuk nih........baru dia tahu nadrisa bukan senang2 diperkotak katikkan....minah kental tuh...

Minah rempit lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 08:37 AM | Show all posts
hehehehe cian nad...mcm mana la nak hadapi mama ilham tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 09:22 AM | Show all posts
redsentra posted on 9-10-2012 08:37 AM
hehehehe cian nad...mcm mana la nak hadapi mama ilham tu

Bukan ilham ke yg patut  kesian...nad tuh releks jek...ahaks...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 09:33 AM | Show all posts
sellie003 posted on 9-10-2012 09:22 AM
Bukan ilham ke yg patut  kesian...nad tuh releks jek...ahaks...

ye la mama ilham kan ada menantu pilihan hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2012 09:39 AM | Show all posts
redsentra posted on 9-10-2012 09:33 AM
ye la mama ilham kan ada menantu pilihan hati.

Dan pilihan mama ilham tuh tak kena dgn jiwa ilham...rasanya tyra bukan citarasa ilham...walaupun cantik tp ilham nak yg bukan mengokong, kebudakkan & matang kot...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2012 09:50 AM | Show all posts
sellie003 posted on 9-10-2012 09:22 AM
Bukan ilham ke yg patut  kesian...nad tuh releks jek...ahaks...

nad mse ni je relek.... karang meroyan la tu x lme lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2012 09:52 AM | Show all posts
sellie003 posted on 9-10-2012 09:39 AM
Dan pilihan mama ilham tuh tak kena dgn jiwa ilham...rasanya tyra bukan citarasa ilham...walaupun  ...

yup...tyra hanya dianggap adik shje.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2012 09:57 AM | Show all posts
“apasal encik Ilham panggil Nad hari tu?” sapa Nadila yang tetiba teringat kes encik Ilham datang ke unit kewangan semata-mata mencari Nadrisa. Amna dan Rosmah tumpang sekaki memasang telinga masing—masing.

“ooo...yang hari tu?” balas Nadrisa sambil otaknya ligat mencari idea untuk menipu lagi. Mustahil untuk dihebahkan percintaannya dengan encik Ilham. Macam sengaja menggali kubur sendiri namanya tu. Buatnya, ada yang mereport pada puan Maimun tak ke nahas hidupnya. Teringatkan puan Maimun hati Nadrisa berombak tsunami kembali.

“kenapa? Ada hari lain ke korang jumpa?” usik Nadila.

“ish mana ada kak.... hari tu dia tanya pasal mc tu je...” terang Nadrisa. Aku tak menipu yer... memang dia ada tanya pasal apa mc hari tu.

“tu je?” soal Amna pula. Berminat dengan topic ini.

“a’ah tu je... nak tanya apa lagi.” Jawab Nadrisa tenang. Amna, Rosmah dan Nadila sekadar mengangguk. Mempercayai jawapan Nadrisa yang dirasakan tidak menipu.

“habis tu yang lama sangat kat bilik encik Ilham hari tu buat apa?” Tanya Rosmah pelik.

“lama ke? Tak ada cakap apa-apa pon. Just cakap pasal mc tu je. Pastu dia nasihatlah sikit-sikit. Katanya kalau tak sihat tak payahlah datang kerja.... bla bla bla...” terang Nadrisa lagi.

“encik Ilham tu nak mula la tu... Nad jangan layan sangat yer... encik Ilham tu memang gatal. Pantang tengok perempuan semuanya dia nak try.” Pesan Nadila. Risau dia sekiranya Nadrisa menjadi mangsa buaya darat Ilham.

“insyaallah kak Dila.. saya akan jaga diri saya. Tapikan kak Dila.. encik Ilham tu memang gatal macam tu ke sebelum ni... maksudnya dari awal kak Dila kerja kat sini lagi dia memang macam tu?” Nadila memandang kiri dan kanan sebelum memulakan cerita. Amna, Rosmah dan Nadrisa mengerutkan dahi memandang telatah pelik Nadila. Bikin suspen jer.

“sebenarnya, akak ada dengar cerita yang encik Ilham kita tu tak macam tu pon sebelum ni. Dia jadi macam tu selepas kekasih dia meninggal pasal accident. Dengarnya encik Ilham sayang giler kat girlfriend dia tu. Tu pon si Hafsah, setiausaha encik Ilham yang citer kat kak Dila.” Cerita Nadila dengan nada yang rendah. Bimbang ada staff unit lain mendengar gossip mereka. Yang lain melopong mendengar cerita Nadila. Susah pulak nak percaya orang miang seperti Ilham pernah kecewa dalam cinta.

“ooo.. agaknya dia tengah cari cinta suci la tu... sebab tu ramai sangat scandal.” Balas Rosmah kononnya berfikiran positif. Yang lain ketawa kecil dengan jawapan Rosmah. Agaknya la kot perangai miang encik Ilham tu berpunca kerana dahagakan kasih dan sayang cinta yang suci.
Last edited by misssakura on 9-10-2012 10:02 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2012 10:05 AM | Show all posts

“hello...assalamualaikum.” Sapa Nadrisa pada telefonnya.

“waalaikummussalam...yer kenapa?” soal puan Maimun pada talian. Nadrisa menarik nafas panjang sebelum meluahkan segala yang terbuku dihati.

“puan...saya ada perkara penting nak bincang. Boleh tak kita jumpa petang nanti....”jawab Nadrisa dengan penuh tertib.

“petang nanti? Sorry Nad. Saya busy sikit dua tiga bulan ni. Saya ada kat Terengganu.Tak boleh bagitau kat telefon je ke?” jelas puan Maimun. hatinya ingin tahu juga apa yang ingin dibincangkan oleh Nadrisa.

“ooo ye ke puan... maaf kerana mengganggu.. kalau macam tu tak apa la... bila puan dah balik ke Cherating nanti saya bagitahu.” Luah Nadrisa. Hatinya mengeluh lemah mendengar jawapan puan Maimun. tapi tak apa. Selagi puan Maimun belum kembali ke Cherating, maksudnya selama itulah rahsia aku akan terselamat.

Last edited by misssakura on 9-10-2012 10:07 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2012 10:09 AM | Show all posts

“assalamualaikum...”bisik satu suara yang cukup dekat dengan pendengaran Nadrisa yang kini sedang menanti makanan yang dipesan disiapkan.

“waalaikummussalam...”balas Nadrisa malas. Mamat ni lagi. Ingatkan dah 3 hari tak contact aku tu maksudnya nak break off la.. reti pulak dia cari aku kat sini.

“sorang je?” Ilham bertanya lembut. Dia duduk bertentangan dengan Nadrisa yang sedang memandang kearahnya.

“tak adalah... lima orang. Tak nampak ke kawan-kawan kat sebelah saya ni...” bidas Nadrisa selamba. Tanya lagi soalan bodoh tu kan.. amik kau.

“amboi garangnya cik adik kita ni... patutlah tak kawin-kawin sampai sekarang.” Tempelak Ilham. Nadrisa menjengilkan matanya mendengar jawapan Ilham. Cari gaduh betul mamat nih.

“kalau saya tak kawin pon bukan saya susahkan awak... tak adanya saya suruh awak masuk pinang saya.”

“awak ni kan Risa... kenapa asyik nak gaduh je dengan saya? Awak tak rindukan saya ke? Dah 3 hari kita tak contactkan...” soal Ilham perlahan. Tak faham dengan perangai Nadrisa. Cakap cinta tapi perbuatan tidak selari dengan kata-kata. Inikah cara Nadrisa melayan orang yang dia cinta.

“kenapa nak kena rindu pulak... baru 3 hari. Bukan 3 tahun pon.” Nadrisa mencebik.Gelilah cakap pasal rindu-rinduan ni.

“Risa....awak ni betul ke cintakan saya? Kalau awak betul cintakan saya bukan macam ni cara awak layan saya. Awak jangan buat saya musykil.” Ugut Ilham. Dia tidak mahu menuduh Nadrisa bersubahat dengan mamanya namun tingkah Nadrisa kini membuatkan hatinya tidak yakin dengan luahan hati gadis itu baru-baru ini. dia bukannya baru pertama kali bercinta. Dia sudah banyak pengalaman dalam bidang ini. tetapi dengan Nadrisa dia tidak dapat merasa aura bercinta itu. Nadrisa menelan liur. Alamak, macam mana aku boleh lupa niat percintaan aku ni. Mampuslah aku kalau aku kantoi.

“habis tu cinta macam mana pula? Bagi saya cinta adalah bila saya boleh layan awak sama seperti saya layan orang lain tanpa perlu hipokrit. Tak perlu rasa malu-malu. Saya jadi diri saya bila dengan awak... habis tu awak nak saya buat macam mana?”
Nadrisa memberi jawapan yang paling selamat untuk waktu ini. ya Allah apalah yang aku merepek ni. Dah la zero dalam bercinta. Matilah aku kalau nak berlawan dengan pakar cinta nih.

“jadi apa beza cinta awak terhadap saya dengan perasaan awak terhadap kawan awak?Kalau ikut definisi awak tadi tu macam awak nak cinta awak adalah sahabat awak..” uji Ilham. Walaupun hatinya mula kembali percaya terhadap Nadrisa namun dia tidak mahu terlalu cepat kalah.

“cinta itu sahabat... orang yang saya cinta adalah sahabat saya tetapi sahabat belum tentu boleh jadi orang yang saya cinta.” Terang Nadrisa. Dah macam citer kuch kuch hota hai jer. Dia sendiri pon tak faham apa yang dia merepek. Mungkin pakar cinta itu faham. Ah lantak la...

“apa yang awak merepek ni Risa....” balas Ilham dengan ketawa kecil. Kelakar dia mendengar falsafah Nadrisa dan dia langsung tak faham. Sikit-sikit je la kot.Pening kalau bercakap dengan minah jiwang.

“jadi awak cintakan saya?” soal Ilham akhirnya. Soalan dari Ilham buat Nadrisa terkaku seketika. Rasa malu pula nak menjawab soalan itu meskipun dia sekadar berpura-pura.

“yer...saya cintakan awak...” balas Nadrisa setenang mungkin. Dia tersenyum lembut kearah Ilham walaupun hatinya kadang-kadang rasa bersalah. Namun memikirkan encik Ilham tiada perasaan padanya rasa bersalah akhirnya berkurang.

Last edited by misssakura on 9-10-2012 10:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 10:34 AM | Show all posts
“cinta itu sahabat... orang yang saya cinta adalah sahabat saya tetapi sahabat belum tentu boleh jadi orang yang saya cinta.” Terang Nadrisa. Dah macam citer kuch kuch hota hai jer. Dia sendiri pon tak faham apa yang dia merepek. Mungkin pakar cinta itu faham. Ah lantak la...

“apa yang awak merepek ni Risa....” balas Ilham dengan ketawa kecil. Kelakar dia mendengar falsafah Nadrisa dan dia langsung tak faham. Sikit-sikit je la kot.Pening kalau bercakap dengan minah jiwang.

“jadi awak cintakan saya?” soal Ilham akhirnya. Soalan dari Ilham buat Nadrisa terkaku seketika. Rasa malu pula nak menjawab soalan itu meskipun dia sekadar berpura-pura.

“yer...saya cintakan awak...” balas Nadrisa setenang mungkin. Dia tersenyum lembut kearah Ilham walaupun hatinya kadang-kadang rasa bersalah. Namun memikirkan encik Ilham tiada perasaan padanya rasa bersalah akhirnya berkurang.


Cinta yang dipaksa2....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 11:06 AM | Show all posts
misssakura posted on 9-10-2012 09:50 AM
nad mse ni je relek.... karang meroyan la tu x lme lagi..

Tang nak menipu tuh dia gelabah jek...maklumlah mana pernh tipu sana sini...itu belum amsuk coverline bagai...jenuh...nak elak tak dpt...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2012 08:56 PM | Show all posts
sambungan..
Atirah membelek-belek telefonnya beberapa kali. Entah kenapa, dua tiga menjak ini Ilham makin sukar dijejaki. Baru beberapa minggu yang lepas lelaki itu berjanji untuk meluangkan sedikit masa kepadanya. Namun perangai lama lelaki itu berulang kembali. Malah lebih parah daripada biasa.

“ni apa hal muncung sangat muka anak mommy ni?” tegur puan Suraya sambil melabuhkan diri di katil anak daranya.

“tak ada apa-apalah mommy...” jawab Atirah perlahan.

“mommy nak tanya sikit... Tyra jawab betul-betul tau. Tak nak tipu-tipu.” Minta puan Suraya. Atirah memandang wajah ibunya lama. Apalah yang nak ditanya tu. Suspen sungguh.

“apa dia mommy...” soal Atirah berminat.

“Tyra dengan Ilham tu macam mana sebenarnya?”

“macam mana apa?” Tanya Atirah pula.

“hubungan koranglah... mommy kalau boleh tak nak paksa Tyra dan Ilham bertunang. KalauTyra tak nak, mommy boleh cakap dengan auntie Mun pasal ni. Mommy kalau boleh tak nak lah paksa Tyra.. paksa Ilham. Korangkan boleh cari pasangan hidup masing-masing.” Atirah diam mendengar penerangan puan Suraya. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dibalasnya. Ikutkan perasaan, dia nak sahaja setuju tetapi dia malu. Macam terhegeh-hegeh pula sedangkan Ilham berkeras tak nak bertunang dengannya.

“Tyra sebenarnya cintakan Ilhamkan?” duga puan Suraya. Dia sebenarnya dah lama mengagak tentang perasaan anaknya. Cuma tidak pernah terluah sahaja. Kalau anaknya tidak cintakan Ilham kenapa anaknya tidak pernah berkeras untuk menolak cadangan puan Maimun.

“Tyra memang sukakan Ilham mommy... tapi, Ilham tak pernah ada perasaan kat Tyra. Kalau semua perempuan tak ada kat dunia ini baru dia pilih Tyra.” Jawab Atirah lemah. Perasaan sayu mula memenuhi jiwanya. Hampir 10 tahun dia menyimpan perasaan terhadap Ilham tetapi apa yang dia dapat. Sakit hati adalah.

“Tyra tak pernah luahkan kepada dia manalah dia nak tahu. Cuba luahkan dulu perasaan Tyra. Mungkin dia boleh fikirkan. Atau pun mungkin dia turut akan sedar perasaannya yang sebenar terhadap Tyra selepas itu. Cuba dulu baru tahu sayang.” Pujuk puan Suraya.

“buat apa nak cuba mommy kalau dah terang-terangan Tyra boleh nampak yang dia tiada hati pada Tyra mommy... buat malu jer..”

“itu namanya pengorbanan sayang... kalau malu sampai bila-bilalah Tyra tak akan dapat apa yang Tyra nak.. mommy akan beri masa Tyra dan Ilham cuba dulu. Kalau betul-betul Ilham tiada perasaan terhadap Tyra baru mommy akan bincang semula pasal pertunangan tu dengan auntie Mun. Dalam tempoh 3 bulan sebelum bertunang ni mommy nak Tyra dan Ilham cuba dulu.. kalau Tyra malu nak cakap dengan Ilham.Biar mommy ajer yang jumpa dengan dia.”

“oh no mommy... nantiTyra fikir macam mana. Thanks mommy sebab faham perasaan anak mommy ni.” Ucap Atirah lalu memeluk lembut puan Suraya. Lega hatinya mommynya memahami situasinya. Ada benar kata-kata puan Suraya. Dia perlu buang perasaan malu dan berhadapan dengan cinta hatinya. Sampai bila dia perlu pendam perasaan ini sendiri. Takkan dah berkulat baru nak diluahkan.

Last edited by misssakura on 9-10-2012 09:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2012 09:03 PM | Show all posts
Ilham melabuhkan punggung di restoren yang terdapat di Motel Sri Cempaka. Matanya merenung gadis yang yang kini berada setentang dengannya.

“sorry lambat... baru habis meeting tadi.” Ilham menerangkan factor kelewatannya yang memakan masa hampir 45 minit. Kalau tak dijelaskan pasti gadis ini akan merajuk. Susah pula dia mahu memujuknya.

“you ni kan... kalau i ajak keluar ada je alasankan.” Marah Atirah. Bibir yang digores liptip merah mula muncung kerana sikap Ilham yang menyakitkan hatinya.

“apa pulak alasan... betol la...”

“iye la tu... kalau jumpa girlfriend cepat je you kan... tapi nak jumpa i macam-macam masalah yang you kena hadapi.” Bebel Atirah lagi. Ilham menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak faham betul dia dengan sikap temannya yang sorang ni. Asyik nak merajuk aje kerjanya. Nasib lah kau tu kawan aku Tyra kalau tak memang dah lama aku blah.

“you ni... asal jumpa je nak gaduh dengan i... baik tak payah jumpa kalau macam ni.”Luah Ilham. Atirah menjengilkan matanya mendengar kata-kata dari mulut Ilham. Bukan main lagi yer Ilham sekarang.

“ooo...maksudnya you tak rela la nak jumpa dengan i ni... i paksa you la ni... kalau macam tu tak pe la... pergi la balik.” Rajuk Atirah. Hati Ilham mula hangat. Penat betul kalau bersembang dengan orang kuat merajuk macam Atirah ni.

“okey straight to the point sekarang... kenapa you nak jumpa i?”

“ooo sekarang ni kalau nak jumpa you kena ada sebab la?” sela Atirah.

“Tyra...boleh tak jangan nak buat perangai budak baru baligh. I tanya serious ni kenapa you nak jumpa i... you tahukan i ni banyak benda nak kena buat. Kerja kat motel tu berlambak-lambak...  kalau you jumpa i sekadar nak gaduh dengan i baik tak payah. Baik i balik je kalau macam ni.” Tinggi suara Ilham. Sakit hati betul cakap dengan anak manja yang sorang ni. Semua benda nak kena ikut cakap dia. Penat la. Atirah terdiam. Terkebil-kebil matanya merenung wajah marah milik Ilham. Sedihnya hati kena tengking dengan orang yang kita sayang. Ilham mengeluh lemah tatkala melihat wajah muram Atirah.Terasa bersalah pula menengking gadis itu.

“sorry...i tak berniat nak marah you... Cuma you janganlah kuat sangat merajuk dengan i. You macam baru kenal perangai i ni.” Pujuk Ilham.

“sorry...” luah Atirah. Dia tahu perangainya agak merimaskan Ilham. Mungkin sebab itu lelaki itu marah.

“okey now kita lupa apa yang kita gaduh tadi... sekarang ni apa yang kita nak bincang?” soal Ilham sekali lagi. Atirah menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan topik itu. Dia tahu, sejurus segala permintaan hatinya ini dibuat,hubungannya dengan Ilham akan berubah rentak. Mungkin tiada lagi istillah kawan baik.

Last edited by misssakura on 9-10-2012 09:12 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2012 09:15 PM | Show all posts
sellie003 posted on 9-10-2012 10:34 AM
Cinta yang dipaksa2....

nasib baik nad tak balas maksud cinta tu perasaan yg dipaksa2.. mahu melopong Ilham kne perli
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 08:52 AM | Show all posts
misssakura posted on 9-10-2012 09:15 PM
nasib baik nad tak balas maksud cinta tu perasaan yg dipaksa2.. mahu melopong Ilham kne perli

Tau takpe...nak coverina nyer pasal kena paksa bercinta...sure ilham terasa dia pulak yg terhegeh2...yg nad always releks jek idup dia...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 09:43 AM | Show all posts

“maksud you.... you nak kita cuba bercinta untuk tiga bulan? Macam tu?” soal Ilham setelah mendengar segala panjang lebar butir bicara Atirah.

“yup...kenapa? You tak sudi nak bercinta dengan i...”

“ni bukan masalah sudi tak sudi Tyra... you, i dah anggap macam adik i sendiri.Takkan lah i tergamak nak bercinta dengan u selama 3 bulan. Kalau perempuan lain i boleh buat but not you.” Jelas Ilham. Mana mungkin dia buat begitu pada Atirah. Takkan dia nak permainkan teman rapatnya yang sudah dikenali semenjak kecil lagi.

“i bukan mintak you permainkan i... you tahukan mommy dengan auntie Mun nak sangat jodohkan kita... tapi mommy i dah janji dengan i. Dia cakap kalau kita dah bercinta selama 3 bulan tapi still tak dapat nak membuahkan perasaan cinta dia akan batalkan rancangan untuk satukan kita.” Terang Atirah.

“you ni Tyra... layan sangat kata-kata mama i dengan mama you tu... kalau you betul-betul protes dengan rancangan ni, i’m sure mama kita tak akan proceednya rancangan diorang ni.”

“tak salahkan kalau kita cuba Ilham... you single... i pon single. Mungkin memang kita ni ada jodoh... siapa tahu.” ujar Atirah. Ilham terdiam. Dia sejujurnya tak nak buat rancangan gila ni tetapi memandangkan Atirah begitu bersungguh-sungguh tak sampai pula hatinya. Lagi pon auntie Suraya sudah berjanji untuk batalkan rancangan untuk satukan mereka kalau tiada perubahan yang berlaku dalam hubungan mereka.

“tapi i tak nak ada antara kita yang terluka nanti....”

“no...perasaan adalah tanggungjawab masing-masing. Bolehlah Ilham. Lepas ni kalau diorang still nak teruskan pertunangan kita, kita ada alasan untuk membantah.” Pujuk Atirah lagi. Ilham berfikir sejenak. Melihat wajah bersungguh-sungguh Atirah buat dia tidak sanggup mengecewakan temannya itu. Akhirnya dia menggangguk tanda setuju.

Last edited by misssakura on 10-10-2012 09:48 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 10:02 AM | Show all posts

“jom solat zohor...” satu mesej pendek diterima dari Ilham. Dahi Nadrisa berkerut. Buang tebiat apa Ilham mengajaknya solat zohor. Dah la ajak waktu dia uzur. Tak pandai memilih masa betul la...

“saya ada kerja la nak settlekan. Kejap lagi la saya pergi sembahyang. awak sembahyang dulu.” Balas Nadrisa. Hensetnya diletakkan kembali disisinya. Dia kembali mengadap komputer bagi menyelesaikan kerja-kerja yang belum  disiapkan.

“panggilan apa yang lebih penting dari panggilan Ilahi... semua tu tak sepenting solat. Panggil budak-budak unit kewangan yang lain sekali. Tak elok pulak kalau kita berdua je kat surau nanti.” Amboi bersyarah pula encik Ilham sorang ni. Nak join imam muda ke apa.  Nadrisa bersedia untuk membalas mesej yang menyindirnya itu.

“awak ni tak faham-faham la... kalau orang perempuan buat banyak alasan pasal solat tu faham-faham sendirilah kenapa. Tu pon nak kena ajar ke?”

“period ke? Cakap je la terus terang. Saya lelaki moden. Saya faham la.” Ilham membalas pendek.

“dah-dah pergi la sembahyang sekarang.” Arah Nadrisa sebagai penutup mesej mereka. Satu senyuman simpul terbit dibibirnya.

“amboi bukan main senyum Nad... mesej dengan boyfriend ke?” usik Nadila yang bingkas dari kerusinya.
“mana ada kak Dila ni... dah pergi sembahyang. Tak baik melewatkan solat..” arah Nadrisa. Teringat mesej panggilan Ilahi dari Ilham. Senyuman mekar lagi dibibirnya.

Last edited by misssakura on 10-10-2012 10:05 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.097023 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list